Thursday 28 June 2012

Garis Panduan Pengurusan Jenazah Orang Islam Pembawa HIV dan pesakit AIDS

Terlebih dahulu, AA nak ucapkan setinggi2 penghargaan dan terima kasih kepada blog AHP yang sebelum ini pernah memuatkan tajuk entri ini. Di kesempatan ini AA ingin mengimbas kembali maklumat berkaitan panduan pengurusan jenazah bagi pembawa HIV dan pesakit AIDS dalam blog AA pula.

Kematian suatu perkara yang tidak dapat dielakkan. Bila sudah sampai masanya, seseorang tak kira pangkat, tua, muda, miskin dan kaya semua akan mengalami mati. Pelbagai cara kematian telah diatur olehNYA.

Mesti ada yang terfikir kenapa AA tiba2 plak menyebut perkataan mati? Adakah AA ni dah putus asa untuk meneruskan kehidupan lantaran dirinya sudah menjadi golongan PLHIV? Jawapannya tidak. Tujuan AA sekadar untuk mengingati saat2 kematian agar diri AA sentiasa beringat dan mengambil pengajaran. 

Semenjak AA menjadi PLHIV antara perkara yang menakutkan AA ( di saat mula2 mengetahuinya) adalah jenazah dimandikan dengan air bercampur klorox. Pertama kali AA tahu, AA seakan2 rasa tertekan dan tidak dapat menerima hakikat kerana ini adalah soal maruah dan melibatkan keluarga juga. mesti orang lain akan kehairanan sebab air mandian jenazah dicampur dengan klorox sedangkan sudah menjadi kelaziman ia hanya digunakan untuk tujuan membasmi kuman.

Lama juga AA berperang dengan perasaan lantaran perkara ini adalah hakikat yang mesti AA tempuh. Sebagai seorang manusia yang lemah, emosi itu tidak dapat AA sembunyikan. Macam2 perkara yang AA fikir hingga sampai tahap AA nak terjun laut dan macam2 lagi. Biar tak siapa yang dapat mengesan jenazah AA. Biar ia hancur dimakan oleh hidupan laut daripada berdepan dengan keadaan yang digambarkan apabila jenazah AA dimandikan dengan klorox. 

Namun sekarang AA sudah menerima hakikat tersebut. bak kata AHP "Kematian boleh berlaku dengan pelbagai cara dan dengan pelbagai penghinaan. Apa gunanya jika mati dengan penghormatan negara tetapi jiwa kosong tanpa iman."

AA hanya mampu berdoa dan bertawakkal apabila memikirkan soal kematian. Hanya Allah sahaja yang tahu semuanya. AA perlu teruskan sisa-sisa kehidupan yang ada dengan hati yang sabar.....



GARIS PANDUAN PENGURUSAN JENAZAH ORANG ISLAM PEMBAWA DAN PESAKIT AIDS
Oleh: Cawangan AIDS/STD, Jabatan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia
Sumber : Dari Blog Aku Hiv Positif
PENGURUSAN JENAZAH ORANG ISLAM
Adalah menjadi tanggungjawab serta kewajipan ke atas orang-orang Islam yang hidup ke atas jenazah orang Islam sebagai fardhu kifayah menyelenggarakan empat perkara berikut iaitu:
·         Memandikan
·         Mengkafankan
·         Menyembahyangkan
·         Mengkebumikan
Pengurusan jenazah orang Islam yang mengidap penyakit berjangkit termasuk pembawa virus HIV dan AIDS wajib merangkumi empat perkara di atas dan ianya menjadi tanggungjawab bersama keluarga jenazah, Hospital / Pejabat Kesihatan Daerah dan Jabatan Agama Islam Negeri / Daerah.

PEMBERITAHUAN KEMATIAN PEMBAWA HIV DAN PESAKIT AIDS
 
KEMATIAN DI HOSPITAL
Setiap kematian pembawa HIV dan pesakit AIDS yang berlaku di hospital haruslah diberitahu dengan SEGERA melalui telefon kepada keluarga simati dan - notifikasi kematian kepada Pejabat Kesihatan Daerah. Sekiranya keluarga simati gagal dihubungi melalui telefon, bantuan pihak polis boleh diminta tetapi status HIV simati haruslah DIRAHSIAKAN.

KEMATIAN DI RUMAH
Bagi setiap kematian pembawa HIV dan pesakit AIDS yang berlaku di rumah, adalah menjadi kewajipan ahli keluarga simati untuk memberitahu Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat dengan SEGERA melalui telefon bagi tujuan penyeliaan pengurusan jenazah serta tindakan lain yang perlu diambil oleh Pejabat Kesihatan Daerah berkenaan.

