Rakan AzamAli.com.my

Sunday, 29 January 2012

Kembali bertugas..Happy sgt nak jumpa budak2 bucuk

Hari ini adalah hari terakhir untuk aku bersantai sempena cuti tahun baru cina. Petang ini aku hanya berehat di rumah sambil melayari internet. Sesekali aku menonton televisyen jua. Itulah yang dapat aku buat pada hujung2 minggu begini. Bosan tu ada juga. Alangkah bagusnya kalau ada ahli2 komuniti yang terdekat boleh juga plan sama2 beraktiviti sepanjang cuti.

Realitinya, AA hanya sebatang kara. Hanya rakan2 nun jauh di sana tempat AA berkomunikasi. Diri AA sudah diterima oleh mereka. Diri AA tidak keseorangan lagi. Namun jumpa bukan selalu. Hanya sms, blog, facebook jadi tempat berhubung. 

Baru2 ini masa AA ziarah jenazah arwah nenek, AA jumpa sepupu yang kerja sebagai inspektor kesihatan di hospital daerah tpt AA tinggal. AA tanya dia di unit mana. Katanya unit kawalan penyakit berjangkit. OMG.... Aa terkedu seketika. Dalam hati, mujurlah AA tak beritahu alamat yg sebenar kat hospital tpt AA dptkan rawatan. Kalau tidak, IK yang akan mencari AA ialah sepupu AA sendiri..Oh tak dapat Aa bayangkan..

Kadang2 AA juga perlukan insan "who being a shoulder whenever i m cryin', yang menjadi telinga mendengar keluhan, yang menjadi teman setia di kala AA menghadapi susah dan senang. Namun itu bukanlah mudah lantaran kehidupan sebagai PLHIV adalah diri AA sampai ke mati.Tidak semua orang boleh terima hakikat ini. Jadi AA perlu berhati2 agar perkara ini tidak sampai ke pengetahuan orang lain.

Sesetengah yang mengenali akan ada yang bercakap, ala kawin je la. Mau tunggu bila lagi...

AA hargai keprihatinan mereka terhadap AA. AA manusia biasa yang inginkan sebuah kehidupan yang bahagia. Setakat ini, AA bahagia dan gembira dengan apa yang AA miliki. AA syukur sangat2 walaupun pada pandangan sesetengah orang diri AA masih belum sempurna tanpa kehidupan berumahtangga.

Hanya orang yang tidak waras sahaja yang menolak untuk menerima jodoh. Bagi AA, soal jodoh adalah urusan tuhan. Andai ada, alhamdulillah dan andai tiada AA syukur alhamdulillah juga. Yang penting AA bahagia
erm, mau cakap benda lain plak, malam ni kebetulan ada rancangan yang AA nanti2kan iaitu AJL. AA memang tak mau lepaskan peluang untuk menontonnya secara langsung. huhuhu... AA rasa lagu yang menang ialah lagu tiga suara tu.

Esok bermulalah rutin harian AA yang padat dari pagi hingga ke petang. Moga AA sihat walafiat dan mampu bekerja dengan baik.  Temujanji AA dengan doktor Timothy semakin hampir. Moga semuanya berjalan dengan lancar

Relakan Perpisahan itu

Pernahkah kita terasa tiba-tiba sahaja seolah-olah tidak mengenali pasangan kita? Mengapa dia menjadi “manusia lain”? Seakan-akan kita belum pernah mengenalinya walaupun telah berumahtangga sekian lama. Jika kita pernah mengalami perasaan itu, jangan terkejut. Ia adalah perkara biasa. Bukan sesuatu yang luar biasa. 
 
Itu semua gara-gara warna sebenar (true colours) pasangan kita mula terserlah. Satu demi satu wataknya yang tersirat mula tersurat. Mengikut kajian pakar perkahwinan, hanya setelah usia lima tahun perkahwinan, barulah masing-masing (suami dan isteri) mengeluarkan semua sikap dan perangai mereka yang tersembunyi. 

Pernah kita baca di dada akhbar  bagaimana keluhan seorang isteri yang telah disimbah asid oleh suaminya. Katanya, “setelah tiga bulan berkahwin barulah saya sedar bahawa suami saya sebenarnya seorang yang panas baran.” Ironinya, mungkin pasangan itu telah bercinta (berpacaran) tiga tahun sebelum mereka berkahwin. Bayangkan, tiga tahun bercinta tanpa mengenal diri kekasih yang sebenar. Benarlah cinta itu buta. 

Cinta kerana nafsu memang buta. Kita dikelabui oleh daya tarikan fizikal sehingga tidak punya mata hati dan akal untuk mengenal siapa yang kita cintai dengan tepat dan betul. Selama tiga tahun bercinta mungkin yang kita ‘gunakan’ cuma nafsu dan emosi bukan fikiran dan hati. Al hasil, setelah tabir perkahwinan mula diangkat, tabir percintaan pun berlabuh. Realiti tidak seindah ilusi. Kenyataan berbeza sungguh daripada impian.   

Masa bercinta, warna sebenar – true colours pasangan kita tidak akan ketara. Dia boleh bermuka-muka dan rela mengikut selera, minat dan jalan hidup kita. Dan kita juga rela mengikut segala kehendaknya. Kita dan dia mabuk cinta! Namun semakin lama berumah-tangga, maka semakin ketara kelemahan dan kekurangan. Apakah dia umpama bulan yang dipuja dikejauhan oleh Sang sastrawan tetapi botak dan berlopak di mata seorang angkasawan?

Pada tahap ini, ramai yang mula menyesali diri. Mengapa dia yang kupilih? Tanpa sedar bahawa pada masa yang sama, dia juga mungkin berbisik mengapa kita yang dipilihnya? Inilah bibit-bibit yang boleh meruntuhkan sebuah rumahtanga. Yang nekad, rela berpatah arang lalu menempuh jalan penceraian. Yang penakut, menunggu dengan resah memendam perasaan… tanpa ada lagi keceriaan. 

