Rakan AzamAli.com.my

Sunday, 18 December 2011

Aku Perlu Kuat




Alhamdulillah, aku bersyukur kepada allah kerana masih memberikan nikmat utk aku terus bernafas dan melihat keindahan alam fana yang terbentang luas di depan mata. Setelah aku menemui jalan yang membangkitkan semangatku akhirnya aku mula menjalani aktiviti seperti yang pernah kubuat sebeum aku didiagnose. Aku mula sedar alangkah ruginya jika aku selalu tenggelam dengan buaian arus emosi yang tiada berhujung pangkal. Tidak akan ada jalan penyelesaian jika aku terus melayan perasaan.Lebih baik aku memikirkan perkara lain yang lebih mustahak demi menjaga diriku agar sentiasa kekal di tahap kesihatan yang baik. Aku ingin terus hidup berbakti dengan lebih cemerlang kepada masyarakat sebelum nyawaku sampai kepenghujung.

Buat apa membuang masa melayan masalah orang lain yang tidak pernah mengenal keadaan diriku yang ada masalah ?Malah masalah yang aku tanggung lebih berat sebab melibatkan soal hidup mati serta masa depan. Buat apa membuang masa memikirkan diri orang lain sedangkan diri sendiri pun sentiasa terabai?Pendek kata, jagalah diri dahulu sebelum menjaga diri orang lain. Pastikan diri sendiri dalam keadaan sihat dan terjaga segala2nya barulah mengambil tahu keadaan orang lain tapi dalam keadaan yang berpada2 jgn sampai jadi lebih sudu dari kuah. Belum tau lagi mereka akan bersama-sama di kala susah dan senang. Mungkin disebabkan aku lahir sebagai anak sulung dan dalam keluarga aku dipanggil abang maka tahap keprihatinanku terhadap sesiapa sahaja terlalu tinggi sehingga kadang2 diriku tak sempat jaga dengan baik.

Perkara yang paling penting bagiku ialah sikap dan cara aku berfikir. Aku perlu buktikan kepada semua bahawa HIV bukanlah penamat segala2nya bagi diriku. Pada tahun depan aku akan buktikan segela2nya adalah lebih baik. Insya allah. Aku tak akan mengalah dengan mudah.

Pada hari ini aku telah melakukan rutin harian yang pernah kubuat sebelum ini. Ternyata tubuhku masih lagi mampu melakukannya malah lebih lagi. Aku rasa gembira dan puas sebab sebelum ini aku begitu takut dan terlalu menghadkan pergerakanku dengan alasan mahu jaga diri agar tidak sakit. Bermacam2 andaian datang dalam fikiran seolah2 HIV menjadikan diriku terlalu lemah. Mulai saat ini, aku nak tukar persepsi yang negatif jadi lebih positif iaitu HIV menjadikan aku kuat. Barulah detik2 kehidupan ini aku dapat lalui dengan semaksima yang mungkin tanpa rasa menyesal.

Kesan akibat aku terlalu membataskan pergerakan tubuh menyebabkan daya stamina menurun. Aku yakin keadaan ini bukanlah disebabkan virus HIV tapi disebabkan aku lebih memanjakan tubuh dari terus aktif dengan kegiatan sebelum ini aku ceburi. Aku sendiri yang memasang perangkap untuk diriku. Orang lain akan perasan kenapa aku sudah tidak seperti dulu. Jawapannya aku sendiri yang tahu cuma tak nak cakap perkara yang mendedahkan kelemahan diri sendiri nanti pihak2 yang ada PHD akan mengambil kesempatan hu hu hu. 

Sebaik2nya biarlah tiada siapa yang sedar bahawa orang yang mereka damping adalah PLHIV. Aku yakin mampu untuk menjadi lebih baik berbanding dulu. Aku percaya pada kemampuan diriku. Insya Allah.

Saturday, 17 December 2011

Fasa Latihan sebelum HAART

Menghadapi hari2 yang mendatang sebagai PLHIV bukanlah semudah yang disangka. Banyak perkara yang perlu dijaga memandangkan dalam tempoh rawatan ada perkara2 yang menjadi rutin harian seperti minum ubat tepat pada masanya perlu diamalkan secara tetap.

Buat masa ini, dah masuk minggu yang ke-2 aku mengambil ubat antibiotik dan beberapa jenis vitamin iaitu vitamin C, multivitamin dan B kompleks. Pada 06/12/12 doktor yang memberikan aku ubat dan vitamin2 tersebut ialah Doktor Timothy dan diberikan penerangan oleh pegawai farmasi Encik Wong. Menurutnya, selama 2 bulan aku perlu menjalani fasa latihan untuk membiasakan diri dengan waktu memakan ubat.

Sepanjang minggu yang kedua ini, aku sering lupa mengambil ubat dan vitamin mengikut masa. Akibat kecuaian aku sendiri masa aku makan ubat boleh sampai lewat beberapa jam dari waktu yang sepatutnya. Itulah masalah diri aku terlalu cuai padahal umur belum pun masuk 60 tahun.

Permulaan aku makan ubat antibiotik, rasa pening2 selalu je aku rasai terutama pada waktu tengah hari dan malam. Mungkin ini perkara biasa sebab doktor ada bagitau bahawa kandungan dalam ubat antibiotik adalah sulfur dan kemungkinan ia tidak sesuai dengan tubuh badan seseorang. Mula2 aku makan ubat ini rasa ingin termuntah tu ada sebab rasanya agak pahit apatah lagi bila lidah dapat merasa serbuk2nya yang seakan2 kapur putih.

Selepas minggu yang pertama rasa pening2 hilang dengan sendirinya diganti pula oleh kesan lain iaitu ruam di sekitar dada, dahi dan belakang. Namun ruam2 tersebut hilang dengan sendiri selepas beberapa hari. Kalau ruam2 ini timbul masa aku ada kat tempat kerja mesti kakak2 banyak tanya. Agaknya apa jawapan yang paling best utk dorang ye? .....Erm, aku jwb mcm ni jak "biasalah terlebih hormon" hu hu hu..lepas tu confirm dorang tak tanya2 lagi hahahaha....

P/s; Ubat antibiotik yang diberikan adalah untuk mencegah daripada Pnemounia dan radang otak





Wednesday, 14 December 2011

Ditelan pahit dibuang sayang.

Entry kali ini,Azam nak kongsikan kisah seorang gadis yang mengalami dilema untuk membuat keputusan berkaitan dengan teman hidup. Ternyata rata-rata pembaca memang tidak menerina lelaki yang ada HIV sebagai pilihan gadis ini. Sekadar renungan dan peringatan buat diri di tengah hari.

