Wednesday 29 February 2012

Mutiara yang bergemerlapan

Hari ini adalah hari terakhir sebelum anak didik AA beraksi pada keesokan harinya. 2 tahun lamanya AA mencuba sedaya upaya untuk mendidiknya. 2 tahun lamanya AA bergelumang dengan pelbagai perit getir ujian untuk menjadikannya seorang yang berkebolehan. Daripada tak tahu langsung menjadi tahu. Sekarang alhamdulillah dia menguasainya dengan baik jika dibandingkan dengan rakan2 sebayanya sekalipun dia baru berumur 8 tahun.

Sepanjang 2 tahun, dia berdepan dengan sikapku yang agak tegas dalam mengajarnya menjadi seorang yang pandai. Belum lagi ambil kira segala pekikan dan tempikan terhadapnya setiap kali dia menunjukkan kemalasan atau ketidaksungguhan dalam sesi latihan. Niat AA agar dia tidak menjadi seorang yang manja dan mudah mengalah dengan kekurangan yang ada sedangkan ia boleh diperbaiki lantaran potensi yang ada padanya amat tinggi untuk menjadi antara yang terbaik.

Cuma dengan usia keanak2kan dia perlu disedarkan dari dibuai mimpi alam kanak2. AA tidak mahu dia hanyut dengan perasaan dan fantasi. 

Hari ini, segalanya2 terbukti. Hasil usaha AA tidak sia-sia. AA berasa sejuk hati mendengar persembahannya walaupun belum mantap seperti mereka yang telah pro tetapi dengan usia semudanya ada banyak masa lagi untuk mencungkil kebolehannya. Mudah2an AA dipanjangkan umur untuk mendidiknya. AA ingin menjadikannya sebagai seorang yang berbakat dan berkebolehan.

Esok bermulalah hari yang agak mendebarkan bagi AA kerana dia akan beraksi di khalayak ramai. Pelbagai cara telah AA lakukan untuk menyampaikan segala yang perlu buat dirinya sebagai persediaan untuk dia beraksi. Bagi AA bukanlah kemenangan yang diidam2kan sungguhpun itu adalah sebuah harapan. Segalanya AA serahkan pada Yang Maha Esa. Rezeki di tanganNYA.

Yang penting, dia berani tampil mempamerkan kebolehan tanpa rasa kekok di hadapan audien. Esok adalah penyertaan pertamanya dalam program ini. AA harapkan dia menjadi sebutir mutiara yang berharga. AA juga harapkan sebaik sahaja dia melangkah ke alam dewasa dia berjaya membawa ilmu yang diajar sebagai satu amalan hidupnya. Dapat juga AA merasai sahamnya apabila AA sudah tiada lagi di alam ini.


Sunday 26 February 2012

berat badan hanya aku yang tahu

Masih segar di ingatan AA ketika sesi temujanji pada 13Februari  bebaru ini. Ketika itu, doktor yang memeriksa AA menyuruh AA menimbang berat badan. Sebenarnya AA sudah tahu berat badan AA dan AA rasa malas nak timbang sekali lagi. Bukan apa, timbangan tu diletakkan betul2 dekat dgn tempat menunggu pesakit di ID clinic.

AA rasa segan la pulak naik atas alat timbangan itu sebab orang2 yang menunggu giliran seolah2 memerhatikan AA dari hujung rambut ke hujung kaki. Terdetik di  fikiran AA, kenapalah dorang ni asyik tinguk aku jak. adakah kerana potongan tubuhku yang mantap? atau adakah kerana penampilanku yang mengkagumkan? hahahahaha.. apa2 jak la kan..

 TP sebab itu arahan doktor, maka AA terpaksa akur. huhuhuhu berat AA masih lagi 72kg. Pernah juga turun sampai 68.5kg. Setakat ini itulah berat yang paling rendah.

Ada jgk kwn2 yang syorkan agar AA menambah sedikit berat badan sebaik2nya 75kg ke atas sesuai dengan ketinggian AA. huhuhuhu sebelum ni, berat AA hanya dalam lingkungan 63 shj tp semenjak AA dah confirm jd plhiv, ia terus naik lebih 70kg. 

Pernah rakan peer support en christoper nampak AA makan makanan sarapan pagi sedikit sahaja. Ditegurnya AA, katanya sepatutnya kamu mesti makan lebih sikit supaya badan kamu bertenaga. huhuhuhuhu... mungkin sebab AA penat akibat keletihan memandu jarak jauh. 

ramai ahli keluarga yang kata, AA dah agak berisi berbanding dulu kurus. Alhamdulillah kalau macam tu. mungkin pada fikiran mereka, AA sudah semakin sihat dan senang hati sedangkan hanya tuhan dan AA sahaja yang tahu apa yang bergolak di hati ini.