AKTA PENCEGAHAN DAN KAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988
Mengikut seksyen 10 (1) Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 – Adalah menjadi kesalahan ke atas setiap penghuni dewasa mana-mana rumah di mana terdapat penyakit berjangkit; atau orang yang menjaga; atau yang ada bersama dan mereka yang bukan pengamal perubatan menyelenggarakan sesiapa yang mengidap yang mati akibat penyakit berjangkit tanpa melaporkan kepada pegawai Kesihatan di kemudahan kesihatan atau balai polis atau ketua kampung yang terdekat dengan segera.

PENYELIAAN JENAZAH
Setelah notifikasi / pemberitahuan kepada Pejabat Kesihatan Daerah tentang kematian pembawa HIV dan pesakit AIDS dijalankan, penyeliaan berhubung pengurusan jenazah seperti memandi, mengkafan, menyembahyang dan mengebumikan serta pemindahan jenazah dipertanggungjawabkan kepada kakitangan kesihatan berikut iaitu (i) Inspektor Kesihatan ke atas jenazah lelaki, (ii) Jururawat Kesihatan ke atas jenazah perempuan
PERINGATAN
Kakitangan Kesihatan yang menyelia jenazah tidak dibenarkan memakai pakaian seragam dan menggunakan kenderaan kerajaan bagi menjaga reputasi simati serta kaum keluarganya.

PEMILIHAN PENGENDALI JENAZAH DI RUMAH
Bagi kematian pembawa HIV dan pesakit AIDS yang berlaku di rumah atau jenazah yang diselenggarakan di rumah setelah kematian berlaku di hospital, pemilihan pengendali jenazah perlu mengambilkira faktor-faktor berikut:
1) Pengendali jenazah dihadkan kepada bilangan yang sekecil mungkin, sebaik-baiknya tidak melebihi 4 orang.
2) Pengendali jenazah sebaik-baiknya dari kalangan keluarga atau mahramnya simati dan petugas / pegawai masjid yang terlatih dalam mengendalikan jenazah pembawa HIV dan pesakit AIDS.
3) Memastikan setiap pengendali jenazah tidak mengalami sebarang luka atau kudis di permukaan tubuh terutama di bahagian tangan.

PENGENDALI PERALATAN PENGENDALIAN JENAZAH DI HOSPITAL ATAU DI RUMAH
  
PERALATAN
NOTA 
1) Apron plastik, sarung tangan getah, kasut but getah dan "mask" disediakan berdasarkan jumlah pengendali jenazah yang terlibat.
2) Semua pengendali jenazah pembawa HIV dan pesakit AIDS perlu memakai dua lapisan sarung tangan.
3) Bancuhan kloroks: 1 botol kloroks dengan ukuran 1 liter dibancuh dengan 9 liter air biasa untuk menjadikan larutan kloroks dengan 1 : 10 (1 bahagian kloroks dibancuh dengan 9 bahagian air)

KEGUNAAN BALDI DAN BESIN
Baldi 3 buah
·          1 buah untuk merendam baju / pakaian simati yang telah dipakai
·          1 buah untuk bancuhan kloroks (1 : 10) bagi memandikan jenazah
·          1 buah untuk merendam perkakas / kapas yang telah digunakan

Besin 1 buah
·           Untuk merendam kapas yang belum digunakan ke dalam bancuhan 1 : 10

MANDI JENAZAH PEMBAWA HIV DAN PESAKIT AIDS
Bagi kematian pembawa HIV dan pesakit AIDS yang berlaku di hospital, pengurusan jenazah iaitu memandi dan mengkafankan sebaik-baiknya dilakukan di hospital sebelum dituntut oleh waris simati. Sekiranya waris simati memohon untuk menguruskan jenazah di rumah, pemindahan jenazah dari bilik mayat hospital ke rumah haruslah diawasi oleh kakitangan kesihatan dari pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat. Bagi menguruskan jenazah di rumah perkara-perkara perlu diambil perhatian.
PERSEDIAAN TEMPAT PEMBUANGAN AIR MANDIAN JENAZAH
Bagi menguruskan jenazah di rumah, waris simati perlu menggali parit atau lubang untuk tujuan pembuangan air mandian sekiranya rumah tersebut tidak terdapat longkang atau parit bersimen. Inspektor Kesihatan bertanggungjawab akan menyelia penyediaan tempat pembuangan tersebut.
PERSEDIAAN TEMPAT MANDI JENAZAH
Tempat pemandian jenazah hendaklah dilindungi daripada penglihatan mereka yang tidak berkenaan. Tempat khas (takungan mandian mayat) digunakan untuk memandikan jenazah. Sekiranya tiada terdapat tempat khas (takungan mandian mayat) pelapik plastik tebal boleh digunakan tetapi ianya hendaklah dibentuk supaya air mandian dapat mengalir ke tempat buangan (parit / longkang / lubang).