 ___________________________________

korang....korang kena tolong aku ni..
aku ada masalah nak buat keputusan dengan betul nih.

masalahnya bermula macam nih....


(aku recall balik pasal ex aku dulu)

2 tahun lepas aku ada kapel dgn sorang lelaki ni, aku namakan dia Y la ye. beberapa bulan lepas tuh, aku dump dia. masalahnya sebab aku boring betul dgn dia. semua perbelanjaan aku bayar ( teksi, makan, tengok wayang, eye on malaysia (kuikui), etc). kdg2 topup pun mintak dgn aku. time besday aku, aku harap la hadiah yang special sikit. ini dia kasik aku jam GUCCI. tapi ejaan dia GACCI. nampak sgt dia beli kat pasar mlm weh. sentap aku bf mcm nih. tp dia xdela xpenah belanja lgsg. takat ais kacang, pisang goreng, plg mahal pun nasi goreng kampung la. ok. wlaupun dia mcm tuh, dia baik sgt. caring giler pasal aku smpai sekarang. dia x kapel2 pun. still tunggu aku smpai skrg.dah panjang pulak aku cerita pasal Y nih. berbalik pasal masalah aku pulak.......

sekarang nih aku dah kapel dengan sorang lelaki lain, namakan dia R. memang kaya lah. barang yang aku dapat semua limited edition. bangga dowh. naik kete pun alpha romeo. hahahahaha. baik pulak tuh. caring gile kat aku.

wlaupun aku nampak mcm materialitik kat sini, tapi tu lah. pompuan mane y xnak dimanjakan. lagi2 dengan pompuan mcm aku y penh dpt lelaki kedekut sebelum nih.

kitorg pun dah plan nk kahwin. korang tahu kan, kena buat ujian HIV kan. and................. dia POSITIF!!!! macam mana aku nak buat nih??? korang rase aku patut terima R yang ada HIV ataupun Y sedang setia menunggu aku. (wlaupun kedekut).


pleaseeeeee.......camne nih??
_________________________________

Respon para pembaca 

drag0nl1e posted at 5-4-2010 21:32
junior sungguh ayat mu...haha...

leh aku tawu mcm mane die kne HIV tue??? ko ade mintak explanation dr R x TT???
 
cap3k3lly posted at 5-4-2010 21:35
Dia terkena HIV sebab dia punya kesilapan masa dulu...
yela..anak orang kaya.
dia cerita semua tuh kat aku.
tapi aku x sangka boleh terkena HIV.

sekarang dia sungguh2 cakap dia syg kat aku.

and si Y tahu perkara nih. dia mintak aku balik kat dia....

mssuci posted at 5-4-2010 21:37
err dua2 tak

shiro_gunners posted at 5-4-2010 21:38
giler kedekut wei ex ko...
kekdahnye ko ni pon materialistik :vmad3:

tu balasan ko kot:I:I

cik.panda posted at 5-4-2010 21:39
rijek dua2. carik yang lain.

cap3k3lly posted at 5-4-2010 21:42
:'(

cakap memag senang korang........
nak rejek dua2.........
tapi bile jadi macam nih...
susah la....aku still sayang kan pakwe aku nih.........

drag0nl1e posted at 5-4-2010 21:42
:funk:entah2 die ade pasang pompuan laen belakang ko TT....baek ko cek betol2.....:funk:

shiro_gunners posted at 5-4-2010 21:44

ko SAYANG DUIT dier kan bukan orgnye:I
sedar3 la dik oi!
haku rase bek ko amek je yg da kene HIV tu..sepadan la ngn ko
kekdahnye kalo ko amek yg kedekut tu..aku dpt imagine nanti da kawen mesti ko asek merungut je kan sume benda ko yg bayaq

cap3k3lly posted at 5-4-2010 21:44
[quote]:funk:entah2 die ade pasang pompuan laen belakang ko TT....baek ko cek betol2.....:funk:

ape maksud ko nih??? xdela...
dia setia dgn aku... ko jgn buat cerita weh,,,,
aku dah menangis tiap2 malam pk kan nasib aku...
jgn tambah lagi weh... :'(

cap3k3lly posted at 5-4-2010 21:46
weh.........aku pun KAYA la...
aku x pandang duit dia...
korang jgn la speku pasal aku pulak kat sini...
aku mintak opinion ni hah....

shiro_gunners posted at 5-4-2010 21:46

tade gunyenye ko nanges sbb laki yg non hado tuh!
ape susah..kawen nt guna kondom je lah..:shutup:

cap3k3lly posted at 5-4-2010 21:47
kekdahnye pakai kondom x masyuk... ;P


drag0nl1e posted at 5-4-2010 21:53
aku cakap je...lelaki skarng nie bkn leh caye sgt TT...
die boleh je ckp die syg kt ko, merayu2, padehal die ade pompuan laen belakang ko....
takkan la ko nak menanggung akibat perbuatan lampau die ngan pompuan laen lak tu....
ko tggl je la laki HIV ko tuh...:shutup:

cap3k3lly posted at 5-4-2010 22:17
wey korang..
aku duk tanya pendapat korang...
ini duk gelak jam GACCI aku..

roses_cute2002 posted at 5-4-2010 22:23
la apa masalahnya...tinggalkan dua2 tu cari orang lain..masalahnya ko nak dgr pendapat kami tapi tak terima..cuma yg ko nak dengar kami cakap apa yg ko nak saja..baik tak payah tanya tul tak..maaf kalau menyinggung perasaan anda..tp tu la kenyataannya

fikirkan lah ..