Manusia adalah makhluk yang sentiasa berubah. Ia punya hati yang sangat konsisten untuk berbolak-balik. Bila hati berubah, fikiran dan tingkah laku juga akan berubah. Untuk kita mengenal manusia (termasuk pasangan kita) kita terpaksa mengenali perubahan itu. Ah, ini suatu yang sangat sukar. Masakan tidak, untuk mengenal hati sendiripun acapkali kita tidak mampu… inikan pula hati orang. Sukar diduga dan ditebak.

Akibatnya, ramai orang yang berkahwin dengan orang yang ‘tidak dikenalinya’. Bukan rupa zahirnya tetapi wajah batinnya. Disangka permata, rupanya kaca. Cuaca rumah tangga mula berubah. Disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari. Situasi inilah yang banyak berlaku dalam rumahtangga kini hingga menyebabkan (mengikut kajian) setiap lima belas minit berlaku satu penceraian!      

Apakah cara mengenal manusia yang serba kompeks ini? Bagaimana menentukan dengan pasti bahawa pasangan yang bakal kita pilih itu baik orangnya? Ya, ada tiga cara:

 1. Jadi orang baik.

Maksudnya, kita sendiri cuba sedaya upaya menjadi orang yang baik, Insya-Allah kita akan dikurniakan orang yang baik sebagai pasangan hidup kita. Ini janji Allah. Menjadi orang yang baik perlu diutamakan berbanding ‘mencari’ orang yang baik. Ia lebih mudah kerana menjadi orang baik bermula dengan diri sendiri. 

Perlu diingat, janji mendapat pasangan yang baik bagi orang yang baik, bukan hanya berlaku pada awal perkahwinan. Mungkin pada awalnya pasangan orang yang baik itu belum begitu baik namun berkat didikannya, pergaulannya dan doanya maka pasangannya  itu berubah menjadi baik selepas mereka berkahwin.

Jadi, jangan putus asa sekiranya pada awal perkahwinan kita lihat pasangan kita belum benar-benar baik seperti yang kita harapkan. Sebaliknya, teruskan usaha untuk menjadi orang yang baik sambil mendidik dan mendoakan pasangan kita itu. Ingat, setelah berkahwin dengan kita, pasangan kita itu adalah cerminan akhlak dan keperibadian kita. Siapa mereka sebelum berkahwin dengan kita kurang penting berbanding siapa mereka setelah berkahwin dengan kita.  

Justeru, tidak kira siapa dia sebelum berkahwin dengan kita, tetapi sebagai suami atau isteri kita komited untuk merubah diri kita sendiri terlebih dahulu seiring usaha merubah dirinya. Jika kita tidak dapat apa yang kita suka, kita perlu suka dengan apa yang kita dapat. Caranya, ialah dengan merubah diri kita terlebih dahulu, dan insya-Allah perubahan itu akan merubah pasangan kita ke arah yang sama.
  
 2. Ikut pilihan orang baik.

Ada orang yang menyerahkan hak membuat pilihan kepada orang-orang yang dianggapnya sangat baik dalam hidup ini. Mereka meminta ibu-bapa, ustaz-ustaz, ulama-ulama atau sesiapa sahaja yang dianggap baik untuk memilih jodoh buat mereka. Mereka pasrah dan menyerah sahaja. Tetapi dengan satu keyakinan: Orang yang baik pasti akan memilih orang yang baik sebagai pasangannya.

Ibu-bapa, para ulama dan orang yang baik-baik sekali-kali tidak akan menganiayai kita dengan memilih orang yang ‘jahat’ sebagai pasangan hidup kita. Kaedah ini telah dipraktikan oleh anak-anak muda zaman dahulu yakni ketika nilai-nilai agama belum dicabar oleh nilai Barat yang kononnya menyanjung hak asasi manusia dan kebebasan bersuara.

Pada pilihan orang yang baik, ada keberkatannya. Walaupun tidak ada cinta sebelum berkahwin, tetapi cinta selepas berkahwin jauh lebih suci dan indah. Cuba kita renungkan, betapa seringkali rumah tangga ibu-bapa yang berkahwin mengikut pilihan orang tuanya   lebih kekal dan harmoni berbanding rumah tangga anak-anaknya yang kononnya berkahwin atas dasar cinta.  

IInilah kaedah yang dipraktikan oleh Zainab yang berkahwin dengan lelaki yang menjadi pilihan bapanya (Rasululllah saw). Zainab akur atas pilihan itu kerana yakin akan sifat kasih sayang, amanah dan kebijaksanaan ayahnya. Dia yakin hanya orang baik (Rasulullah saw) mampu mengenal orang baik dan memilih orang baik sebagai pasangan hidup anaknya.    

Justeru, sekiranya kita terlalu sukar untuk mengenali seseorang secara tepat, maka serahkan sahaja tugas itu kepada orang yang lebih arif untuk mengenalnya. Jangan cuba membuat penilaian sendiri… Bermuzakarahlah dengan orang yang baik-baik dan dirikan solat istikharah – pinta petunjuk daripada Allah setelah pilihan itu diserahkan ke tangan kita. Tidak akan kecewa orang yang bermuzakarah dan beristikharah!

 3. Cintai Allah yang Maha Baik.

Kita tekad sahaja untuk mencintai Allah. Jangan pandang cinta manusia lagi. Buru cinta yang utama dan pertama (cinta Allah), insya-Allah cinta kedua, ketiga akan memburu kita. Apabila kita mencintai Allah, Allah akan mencintai kita dan bila Allah telah mencintai kita, semua orang yang mencintai Allah akan turut mencintai kita. Rasulullah saw telah bersabda:   

“Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: “Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!” Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: “Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia.” Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Untuk mencintai Allah, kita wajib mencintai Rasulullah saw. Antara langkah-langkah menyintai Rasulullah saw itu adalah dengan banyak berselawat kepadanya, menegakkan sunahnya, menziarahi makamnya dan lain-lain lagi.