CARA-CARA MEMANDIKAN JENAZAH
Memandikan jenazah orang Islam perlulah mengikut cara-cara pengurusan jenazah yang biasa dilakukan dan diikhtirafkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri masing atau mengikut buku panduan yang diterbitkan oleh Jabatan Agama Negeri (sekiranya ada). Namun demikian terdapat beberapa perubahan dalam pemandian jenazah pembawa HIV dan pesakit AIDS bagi mencegah pengendali jenazah dari dijangkiti virus AIDS.

Pengendali jenazah perlu melindungi diri dengan memakai
a) Apron plastik / baju hujan
b) 2 lapisan sarung tangan getah
c) Pelindung mulut dan hidung (mask)
d) Kasut but getah
Cara-cara pemandian jenazah orang Islam pembawa HIV dan pesakit AIDS adalah seperti berikut:
1) Bancuhan kloroks dengan larutan 1 : 10 disediakan di dalam 3 buah baldi dan 1 buah besin.
2) Kapas yang belum digunakan direndam dalam besin berisi larutan kloroks (1 : 10).
3) Pakaian jenazah ditanggal dan direndam dalam baldi bancuhan kloroks (1 : 10) selama sekurang-kurangnya 30 minit.
4) Jenazah diletakkan ke dalam tempat khas takungan mayat. Sekiranya tiada terdapat tempat khas, mayat diletakkan ke atas alas plastik tebal yang telah direndam dengan larutan kloroks 1 : 10.
5) Rongga mulut, telinga, hidung, serta faraj dibersih dan disumbat dengan kapas yang telah direndam dengan kloroks dengan menggunakan peralatan iaitu forcep yang telah disediakan (langkah ini perlu dilakukan terlebih dahulu sekiranya terdapat darah atau cecair yang sentiasa terkeluar dari rongga-rongga tersebut setiap kali jenazah dialih posisinya untuk dimandikan).
6) Jenazah kemudian dicuci dan dimandikan dengan larutan kloroks 1 : 10.
7) Semasa memandikan jenazah dengan air larutan kloroks bersihkan dubur dengan kapas yang telah direndam dengan larutan kloroks (1 : 10) dan dubur kemudian disumbat dengan kapas yang telah direndam dengan larutan kloroks.
8) Jenazah kemudian dimandikan dengan air biasa / bersih menurut ajaran agama Islam.
9) Sekiranya rongga-rongga seperti mulut, telinga, hidung atau faraj ingin dibersihkan semula ianya boleh dilakukan dengan kapas yang telah direndam dengan larutan klorok menggunakan forcep dan rongga-rongga tersebut kemudiannya disumbat dengan kapas yang direndam dengan larutan kloroks.
10) Jenazah kemudiannya boleh disiram dengan air daun bidara, air kapur barus atau air kayu cendana.
11)  Jenazah dibilas dengan air larutan kloroks (1:100 pada bilasan terakhir).


MENGKAFANKAN JENAZAH
Bagi mengkafankan jenazah pembawa HIV dan pesakit AIDS, cara-caranya adalah berpandukan kepada panduan yang diterbitkan:
1) Plastik tebal dialaskan ditempatkan mengkafankan jenazah supaya cecair, bendalir atau darah terkumpul tanpa mencemarkan kawasan persekitaran bagi mencegah jangkitan kepada orang lain.
2) Kain kafan dibalut sebagai lapisan pertama. Kain kafan tidak perlu direndam dengan larutan kloroks 1:10 sekiranya tidak terdapat cecair, bendalir atau darah yang terkeluar dari jenazah atau tidak terdapat luka kudis di permukaan tubuh jenazah.
3) Bagi jenazah yang mengeluarkan cecair, bendalir, darah atau terdapat luka / kudis pada permukaan tubuh, jenazah perlu dimasukkan ke dalam beg plastic (body bag) atau dibalut dengan plastik yang telah digunakan untuk mengalas tempat mengkafankan jenazah. Jenazah tidak perlu dibalut dengan plastik atau dimasukkan ke dalam beg plastik sekiranya tiada tumpahan cecair, bendalir, darah atau tiada luka / kudis di permukaan tubuh jenazah tetapi tiada halangan sekiranya lapisan plastik dibalutkan.
4) Seterusnya jenazah dikafankan dengan menggunakan dua lapisan kain kafan sebagai lapisan terakhir. Perhatian lapisan terakhir merupakan kain kafan dan bukannya lapisan plastik.
NOTA
Keluarga terdekat arwah dibolehkan memeluk atau mencium jenazah sekiranya tubuh badan jenazah masih utuh tanpa sebarang kudis / luka atau jenazah tidak mengeluarkan lebihan cecair, bendalir atau darah.