Lelaki kedekut : cuba bayangkan kalau ko kahwin dgn dia semua ko tanggung perbelanjaan rumah tangga..aku dh biasa jumpa org mcm ni...lih2 bini nangis sebab laki banyak berkira...last2 bini jadi kuli batak sara keluarga..yg laki seduit pun tak nak kasi...baik tak payah ...ko merana je nantii....

lelaki Hiv : cuba ko bayangkan ko tu nak kena berhati2 dlm hubungan suami isteri.. kena selalu buat medical check up...mcm2 lagi..walau pun kaya...tapi jiwa tak tenteram...

fikir masak2 sellaunya bercinta ni semuanya manisss..bila dh kahwin br tau langit tu tinggi atau rendah..kemudian menyesal..tolonglahh wake up..come on lahh

aku tau kau syg sebab mungkin harta yg dia bg mcm2 kt ko..aku tak pasti la tp tepuk dada tanya hati...maaf ye kalau ko tak suka apa yg aku ckppp

silkywhite posted at 5-4-2010 22:25
walau cmner syg pun ko kat mamat HIV tu, kene pikir gak masa depan ko..
aku gerenti la, family ko xkan setuju la kalo tau ko nk kawin dgn mamat hiv tu.
sebgai manusia normal, nape la ko nk korban kan masa depan ko dgn mamat tuh. reta bergunung2 sekali pun, kalo prangai camtu, ko nk buat pe lagi dgn die, dah dah..angkat kaki blah je..

aku rasa dua2 calon dlm list ko ni mmg hampes...jangan ikut kan prasaan syg sgt..pada tahap ni ko kene berfikir secara warasssss

mysweetisha posted at 5-4-2010 22:28
baik ko ambik yg kedekut 2, takkan nak ambik bf ko yg ada hiv tue, huh...high risk tue..kang jangkit..x pasal2 kena hiv sama. klu bf ko yg kedekut, mnatau pas kawin berubah x kedekut lg..

menjad posted at 5-4-2010 22:29
carik jer lain...tinggalkan dua2...mengabih kan kederat jer nak manjaga dua orang tue...yg HIV tue jgn nak menganiaya diri sendiri...mmg sah ler ko kena reject kan dia...x yah nak pikir panjang dah...sudah terang lagi bersuluh...dari susah meniti masa depan..baik susah skrg kan

shiro_gunners posted at 5-4-2010 22:34
ala kalo TT ni carik org laen..senang ke nk dpt pengganti?
kekdahnye TT ni sendiri materialistik..
lain la kalo TT ni cun melecun..sume laki nak:re:

mesmerize posted at 5-4-2010 22:35
kau sayang nyawa kau ke harta benda kau?

kalau sayang nyawa... ambik jejaka GACCI

kalau sayang harta benda.. amik jejaka HIV

kalau ko dah mmg kaya raya, baik ko amik kekaseh kedekut tu ajeklah.. memandangkan money is not a problem to u...

ko kena pikiaq.. kalo ko kawen jejaka HIV.. susah la.. nanti ko nak tido ngan laki ko pun takut2.. nak comolot pun takut terjangkit (sebab katanya bole berjangkit melalui cecair badan kann).. kang kalo dia luka2 berdarah pun ko dah lari sebatu.. ok la ada orang kata pakai condom.. tapi ko takkan taknak anak kan?

cap3k3lly posted at 5-4-2010 22:35
la apa masalahnya...tinggalkan dua2 tu cari orang lain..masalahnya ko nak dgr pendapat kami tapi tak terima..cuma yg ko nak dengar kami cakap apa yg ko nak saja..baik tak payah tanya tul tak..maaf kal ...

betul tuh kak...sy pk mcm tu lah kalau pk ikut otak ni hah...
tp bile pk ikut hati dan prsaan lain pulak jadinya kak....
sy cuba la ikut ape y akak cakap tuh...tapi kena byk bersabar dan sokongan kawan2...
lagi satu akak.....camne sy nak tinggalkan R y HIV tuh...xsmpai hati nk bgtahu sy nak tgalkan dia akakk...
dia sedih sgt... dia pun x mintak benda tuh jadi kat dia...

cap3k3lly posted at 5-4-2010 22:36
ala kalo TT ni carik org laen..senang ke nk dpt pengganti?
kekdahnye TT ni sendiri materialistik..
lain la kalo TT ni cun melecun..sume laki nak:re:

aku tarik tcang rambut budak nih karang....

cap3k3lly posted at 5-4-2010 22:37
kau sayang nyawa kau ke harta benda kau?

kalau sayang nyawa... ambik jejaka GACCI

kalau sayang harta benda.. amik jejaka HIV

kalau ko dah mmg kaya raya, baik ko amik kekaseh kedekut tu ajekla ...

itulah duk pk2 mcam tuh jugak.........
agak2 nak buat ayat macam mana nk tinggalkan si R nih...
sedih dan x sampai hati ni....
dia pun tengah sedih nih...

dragger posted at 5-4-2010 22:37
jgn terlalu meterialistik dan sarkastik wahai TT.. berubah sket... bkn sume laki bole bagi kemewahan kat hang.. lain la klau hang kawen dgn Datuk paduka Khairudin ke.. ;P

cap3k3lly posted at 5-4-2010 22:39
[quote]walau cmner syg pun ko kat mamat HIV tu, kene pikir gak masa depan ko..
aku gerenti la, family ko xkan setuju la kalo tau ko nk kawin dgn mamat hiv tu.
sebgai manusia normal, nape la ko nk korban k ...

mak bapak aku xtahu lagi pasal nih...
tapi dia kenal sgt dengan si R nih..
depa mmg happy tahu aku nk kahwin dgn R.....
R baik dan hormat kat depa.......
mesmerize posted at 5-4-2010 22:40

ala dia mesti paham punye.. bukan kes kecik .. HIV siottt.. takkan dia nak bela anak orang dalam keadaan dia ada HIV?

sedih mmg la sedih.. tapi dia patut sedar tu semua atas kesilapan masa lampau dia jugak.. bila dah dapat hukuman di dunia ni, insyaAllah hukuman di akhirat akan ringan sikit.. suruh dia bertaubat banyak2 aje la dan ko cakap le ko sudi jadi kawan dia sampai bila2 tapi tak sanggup nak jadi wife dia..

shiro_gunners posted at 5-4-2010 22:40

betul tuh kak...sy pk mcm tu lah kalau pk ikut otak ni hah...
tp bile pk ikut hati dan prsaan lain pulak jadinya kak....
sy cuba la ikut ape y akak cakap tuh...tapi kena byk bersabar dan sokonga ...

ala..bukan susah TT ni nak tinggalkan jejaka HIV tu..sedangkan jejaka GACCI pon sng2 je die tggal sbb kedekot nak mapoih..
la ni aku rase TT ni nak DUIT je:vmad3:

drag0nl1e posted at 5-4-2010 22:48
tggl je la die...ko ckp kt die psl HIV die tuh...xkan la die nak pakse ko same2 tanggung penyakit die tuh...bhaye2...
Klau ko ade rase nak balik kt bf kedekut ko tuh, ko tny die dulu psl kewangan die...ko clearr things up...ko nak ape for besday ko...ko ckp siang2 kt die...xde la die bg GACCI lg....:D

roses_cute2002 posted at 5-4-2010 22:53
terus terang..jelaskan keburukan bila anda jd suami isteri..dia kena terima semua tu..itu dh takdir keadaan dia.. so kau yg sihat segar bugar ni mesti nekad..sedih n sakit dlm hati tu sekejap je..lepas ko dh nekad tinggalkan si r tu ko akan lega..cayalah ckp akak...

