Saturday 18 August 2012

Prosedur Pengambilan anak angkat ( Khas buat mereka yang layak dan memerlukan)

 Ramai orang kat luar sana yang sayangkan kanak-kanak. Mesti sedih bila tengok dalam paper bayi dibuang campak bakar sana sini. Orang sibuk nak anak tapi ada jugak manusia hati kejam yang sanggup bunuh bayi sendiri yang tak berdosa. So, mesti ramai lagi manusia hati baik kat luar sana yang nak membela nasib kanak-kanak ni. Whether yang dah berkahwin tapi masih belum ada zuriat, yang dah kahwin dan ada anak tapi masih berniat untuk ambil anak angkat atau yang masih bujang belum berkahwin. Besar pahala kalau jaga, didik dan kasih anak angkat macam anak sendiri. 


Tapi ada syarat-syarat dan prosedur yang perlu dipatuhi. Kalau betul-betul ikhlas nak ambil anak angkat apa salahnya ikut prosedur yang dah ditetapkan. Untuk kesenangan dan kemudahan  masa depan penjaga dan anak yang bakal dijaga tu jugak. Jom baca syarat-syarat dan prosedur ambil anak angkat...


SYARAT-SYARAT 
  1. Warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia
  2. Berusia 25 hingga 60 Tahun
  3. Perkahwinan secara sah (5 tahun keatas) - bagi perkahwinan yang kurang dari 5 tahun dan mempunyai komplikasi kesihatan reproduktif atau kesihatan yang menyukarkan proses kehamilan atau perkahwinan yang lewat dibenarkan memohon
  4. Peluang untuk mendapat anak tipis kerana faktor usia.
  5. Pemohon yang masih bujang boleh dipertimbangkan dan perbezaan umur diantara pemohon dan kanak-kanak mestilah lebih 21 tahun. (pemohon lelaki bujang hanya dibenarkan mengambil kanak-kanak lelaki sahaja)
  6. Mempunyai pendapatan yang mampu menyara kehidupan keluarga
  7. Hendaklah sihat dari segi mental dan fizikal
  8. Bersih dan tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah
  9. Memiliki perwatakan dan akhlak yang mulia
  10. Keadaan tempat tinggal yang sesuai dan selamat
  11. Menganut agama yang sama dengan kanak-kanak

DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN 
  1. Gambar ukuran pasport (suami/isteri)
  2. Surat sokongan/pengesahan dari pegawai perubatan mengenai kesihatan pemohon (suami/isteri)
  3. Salinan kad pengenalan (suami/isteri)
  4. Salinan sijil nikah/sijil pendaftaran perkahwinan
  5. Dokumen-dokumen lain yang berkaitan seperti slip gaji dll (yang boleh menyokong permohonan)

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN 
  1. Sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan
  2. Permohonan boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah di mana pemohon bermaustautin atau tinggal
  3. Isi borang permohonan untuk mendapatkan anak pelihara (Borang Permohonan Anak Pelihara) yang boleh dimuat turun di laman web ini atau di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah.
Setelah permohonan diterima, pemohon akan melalui satu sesi temuduga oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah bagi tujuan penyediaan laporan Siasatan Permohonan Untuk Mendapatkan Anak pelihara oleh PKMD.

PERKARA-PERKARA YANG AKAN DIBINCANGKAN DALAM SESI TEMUDUGA

  1. Menilai latar belakang sosial pemohon
  2. Menilai kesanggupan pemohon menjadi keluarga pelihara
  3. Menjelaskan tentang implikasi menjadi keluarga pelihara
  4. Kesanggupan pemohon memenuhi syarat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001, Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 dan Akta Pengangkatan 1952 yang mana bersesuaian.


PERMOHONAN YANG DITERIMA DIPERINGKAT IBU PEJABAT JKMM
  1. Borang permohonan akan diluluskan oleh Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia
  2. Permohonan yang diluluskan akan dikeluarkan surat penerimaan pendaftaran yang akan berkuatkuasa selama setahun dari surat tersebut dikeluarkan. Borang permohonan akan dimasukkan kedalam fail dan maklumat pemohon akan dimasukkan kedalam Pengkalan Data.
  3. Permohonan yang tidak lulus akan dikeluarkan surat pemakluman permohonan tidak lulus.

Thursday 16 August 2012

Pneumonia.