Ini adalah ubat yang mujarab bagi isteri yang dikecewakan sumai atau suami yang dipinggirkan oleh isteri. Jangan menagih cinta makhluk sampai kita derita dan sakit hati dibuatnya.

Merajuk pada yang kasih, merayu pada yang sudi… Siapa lagi yang terus kasih dan sudi mencintai kita ketika semuanya telah berpaling kecuali Allah?
Ya, burulah cinta itu.     Cinta Allah mampu mengekalkan, malah boleh meningkat lagi rasa cinta walaupun perubahan fizikal berlaku, justeru tapak cinta itu di hati, bukan lagi di ‘body’. Biarlah cinta pasangan kita berubah (walaupun kita terus berdoa agar tidak begitu), tetapi kita tidak akan berubah daripada menyintai Allah. 

Yakinlah jika pasangan kita juga menyintai Allah, pasti dia dan kita akan disatukan-Nya semula. Jika tidak, relakanlah perpisahan itu. Jangan bersedih, kerana sesuatu yang tidak memanfaatkan pasti tidak boleh memudaratkan!  

Sumber : http://genta-rasa.com/2011/07/05/relakan-perpisahan-itu-demi-cinta/#more-1418

Saturday, 28 January 2012

Mencari ketenangan Hati

Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang. Ada orang berkata, “ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?”

 Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan “membaca” kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi – dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli). Mari kita lihat lebih dekat bagaimana ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan.

Dimensi kata, rasa dan tindakan

Jika seorang hamba yang berdosa bertaubat kepada-Nya, Allah bukan sahaja mengampunkannya, malah menghapuskan catatan dosa itu, bahkan menyayangi dan memberi “hadiah” kepadanya. Firman Allah:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai…”At Tahrim 8

 Firman Allah lagi:
“… Sungguh, Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang yang menyucikan diri” al baqarah 222.


 Sifat ini berbeza sekali dengan kita manusia yang kekadang begitu sukar memaafkan kesalahan orang lain. Dan segelintir yang mampu memaafkan pula begitu sukar melupakan – forgive yes, forget not! Hendak memberi hadiah kepada orang yang bersalah mencaci, memfitnah dan menghina kina? Ah, jauh panggang daripada api! 

Begitulah kotornya hati kita yang sentiasa diselubungi dendam, prasangka dan sukar memaafkan. Tidak seperti Allah yang begitu suci, lunak dan pemaaf. Jadi, apabila kita bertasbih, rasa-rasa inilah yang harus diresapkan ke dalam hati. Ini zikir qalbi namanya.

Tidak cukup di tahap itu, zikrullah perlu dipertingkatkan lagi ke dimensi ketiga. Hendaklah orang yang bertasbih itu memastikan perlakuannya benar-benar menyucikan Allah. Ertinya, dia melakukan perkara yang selaras dengan suruhan Allah yang Maha Suci dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya. 

Yang halal, wajib, harus dan sunat dibuat. Manakala yang haram dan makruh ditinggalkannya. Zina, mengumpat, mencuri, memfitnah dan lain-lain dosa yang keji dan kotor dijauhi. Bila ini dapat dilakukan kita telah tiba di dimensi ketiga zikrullah – zikir fikli! 

Sekiranya ketiga-tiga dimensi zikrullah itu dapat dilakukan, maka kesannya sangat mendalam kepada hati. Sekurang-kurang hati akan dapat merasakan empat perkara:
  • Rasa kehambaan.
  • Rasa bertuhan.
  • Memahami maksud takdir.
  • Mendapat hikmah di sebalik ujian
Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita, agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita. Jangan sampai hati kita kotori dengan hal-hal yang dapat merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti. 

Untuk menjaga kebersihan hati maka kita juga perlu untuk menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT. Dengan menjaga hal-hal tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati kita. Dengan hati yang bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat.

  •  Rasa kehambaan.

Rasa kehambaan ialah rasa yang perlu ada di dalam hati seorang hamba Allah terhadap Tuhan-Nya. Antara rasa itu ialah rasa miskin, jahil, lemah, bersalah, hina dan lain-lain lagi. Bila diuji dengan kesakitan, kemiskinan, cercaan misalnya, seorang yang memiliki rasa kehambaan nampak segala-galanya itu datang daripada Allah. 

Firman Allah:
“Katakanlah (Muhammad), tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanya kepada Allah bertawakal orang-orang yang beriman.” At Taubah: 51

Seorang hamba akan pasrah dan merasakan bahawa dia wajar diuji. Bukankah dia seorang hamba? Dia akur dengan apa yang berlaku dan tidak mempersoalkan mengapa aku yang diuji? Kenapa aku, bukan orang lain? Ini samalah dengan mempersoalkan Allah yang mendatangkan ujian itu. 

Menerima hakikat bahawa kita layak diuji akan menyebabkan hati menjadi tenang. Jika kita “memberontak” hati akan bertambah kacau.

Imam Ghazali rhm pernah menyatakan bahawa cukuplah seseorang hamba dikatakan sudah “memberontak” kepada Tuhannya apabila dia menukar kebiasaan-kebiasaan dalam hidupnya apabila diuji Allah dengan sesuatu yang tidak disukainya. Misalnya, dia tidak lalu mahu makan-minum secara teratur, tidak mandi, tidak menyisir rambut, tidak berpakaian kemas, tidak mengemaskan misai dan janggut dan lain-lain yang menjadi selalunya menjadi rutin hidupnya. 

Ungkapan mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang adalah satu “demonstrasi” seorang yang sudah tercabut rasa kehambaannya apabila diuji.