Thursday 23 February 2012

Bebal ; Kembali menghimbau memori silam

AA amat tertarik dengan salah satu entry dalam blog rakan positive warrior. Ketika ini AA sedang lepak di salah sebuah kedai mamak yang terkenal di daerah ini. Saja nak lepaskan tekanan setelah seharian penat bekerja. AA dah baca entry yang dimaksudkan beberapa hari lepas dan AA sedang mencari kaedah untuk mengatasi cabaran itu dengan bijak.

Ketika AA sedang berselera makan roti canai yang jd kegemaran AA, tetiba kedengaran la di corong speaker salah satu lagu yang jd kegemaran AA zaman 90-an dulu masa AA masih berada di zaman kanak2. Sambil AA menaip entry ini, fikiran AA menerawang kembali ke zaman  semasa lagu itu popular. Masa itu AA ingat AA masih lagi di zaman kanak2 dan sedang dalam peralihan ke zaman remaja.

Pelbagai kenangan indah terlintas di fikiran AA. Ia datang secara otomatik sebaik sahaja AA mendengar lagu itu. AA dapat satu idea bagaimana cara nak atasi kebebalan yang menjadi salah satu masalah as a PLHIV.

Antaranya, selain melalui kaedah kerohanian, boleh juga guna kaedah hiburan sebagai salah satu instrumen untuk membantu memulihkan daya ingatan dan sebagai langkah untuk melatih agar ia menjadi tajam. Bagi yang tidak suka dengan hiburan, pelbagai cara lain boleh digunakan agar dapat membantu dari segi daya ingatan yang baik.

Jika ada masa lapang, AA  suka mendengar lagu2 hiburan versi 80-an, penyanyi tempatan atau antarabangsa. klu tempatan, AA suka dengar lagu Jamal, Aishah, Francisca Peter, Nassier Wahab, kak pah dan ramai lagi. kalau international, off course mendiang michael jackson. hu hu hu..

AA membesar bersama dengan lagu2 itu. Bila AA dengar, AA seolah2 brada di zaman lalu. Tidak dinafikan kaedah kerohanian juga boleh membantu agar daya ingatan menjadi lebih baik. Yang penting, jaga pemakanan dan dapatkan rehat yang cukup.

Thursday 16 February 2012

Tawaran yang sia-sia

Hari ini AA menghadapi tugas seperti biasa di tempat kerja. Kegembiraan yang AA berkenaan hasil laporan kesihatan baru2 ni masih lagi terasa. Namun ia tidak menjadikan AA lupa diri. AA hanya mampu menyatakan kesyukuran tak terhingga ke hadrat Ilahi atas kurniaanNYA. 

Siapa tahu esok lusa ia berubah. AA sudah bersedia hadapi apa jua kemungkinan sama ada ia adalah menggembirakan atau sebaliknya. Sudah jadi lumrah sebagai hambaNYA, kena menerima setiap takdir dengan hati yang redha. Dunia ibarat roda la katakan.

Hari ni, AA menerima panggilan dari BSN yang mempromosikan pakej insuran. AA memang tidak berminat sama sekali kalau sebut pasal insuran ni sejak dah disahkan sebagai plhiv. sensitif sangat bila dengar pasal insuran.huhuhuhu

Bagi AA,  cukuplah pengalaman abah AA yang menjadi mangsa. Aa tak mahu ia terjadi sekali lagi. Sudahlah AA ni dah jd LHIV, dah terang2 insuran tak akan cover sebarang risiko yang berkaitan dgn HIV/AIDS.

PErnah sekali AA menerima panggilan yang sama tapi dari syarikat perbankan yang menawarkan kemudahan kad kredit. Mula2 AA dah seronok mendengar dah dah pasang niat utk join, tetiba, pegawai tu cakap " semua musibah akan dilindungi kecuali yang berkaitan dengan hiv/aids.

Bila dengar je dia ckp mcm tu, apa lagi, AA terus cakap " maaf, sya tk berminat" huhuhuhu...Bagi AA, tawaran mereka sia-sia.


Tuesday 14 February 2012

Temujanji 13.02.2012

Alhamdulillah, hari ini temujanji yang dirancang berjalan dengan lancar. Berita yang menggembirakan buat semua termasuk staf kat ID clinic dan AA sendiri iaitu CD4 AA naik dari 254 jd 479...Doktor memberitahu sesi rawatan HAART ditangguhkan. Syukur pada Ilahi.

Doktor Lee yang ditugaskan mengendalikan sesi temujanji AA hari ni kelihatan gembira. AA seolah2 tidak percaya dengan apa yang AA lihat dalam fail rawatan AA. Semuanya berlaku tanpa dirancang. Hanya Allah sahaja yang tahu hikmahnya. 