Paru-paru adalah organ di dalam badan yang mengandungi gelembung-gelembung udara atau alveoli. Alveoli bertanggungjawab untuk penukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Pneumonia adalah radang atau inflamasi pada paru-paru. Ia adalah keadaan di mana alveoli di penuhi dengan sel-sel inflamasi. Akibatnya pertukaran gas-gas terjejas.

Pneumonia biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria dan virus, tetapi kadang-kadang boleh di sebabkan kulat atau parasit. Ia juga boleh terjadi akibat dari tindakbalas kimia atau fizikal. Tanda-tanda pneumonia adalah batuk, sakit dada, demam dan susah bernafas. Pneumonia boleh didiagnos melalui kaedah x-ray dan pemeriksaan kahak. Rawatan bergantung kepada penyebab pneumonia ; pneumonia disebabkan oleh bakteria dirawat dengan antibiotik. Pneumonia boleh terjadi di semua golongan umur dan ia adalah salah satu penyebab utama kematian di golongan pesakit kronik. Terdapat vaksin untuk pneumonia yang disebabkan oleh pneumococcus. Prognosis pneumonia bergantung kepada jenis, rawatan, komplikasi dan keadaan ko-morbid seseorang.

Oksigen tidak dapat memasuki paru-paru apabila diserang pneumonia (kanan) dibanding dengan keadaan normal
Epidemiologi

Pneumonia biasa didapati diseluruh dunia. Ia adalah penyebab kematian yang penting disemua golongan umur dan adalah penyebab kematian utama pada golongan kanak-kanak di negara yang berpendapatan rendah. Pertubuhan Kesihatan Sedunia menjangkakan kematian berkurangan di peringkat dewasa tetapi meningkat semula di kalangan mereka yang lanjut usia.

Di United Kingdom, kadar kejadian tahunan pneumonia adalah 6 kes untuk setiap 1000 penduduk yang berumur 18-39 tahun. Untuk mereka yang berumur 75 tahun, angka ini meningkat ke 75 kes untuk setiap 1000 orang. 20% - 40% pesakit memerlukan rawatan di wad dan dari jumlah ini, 5-10% dirawat di Unit Rawatan Rapi. Kadar kematian di United Kingdom adalah 5-10%.

Klasifikasi Pneumonia
1. Pneumonia jangkitan dari komuniti: (Community Acquired Pneumonia)

Pneumonia ini adalah yang paling biasa. Ia disebabkan oleh kuman-kuman yang biasa terdapat dalam komuniti/masyarakat. Kuman-kuman penyebab adalah kuman bakteria seperti Streptococcus pneumoniae, Haemophilus influenza, Staphylococcus aureus , Moraxella catarrhalis, Kelbsiella dan bakteria tidak tipikal (atypical bacteria) seperti Mycoplasma pneumoniae, Chlamydia pneumonia dan Legionella pneumophilia. Di Malaysia, kuman Mycobacterium tuberculosis yang menyebabkan penyakit tibi adalah salah satu penyebab utama pneumonia komuniti. Secara keseluruhan, Streptococcus pneumoniae adalah penyebab utama pneumonia diseluruh dunia. Kuman virus yang boleh menyebabkan pneumonia adalah virus influenza, virus respiratory syncitial, adenovirus, parainfluenza virus dan virus H1N1. Selain daripada bakteria dan virus, berbagai organisma parasit seperti Toxoplasma gondii, Strongyloides stercoralis dan Ascaris boleh juga menyebabkan pneumonia. Mikroorganisma parasit ini memasuki badan melalui kulit atau ditelan kemudian pergi ke paru-paru melalui saluran darah. Parasit boleh menyebabkan satu tindakbalas immun di mana subset sel darah putih iaitu sel eosinofil meningkat. Ini dipanggil 'eosinophilic pneumonia'.

Paru-paru dihidapi pneumonia di mana alveoli di penuhi dengan sel-sel inflamasi.
2. Pneumonia jangkitan dari hospital (Hospital Acquired Pneumonia)

Ia juga dikenali sebagai pneumona nosokomial. Ia adalah sejenis pneumonia yang dihidapi selepas 72 jam seseorang berada di dalam hospital atau 72 jam selepas dikeluarkan dari hospital untuk penyakit lain. Kuman penyebab adalah berlainan dengan kuman dari komuniti iaitu bakteria Klebsiella, Pseudomonas, Enterobacter, Serratia dan Methicillin Resistant Staphylococcus aureus (MRSA). Oleh kerana pengidap nosokomial pneumonia ada penyakit lain dan terdedah kepada bakteria yang lebih berbahaya, nosokomial pneumonia adalah lebih serius jika dibandingkan dengan pneumonia komuniti.

