Friday 27 April 2012

Pagi Jumaat yang berkat;sekadar coretan hati

AA bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberikan peluang untuk terus bernafas di muka bumi ini. Jika tanpa belas ihsanNya belum tentu AA berkesempatan menghirup udara segar di kampung halaman. Terasa hayat ini makin lama makin menghampiri titik penghujungnya. Memang tidak dinafikan setiap hembusan nafas itu semakin mendekatkan diri kepada kematian cuma tidak pasti tinggal berapa kali jumlah hembusan nafas, denyutan jantung, langkah kaki sebelum diri menghadap yang maha esa.

Itulah realiti kehidupan. Tidak ada yang kekal lama. Kehidupan bagai sebuah fatamorgana yang nampak seolah2 air yang mampu menghilangkan dahaga seorang pengembara di padang pasir namun hakikatnya ia adalah bayang2 cahaya matahari yang menipu.

Namun tidak semua kehidupan itu membawa natijah yang tidak baik khususnya terhadap diri AA sebagai seorang PLHIV. Semenjak mengetahui diri adalah seorang PLHIV banyak dugaan yang telah AA harungi. Antara dugaan yang paling hebat ialah berdepan dengan diri AA sendiri yang tidak mempunyai ilmu yang cukup dalam hal ehwal PLHIV ini. Semua dugaan itu menjadikan diri AA semakin kuat dan matang menghadapi permasalahan berkaitan PLHIV ini.

Benarlah sabda Nabi, jika inginkan dunia hendaklah dengan adanya ilmu, jika inginkan akhirat juga hendaklah dengan ilmu dan jika inginkan kedua2nya hendaklah dengan ilmu. AA amat bersyukur kerana dipermudahkan usaha AA untuk belajar sendiri tentang selok belok penyakit yang dianggap berbahaya ini. Ternyata penyakit ini tidaklah seteruk seperti yang difikirkan oleh sesetengah orang jika mengambil langkah rawatan awal. selebihnya diri sendiri perlu kuat dan amalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat. 

Yang penting banyakan berdoa ke hadrat ilahi kerana hanya doalah satu2nya senjata yang dibekalkan kepada AA sebagai hambaNYA. Paling kurang pun doa yang memohon kebaikan didunia dan diakhirat. itulah doa yang selalu AA pinta tatkala hati dirundung duka. kena beringat selalu di mana jua berada walau apa jua keadaan, gembira duka dsb doa tetap dipanjatkan kpdNya.

 

Sunday 22 April 2012

Dulu aku ******* kini masih *******

Dalam entri sebelum ini, AA sering saja mengungkapkan kata2 yang menggambarkan diri AA ni seorang yang jiwang and so on. Pada yang membaca blog ini, suka AA nak beritahu bahawa, insan PLHIV seperti AA terlalu berhati2 apabila ingin meluahkan sesuatu khususnya kepada rakan2. Kalau nak cakap, kena tengok dulu kawan tu jenis mcm mana orangnya supaya tak menyesal di kemudian hari. sapa tahu kot2 dia tu jenis wartawan melodi atau pemberita CNN ke, abis la AA.

Blog ini AA wujudkan untuk AA jadikan sebagai dairi untuk AA meluahkan apa jua yang terpendam di hati. sekali sekala ada juga Aa selitkan dengan peristiwa2 yang Aa lalui dalam kehidupan AA. Siapa tahu ajal datang menjemput akhirnya blog ini hanya akan tinggal nama sahaja. Tiada lagi entri terbaru yang dipaparkan dalam blog ini. Kalau blog AHP, AA yakin sangat ramai yang boleh meneruskan perjuangannya yang suci itu.

Dipendekkan cerita, AA baru saja menerima kiriman email daripada seseorang yang tidak dikenali. Dia berasal dari negeri yang sama dengan AA. Status sudah berumahtangga dan kemungkinan besar kerjayanya juga sama dengan AA. Sekarang dia sedang menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci. 

Memandangkan AA amat sibuk dengan tugas AA tidak sempat meluangkan masa membuka email. AA baru perasan kawan baru itu mengirimkan email kpd AA pada hari jumaat minggu lepas. AA cuma dapat membaca emailnya pada hari isnin. Moga dia dapat mengerjakan ibadah umrah dengan tenang dan mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.
AA teringin juga mempunyai kenalan2 dari rakan senasib yang berdekatan dengan AA. Tidak seperti rakan2 di Semenanjung, mereka sentiasa mengadakan pertemuan yang memberikan kesan yang begitu mendalam dari segi semangat untuk meneruskan kehidupan dengan lebih positif dan kuat. Di negeri AA memang ada golongan plhiv ini tetapi rata2 mereka masih mempunyai perasaan takut untuk berjumpa sesama plhiv.

