Rakan AzamAli.com.my

Friday, 25 November 2011

Takrif Tarannum al-Quran

Takrif Tarannum al-Quran...
Mohd Ali (1999) menyatakan bahawa istilah bahasa yang sering digunakan dalam ilmu seni suara bacaan Al-Quran ini ialah Tarannum, al-Maqamat, al-Han dan al-Ghina. Sebutan “Tarannum” dan “Maqamat” agak sinonim dan sering diguna pakai dalam ilmu seni pembacaan Al-Quran seluruh dunia. 
Mohd Noor Abdul Rahman (2000), Istilah “Tarannum bil Quran” lebih popular penggunaannya dan difahami oleh kebanyakan masyarakat di Nusantara untuk menunjukkan wujud hubungan erat antara seni memperelokkan suara dengan kaedah pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran di Nusantara.

Nik Jaafar Nik Ismail (1998), mentakrifkan tarannum sebagai suatu ilmu kaedah suara yang dipelbagaikan bunyi mengikut nada, rentak dan irama tertentu untuk menambah seni bunyi sesuatu bacaan, khususnya bacaan Al-Quran. 
Manakala Norakyairee & Adnan (2008), pula menyatakan bahawa definisi tarannum Al-Quran sebagai suatu kaedah yang menggunakan kelunakan suara dalam proses membacakan ayat Al-Quran. Ilmu tarannum Al-Quran juga boleh dimaksudkan sebagai satu ilmu yang membincangkan tentang cara-cara bagaimana melagukan Al-Quran daripada aspek hukum tajwid, tarannum, asal-usulnya dan istilah-istilah yang digunakan (Wan Hilmi 2010)

No comments:

Post a Comment