Faktor-faktor yang menyebabkan seseorang yang dimasukkan ke hospital mudah mendapat pneumonia hospital adalah malnutrisi berpanjangan, penyakit jantung atau paru-paru lain yang sediada dan kurangnya jumlah acid dalam perut. Semua faktor ini boleh mengurangkan daya tahanan seseorang pesakit. Pneumonia yang berkaitan dengan alat bantuan pernafasan (ventilator-associated pnenumonia) adalah subset pneumonia nosokomial dimana pneumonia terjadi selepas 48 jam seseorang pesakit diberi bantuan pernafasan secara mekanikal.

3. Pneumonia yang berkait dengan Fasiliti Kesihatan

Ini adalah pneumonia yang dihidapi oleh penghuni-penghuni fasiliti kesihatan seperti di 'nursing home'.

4. Pneumonia di kalangan golongan yang kurang daya tahanan (Immunosupres)

Golongan yang kurang daya tahan ialah mereka yang mengidap 'acquired immune deficiency syndrome' (AIDS), pesakit yang mendapat rawatan kemoterapi atau steroid , pesakit kegagalan buah pinggang dan pengidap kanser. Organisma yang boleh menjangkiti paru-paru di kalangan mereka adalah sama seperti yang terdahulu (no. 1 hingga no. 3). Walaubagaimanapun mereka ini juga boleh mendapat jangkitan dari organisma yang tidak memberi masalah kepada orang yang sihat sistem daya immunnya. Organisma-organisma ini adalah virus cytomegalovirus, kulat Pneumocystis jiroveci, Pneumocystis carini, Cryptococcus neoformans, Coccidioides immitis dan Histoplasma capsulatum, bakteria Mycobacterium avium-intercellulare serta kulat 'invasive' aspergilosis serta 'invasive' candidiasis.

5. Lain-lain

Severe acute respiratory syndrome (SARS)

Ia adalah sejenis pneumonia yang sangat berjangkit, amat berbahaya dan boleh menyebabkan kematian . Ia disebabkan oleh virus corona SARS yang pertama kali dikenalpasti di Negara China pada tahun 2002.
Pneumonia akibat bahan kimia

Ini disebabkan oleh bahan-bahan kimia seperti racun serangga yang memasuki paru-paru melalui penyedutan udara yang dicemari serangga.
Pneumonia apabila tersedak ( Aspiration pnuemonia)

Ini terjadi apabila bahan-bahan asing seperti daripada mulut atau kandungan isi perut tersedut ke dalam paru-paru semasa makan, "reflux"atau apabila seseorang itu muntah. Bahan-bahan yang disedut bukan sahaja boleh menyebabkan radang paru-paru, tetapi ia juga boleh mengandungi bakteria 'anaerobik' (boleh membiak tanpa oksigen). Aspiration pneumonia adalah penyebab kematian utama dikalangan pesakit-pesakit hospital yang berada di dalam keadaan koma dan pada mereka yang menetap di rumah 'nursing'. Ini adalah kerana pesakit-pesakit demikian mempunyai daya tahan yang lemah dan saluran pernafasan mudah dijangkiti.
'Interstitial' pneumonia

Pneumonia ini terjadi di ruang antara satu alveoli dan yang lain. Ia selalunya disebabkan oleh virus atau bakteria atipikal.

Simptom

Pesakit yang mengidap pneumonia akan mengadu batuk berkahak warna kuning atau hijau dan demam panas dan ini boleh disertai dengan menggigil. Kahak bagi mereka yang dijangkiti Streptococcus pneumoniae ber warna 'berkarat' (rusty coloured sputum). Sesak nafas adalah aduan yang biasa. Sakit dada semasa menarik nafas atau 'pleuritic chest pain' adalah sakit yang dialami seperti ditusuk sesuatu yang tajam. Batuk berdarah adalah salah satu simtom pneumonia. Tanda-tanda atau simptom lain adalah kurang selera makan, sakit kepala, berpeluh, sakit-sakit sendi dan otot. Pneumonia yang disebabkan oleh kuman Legionella boleh menyebabkan sakit perut dan cirit-birit sementara pneumonia yang disebabkan kuman tibi atau Pneumocystis boleh menyebabkan kurang berat badan dan berpeluh pada waktu malam. Di kalangan mereka yang lanjut usia, manifestasi pneumonia selalunya tidak tipikal. Mereka mungkin boleh kelihatan keliru, hilang keseimbangan badan dan akibatnya jatuh.
Tanda Fizikal