Tidak boleh juga salahkan mereka kerana masing2 ada alasan yang tersendiri untuk bersikap begitu. Maklumat dari peer support AA mengatakan bahawa ada di antara PLHIV di sini yang tinggal di kawasan yang sama dengan AA tetapi mereka enggan menonjolkan diri. AA pun mcm tu juga sebenarnya. Buka senang mau meyakinkan masyarakat ttg isu PLHIV ni, skarng ni masih ramai lg yang berfikiran jumud, bertindak tanpa ada ilmu yang cukup di dada. Seolah2 PLHIV ini sehina2 manusia di dunia ini.

Teringat masa mula2 AA hadir perjumpaan dengan rakan2 positive worrior hujung tahun lepas tu. Berdebar2 d hati tuhan ja yang tahu. rasa mcm nak suruh ja pilot tu balik ke KK tapi AA kuatkan semangat je. Alhamdulillah, rakan2 positive worrior mmg baik2 dan sporting. Kalau tak jadi datang hari tu memang tak dapatlah menikmati saat2 indah bersama rakan2 positive worrior. Masa tu Aa lupa yang Aa ni adalah seorang PLHIV sbb terlalu happy berada di kelompok rakan2 yang menerima diri AA seadanya. syukur sangat



Friday 20 April 2012

Sahabat yang dikasihi sekalian

Hujan lebat di pagi hari menyedarkan AA daripada terus dibuai lena. Sekali lagi AA mengucapkan syukur ke hadrat ilahi kerana pada hari ini AA masih lagi diberikan peluang dan kesempatan untuk meneruskan kehidupan seperti insan2 lain di muka bumi ini. Yang pasti Allah masih menyayangiku.

Rutin di awal pagi seperti biasa kulakukan seperti hari2 sebelumnya. Jika kelmarin AA tiba2 sahaja berasa tidak sedap badan dan rasa pening kepala akibat hujan panas. AA tidak sempat mengambil payung yang tersimpan di dalam kereta. Akibatnya AA terpaksa meredah hujan panas. Pernah beberapa kali AA terkena hujan panas seperti itu dan Syukurlah AA tidak menerima  kesan sampingan seperti demam. Beza dengan kelmarin akhirnya AA terpaksa mendiamkan diri kerana AA rasa tidak selesa

Kalau ikutkan hati mahu saja AA baring depan kawan2 kat pejabat tu tapi AA tahan saja. Balik saja ke rumah AA terus merebahkan diri hingga AA tak sedar AA hampir terlupa menghantar my love ke sekolah petang. Mujur panggilan telefon daripada seseorang menyedarkan AA daripada lena yang mengasyikkan.

Terima kasih AA ucapkan kepada semua rakan positive worrior yang telah menjadi tulang belakang AA untuk menjadi lebih positif meneruskan kehidupan sebagai PLHIV. Sekalipun AA jauh di negeri ini, namun AA sentiasa merasakan AA dekat dengan mereka walaupun pertemuan dengan mereka hanya sekali sahaja. Setakat ini, kenalan senasib dengan AA di sini hanya seorang sahaja itupun amat sukar untuk menemuinya. Terbaru ada seorang lagi yang hanya mengutuskan khabar melalui email. AA masih belum mengenalinya tetapi dari gaya penulisannya AA nampak dia tu ikhlas untuk berkawan dengan AA.

Bukan mudah seseorang itu mengakui dirinya adalah PLHIV. AA faham kenapa segelintir rakan senasib agak keberatan untuk bertemu dengan AA. Namun apa yang ingin AA jelaskan di sini ialah, AA ikhlas untuk bersahabat dengan kalian. Kadang2 AA yang rasa bimbang jika status AA diketahui oleh orang lain. Hanya Allah yang maha mengetahui apa yang terbaik buat AA dan kita semua.