DISINFEKSI PERALATAN DAN AIR MANDIAN JENAZAH
Disinfeksi peralatan dan air mandian jenazah adalah seperti berikut:
1) Peralatan yang telah digunakan untuk memandikan jenazah perlu direndam ke dalam air larutan kloroks (1:10) selama sekurang-kurangnya 30 minit sebelum dicuci.
2) Air mandian jenazah di lantai tempat pemandian jenazah perlu dimopkan dengan kloroks tanpa dicampur dengan air.
3) Air mandian jenazah yang ditakung di dalam lubang perlu ditabur dengan kapur klorida (chloride of lime) dan ditimbus.

SEMBAHYANG MAYAT
Cara jenazah disembahyangkan adalah serupa dengan jenazah orang Islam yang lain.

PENYEDIAAN TANAH PERKUBURAN
Persediaan tanah perkuburan bagi mengebumikan jenazah pembawa HIV dan pesakit AIDS adalah seperti yang terdapat di dalam buku panduan yang diterbitkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri. Kapur Klorida (cloride of lime) tidak perlu ditaburkan ke dalam liang kubur.

PENGKEBUMIAN JENAZAH
Pengkebumian jenazah pembawa HIV dan pesakit AIDS adalah sama seperti pengkebumian jenazah orang Islam lainnya dengan syarat langkah-langkah pencegahan jangkitan HIV telah diambil semasa jenazah dimandi dan dikafankan. Penggunaan sarung tangan getah tidak dimestikan semasa jenazah dikebumikan.

PEMINDAHAN JENAZAH MELALUI KENDERAAN DARAT / LAUT / UDARA
Setiap pemindahan jenazah di dalam atau ke luar negeri perlulah diberitahu terlebih dahulu kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat bagi tujuan penyeliaan dan tindakan yang bersesuaian.

PERINGATAN – LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN JANGKITAN HIV BAGI SEMUA PENGENDALI JENAZAH
Semua pengendali jenazah harus sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mencegah dari dijangkiti penyakit berjangkit seperti HIV semasa mengendalikan setiap kematian. Langkah-langkah pencegahan ini perlu kerana adakalanya status HIV jenazah yang dikendalikan tidak diketahui atau kemungkinan notifikasi kematian pembawa HIV dan AIDS tidak dikemukakan kepada Pejabat Kesihatan Daerah oleh waris simati.

Langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil adalah seperti berikut:
1) Pastikan bilangan pengendali jenazah dihadkan kepada bilangan sekecil mungkin.
2) Memastikan pengendali-pengendali jenazah tidak mengalami sebarang luka atau kudis pada permukaan tubuh terutama di bahagian tangan.
3) Setiap pengendali jenazah memakai dua lapisan sarung tangan plastik semasa mengendalikan jenazah.
4) Sekiranya jenazah mengeluarkan darah atau cecair berlebihan yang memungkinkan percikan berlaku ke tubuh pengendali jenazah maka pemakaian apron plastik, mask dan kasut but getah diperlukan.
 

Monday 25 June 2012

Isnin hari yang membosankan

Isnin...antara hari2 yang dianggap membosankan. Kenapa plak membosankan? setelah dua hari dalam keadaan relaks dan bebas dari beban tugas akhirnya Isnin menyaksikan AA perlu balik semula meniti hari2 yang penuh dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab.

Nak hidup la katakan mesti la bekerja kalau tak macam mana nak cari makan. hu hu hu jawapan yang paling simple dan padat. Sebaliknya, ia adalah tanggungjawab AA sesama manusia. Khidmat bakti yang mampu menjadi aset penting sebelum diri melangkah pergi selama2nya. Sebaik2 manusia ialah mereka yang banyak memberi manfaat kepada orang lain.