jgn perasaan menguasai diri..fikir guna otak...terus terang dengan dia walaupun pahit...cewah ayat aku tk hengat..;P

cap3k3lly posted at 5-4-2010 22:53

ala..bukan susah TT ni nak tinggalkan jejaka HIV tu..sedangkan jejaka GACCI pon sng2 je die tggal sbb kedekot nak mapoih..
la ni aku rase TT ni nak DUIT je:

cap3k3lly posted at 5-4-2010 23:00
weh..pakwe aku baru telefon aku..
mule2 tuh x nak a angkat...
tapi ter angkat pulak..

dia cakap...dia sanggup buat treatment kat oversea..
dia cakap..kawan dia bgtahu ade treatment kat sane.
aku pun x paham sgt.
tapi dia nak smpaikan,,,dia sgup bt ape je asalkan aku terima dia..
aku x tau nk cakap ape...nak nangis pun ade tadi......
xsampai ati pulak nk mintak putus,,,katanya lagi...ada kapel y HIV +ve...boleh hidup smpai ke tua... byk dah dia buat research...nangis2 dia explain kat aku.

Ya Allah..beratnye ujian...

syahza posted at 5-4-2010 23:21
pilih R, dua2 kaya, baru sekufu.. :sleepy:

tajul186 posted at 6-4-2010 00:07
sila berikir untuk masa depan

a) wat pe nak rosakkan diri yang takde penyakit. jauhi mereka yang berpenyakit serius n berjangkit. walopun nanti da kawin,korang bajet nak oakai kondom ke ape ke,tapi zuriat camne lak nanti,family kamu pun camne nanti.

b) yang kedekut tu bleh diubah,mungkin dia ada masalah kewangan or gaji kecik ( ni bincang pasal yang dia tak belanja) . tak sume laki kaya n stabil. tapi kalo da mintak duit kat pompuan selalu cam melampau je.

c) hai. saya takde HIV n suka belanja cendol kat kengkawan tapi takde kereta. nak pesbuk :$

3dea_mension posted at 6-4-2010 00:22
TT..jgn termkn kata2 si HIV tu...yes,dia baik,tp dia ada penyakit..kalau pennyakit kanser x pa dll..ini HIV..leh bawak smpai keturunan..berkwan je ngn dia,kalau TT buat mcm tu x bermakna TT jahat sbb tinggalkn dia dan dia harus faham..
kita bleh syg seseorg tu walau smpai tahap mana pon tp jgn jejaskn diri n masa depan kita..

anyway,btul ke dia ada HIV?
ke dia saje nk uji TT??
(adeh,nk speku plak aku ni) :lol:

shiro_gunners posted at 6-4-2010 01:15
ntah2 die saje ckp yg die ade HIV..padahal nak tinggalkan TT sbb banyak dah perabehkan duet dier..
(aku pon nk speku gak);P;P


cik.panda posted at 6-4-2010 01:45
TT post problem, sekadar untuk meluah saje ke? aku tengok pendapat orang sume dirijek, ada jek alasan.


randa posted at 6-4-2010 02:26
lawak ar korg nih...
buat aku gelak ja baca thread nie..;P
buat TT, smoga tabah

NEM0 posted at 6-4-2010 10:37
[quote]rijek dua2. carik yang lain.
[

 kiki009 posted at 6-4-2010 10:58
wow.. svcary gila aku bace posstt nihh... siannyee.. simpati kat ko

bird77 posted at 6-4-2010 11:12
yang kedekut tu:biar je la..kang kawen nti,susah jugak..pk jangka masa panjang
HIV: jauh kan la...mmg la dia cakap mcm2.boleh rawatla...pikir la pasal keturunan ko tu nti kan..

Nampak macam TT ni materialistik la puleekkk...:lol::lol:
tinggalkan dua2...p carik lain!!

kiki009 posted at 6-4-2010 11:38
kalo aku kan aku pilih yg kedekut.. sure ko kawin ngan dia.. nanti ko kaya... hehehe.. seriuss nih... aku ada beberapa contoh kat keliling akuuu..
dia x membazir n berpikiran panjang utk masa depan...

roses_cute2002 posted at 6-4-2010 13:18
buang karan je dua2 tu...kalau aku dh lama belah..

mamayokies posted at 6-4-2010 14:45
dua dua membanyakkan masalah. Lebih baik tak yah kawen drp dpt org mcm tu.....

cik.panda posted at 6-4-2010 15:18
[dua dua membanyakkan masalah. Lebih baik tak yah kawen drp dpt org mcm tu.....]

betul betul sokong mam.

drag0nl1e posted at 6-4-2010 16:07
aku rase cite TT nie x logik la....HIV mane boleh disembuhkan....

TT nie da takot la nie....x bls2 pon....:@

martiena posted at 6-4-2010 16:33
pergh x penah aku dgr kedek tahap cipan cam2 babe. anyway kalo nk kawen kita kena pk jangka masa panjang kan. kawen nk ada anak zuriat sume. pd aku kalo ko nk blk ngan x ko tu blh tp ko kena blajar jadi kedek cam dia gak... jgn biasakan laki ni ngan duit nnt naik lemak.kalo nk tolong blh tp berpada pada la. ngan bf ko tu x payah la kot...

hitamputih posted at 6-4-2010 16:55
hehehehe

[b]tgh benci:
[/b]jam tgn pasar malam diungkit2nya
oh laki aku sungguh kedekut...

[b]tgh syg[/b]
belanja rojak tepi jalan pun lomantik ok!
oh laki aku tak belanja besar, nak menyimpan wit , bagus

kalau rasa nak senang, dan takleh tinggalkan si alpha [b]Romeo [/b]tu... go on. kata sayang kan, sanggup apa sehidup semati seHIV gitu.

teringat lagu Bad ROmance - Lady gaga
I want your ugly
I want your [b]disease[/b]
I want your everything
As long as it’s free
I want your love
Love-love-love
I want your love

shiro_gunners posted at 6-4-2010 17:30
ntahnye..da clash..mcm2 ungkit..
tyme syg...nak bau kentut je tiap2 ari

ape la TT ni:mad:

hitamputih posted at 6-4-2010 17:55

tu resmi manusia, setiap org akan lalui.........

Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap barukan terasa
Bila hilang di dalam genggaman

Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

kiki009 posted at 6-4-2010 18:47
mcm mana perasaan bf ko yg ada hiv tu?? soian dia kannnn...

tajul186 posted at 6-4-2010 22:06
perasaan saya,  TT tak fikir...  {:3_99:}

silkywhite posted at 7-4-2010 00:39
xyah la asik nak pikir2 kan prasaan orang sgt..asik2 sian kat orang, kat diri sendri TT tak sian ke? aku lagi sian kat TT kalo die sgup nk korban masa depan die kawin gn mamat hiv tuh..
masa ni mmang la die rasa sian, xsgup berpisah, sedih, rasa bersalah ke... tapi in future nanti, TT sanggup ke idup dlm keadaan mcm tu dgn suami yg HIV tu..pasal anak belum citer lagi....

tajul186 posted at 7-4-2010 01:16
masih tiada rawatan untuk aids

untuk yang tak kene,harap jangan cari pasal untuk kene

kiki009 posted at 7-4-2010 09:14
[xyah la asik nak pikir2 kan prasaan orang sgt..asik2 sian kat orang, kat diri sendri TT tak sian ke? aku lagi sian kat TT kalo die sgup nk korban masa depan die kawin gn mamat hiv tuh..
masa ni mmang ...]

takk .. maksud aku kan.. apa perasaan bila diri dia disahkan kene aids? sure dia @%#^#%&^RE^&... cant explain by word...

TT memang sian la kot sedih n bla.. bla.. bla. anyway pesakit mcm ni nak kawin pun x blh.. anyway as human being.. kita blh kasi moral support...

kementot posted at 7-4-2010 10:52
reject jer dua2................:P

miss_ard posted at 7-4-2010 14:10
tinggal je la dedua..

kedekut- em kalo ko rasa dia blh berubah ko terima la dia..kalo ko yakin xle..jgn wei..aku ada sorg membe ni...bf dia kedekut gila..segala hal kedekut..20sen pon kira..klo beli makanan tu xreti nak lawa even gf dia..kesian gf dia lak kene tnye..br nak lawa...tapi makanan org tu reti lak nak mintak...kalo jalan jam tu..sanggup gak tempuh jam sbb xnak lalu jalan yg jauh skit je takut bazir myk..aku yg tgk aku yg kesian..ni br bercinta..time ni la org kata nak pikat ati..kasi girl tu syg..da tunjuk kedekut..nnt da kawen..dah mmg terikat..lagi makan ati...sbb time tu dah jadi isteri..so dekut pon apa duli..da isteri..kena redha laaa..time tu baru nak geget jari..kalo ko kaya pon..xkan ko nak tanggung keluarga je..laki lak dok buat donno

hiv lak- ni lagi la xpayah terima..tapi kalo nak idup tanpa hiv n tanpa zuriat sepanjang hayat...silalah kahwin..
kalo nak ada zuriat kang kesian lak zuriat tu xpasal2 kene skali...sedih wooo baby tu nanti:'(

cari jela laki lain..insyaAllah nnt jumpa la jodoh yg lebih sesuai..

budakcomei posted at 7-4-2010 14:36
TT...
rsnya ramai yg bg pndpt tggal kn dua2...tp lau terpaksa juga memilih antara 2, baik TT pilih yg kedekut tu..

Lau TT sanggup kat yg ada HIV tu pike la anak2 korg nnt..terjangkit ke pastu jiran tetangga x bg anak2 diorg kwn ngan anak korang x kesian ke nanti anak2 TT mengalami tekanan jiwa plak...kan panjang efek nye smpai 7 keturunan...

kiki009 posted at 7-4-2010 14:57

[rsnya ramai yg bg pndpt tggal kn dua2...tp lau terpaksa juga memilih antara 2, baik TT pilih yg kedekut tu..]

Lau TT sanggup kat yg ada HIV tu pike la anak2 korg nnt..terjangkit ke pastu jira ...

betull laki kedekut pandai jaga kewangan.. n kita plak sbg pompuan jgn la dok harapkan sgt duit laki.. kita kan keje ada gaji sendiri...

huji posted at 7-4-2010 16:26
Kenapa nak cari masalah... kalau aku pun aku rejek....HIV..
Buat pendek nyawa jerk....
heheh memang ler maut tak kenal usia..
tapi kalau boleh elak tu elak ler...
Buat per nak dekatkan diri ngan HIV.
Kalau aku.... aku sanggup bujang sampai tua...
biar jadi anak dara tua dari mati mengaibkan...
kalau mati sebab HIV nie orang nak menguruskan mayat pun susah...
kalau terkawin ler ngan HIV ko tu... ditakdirkan dapat anak...
kesian seh... anak HIV... kene kutuk kena maki beb....
anak tak berdosa yang tanggung....
Kalau kata tak nak anak.... tak yah kawin...
kawin bukan setakat nak maen jerk.....
hish.. TT nie... fikir balik....
kalau boleh ketepikan perasaan tu....
tak yah layan lagi... biarkan HIV tu menangis....
Dari TT menangis kemudian hari.....

CikDaNdeLi0n posted at 7-4-2010 19:45
TT, fikir la baek2.. kalo yang kedekut tu, mungkin bleh bincang lagik.. sikap bleh diubah.. tapi kalo yang hiv tu, sorry to say, elak la.. kawen bukan utk sehari dua.. kut ya pun tak nak fikir untuk diri sendiri, fikir la pasal keluarga kamu.. camne nanti kalo dah kawen, camne? takkan nak rahsiakan dari keluarga? bayangkan kalo laki tu cedera kat rumah keluarga masa kamu takde (tangan beradarah kutip gelas pecah ke, apa ke), pastu ada yang tolong rawat.. tak ke nanti berisiko dapat jangkitan? fikir la baek2.. ni takde kes penting diri ke apa.. ni untuk kebaikan bersama.. laki tu harus faham.. kalo betul dia +ve, nanti dia tak terdaya nak nakhodai rumahtangga..

CikDaNdeLi0n posted at 7-4-2010 19:46
correction: *berdarah (bukan beradarah).. :dizzy:

3dea_mension posted at 7-4-2010 19:58

[betull laki kedekut pandai jaga kewangan.. n kita plak sbg pompuan jgn la dok harapkan sgt duit laki.. kita kan keje ada gaji sendiri...]

ni statement aku paling suka..knp nk harapkn duit lelaki..

Arrwenn posted at 7-4-2010 20:49
aku penah dengar HIV boleh disembuhkan...
TETAPI tersangatlah jarang kes sembuh HIV ni berlaku...
[b]TT... sila wat solat istikharah.. minta petunjuk dr Allah..
skang ni ko follow the flow dulu sehingga mendapat hidayah..[/b]
ko jangan dok mengikut perasaan sangat..