Thursday 19 April 2012

Semangat yang tak pernah pudar

Beberapa hari yang lalu, AA diserikan dengan berita yang menggembirakan apabila beberapa orang rakan positive worrior mendapat keputusan yang memberangsangkan hasil pemeriksaan CD4 dan VL mereka. AA tumpang gembira dengan berita itu. Moga2 ia jadi petanda bahawa perjuangan untuk menjadi positive worrior bukanlah sekadar di mulut tetapi menjadi satu amalan kehidupan.

Detik perjalanan kehidupan AA seterusnya pada bulan Mei ini adalah menghadiri temujanji ambil darah. Perkara yang AA harapkan sudah pasti tahap kesihatan yang lebih baik berbanding sebelum ini. Menjadi PLHIV antara perkara yang sangat diharap2kan ialah perubahan yang semakin baik khususnya dari segi tahap kesihatan. Itu adalah salah satu target AA.

Untuk mencapai  target tersebut, AA perlu mempunyai semangat yang kuat diikuti dengan amalan petua2 kesihatan yang boleh membantu ke arah tahap kesihatan yang baik. AA kagum dengan perubahan salah seorang rakan positive worrior iaitu Fareez Fauzi apabila doktor mengesahkan CD4nya meningkat 600 lebih. Sekaligus berita ini menjadi perangsang kepada AA untuk terus menjadi pejuang yang tak pernah kalah sebeum bertarung.


Wednesday 18 April 2012

Kekuatan itu datang dari diri

Dalam menempuh kehidupan yang penuh dengan ranjau duri ini, setiap individu perlu membina kekuatan diri agar setiap ujian yang datang dapat dihadapi dengan cekal dan tabah. Tanpa adanya kekuatan itu, tidak mustahil akan berlaku pelbagai insiden tyang tidak diingini lantaran ketewasan diri menempuh ujian.

Allah dah berikan kita panduan tentang bagaimana cara untuk menghadapi saat2 yang getir dalam hidup. Antara senjata yang paling ampuh dalam menghadapi situasi ini ialah dengan bersabar. Berkat sifat yang mulia itu maka kita akan sentiasa mendapat perlindunganNYA.

Sepanjang AA mendapat tittle sebagai PLHIV, pelbagai ujian telah AA hadapi. akan datang akan lebih banyak lagi ujian yang AA tak tahu bagaimana keadaannya. Banyak perkara yang memberikan kekuatan kepada AA walaupun pada mulanya AA terlalu lemah menghadapi saat2 ini.

Antaranya blog AHP. Satu2nya blog yang telah menemukan aku dengan insan2 senasib yang sama2 berkongsi rasa. Perkenalan yang terjalin hanya melalui online akhirnya membawa kepada sebuah pertemuan yang amat bermakna pada hujung tahun lepas. AA amat rindukan pertemuan itu dan sering mengharapkan agar pertemuan akan datang dibuat. 

Seperti kelazimannya, setiap yang dirancang tidak semestinya menjadi. Sebagai hambaNYA kita cuma tertakluk pada kudrat dan iradatNYA. AA sangat bersemangat apabila satu program bersama komuniti akan diadakan pertengahan bulan ini. Namun atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan akhirnya ia terpaksa dibatalkan.

AA harap moga kita semua dipertemukan sekali lagi. Insya Allah panjang umur murah rezeki pasti ada peluang. Namun jika pertemuan pada tahun lepas itu adalah pertemuan yang terakhir AA bersama rakan2 senasib, AA menghulur salam kemaafan dari hujung rambut ke hujung kaki atas segala keterlanjuran AA terhadap kalian. Moga kita dapat bertemu lagi kalau tidak di dunia insya allah di alam yang kekal nanti.


Tuesday 10 April 2012

Katakan "tidak" pada si "busybody"

AA terfikir nak buat entry ini lantaran kekusutan fikiran yang AA hadapi. Sebelum ini AA berhati2 dalam pergaulan agar apa yang AA cakap tidak menyebabkan orang lain tersinggung. AA juga tidak suka menyentuh hal2 peribadi kecuali kalau diperlukan untuk berkongsi luahan hati ke hati.

Baru2 ini di tempat kerja AA seperti biasa dengan rutin harian. Waktu itu, tiba2 datang la pula dua orang hamba allah ni yang tidak semena2 cakap tentang hal jodoh. Ketika itu nama AA disebut2 dan dicanang2 depan kawan2. Entah ke apa jadahnya mereka2 itu bertindak seperti itu.