Bila ditimpa ujian kita diajar untuk mengucapkan kalimah istirja’ – innalillah wa inna ilaihi rajiun. Firman Allah:
“…Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-nyalah kami kembali.” Al baqarah 156

Mengapa kita diperintahkan mengucapkan istirja’? Kalimah ini sebenarnya mengingatkan kita agar kembali merasakan rasa kehambaan. Bahawa kita adalah hamba milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Kita layak, patut dan mesti diuji kerana kita hamba, bukan tuan apalagi Tuhan dalam hidup ini.

  • Rasa bertuhan.
Rasa kehambaan yang serba lemah, miskin, kurang dan jahil itu mesti diimbangi oleh rasa bertuhan. Bila kita rasa lemah timbul pergantungan kepada yang Maha kuat. Bila kita rasa kurang timbul pengharapan kepada yang Maha sempurna. Bila miskin, timbul rasa hendak meminta kepada yang Maha kaya. Rasa pengharapan, pengaduan dan permintaan hasil menghayati sifat-sifat Allah yang Maha sempurna itulah yang dikatakan rasa bertuhan.

Jika rasa kehambaan menyebabkan kita takut, hina, lemah sebaliknya rasa bertuhan akan menimbulkan rasa berani, mulia dan kuat. Seorang hamba yang paling kuat di kalangan manusia ialah dia yang merasa lemah di sisi Allah. Ketika itu ujian walau bagaimana berat sekalipun akan mampu dihadapi kerana merasakan Allah akan membantunya.

Inilah rasa yang dialami oleh Rasulullah SAW yang menenteramkan kebimbangan Sayidina Abu Bakar ketika bersembunyi di gua Thaur dengan katanya, “la tahzan innallaha maana – jangan takut, sesungguhnya Allah bersama kita!”

Rasa bertuhan inilah yang menyebabkan para nabi dan Rasul, mujaddid dan mujtahid, para mujahid dan murabbi sanggup berdepan kekuatan majoriti masyarakat yang menentang mereka mahupun kezaliman pemerintah yang mempunyai kuasa. Tidak ada istilah kecewa dan putus asa dalam kamus hidup mereka. 

Doa adalah senjata mereka manakala solat dan sabar menjadi wasilah mendapat pertolongan Allah. Firman Allah:
“Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat.” Al Baqarah.

Dalam apa jua keadaan, positif mahupun negatif, miskin ataupun kaya, berkuasa ataupun rakyat biasa, tidak dikenali ataupun popular, hati mereka tetap tenang.

Firman Allah:
“Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana.” Al Fathu 4.

Bila hati tenang berlakulah keadaan yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya:
Maksudnya: Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan (pahala). Jika ditimpa bahaya (kesusahan), dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan.” – Al Hadis.

  • Memahami maksud takdir Allah.
Mana mungkin kita mengelakkan daripada diuji kerana itu adalah takdir Allah SWT. Yang mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap kebergantungan kita kepada Allah di samping berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu. Ungkapan yang terkenal: We can’t direct the wind but we can adjust our sail – kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita.

Kemudi dalam pelayaran kehidupan kita hati. Hati yang bersifat bolak-balik (terutamanya bila diuji) hanya akan tenang bila kita beriman kepada Allah – yakin kepada kasih-sayang, keampunan dan sifat pemurah-Nya. Dalam apa jua takdir yang ditimpakan-Nya ke atas kita adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan negatif. Baik dan buruk hanya pada pandangan kita yang terbatas, namun pada pandangan-Nya yang Maha luas, semua yang ditakdirkan ke atas hamba-Nya pasti bermaksud baik.

Tidak salah untuk kita menyelesaikan masalah yang menimpa (bahkan kita dituntut untuk berbuat demikian), namun jika masalah itu tidak juga dapat diselesaikan, bersangka baik kepada Allah berdasarkan firman-Nya:


“Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya”
Surah Al Baqarah : 216


Seorang ahli hikmah, Ibn Atoillah menjelaskan hakikat ini menerusi katanya, “barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pen¬deknya penglihatan akal dan mata hati seseorang.”

Siapa tidak inginkan kekayaan, malah kita dituntut mencari harta. Namun jika setelah berusaha sedaya upaya, masih miskin juga, bersangka baiklah dengan Tuhan… mungkin itu caranya untuk kita mendapat pahala sabar. Begitu juga kalau kita ditakdirkan kita tidak berilmu, maka berusahalah untuk belajar, kerana itulah maksud Allah mentakdirkan begitu.

Kalau kita berkuasa, Allah inginkan kita melaksanakan keadilan. Sebaliknya, kalau kita diperintah (oleh pemimpin yang baik), itulah jalan untuk kita memberi ketaatan. Rupanya cantik kita gunakan ke arah kebaikan. Hodoh? kita terselamat daripada fitnah dan godaan. Ya, dalam apa jua takdir Allah, hati kita dipimpin untuk memahami apa maksud Allah di sebalik takdir itu.

Jadi, kita tidak akan merungut, stres dan tertekan dengan ujian hidup. Hayatilah kata-apa yang ditulis oleh Ibnu Atoillah ini:
“Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.”

Tadbirlah hidup kita sebaik-baiknya, namun ingatlah takdir Tuhan sentiasa mengatasi tadbir insan. Jangan cuba mengambil alih “kerja Tuhan” yakni cuba menentukan arah angin dalam kehidupan ini tetapi buatlah kerja kita, yakni mengawal pelayaran hidup kita dengan meningkatkan iman dari semasa ke semasa. Kata bijak pandai: “It’s not what happens to you, but it’s what you do about it. It is not how low you fall but how high you bounce back!”

  • Mendapat hikmah bila diuji.
Hikmah adalah sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh “mehnah” – didikan langsung daripada Allah melalui ujian-ujian-Nya. 

Rasulullah s.a.w. bersabda, “perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja!”


Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan? Maka dengan ujian bentuk inilah ada di kalangan para rasul ditingkatkan kepada darjat Ulul Azmi – yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung ujian. Ringkasnya, hikmah adalah kurnia termahal di sebalik ujian buat golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin ialah mereka yang sentiasa diuji.