Aku rasa ko ni mmg anak org kaya tu yg ko takbleh blah dengan ex ko tu kan..
sian gak kat dia.. at least dia appreciate belikan hadiah besday ko walaupun ja GACCI..
aku penah ada bf yg tak penah bagi hadiah kat aku...

org yg baik akan memiliki org yg baik... renung2kanlah okkay..

tajul186 posted at 8-4-2010 00:27
harap leh jadi lelaki ke-3 :$

drag0nl1e posted at 8-4-2010 20:44
mane TT nie??? :@:@
wat happen next???

shiro_gunners posted at 8-4-2010 21:07
ntahnye..
TT ni wat citer je kot :o

raxief posted at 8-4-2010 21:08
jam GACCI tu waterproof x?:lol:

ape yg aku nmpk kat sini ialah jejaka GACCI sangat SETIA.

zu_nia posted at 8-4-2010 23:29
die bukan materealistik..sape merase dpt bf kedekut jea tau..bygkan ank dato' nie dulu ex kite la..sometimes nak die blnje kite makan ke tgk wyang..nie x suma die ckp 'yang belanje b ek'..x kan ari2 belanje die...lepas tue siap beli ticket lrt die jea..kite kat cinie ingt die belikan tuk kite skali rupe2nye kene beli sndri dah la duit abis blnje die..mtk topup kan die ingt nak msg ke or call kite..last2 rpnye de girl lain..last2 die mtk pts..dah serik nak baik ngan laki dah..skang nie syukur la dpt bf yg x kedekut..jenis segan guna duit pmpuan..tapi kite paham la kan die de taggungan lain so sometimes die sometimes kite..

makita posted at 9-4-2010 13:19
aku rasa kan baik ko kawen jek ngn mamat HIV...byak cara nak elakkan ko dari berjangkit....cuma kompom la ko tak leh ade zuriat ngan dia...biasa org hiv ni umur tak panjang....silap2 ko jadi janda muda meletops pom pom pom....kaya pulak tu...

pastu bole la ko kawen ngn mamat GACCI ni....hepily ever after .....dua2 ko dpt ..tak yah pening2 nak pilih mana satu

itamrazali posted at 9-4-2010 15:20
Ko dump kedua2 nya sekali...aku penah kapel dgn org kedekut nie...seksa hidup...ssemua atas kita, makan, wayang dsbagainya... imagine klu kawin nnti, duit dapur, susu, lampin, bils , semua atas kita...haru.... HIV + tuh..malas aku ckp byk...

hunny_bunny posted at 13-4-2010 13:48
seram plak baca kesah tt ni...

better buat istikarah....dan pk semasak2nye...

alisya05 posted at 13-4-2010 15:43
sayang diri sendiri dulu b4 sayang orang lain...
pikirkan masa depan ..
dah kawen mesti nak anak..
ada kemungkinan anak akan kena HIV tu...
dah bertambah lagi pengidap HIV..

yang kedekut pun kalu boleh elakkan...
memang kita kerja ..ada duit sendiri..
tapi tanggunjawab laki mesti dia tunaikan...
makan pakai..susu/pampers anak ..bil2 semua pakai duit...
takkan isteri yang kena tanggung semua..
tampung skit2 bolehlah...

kita kat sini bagi nasihat jer..
terpulanglah pada TT...

Bm7add9 posted at 13-4-2010 19:24
Mane TT..menghilang? due2 cam xleh pakai je..(tp yg GACCI 2 cam setia;P)..ramai yg suh dump due2 skali..btul la tuh,ramai lagi lelaki len..biar mase je yg menentukan..ke TT mmg target nak kawen dlm mase yg terdekat?

b_n_c posted at 15-4-2010 14:12
[aku rasa kan baik ko kawen jek ngn mamat HIV...byak cara nak elakkan ko dari berjangkit....cuma kompom la ko tak leh ade zuriat ngan dia...biasa org hiv ni umur tak panjang....silap2 ko jadi janda mud ...]

aku setuju cadangan ni 80juta persen...
bijakk....bijakkk...
kita minum doluuuu......

Tuesday, 13 December 2011

KETULUSAN HATI - ANUAR ZAIN



Ketulusan Hati (Pure Love from the Heart)- Anuar Zain

There is no insinserity in my love
Does not recognize any imperfectness
Does not comply with the feeling of grief

My love is only delicate
Only wishing for happiness~ forever more
The feeling that I am experiencing
[It's like] a performance just for you
When you hear the deep meaning of my love to you...

[Chorus]
Loving you does not matter about the period we are in
Strays away from a guy with poetic emptiness
Instead only from the pure love that radiates from my heart

Loving you does not even once give into doubt
The confidence in my heart
Lays only in me
Forever...





Cinta pandang pertama dengan blog AHP



            Permulaan tahun 2011, aku terlalu sibuk dengan tugas2 di tempat kerja. Pada tahun ni adalah tahun untuk aku berehat daripada menyertai aktiviti luar. Aku nak tumpu pada kerja2 kat dalam sahaja. Kalau ada juga arahan utk keluar, mungkin paling lama seminggu. Aku tak mahu tinggalkan tempat kerja terlalu kerap mcm tahun2 sebelum ini. Lagipun aku perlu kurangkan aktiviti yang menyebabkan masa rehat aku kurang. Almaklumlah tahap kesihatanku sekarang ni bukan sama mcm dulu. Tahun 2011 adalah tahun utk aku berehat dari aktiviti luar.

Aku mula berasa seronok dengan cara hidup baruku ini tak mcm sebelum ni aku kurang fikir soal penjagaan kesihatan. Sebelum ni aku tak peduli pun kalau ada org bercerita tentang hiv/Aids sebab aku tak pernah terfikir akan terjebak ke dalamnya. Sekali dah terjebak memang tak dapat diundur balik masa. Aku sudah menerima hakikat walaupun sesekali aku dibuai oleh perasaan sedih dan pilu.



Awal tahun ini menyaksikan perpisahanku dengan orang2 yg aku sayangi. Biarlah mereka menjauhkan diri dariku yang penting aku tak pernah membenci mereka malah masih angap sebagai kawan. Aku tak suka bermusuh dengan sesiapapun terutama bagi yang pernah membahagiakan aku dulu.aku doakan moga kehidupan mereka bahagia.