AA mula hilang sabar tatkala mereka seolah2 bertindak lebih sudu dari kuah. Seolah2 menjadi satu kemestian untuk mereka campur tangan dalam hal peribadi AA khasnya dalam hal jodoh.kalau sekali dua tak apa la ini tidak boleh dikatakan setiap hari. Tak cukup dengan itu, semua orang yang ada di situ dibabitkan dan nama AA dijadikan bahan topik perbincangan. Rimas AA dibuatnya.

kadang2 AA hairan dorang ni seolah dibayar gaji untuk menjaga tepi kain orang. dah la kerja cuma pandai mengarah2 tp bila dorang yang buat keja itu HAMPEH. Bila ada lawatan, masing2 dah jadi bangau oh bangau. tak gentelman langsung. entah di mana kelancangan mulut mereka, kebijaksanaan mereka menangkis setiap persoalan daripada pihak atasan?lenyap tanpa dpt dikesan.tp kalau menjaja cerita orang, idea mencurah2. kalau buat novel boleh penuh perpustakaan tun sri lanang tu dek novel2 mereka.

cukuplah AA dengan kehidupan yang ada sekarang. Ad bersyukur. malah AA takut orang2 yang cakapkan AA tu dah la status mereka adalah suami dan isteri orang, adakah mereka itu telah menunaikan hak dan tanggungjawab yang sepatutnya?bg AA lebih bagus kalau dorang tumpu pada kerja dan fmly masing2 daripada menjaga hal peribadi orang lain yang takda kaitan langsung dengan dorang.

Hari kiamat nanti, dorang tak kan dipersoalkan ttg hal orang yg dorang jaga siang dan malam. yang dipersoalkan adalah amalan yang mereka buat. AA rasa tak selesa langsung bila berdepan dengan orang2 yang suka menjaja cerita ni.


Wednesday 4 April 2012

mulakan penghidupan baru

Sudah lama AA tidak memberikan entry terbaru dalam blog ini. bukanlah bermaksud AA terus melupakan segala hal ehwal rakan2 komuniti dan yang berkaitan dengan isu2 PLHIV. AA sering dihambat kesibukan dalam kerjaya dan urusan keluarga sehingga menyebabkan AA tidak sempat untuk menjenguk blog ini sekerap yang AA lakukan sebelum ini. 

AA akan terus menerus mengalami kesibukan sehingga penghujung tahun ini apatah lagi AA sedang dalam proses untuk memulakan penghidupan baru di tempat baru. AA sedang dalam proses untuk membuat permohonan untuk berpindah tempat kerja ke kawasan yang lebih dekat dengan tempat AA mendapatkan rawatan. Prosedurnya bukanlah mudah kerana kebiasaannya agak sukar untuk dipertimbangkan melainkan bagi kes2 tertentu. AA hanya mampu mencuba dan selebihnya terserah pada nasib.

Walaupun pada mulanya hati ini begitu berat untuk meninggalkan kampung halaman, namun atas sebab untuk AA hidup berdikari dan tidak mahu menyusahkan keluarga maka AA kuatkan semangat dan cuba meyakinkan diri bahawa ia adalah jalan yang terbaik. AA sedar bahawa AA hanya sebatang kara apabila berada di tempat baru. Pelbagai kemungkinan akan berlaku lebih2 lagi apabila AA mengalami saat2 kesukaran akibat keadaan sebagai seorang PLHIV. Tiada siapa yang akan membantu AA melainkan diri AA sendiri. Namun AA tetap kuatkan semangat dan berdoa kepada Ilahi agar penghidupan AA sentiasa dipermudahkan.

Disebabkan kesibukan juga mungkin AA cuma ada masa terhad berhubung dengan rakan2 positive worrior. Nombor HP AA telah ditamatkan perkhidmatannya atas sebab2 tertentu. Jadi buat masa ni hanya blog saja yang jadi tali penghubung dengan rakan2 tercinta. Berkemungkinan AA tidak dapat menyertai sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh rakan2 positive worrior pada tahun ini. apapun kita cuma merancang tapi ada yang lebih berkuasa untuk menentukan secara mutlak.

Salam rindu buat rakan2 semua.





MY RECENTLY POST

SALAM DIHULUR MAAF DIPINTA

Selamat hari raya aidil fitri... Kepada yang telah memulakan haart treatment, jangan lupa makan ubat tepat masa. Sentiasa bawa ubat kalau be...

MY POPULAR POST