Tapi sebelum AA tahu berita ni, doktor Lee seolah2 nak wat AA jd panik sekejap. Pandai juga doktor ni bergurau huhuhuhu...katanya, " saya mau tanya kamu, ada tak doktor timothy bagitau something? " AA jd panik... ingatkan keadaan AA teruk hasil pemeriksaan darah baru2 ni. bila dia tengok AA jd blur, doktor tu terus tersenyum..sambil berkata " wah, kamu nampaknya belum bersedia lagi ambil ubat HAART"... sambil tergamam AA melihat keputusan CD4 yg terkini.

Sebelum sesi pertemuan berakhir, AA sempat minta agar doktor berikan AA bekalan vitamin C dan B kompleks selama 2 bulan sebelum temujanji ambil darah pada 15.5.2012 dan temujanji dengan doktor pada 11.06.2012. Dos pengambilan dikurangkan dari 2x sehari jd 1x sehari jak.Menurut doktor, AA tidak perlu mengambil bacterium seperti yang diberikan sebelum ni mmdgkan cd4 AA naik dari paras 250.

Hari ini, AA juga menyelesaikan beberapa urusan di bandaraya Kota Kinabalu.

Kini AA menanti untuk sesi temujanji akan datang.




Saturday 4 February 2012

personaliti unggul

Personaliti unggul ;

Personaliti
1. Jangan membandingkan kehidupan anda dengan orang lain. Anda tak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka yang sebenarnya.
2. Jangan ada perasaan negatif pada perkara-perkara yang tidak dapat anda kawal. Tanamkan semangat positif di dalam kehidupan anda hari ini.
3. Jangan berlebihan, tetapkan had.
4. Jangan terlalu serius, tiada siapa yang serius.
5. Jangan bazirkan tenaga dengan ber’gossip’.
6. Bermimpilah ketika anda berjaga.
7. Mengkagumi cuma membuang masa. Anda sudah ada apa yang anda perlukan.
8. Lupakan kisah yang lama. Jangan ingatkan pasangan anda tentang kesilapan beliau di masa lampau. Ia cuma akan merosakkan kebahagiaan anda sekarang.
9. Hidup terlalu pendek untuk membuang masa membenci sesiapa. Jadi jangan membenci sesiapa.
10. Berdamailah dengan masa lalu supaya ia tidak merosakkan hari ini.
11. Tiada siapa yang dapat mengawal kebahagiaan anda kecuali anda sendiri.
12. Sedarlah bahawa kehidupan ini adalah umpama sekolah dan anda berada di sini untuk belajar. Masalah yang muncul seumpama ko-kurikulum dan akan menghilang seperti kelas algebra tetapi akan menjadi pembelajaran yang anda akan ingat sepanjang hayat.
13. Lebihkan senyum dan ketawa.
14. Anda tidak perlu menang dalam setiap pertelingkahan. Belajar untuk bersetuju.

Komuniti
15. Kerap menelefon ahli keluarga.
16. Setiap hari berikan sesuatu yang terbaik untuk orang lain.
17. Maafkan semua orang untuk segala-galanya.
18. Luangkan lebih banyak masa dengan seseorang yang berusia 70 tahun ke atas dan bawah 6 tahun.
19. Cuba buatkan sekurang kurangnya 3 orang tersenyum setiap hari.
20. Apa yang orang lain fikir tentang anda bukan masalah anda.
21. Pekerjaan anda tidak akan menjaga anda apabila anda sakit. Tapi keluarga dan kawan-kawan yang akan menjaga anda. Jadi sentiasa berhubung dengan mereka.

Kehidupan
22. Letakkan Allah dalam apa jua yang anda fikir, cakap dan akan lakukan.
23. Allah akan mengubati segala-galanya.
24. Buat perkara yang betul.
25. Bagaimana buruk atau baiknya sesuatu situasi itu, ia pasti akan berubah.
26. Walau bagaimana anda rasa, anda masih perlu bangun, siapkan diri dan bersedia.
27. Yang terbaik masih belum tiba, tetapi akan tiba.
28. Hapuskan perkara-perkara yang tidak berguna, tidak cantik dan tidak menggembirakan.
29. Bila anda terjaga di pagi hari, berterima kasihlah kepada Allah.
30. Kalau anda dekat dengan Allah, anda akan sentiasa gembira. Jadi, gembiralah.

MY RECENTLY POST

ISU PLHIV MEMBELI UBAT HAART SECARA DALAM TALIAN

Tular isu mengenai PLHIV dari sebuah laman medsos yang menyatakan tentang segelintir PLHIV yang membeli ubat secara online dengan kadar harg...

MY POPULAR POST