Mungkin AA perlu banyak mendengar ceramah2 motivasi ka atau baca buku2 tentang cara nak urus masa dengan lebih produktif ka agar perasaan kurang semangat tidak dialami. Sebaik2nya mengurus emosi diri dengan lebih bijak. Itu dikira satu seni kehidupan jugak. hu hu hu

Sebagai manusia biasa sudah jadi kebiasaan bagi AA mengalami keadaan down sedikit menjelang hari Isnin lebih2 lagi jika AA ada appoinment dengan doktor yang kebetulan jatuh pada hari Isnin juga. AA tidaklah rasa bimbang sebab surat MC doktor bagi juga cuma yang tak bestnya tu memandu dalam jarak yang terlalu jauh. AA sampai rumah dalam pukul 9mlm. Esoknya nak kena keja lagi Ya allah.. Letih memang tak terkata.

Lagi AA tak berapa suka kalau tarikh appoinment itu jatuh pada hari selasa. Namun atas budi bicara staf id clinik, mereka memahami keadaan AA. Pujian harus diberikan kepada mereka kerana bertolak ansur kepada patient. paling best tu, staf akan tanya, encik mau cuti berapa hari. hu hu hu..kalau ikutkan hati, AA mau cuti lama2.


opsss...korang jangan salah faham ye. Walaupun AA ni PLHIV, AA bukan jenis berat tulang ye sampai nak minta MC lebih2 plak. kang ada yang baca entry ni tak pasal2 tanya itu dan ini plak. soalan2 maut la katakan..seperti kata AHP, kekadang soalan2 merimaskan ini datang dari insan2 yang terpelajar. Tahu tapi berpura2 tak tahu. hu hu hu..

Erm kalau nak cakap pasal karakter orang ni sampai bila2 ndak abis. Baik cite mende lain. Bayangkanlah, AA mula appoinment dgn doktor seawal jam 8:30 pagi. Kalau takda apa2 masalah paling awal pun selesai jam 9:30. Nak kena tunggu giliran lagi bukannya sekejap. Sabar jak la.

Buat itu dan ini dalam pukul 10 AA mula bergerak ke destinasi. Memang begitulah cabaran AA tiap kali menghadapi temu janji. Sukar nak digambarkan dengan kata2 betapa penatnya AA. Esoknya AA nak kena bertugas plak.

Siapakah di luar sana yang nak sama2 memahami situasi ini? Tak lain tak bukan hanya AA sendiri la yang tahu betapa getirnya keadaan ini. Alhamdulillah berbekalkan kekuatan yang terpancar dari lubuk hati ini, AA masih mampu hadapi semua cabaran walaupun pada mulanya AA pernah juga terfikir, laratkah aku memandu jauh ni..ntah2.... erm, malas nak fikir segala mende2 negatif ni. 

Setidak2nya AA, kau masih lagi mampu. Kau masih lagi kuat. Dah berapa kali sesi appoinment, memandu kalau dikira jaraknya mungkin beberapa kali ulang alik Perlis Johor ( kalau kat semenanjung ).Jarak Dari kediaman AA ke sana dalam 550km. Macaam tak percaya AA. Itulah keajaiban dariNYA.



Saturday 23 June 2012

PLHIV ujian kepada insan yang terpilih

Jika ditanya soalan kepada siapa saja, adakah anda mahu sakit? Jawapannya, sudah tentu tidak mahu. siapalah yang sanggup menanggung azab dan derita akibat dari kesakitan. Sebagai makhluk sudah menjadi kebiasaan bagi seseorang ditimpa keadaan yang tidak sihat walaupun ia satu perkara yang tak disukai.

Sebagai PLHIV, sakit adalah perkara biasa bagi AA. Bukan nak membangga diri, dibandingkan dengan orang lain, ada di antara mereka yang langsung tidak tahu tahap kesihatan mereka.  Senang cerita, mereka ni sambil lewa kerana menganggap diri mereka sihat. Bila keadaan mereka dah parah baru kelam kabut nak pergi hospital untuk dapatkan rawatan


Bagi diri AA, setakat pemantauan yang dilakukan oleh doktor, AA bersyukur kerana tahap kesihatan yang memuaskan pada masa ini (tak tahulah masa akan datang kan mcm mana). Dua tahun AA disahkan sebagai PLHIV. Keadaan2 yang kronik seperti yang digambarkan oleh drama2 dan filem2 tentang orang yang hidup dgn HIV mcm drama dan filem di tv setakat ni tidak berlaku pada AA.