Tanda-tanda fizikal yang didapati apabila diperiksa oleh pengamal perubatan adalah demam (>37.8oC )tetapi kadang-kadang suhu badan rendah, kadar pernafasan yang meningkat ( > 20 / minit) dan nadi yang laju ( >100/minit). Pesakit yang didapati sangat susah untuk bernafas, keliru dan terdapat kebiru-biruan pada bibir atau lidah perlu dirawat segera.
Apabila dada diperiksa dengan alat stethoskop, ada kelainan semasa pesakit menarik nafas. Walaubagaimanapun sesetengah pesakit tidak menunjukkan apa-apa tanda.

Gambarajah : Tanda-Tanda Utama Radang Paru-Paru (Pneumonia)

Tanda sistemik :

Demam panas
Menggigil
Sakit kepala
Kurang selera maka

Penyiasatan

Penyiasatan yang di lakukan untuk memastikan diagnosa ialah kahak akan diperiksa di bawah mikroskop untuk melihat kuman dan jenis kuman akan dipastikan dengan kultur kahak. Kahak juga akan diperiksa untuk kuman tibi. Pemeriksaan x-ray dada akan dilakukan juga di mana kesan putih pada x-ray boleh menandakan pneumonia. Walaubagaimanapun tidak semua pneumonia dapat dilihat pada x-ray mungkin kerana ia adalah diperingkat awal atau ia melibatkan bahagian paru-paru yang sukar dikesan oleh x-ray. Jarang sekali scan tomografi komputer (CT scan) dilakukan. Ia dilakukan untuk mengenalpasti diagnosa selain dari pneumonia atau pneumonia yang tidak kelihatan pada X-ray dada. Pemeriksaan darah juga boleh membantu untuk melihat tindakbalas jangkitan kuman bakteria, virus atau parasit. Ini dilihat sebagai peningkatan kepada bilangan sel darah putih, tetapi pada mereka yang kurang daya imun sel darah putih boleh jadi rendah atau 'normal'. Darah juga akan dikultur untuk mengenalpasti kuman di dalam darah dan ini di panggil sepsis atau septisemia. Bakteria yang telah dikenalpasti akan di uji samada ia sensitif kepada antibiotik yang telah atau akan digunakan. Ujian serologi dilakukan untuk Mycoplasma, Legionella , Chlamydia dan Legionella. Sapuan kahak (throat swab) di ambil untuk ujian H1N1. Rembesan daripada paru-paru boleh di uji untuk virus seperti influenza, respiratory syncytial virus dan adenovirus. Ujian darah untuk fungsi buah pinggang dan hepar dilakukan untuk mengenalpasti samada terdapat kerosakan disebabkan oleh sepsis.

Gambarajah: X-ray dada

Normal
Pneumonia di sebelah kanan paru-paru ( tanda putih disebelah kiri gambar)

Rawatan

Tidak semua pesakit akan dimasukkan ke hospital, tetapi diberi rawatan sebagai pesakit luar. Biasanya antibiotik di beri secara oral, pesakit dinasihatkan banyak minum air dan berehat di rumah. Ubat batuk yang di beli di kedai-kedai adalah tidak berkesan untuk rawatan pneumonia. Jika simptom tidak berubah atau bertambah teruk atau berlaku komplikasi, penjagaan di hospital adalah diperlukan. Mereka yang didapati sukar untuk bernafas, mempunyai penyakit lain dan mereka yang lanjut usia, juga akan dimasukkan ke hospital.

Pneumonia yang disebabkan oleh bakteria dari komuniti akan dirawat dengan antibiotik seperti augmentin, erythromycin atau azithromycin. Rawatan diberi selama 7 hingga sepuloh hari. Antibiotik yang digunakan untuk merawat pneumonia jangkitan dari hospital adalah seperti cephalosporin, carbepenem, aminoglycoside dan vancomycin. Ini diberi secara intravena.

Tiada rawatan spesifik untuk kebanyakan pneumonia yang disebabkan oleh virus. Jangkitan H1N1 dirawat dengan ubat oseltamivir.