Kehilangan mereka hanya sementara apabila pada tahun ini juga, aku akhirnya bertemu jodoh dengan blog AHP. Aku tak tahu mcm mana aku boleh menemui blog ini. Sebelum itu, aku cuba mencari kenalan2 yg aku tahu PLHIV melalui facebook utk dijadikan tempat berkongsi maklumat ttg penyakit ini. Namun semua kenalan aku dari luar Negara dan agak sukar untuk aku memahami keadaan dan cara rawatan yang mereka ikuti di Negara mereka yg tak sama dengan Malaysia. Aku teruskan pencarianku siang dan malam jika ada masa terluang.


Seingat aku blog ahp ni tiba2 muncul masa aku mencari maklumat di google. Bila aku terbaca profile ahp seorang hiv+ sejak 28 disember 2010 rasa ingin tahu di hati membuak2. Aku mula melihat entry2 yang terpapar di dalam blog. Aku mula membaca satu persatu dengan penuh minat. Jauh di sudut hati aku bersyukur sebab dipertemukan dengan blog ini. Aku berharap sangat agar dapat berjumpa dengan tuan tanah blog suatu hari nanti.


Pelbagai interpretasiku terhadap ahp sebelum aku menemuinya di KL 4hb bebaru ni. Aku Cuma mendengar suaranya dan tak pernah pun berjumpa. Kurasa dia seorang yang telah tua dan berkopiah2 haji. Aku rasa sangat simpati dengan penderitaan yang dialaminya. Aku mula menghantar email menghulur salam perkenalan. Panggilan pertamaku terhadap AHP ialah pakcik hu hu hu..( Hakikatnya AHP kelihatan awet muda dan bukanlah seperti yang aku gambarkan. Kulitnya cerah, fizikal masih nampak cool dan maintain , penampilan smart dan sempoi,raut wajah yang  jernih dan menggambarkan seorang yang berjiwa besar).


Email pertama azam utk AHP pada 4 Oktober 2011 9:45pm,kira masih baru lagi azam ni kenal AHP. Tp dah mcm kenal lama……


assalamualaikum.

apa khabar pakcik?moga allah sentiasa merahmati pakcik sekeluarga.


ptama sekali,sy berterima kasih kpd pakcik kerana dengan adanya blog yg pakcik buat ttg kehidupan pakcik sbg seorang hiv+,menjadikan saya mendapat maklumat ttg hiv yg selama ni sy anggap perkara yg sungguh memalukan dan mengaibkan berdasarkan pengalaman sy yg sangat cetek.sy telah beberapa kali melayari laman blog tersebut dan mendapati ia sangat menarik dan sesuai diwujudkan bagi menjadi tempat pengumpulan maklumat,perkongsian dan sebagainya bagi golongan yg memerlukan perhatian.


utk pengetahuan pakcik,sy juga senasib dgn pakcik cuma jalan cerita kita tak sama.apapun,sy bersyukur kerana dipertemukan dengan blog ini dan berharap sy akan menemui insan2 yg dpat memulihkan semangat agar saya sentiasa berada di landasan yg sepatutnya.



sy sama seperti pakcik,**************************,keresahan kdg2 melanda diri bila memikirkan apakah nasib yg akan menimpa saya, kerjaya dan masa depan lebih2 lg apabila melibatkan soal hutang piutang yg menuntut kewajipan sy utk melunaskannya. sy teringat peristiwa seorang sahabat yg mati syahid ada plak sahabat lain bertanya kpd rasulullah bagaimanakah kedudukan sahabat yg mati syahid itu. rasulullah bertanya, adakah dia mempunyai hutang yg belum dilunaskan?kata rasullullah lg, jika ada maka rohnya akan terawang2 antara langit dan bumi lantaran allah tidak menerima amalannya.


ada bnyk lg perkara yg meresahkan apabila menjadi seorang yg hiv+ ini.insya allah akan dikongsikan.


sy nak tanya,di setiap negeri ada tak doktor spt doktor yg pakcik ceritakan dlm laman blog pakcik? sy berasa sgt teruja. sy berdoa moga sy dipertemukan dengan doktor sebaik dia.setakat ini sy belum lg menjalani rawatan tp mmg ada niat di hati utk ke ospital.cuma sy risau berkenaan bnyk perkara.pakcik pun dah melalui semua ini

 

Ini jawapan dari AHP;


“waalaikumussalam,
t kasih kembali kerana menghubungi
saya tak pasti siapa anda,
ini azam +ve kan?
harap saya tidak tersalah respon

yg penting dptkan rawatan

apapun ikhtiar,
kita perlukan ujian cd4 dan viral load secara berkala untuk pemantauan
ini hanya boleh dilakukan di hospital

tak perlu risau utk dptkan rawatan

mmg sukar mencari doktor sebaik yg merawat saya sekarang
itu pertolongan Allah kpd saya.

setiap negeri dan daerah ada dr pakar perubatan keluarga yg boleh

merawat dengan baik
sejauh mana baiknya terpulang kepada persepsi masing2 lah

apapun cabarannya,

siapapun doktor, apapun karenah di hospital,
kita mesti tempuh.
masing2 dgn ujian dan dugaan masing2
hanya yg kuat semangat sahaja boleh bangkit
macam2 masalah dan rungutan yg rakan2 kita kongsikan di emel.
ada yg positif dan ada yg negatif
anggap sahaja perkara biasa kita insan istimewa
mesti berdikari dan jgn terlalu sensitif.

buat permulaan saya sarankan anda terus baca blog dan kalau boleh

utama kategori "AKU"
kemudian barulah pergi ke entries lain.
anda bersikap positif tetapi sikap positif perlu dibina ke tahap yg
betul2 kukuh.

jika memerlukan kumpulan sokongan di sabah,

sila hubungi:
Kota Kinabalu AIDS Support Services Assocation (Kasih)
no 17 Taman BPL Jalan Budaya Off Jalan Kebajikan
880000 KK Sabah
082 224 600
cuba dapatkan pandangan dan info2 yg perlu daripada mereka
insya-Allah pelan2 anda akan jumpa lebih ramai rakan senasib yg dpt membantu


moga dapat membantu

sabar dan tabah selalu”


Berjela2 juga email kami dua. Azam sangat hargai sikap dan komitmen ahp tanpa mengenal sesiapa. Dari email pertamaku,ahp rasa aku perlukan sokongan mmdgkan aku masih lagi “down” dan hilang pertimbangan. Tidak lama selepas itu, ramai rakan yang jadi pengunjung tetap blog ahp tampil memberikan kata2 semangat kpd azam sehingga azam mula berubah menjadi lebih positif. Terima kasih kepada rakan2 yang tak jemu untuk membantu azam. Hanya allah saja yang dapat membalas jasa baik kalian.