Firman Allah: Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagai¬mana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan ke¬goncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?”
(Surah al-Baqarah: 214)


Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Malah dalam keadaan berdosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu pengampunan. Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat.


Justeru, telah sering para muqarrabin (orang yang hampir dengan Allah) tentang hikmah ujian dengan berkata: “Allah melapangkan bagi mu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagi mu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah.


Apabila keempat-empat perkara ini dapat kita miliki maka hati akan sentiasa riang, gembira dan tenang dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. Sentiasa melakukan kerja amal, tolong menolong, bergotong royong, sentiasa bercakap benar, sopan dan hidup dengan berkasih sayang antara satu dengan lain.


Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan memperbanyak zikrullah. Itulah satu-satunya jalan untuk mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat nanti. Manusia perlukan zikir umpama ikan perlukan air. Tanpa zikir, hati akan mati. Tidak salah memburu kekayaan, ilmu, nama yang baik, pangkat yang tinggi tetapi zikrullah mestilah menjadi teras dan asasnya.


Insya-Allah, dengan zikrullah hati kita akan lapang sekalipun duduk di dalam pondok yang sempit apatah lagi kalau tinggal di istana yang luas. Inilah bukti keadilan Allah kerana meletakkan kebahagiaan pada zikrullah – sesuatu yang dapat dicapai oleh semua manusia tidak kira miskin atau kaya, berkuasa atau rakyat jelata, hodoh atau jelita. Dengan itu semua orang layak untuk bahagia asalkan tahu erti dan melalui jalan yang sebenar dalam mencarinya. Rupa-rupanya yang di cari terlalu dekat… hanya berada di dalam hati sendiri!

 Sumber : genta-rasa.com/2009/04/15/mencari-ketenangan-hati

Monday, 23 January 2012

Kenangan Temujanji Pertama 2012

16 Januari 2012 ; hari ini adalah hari pertama AA hadir ke hospital bagi memenuhi temujanji untuk mengambil darah. Untuk hadir pada hari ini, AA terpaksa mengambil MC daripada majikan. Semuanya akan jadi mudah menurut kata doktor dan MA yang memeriksa AA pada Disember tahun lepas.

Namun, situasi yang AA hadapi tidaklah seperti yang digambarkan. Ketua jabatan ingin melihat bukti secara hitam putih tentang temujanji itu. AA cuma ada borang khas yang dikeluarkan untuk unit dalaman ID clinic yang menyatakan jenis pemeriksaan yang akan AA jalani utk sampel darah yang diambil. Tak ka lah AA nak serahkan salinan borang tersebut sedangkan terang2 tertulis di dalamnya ID Clinic.

Puas AA mencari ikhtiar dalam perkara ini. Pertama kali AA hadapi situasi ini memang agak meresahkan diri AA juga. Hal AA ada temujanji dengan doktor turut menjadi bahan perbualan rakan2. Di mana AA berada mereka akan tanya AA sakit apa. Dengan selambanya AA bagitau AA ada masalah migrain..huhuhu muslihat untuk menyelamatkan diri. Tapi sampai bil ia akan mampu bertahan.

AA tak nak fikir semua itu. AA cuma berdoa moga Allah mempermudahkan urusan AA. Pagi2 lagi AA terus bergerak ke hospital agar senang dapat tempat letak kereta. Sampai saja di sana, AA terus cari MA yang memeriksa AA pada bulan lepas iaitu encik Joseph.Syukurlah kebetulan masa itu dia berada di biliknya dan proses mengambil darah berjalan dengan lancar.

Mujurlah MA ini jenis yang memahami dan prihatin dengan nasib PLHIV seperti AA. Merasakan perkara ini melibatkan stigma, judgemental dan diskriminasi, beliau dengan rela hati sanggup menolong AA mengambil darah daripada menyerahkan sepenuhnya tugas itu kepada pihak staf makmal. Cara dia mengambil darah memang menunjukkan dia seorang yang berpengalaman. Sekejap ja dia dah temui urat darah di lengan.

Sesekali teringat pengalaman lepas kena ambil darah oleh MA yang kurang pengalaman, terkena cucukan jarum yang sangat menyakitkan terpaksa dicucuk sekali lagi sebab tak kena pada urat darah. AA tengok MA joseph ni tak pakai sarung tangan pun masa dia ambil darah AA.  Bekas parut sekejap je hilang.

AA menyuarakan pada Mr Joseph tentang surat MC yang AA perlukan untuk diberikan kepada pihak majikan. Mendengar penjelasan mr J, barulah AA dapat gambaran jelas tentang prosedur dapatkan surat mc hospital. Untuk temujanji berikutnya, AA tak perlu risau lagi. Namun ada persoalan yang Mr J tanya pada AA yang membuatkan AA agak sedikit risau. "Tidakkah encik rasa bimbang jika status encik diketahui?" AA takda jawapan untuk soalan itu.

AA terfikir, adakah bermaksud akan akan ada pihak yang langsung menghubungi Doktor unuk bertanya status kesihatan AA.Tak larat nak fikir benda ni. Biarlah, yang penting AA dapat rawatan dan kesihatan menjadi stabil. Peduli apa dengan cakap2 orang tu.

AA teringat dengan pesanan salah seorang rakan senasib. Menurutnya, jika kita telah didiagnose sebagai PLHIV dan kes telah sampai ke pengetahuan pihak hospital, kita akan dihubungi oleh staf dari pihak KKM untuk berbincang untuk mengadakan pertemuan.  Difahamkan juga, staf KKM yang terlibat menemui PLHIV terdiri daripada staf Inspektor Kesihatan yang khusus untuk bidang Kawalan Penyakit Berjangkit.


AA memang telah maklum tentang hal tersebut dan kini AA sedang menanti2 panggilan daripada pihak hospital berkenaan pertemuan tersebut. Manalah tahu ada dari kalangan staf tu yang single mingle kan boleh la di tackle. hahahahaha...ada hati jugak ye, layak ke? huhuhuhu... apapun nantikan saja. Mesti banyak persoalan yang akan ditanya kat AA nanti. Tahan jak la..