Ternyata apa yang ditonjolkan oleh pengarah2 semasa menunjukkan betapa jahilnya mereka terhadap isu HIV/AIDS. Ada  yang tidak tahu membezakan antara HIV dan AIDS. Ada yang hanya beranggapan HIV dan AIDS itu sama sahaja, tidak termasuk gambaran negatif mereka yang menyifatkan PLHIV dengan pelbagai rupa yang mengerikan.


Berhati2 lah..Pengarah2 ni tidak tahu implikasi besar yang mereka lakukan terhadap tanggapan semua masyarakat terhadap isu ini. Sebab pendedahan dari cerita2 tv menyebabkan ramai orang takut menghadapi kenyataan  ttg HIV. Bayangkan, sudahlah HIV/AIDS ini menjadi ujian yang sangat berat tak kan nak ditambah lagi bebanan mereka dengan


Setiap kali temujanji dengan doktor, perasaan risau tetap ada. Susah nak ungkap dengan kata2. Namun AA hanya mampu berserah pada yang maha esa. AA telah lakukan pelbagai usaha bagi memastikan keadaan kesihatan AA stabil walaupun seringkali mengalami masalah kesihatan seperti demam, selesma, batuk dll. Biasalahkan, penyakit2 ringan seperti ini boleh jadi penghapus dosa. Biar dosa terhapus jangan semangat untuk terus hidup jadi lenyap.

Dua tahun AA menjadi PLHIV menyaksikan pelbagai suka duka. Lebih banyak duka rasanya daripada suka hu hu hu. Biasalah manusia jika berstatus HIV positif maka mereka disinonimkan dengan bermacam2 keadaan yang mengerikan hatta ada yang mengatakan mati bakal menjemput bila2 masa. Bagi AA ia tidak tepat sama sekali kerana ada juga orang yang tiada HIV tiba2 terlantar di hospital akibat penyakit2 lain malah ada yang mati semasa lena dibuai mimpi walaupun mereka 100% sihat dan bebas dari HIV.

Kuasa Allah tiada siapa yang tahu kerana keajaiban itu tidak boleh dijangka bila ia berlaku tapi tidak mustahil ia boleh berlaku pada sesiapa yang dikehendakiNYA. Namun harapan tidak boleh terlalu tinggi bimbang apa yang dihajati tidak menjadi kenyataan.


Masih jelas dalam ingatan AA semasa AA kecil dulu, tiap kali AA demam, ayahlah yang akan bawa AA ke klinik. sekalipun dia bekerja, dia tetap ambil masa membawa AA ke klinik.

Betapa agungnya kasih seorang ayah. Namun kini bila AA plak yang sakit, hanya AA sahaja yang bersendirian ke klinik. Tambah lagi bila dah jadi PLHIV dan status masih lagi dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga. Bukan bermaksud AA membelakangkan mereka. AA ada alasan mengapa perkara ini perlu dirahsiakan daripada mereka. Mungkin satu hari nanti mereka akan tahu juga cuma AA berdoa biarlah hakikat ini mereka ketahui dalam keadaan segala2nya telah selesai.

AA bersyukur kerana baru sahaja pulih daripada batuk, sakit tekak, demam dan selesma. Itulah yang membataskan diri AA sejak awal bulan Mei baru2 ini. Hampir sebulan AA alami masalah tersebut sehinggakan AA banyak fikir yang bukan2. Pernah juga AA rasa putus asa kerana AA rasa sakit2 tu macam susah nak sembuh.















Monday 18 June 2012

Insuran tidak menjamin kebajikan golongan PLHIV

Tajuk entri ini agak ' direct to the point '. Jelas dan mudah difahami oleh semua orang. Ada kaitan dengan pendirian untuk memperjuangkan nasib golongan yang dianggap jijik dan hina. Mengapa AA sebut perkataan jijik dan hina? Jawapannya hanya pihak polisi insuran yang tahu kerana merekalah yang meletakkan batas dan sempadan antara PLHIV dan non PLHIV.

Mungkin bagi mereka golongan PLHIV ini bila2 masa saja boleh mati. Mungkin juga mereka anggap golongan PLHIV ini tidak akan sembuh sampai bila2. Lantaran itu mereka mencipta polisi insuran yang tidak memberi perlindungan kepada golongan plhiv.

Bagi AA mana2 polisi insuran harus tahu bahawa fakta punca kematian manusia di dunia ini tidak semuanya disebabkan oleh HIV/AIDS. Dunia moden masa kini telah mempunyai kaedah rawatan yang mampu menyelamatkan golongan plhiv. 