Monday, 12 December 2011

SS




Jom kita layan lagu ni.....

Sa-bai-sa-bai

Took-jai-gaw-kop-gun-pai

Praw-chun-pen-kon-mai-son-arai

Mai-koey-kid-guan-jai-krai


Sa-bai-sa-bai

Hark-row-ja-kop-gun-pai

Chun-kau-piang-kwarm-ruk

Lae-jing-jai

Mai-koey-taung-garn-arai



C/o



Sa-bai-sa-bai

Laaw-tur-gaw-kong-kow-jai

Row-nun-ja-yoo-hai-roo-gun-pai

Ja-took-sook-piang-nai

Sa-bai-sa-bai

Mae-wun-dai-tee-jai-tur-plien

Mae-hen-ja-plake

Mur-roo-jark-park

Wah-kid-ja-jark-chun-pai

Gaw-kong-kow-jai-wah-tur-taung-pai

Gaw-kong-sia-jai-lae-kong-sia-dai



Tae-gaw-young-sa-bai

Hahk-tur-ja-ting-gun-pai

Praw-chun-pen-kon-mai-feun-jai-krai

Gaw-kong-lerk-lah-gun-pai-bap-sa-bai










BBBS

video

Terdengar burung berkicauan
Ke sana sini terbang berkawan
Sedangkan diriku keseorangan
Dalam dahaga kasih dan sayang

Tiada beribu dan berayah
Tiada saudara hendak bermanja
Andainya engkau pepohon nan rendang
Bawah bayangmu aku menumpang

c/o 
Menangisku sendiri ketawa pun sendiri
Berpanjangan keresahan hati
Siapalah yang tahu
Sakit pening diriku
Tiada pun tempat kumengadu
Bukan mengemis
Bukan meminta
 Hati terhiris kupendamkan saja
Bukannya belas bukan simpati
Niat yg ikhlas tegaknya di hati

Kudengar burung bernyanyi
Berterbangan bebas di angkasa
Walau sesekali terasa diri
tabahku terima takdir yg esa

Detik2 selepas 25 November 2009 / Tokkek dan Kehilangan sahabat dan insan tercinta ( Part IV )

Tahun 2010 melabuhkan tirainya dan kini bermula tahun baru 2011. Aku masih juga seperti biasa asyik mencari2 maklumat dalam internet mengenai penawar HIV. Tak pernah sikitpun rasa bosan walaupun sampai berjam2 duduk depan PC. 

Tentang beberapa produk yang kononnya adalah penyembuh HIV aku terus mengambilnya sebagai supplement harian atas kepercayaanku bahawa HIV dalam tubuhku akan berkurang dan mati dengan sendiri bila mengambil produk itu. 



Pernah juga ada berita yang mengatakan terdapat sejenis cicak dikenali sebagai Tokkek yang ada di kepulauan borneo dipercayai penawar HIV. Kebetulan cicak tersebut banyak terdapat di kampungku. Malah di kwsn berdekatan  rumah abah dan mak setiap malam ia selalu keluarkan bunyi yang kuat. 

Disebabkan itu kampungku seringkali didatangi orang2 dari jauh untuk mencari haiwan tersebut dan sanggup membayar ribuan ringgit untuk membelinya. Tapi semenjak dua menjak ni berita tentang haiwan tersebut semakin kurang diperkatakan. Mungkin topik tentang itu sudah basi dan orang pun sudah bosan mau bercerita tentangnya. Lagipun tiada bukti saintifik yang memperakui tentang kesahihan maklumatnya.

Berbalik pada topik entry kali ini, aku ingin berkongsi pengalaman bagaimana sikap org yg kuanggap abg sendiri yang semakin menjauhkan diri dariku. Jika mula2 aku didiagnose dia org pertama menyokongku dan sanggup bersama2 menjaga dan menerimaku jika aku tiada tempat perlindungan. Tetapi semakin lama dia semakin menjauhkan diri. Pernah juga dia berkata padaku apabila aku memberitahu tentang produk2 utk merawat HIV.

“erm, tidak aka nada ubat utk HIV ni sampai bila2. Mustahil. Itu balasan tuhan pada orang yang buat dosa. Org2 HIV ni tinggal tunggu mati jak”

sangat2 kecewa bila dia ckp mcm tu. 
Tiap kali aku “excited” bercerita ttg penawar hiv responnya seolah2 menyangkal. Aku jadi tawar hati untuk bercerita dengannya. Baru2 ini aku dapat tahu bahawa keluarganya suda tahu statusku sebagai PLHIV. Aku sangat terkejut sebab dia pernah berjanji untuk merahsiakan perkara ini daripada sesiapapun. Kepercayaanku kpdnya semakin kurang. Aku rasa segan untuk datang ke rumahnya mcm dulu. Mujurlah aku dah ada rumah sendiri jadi tak perlu lagi aku menumpang di rumahnya. Aku benar2 kecewa. Tapi aku tetap tabah kerana semua perkara ada hikmahnya. Bukan dia seorang saja yang boleh dijadikan tempat berkongsi. 

Pada masa yang sama hubunganku dengan teman wanita juga semakin dingin. Mungkin dia suda bosan dengan sikapku yang seolah2 tidak memberi kata putus dalam soal perhubungan. Dia ingin kahwin cepat. Kalau bukan aku ada HIV+,sekarang pun boleh tapi….

Bukan niatku untuk memungkiri janji tetapi ada perkara yang sangat berat untuk kukongsi bersama. Lantas aku mengambil jalan penyelesaian untuk “break” dengan dia. Memang agak sukar untuk menerima kenyataan. Aku yakin dia pasti temui pengganti yang lebih baik. Tak maca aku ni ada HIV. Bagi aku adalah tidak adil jika dia hidup denganku. Dia berhak untuk menikmati kebahagiaan mutlak dari seorang lelaki yang bebas dari HIV.

Suatu hari nanti dia pula dapat malu bila keadaanku diketahui ramai. Buat masa ini aku perlu memastikan keadaan diriku sihat barulah aku memikirkan kembali hasrat utk berumahtangga. Tapi tidak semudah itu sebab aku kan dah ada HIV, tak semua orang boleh terima. Jadi aku perlu berhati2 agar aku tidak tersilap langkah yang akan menyebabkan rahsia dan aib aku menjadi bualan orang di sana sini. Bagi aku, ada jodoh syukur alhamdulillah takde jodoh aku redha. Sekurang2nya aku masih ada keluarga dan rakan2 tempat aku bergantung harapan.