AA sempat bertemu dengan Christoper dan sarapan pagi sama2 sebelum AA bertolak balik. Sebelum memulakan perjalanan, AA menuju ke unit farmasi untuk mendapatkan beberapa bekalan vitamin yang telah habis dimakan.

Sepanjang perjalanan pulang,AA sempat mengambil view2 yang menarik di sepanjang pergunungan. Sepanjang hari AA memandu, tiada pun hujan turun. Alhamdulillah AA selamat sampai ke rumah pukul 8:30 malam. start memandu pukul 11 pagi..huhuhu..penat tak terkata..sempat juga kerja keesokan harinya. 


p/s ; jangan mengambil gambar semasa memandu, berbahaya... hu hu hu pesanan utk diri sendiri jugak.....

Siap nampak kotak tisu lagi huhuhu













Saturday, 14 January 2012

Temujanji Pertama Tahun 2012

Syukur kupanjatkan ke hadrat Ilahi kerana masih memberikan AA kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini. Kali ini AA akan menghadapi saat2 yang penting dalam kehidupanku sebagai PLHIV iaitu pemeriksaan darah untuk menentukan keadaan kesihatan secara keseluruhan.

Merujuk pada borang yang diberikan oleh staf klinik ID,keadaan fizikal AA seperti buah pinggang, hati dan beberapa bahagian tubuh lain akan dianalisis tahap kesihatannya. Moga semuanya berjalan dengan lancar.

AA sebenarnya ada satu rahsia yang sukar nak disembunyikan. AA takut bila tengok jarum dan darah.  AA akan memejamkan mata bila darah diambil. Tak tahulah kenapa AA begitu takut dengan dua benda tu.

Sepanjang perjalanan AA semalam tidak ada insiden yang tidak baik berlaku. Semuanya agak lancar dan selamat. Tempoh perjalanan yang agak panjang juga hampir 10 jam. Alhamdulillah AA masih mampu untuk memandu sejauh itu sama seperti sebelum ini walaupun AA sekarang ni adalah PLHIV tp AA rasa diri AA tak sakit pun huhuhu...

 1. Semasa dalam perjalanan

 2. Jalan yang berliku dan merentasi hutan rimba

 3. Jalan yang rosak

Ada 2 hari lagi sebelum AA pergi ke hospital. Dalam tempoh 2 hari ini, AA akan habiskan masa untuk bersiar2 sambil menenangkan fikiran. AA rasa dengan menghabiskan masa melihat keindahan pantai di waktu senja dapat menenangkan diri AA. AA suka tengok laut. Macam2 idea boleh datang kalau fikiran tenang.

Buat rakan2 komuniti yang banyak beri semangat dan dorongan AA ucapkan terima kasih. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian semua. Pada mulanya AA tidak tahu apa persediaan yang perlu AA buat untuk temujanji kali pertama ini. Namun atas nasihat mereka,AA sudah ada sesuatu yang akan dipanjangkan kepada staf dan doktor terlibat.

Moga urusan kali ini dipermudahkan. Aminnnn...



Saturday, 7 January 2012

Kegembiraan Minggu Pertama Januari 2012


Memasuki minggu pertama Januari 2012 menjadikan AA seorang yang agak sibuk dengan tugas-tugas harian di tempat kerja. Pada masa ini AA hanya ada masa yang terhad untuk menjenguk blog dan berinteraksi dengan rakan2 komuniti akibat kekangan masa dengan tugas2 harian. Setiap awal tahun pasti ada pemantauan dari pihak2 berkenaan dan sebagai orang bawahan AA perlu menyiapkan diri dengan persiapan yang sepatutnya. Syukur Alhamdulillah minggu pertama ini dapat AA hadapi dengan baik.

Terdapat perbezaan suasana awal tahun baru tahun 2012 dengan suasana awal tahun baru setahun lepas pada masa AA belum menemui rakan2 komuniti yang amat positif.  Pada tahun lepas AA menyambutnya dengan suasana hambar kerana AA tidak mengetahui tahap kesihatan AA sedangkan AA adalah seorang PLHIV. 

Lazimnya orang2 macam AA perlu pemantauan kesihatan daripada doktor pakar secara kerap. Namun pada masa itu AA masih lagi belum mengorak langkah untuk mendapatkan pemeriksaan di hospital akibat phobia yang teramat sangat.  Jadi bermacam2 fikiran yang bukan2 datang bersilih ganti. Di luar AA Nampak seperti biasa tetapi di dalam kebimbangan sentiasa saja merajai hati. Bimbang sebab AA tak tahu sejauhmana virus2 itu berkembangbiak dalam tubuh AA. Tiada siapa yang tahu keadaan AA melainkan diri AA sahaja. 

Namun pada tahun ini, AA telah menemui rentak baru dalam hidup AA. AA semakin yakin dan positif dengan kehidupan walaupun diri AA adalah seorang PLHIV. Malah pada tahun ini AA berazam untuk meningkatkan tahap prestasi AA dalam segala bidang yang AA ceburi. Tahun 2010 membuktikan bahawa AA mampu untuk meraih kejayaan yang hampir sama dengan pencapaian tahun2 sebelum ini walaupun AA tahu diri AA adalah PLHIV secara tidak rasmi(belum buka kes kat hospital).

AA akui tahun 2010 AA berdepan dengan keadaan di mana AA masih lagi cuba untuk mengawal perasaan agar lebih stabil, terkawal  dan tidak ketara sangat menjadikan AA lemah menghadapi kenyataan bahawa diri AA adalah PLHIV. Namun di sebalik diri yang berperang dengan perasaan, AA juga mampu melakar beberapa pencapaian yang membanggakan demi untuk agama, bangsa, diri, keluarga dan masyarakat walaupun pada masa itu hanya Allah saja yang tahu diri AA ni macam mana. AA mengelak bila ada orang yang ingin datang jumpa AA untuk bertanyakan bermacam2 soalan. AA bagi alasan yang AA letih dan ingin berehat padahal AA belum bersedia untuk bertemu dengan mereka.