Bercakap banyak pun tak guna AA. tak pa, harap2 suatu masa nasib PLHIV ini akan diperjuangkan agar tidak didiskriminasikan daripada penyakit lain.

Kini nak cerita pengalaman AA plak .Sikap sesetengah ejen insuran yang suka mengambil peluang untuk mendekati AA amat merimaskan. bukan AA sengaja jual mahal atau bersikap menyombong diri. jauh sekali untuk bersikap anti terhadap skim2 perlindungan insuran nyawa yang tidak kurang memberi sumbangan terhadap golongan yang memerlukan.

AA ada alasan tersendiri untuk tidak menunjukkan minat terutama insuran berkaitan kesihatan dan nyawa. seingat AA, bebaru ini AA ada membeli beberapa peralatan elektronik secara tunai di salah sebuah syarikat terkemuka di tanah air. Tidak lama selepas itu, ejen insuran yang tidak dikenali menelefon AA tanpa diundang. 

Ayat permulaan cukup manis dan berbunga2. Sambil memperkenalkan diri dan mengucapkan tahniah atas pembelian yang telah AA buat dalam syarikat, ejen itu memulakan bicara dengan menyatakan bahawa AA layak mendpat skim perlindungan insuran kemalangan dan nyawa.

Bila mendengar perkataan 'insuran', AA jadi terkedu seketika. Pengalaman AA sebelum ini cukup mengajar AA bahawa polisi insuran yang ada tidak akan memihak kepada AA walau setinggi mana jumlah bayaran premium bulanan yang AA bayar kepada mereka.

Perbualan AA dengan ejen itu berterusan sekalipun AA sepatutnya tidak perlu melayan panggilan itu memandangkan AA sedang bekerja. Untuk memendekkan masa perbualan, AA hanya mengemukakan pertanyaan kepada ejen itu. Pertanyaan cepu emas AA " Apakah yang menyebabkan seseorang dikecualikan daripada mendapat perlindungan insuran ini? "

Ejen insuran itu menjawab " sebarang jenis kanser yang disebabkan oleh HIV/AIDS atau kanser yang disebabkan oleh penggunaan alat solek "

sudah terang lagi bersuluh. Dengan tidak banyak soal jawab AA terus memutuskan panggilan itu. ha ha ha..nak bagi peluang kepada ejen insuran itu mencari orang2 di luar sana yang lebih layak dari AA.

Nampaknya sampai bila2 pun golongan PLHIV tidak mendapat tempat dalam mana2 skim insuran nyawa. Bagi AA ini semacam tidak adil kerana kematian seseorang tidak semuanya berpunca dari penyakit berkenaan. Mujurlah AA tidak terpengaruh dengan pelbagai polisi yang mereka anggap menarik itu. Sebaliknya, polisi itu tidak memberi kebaikan kepada AA. Lebih baik memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan daripada memberi kepada syarikat insuran yang hanya tahu mengaut keuntungan.

Wednesday 13 June 2012

Temujanji bulan jun 2012

Seperti yang ditetapkan oleh doktor, AA datang ke hospital seperti biasa untuk mendapatkan keputusan cd4 yang terkini. sepanjang perjalanan ke hospital keadaan lalulintas agak sesak dan kenderaan masa tu bergerak perlahan.

Bertemankan halwa telinga yang sedia ada dalam kereta, AA tetap memandu dalam keadaan sabar dan berhati2. Tak guna nak potong2 line silap2 dapat surat cinta yang tidak diundang. Biar lambat asal selamat sampai. biar lambat asal duit tak terbang gitu sj.
 
AA sempat menghubungi 2 rakan senasib yang AA percayai iaitu Luka Rafieqa dan Christoper salah seorang peer support di sini. Sekurang2nya ada juga teman untuk AA ajak berbual walaupun sekejap. Rasa gementar hilang jg sedikit bila dpt dgr suara dorang. 

AA sampai kat ID clinic tepat jam 8:30 pagi ketika itu keadaan di sana agak lengang hanya 3 orang sahaja termasuk AA yang menunggu giliran jumpa doktor. buku temujanji berwarna biru AA serahkan pada jururawat di kaunter. 

Syukur alhamdulillah layanan mereka amat baik. Dari raut wajah mereka terpancar senyuman ikhlas yang memberikan semangat untuk AA terus mendapatkan apa2 yang perlu sebagai PLHIV di hospital ini.