AA bersyukur pada yang maha esa kerana masih memberikan peluang untuk AA bernafas dan menikmati kehidupan dengan lebih positif seperti hari ini. AA sudah mampu tersenyum  dan ketawa seperti dulu malah lebih ceria lagi dengan kehadiran rakan2 komuniti yang AA anggap macam keluarga AA sendiri. Mereka adalah sumber kekuatan utama yang menjadikan AA lebih positif.  

 Boleh dikatakan di mana saja AA dicampak kat Malaysia ni, AA suda tidak perlu berasa risau nak tinggal kat mana sebab AA dah ada ramai keluarga yang menemani AA setiap masa. Sebelum ni jaringan perhubungan AA terhad tapi sekarang dah meluas malah hingga ke peringkat antarabangsa. 

Barulah AA terfikir bertuah juga ya jadi seorang PLHIV ni. Allah bagi ujian yang sangat berat untuk AA terima pada mulanya. AA tak nampak apa sebenarnya hikmah menjadi seorang PLHIV tapi sekarang ni barulah terasa betapa nikmatnya kehidupan sebagai PLHIV. 

Setiap detik kehidupan AA tidak pernah rasa kosong sebab ada sahaja celoteh yang disampaikan dalam bentuk sms, panggilan, email dan coretan2 blog yang menjadikan hati AA sangat terhibur. Rasa rindu terhadap keluarga baru AA ni kerap menemani AA setiap hari. Bukan senang AA dapat menemui mereka lebih2 lagi Laut China Selatan memisahkan antara AA dengan mereka semua.

Dalam ahli keluarga baru ini,AA yang paling jauh dan sukar untuk dihubungi secara face to face. Syukur Alhamdulillah mereka tetap mengingati AA yang jauh ini. Jika sesama mereka di sana, agak mudah untuk adakan pertemuan di hujung minggu atau pada cuti2 am. AA pula kena tunggu cuti hujung tahun baru dapat bersama2 dengan mereka.

Minggu ini ada beberapa tugas yang perlu AA siapkan. Mudah2an ia berjalan lancar. Minggu depan pula AA ada temujanji untuk ambil darah di hospital kena ambil MC lagi dan perlu memandu selama 8-10 jam untuk sampai ke tempat yang dituju. Itulah hakikat yang AA perlu hadapi. 

Mudah2an Allah mempermudahkan perjalanan AA ke destinasi dengan selamat. Kereta akan menjadi rumah kedua AA sebab 1/3 daripada masa AA dalam sehari dihabiskan dengan pemanduan jarak jauh.  AA sudah bersedia hadapinya apa saja dengan doa dan tawakkal.

Sunday, 1 January 2012

warna warni kehidupan AA

Detik permulaan dalam diari 2012, tahun ini menjanjikan buat AA pelbagai cabaran dan dugaan untuk dihadapi. Semoga AA menjadi lebih tenang dan dapat menghadapi dengan sabar dan tabah. Hidup sebagai seorang PLHIV memang memerlukan kekuatan yang luarbiasa sama seperti sangkaan orang2 kt luar sana virus HIV adalah luar biasa. Hari pertama di tahun 2012 dihadapi dengan bersendirian. Lazimnya sambutan tahun baru semenjak mejadi PLHIV hanya bertumpu di rumah dengan aktiviti sendiri. Sebelum ni pernah juga menghabiskan masa keluar ke bandar untuk melihat suasana sambutan tahun baru. Namun bagi AA ia tidak membawa apa2 faedah melainkan penat dan letih. Lepas tu solat entah terbuat atau tidak. Apalah gunanya hati jadi seronok seketika tetapi di sebaliknya hubungan dengan Ilahi diabaikan.

Tahun 2011 banyak membawa kenangan suka duka pahit manis buat diri AA. Yang paling AA tak lupai tahun 2011 membawa sinar kebangkitan buat diri AA setelah menjadi seorang yg sangat pesimistik dalam tempoh 2 tahun. Syukurlah sekarang ini AA berjaya melupakannya sehingga AA kadang2 tak sedar diri AA ni sedang sakit. Banyak faktor yang membantu AA menjadi lebih kuat seperti hari ini antaranya berkat adanya blog http://akuhivpositif.blogspot.com. Dari blog itulah AA mendapat sumber kekuatan hingga akhirnya AA bangkit sebagai seorang yang berfikiran positif. Diri AA ni amat mudah dibentuk dan diubah mengikut acuan yang terbaik kerana diri AA adalah seorang yang suka belajar dan memperbaiki diri seperti alamat laman bog ini http://akuinginbelajarsesuatu.blogspot.com

Kewujudan blog ini hanya sekadar untuk A jadikan sebagai tempat meluahkan perasaan. Ia hanya sekadar semata2 blog yang AA wujudkan mengikut citarasa dan kehendak diri AA yang sukakan pada sesuatu yang luar biasa huhuhu....Ia juga AA jadikan sebagai dairi kehidupan AA untuk menulis peristiwa yang berlaku dalam hidup AA. Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai dan meletakkan diri AA ke tempat yang bagaimana. Yang pasti AA tak minta penyakit ini tapi atas kehendak Ilahi, maka AA perlu redha menerimanya. Di sebalik penyakit ini tersembunyi pelbagai hikmah yang akan nampak nyata secara tak disedari.

Sebelum AA mendapat penyakit ini, diri AA adalah seorang yang agak pendiam. Kawan2 pun tak ramai. Boleh dikatakan diri AA seorang anak yang manja dalam keluarga. Masa AA masih belajar dulu kat IPT, AA memang tinggal di asrama. Teringat lagi masa dihantar ke lapangan terbang, masa itu AA menangis tak henti2 hinggalah pesawat itu mendarat di destinasi yang ditujui. Lepas tu bila dah stay kat asrama, langsung tak biasa sebab sebelum ni AA memang tak pernah menjadi penghuni mana2 asrama semasa AA di zaman persekolahan. AA cuma biasa tinggal di rumah bersama2 dgn keluarga. Bila dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPT, AA terpaksa pula memilih kehidupan sebagai seorang warga asrama. "homesick" melanda diri AA ketika itu. 

Namun kini AA bersyukur sgt2 sebab AA sudah mempunyai kerjaya sendiri dan mampu membantu ahli keluarga yang memerlukan. Cuma di sebalik wajah AA yang nampak tenang AA menyembunyikan sesuatu rahsia.Kalau boleh biarlah rahsia ini  tidak diketahui oleh keluarga AA. Pernah sampai AA terfikir nak berpindah ke tempat lain. Bila dah sampai ajal, AA mau buat wasiat agar jenazah AA disempurnakan di hospital dan hanya akan dihantar ke kampung untuk dikebumikan. Jadi tidaklah menyusahkan orang2 kampung nanti. Tak ke nanti dorang merasa pelik kalau jenazah AA nanti kena iring oleh staf inspektor kesihatan mcm artis Siti nurhaliza mau buat konsert tu. Lepas itu dorang kena arah la pulak campur larutan klorok dalam air mandian jenazah. hahahahaha.... 

Cukuplah bercerita pasal klorok2 ni, tak guna mau fikir pun. Bukannya AA terus sihat dan bebas dari HIV pun. Menambahkan beban dalam fikiran iya. Bagus AA tenangkan diri, ingat Allah banyak2 daripada membelenggu fikiran dengan persoalan yang tidak boleh dijawab. Saat AA dah jadi begini, serahkan saja pada Allah untuk menentukan perjalanan hidup dan masa yang sama AA perlu meletakkan diri AA supaya lebih positi setiap masa. Hina atau tidaknya seseorang itu bukan dilihat dari cara jenazahnya dimandikan. Belum tau lagi orang yang mati dalam keadaan hina tu taubatnya tidak diterima Allah. Siapa tahu mungkin saat itulah dosa2nya dihapuskan dengan keadaan kematian seperti itu lalu martabatnya diangkat oleh allah sama seperti orang2 yang mati dalam keadaan bertaubat dan beriman kepadaNYA. Rahmat dan kasih sayang Allah sangat luas buat AA.

Hari ini AA akan berangkat balik ke sebuah destinasi yang sangat jauh perjalanannya. Tahun baru 2012 menyaksikan AA cuma berada di rumah saja. Sempat juga nampak bunga api dengan jelas di ruang angkasa tu. Mcm2 bunyi suara orang dapat didengar bersorak2 kegembiraan. Moga2 tahun ini AA akan menjadi lebih positif dan lebih baik dari tahun2 sebelumnya. AA mahu bangkit menjadi seorang yang lebih berkeyakinan. AA mahu buktikan kepada rakan2 komuniti bahawa AA mampu buat lebih baik berbanding sebelum AA disahkan sebagai HIV+.Cabaran2 akan dihadapi dengan terbaik. Kepada rakan2 komuniti, kehadiran mereka sangat2 diperlukan. AA mendapat suntikan semangat daripada mereka yang mempunyai pelbagai latar belakang yang sangat menakjubkan AA dibandingkn dengan diri AA yang terlalu kerdil ini.

Menghimbau peristiwa semalam, diri AA dihantui oleh peristiwa yang tak mungkin dilupakan seumur hidup. Nak kongsi kat sini segan jugak sebabnya cerita ni mcm cerita budak2 sekolah rendah la pulak. Kisahnya mcm ni, tunang bekas kekasih AA marah2 sebab AA kononnya ada hati untuk berjumpa dengan tunangnya yg juga bekas GF AA sebelum ni. Siap sms tanya apa pasal AA sms tunangnya dan mengajak berjumpa padahal takda niat lain pun sekadar hubungan antara kawan dengan kawan saja. Dia yang silap dengar,tunangnya pun sama jgk mcm dia. Agaknya dorang ni ada masalah kot huhuhuhuhu... Yang dia nak bising2 tu kenapa ya..huhuhuhu...manusia manusia..AA agak dia ni seorang yang sakit mental kot sebab sepanjang dia bercakap dgn AA suaranya meninggi saja takde low note pun. AA cuma hadapi dengan tenang dan profesional. Tak sangka lelaki seperti dia bersikap terlalu anti dengan AA sampaikan AA nak bertanya perkara mustahak dgn kwn pun dia naik angin. Apa ka bendanya mcm tu. Mujur dia tak menunjukkan apa2 reaksi bersifat kekerasan dan ugutan, kalau tak, tahulah AA nak ambil tindakan yang sepatutnya.

tuttttttttttttt...stop je sampai sini cerita ni...

Kalaulah dia tau AA ni PLHIV, mesti dia gembira kot sebab bukan ancaman bagi dia...hahahahahaha....itulah ragam hidup manusia kan.AA cuma tersenyum bila melihat ragam dan perangai mereka yg bermacam2. Tak perlu nak fikir benda2 yg tak penting ni. Baik fikir mcm mana nak tingkatkan tahap kesihatan dan hidup dengan lebih sihat dan gembira. erm...sedar tak sedar AA sempat juga sediakan sarapan pagi sambil mengemas barang2 yang nak dibawa sambil menukilkan sesuatu di blog AA ini buat kali pertama bagi tahun 2012. Buat fmly tersayang, nantikan kehadiran anakanda kembali ke pangkuan. Insya allah hari ini memulakan perjalanan rasanya nak singgah bermalam di kundasang untuk menikmati kesegaran alam semulajadi. Esok baru sambung perjalanan ke detinasi yang dituju. Kepada semua, SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012.....