Sambil menanti giliran, ada 2 pesakit yang sedang menunggu untuk dipanggil oleh doktor. Sorang perempuan, masih muda dalam lingkungan umur 20-an dan yang sorang lagi kelihatan seperti suami isteri. Masing2 buat tak tahu saja walaupun di hati AA ingin sekali untuk bertegur sapa dengan dorang. 

Selepas 2 orang tadi tiba giliran AA dipanggil masuk ke bilik doktor. kali ini doktor perempuan plak. sebelum ni dua orang doktor lelaki. AA difahamkan di hospital ni ada 3 orang doktor yang handle kes2 berkaitan ID. 

AA memang awal2 dah tahu keputusan cd4 sebelum doktor tu panggil AA. AA nampak fail yang dibelek2 oleh jururawat di kaunter luar. Mata AA memang pantas melihat butiran dalam fail rawatan AA yang dipegang oleh jururawat itu. Gembira tak terkata bila tgk cd4 464 wlpun sblm ni 479. turun 15..mungkin masa darah AA diambil pertengahan Mei AA dalam keadaan demam, batuk dan sakit tekak. 

Doktor yang btugas kali ni seorang yang teliti. Sempat ditanya AA kalau pernah alami sebarang masalah spt demam. AA beritahu keadaan AA yang mengalami batuk, sakit tekak, demam selama beberapa minggu dalam bulan Mei. Doktor sempat memeriksa bahagian mulut dan tekak AA. Masih ok lagi katanya. kalau ada apa2 jangkitan, akan ada ubat untuk merawatnya. Tp setakat ni ok lg. Lega AA rasa.

Oleh sebab keadaan batuk dan sakit tekak AA akan menjalani x-ray selain mengambil sampel darah pada bulan ogos nanti. Risau juga AA kalau berlaku jangkitan paru2. Apapun semuanya AA akan hadapi dengan redha.

Dalam keadaan AA dan doktor itu dalam perbualan jururawat yang duduk di kaunter luar tadi tiba2 masuk sambil membawa fail rawatan pesakit yang baru saja keluar dari bilik rawatan. kelihatan jururawat tersebut dalam keadaan resah sambil bertanya kepada doktor beberapa perkara tentang pesakit tadi. 

AA pun tidak berapa faham apa yang dorang bualkan. AA rasa tidak sedap hati sebab dengan tidak sengaja AA ternampak nama dan no kad pengenalan pesakit di luar fail rawatan yang dipegang oleh jururawat itu. mujur AA tidak mengenali pesakit itu. Hakikatnya, AA dan dia tetap sama, ada HIV di dalam darah. 

Tapi sebagai pesakit yang berstatuskan PLHIV, maklumat2 perlu dijaga agar jangan sampai diketahui oleh orang lain. AA terfikir, apa akan jadi kalau AA berada di tempat pesakit itu dan orang yang melihat maklumat AA mengenali diri AA..tak mustahil rahsia yang AA simpan selama ni akan tersebar kepada orang luar.

Sebelum menamatkan pertemuan, doktor sempat memberikan senarai nama2 ubat untuk diambil di unit farmasi sekali dgn borang2 untuk ambil darah dan x-ray padda bulan ogos nanti. Pertemuan kali ini tidaklah semeriah sebelum ni memandangkan salah seorang peer support, christoper, kini sedang bercuti. kebiasaannya, selepas sesi pertemuan dengan doktor, AA akan bersembang2 dengannya.

AA rasa syukur sangat sebab masih diberikan peluang untuk terus hidup walaupun HIV dah ada dlm darah AA. Ternyata Allah masih sayangkan AA. AA cuma perlu kuatkan diri dan semangat untuk menghadapi apa jua kemungkinan yang akan berlaku. PLHIV lazimnya akan mengalami bermacam2 masalah baik sebelum atau selepas pengambilan HAART.

Azam AA kali ini ialah untuk menaikkan cd4 dan memastikan keadaan kesihatan AA stabil. Terima kasih AA ucapkan kepada rakan2 komuiniti AHP survivor yang banyak memberi inspirasi terutamanya Fareez Fauzi. Rasa teruja sangat bila dapat tau cd4nya naik dari 1220 menjadi 1700++.... Tiada yang mustahil dalam hidup andai Allah mengizinkan. itulah namanya keajaiban di luar pemikiran manusia.



MY RECENTLY POST

ISU PLHIV MEMBELI UBAT HAART SECARA DALAM TALIAN

Tular isu mengenai PLHIV dari sebuah laman medsos yang menyatakan tentang segelintir PLHIV yang membeli ubat secara online dengan kadar harg...

MY POPULAR POST