Selain dari rawatan pengubatan, pesakit juga digalakkan banyak berehat dan banyak minum air.
Pencegahan

Ada beberapa cara untuk mencegah pneumonia. Rawatan berkesan yang diberikan kepada penyakit-penyakit seperti Acquired Immunodeficiency Syndrome (AIDS)boleh mengurangkan risiko seseorang diserang pneumonia. Berhenti merokok juga berkesan kerana ia bukan sahaja mengurangkan kerosakan paru-paru, tetapi adalah disebabkan asap rokok banyak menjejaskan daya tahan badan.

Pelalian vaksin pneumococcal boleh diberi untuk Streptococcus pneumonia. Bagi mereka yang berumur 65 tahun ke atas dan bagi pengidap emfisima, kencing manis, kegagalan hepar dan mereka yang telah dibuang limpanya, pelalian terhadap streptococcus adalah sangat berkesan. Pelalian diberikan lima tahun sekali.
Pelalian influenza dengan vaksin influenza harus juga diberi kepada mereka yang menerima pelalian terhadap Streptococcus pneumoniae. Pelalian terhadap H1N1 patut diberi kepada pengamal kesihatan, penghuni 'nursing homes' , pesakit asma dan mereka yang mengandung.

Wednesday 15 August 2012

Serba sedikit tentang sesi ambil darah 13.08.2012

Hari ini antara hari2 10 terakhir bulan ramadhan. keadaan cuaca masih lagi agak panas dan sesekali hujan turun walaupun tidak lebat. Hari ni juga hari terakhir AA bekerja dan selepas ni akan bercuti seminggu lebih. Kesempatan ini AA nak gunakan utk merehatkan diri setelah penat bekerja.

AA rasa agak teruja bi;a membaca blog rakan2 positive worrior yang lebih banyak memeparkan maklumat2 dan fakta yang berguna mengenai isu HIV/AIDS. Blog AA plak hanya sekadar berbentuk luahan hati dan hanya ada beberapa entry sahaja yang memuatkan info berbentuk fakta. 

Setiap orang sudah pasti mempunyai pendekatan yang berbeza. Bagi AA, AA lebih pada mengikut gerak hati AA sendiri untuk mengolah sebarang idea yang AA nak paparkan dalam blog ini. Yang pasti, AA lebih suka pada sesuatu yang santai dan tidak rumit seakan2 AA ingin melarikan diri seketika dari beban tugas di tempat kerja.

Sesi ambil darah Isnin baru2 ni berjalan dengan baik dan lancar. AA datang awal ke hospital agar dapat balik awal ke destinasi yang AA tujui sejauh 600km. MA yang ambil darah rupanya2 tidak tahu AA dapat ke hospital tu memandu kenderaan sendiri dan bukannya menaiki bas seperti yang disangkakan.

Pertama kali AA ambil X-ray semenjak didiagnose sebagai PLHIV.  Rasa gementar ada juga mujur staf kat bahagian x-ray tu faham. Seterusnya temujanji AA ialah pada 11.09.2012 utk dapatkan cd4 yang terkini. Tamat saja sesi ambil darah, AA memulakan perjalanan pukul 9:30 pagi dan sampai ke destinasi pukul 6:23ptg, tepat dengan masa berbuka puasa bersama keluarga..alhamdulillah

Wednesday 8 August 2012

Dunia hanya pinjaman

Segala puji dan syukur AA lafazkan ke hadrat NYA. Petang yang damai ini AA hanya menghabiskan masa bersantai di depan laptop sambil bersembang dengan rakan2 positive worrior yang sempat luangkan masa. AA hargai kesudian mereka utk sama2 berkongsi apa jua yang menimpa diri masing2 sepanjang hidup sebagai PLHIV.

Kadang2 ada juga persoalan2 yang AA sendiri tak tahu jawapannya terutama ttg masalah kesihatan. Al maklum bila dah status sbg PLHIV tentu sekali masalah kesihatannya berbeza daripada org2 yang bukan PLHIV.  AA akui rasa bimbang tetap ada kerana virus yang menumpang di tubuh ini bukan virus sembarangan. Ia akan menjalankan fungsinya sedar tak sedar sehingga sampai satu tahap menyebabkan mana2 PLHIV mengalami massalah kesihatan.

Bukan nak menakut2kan diri sendiri dan sesiapa sahaja yang membaca coretan ini. Luahan AA adalah berasaskan fakta dan hakikat sebenar yang bukannya dibuat2. AA sudah sedia hadapi apa sahaja yang akan berlaku sepanjang hayat AA. Lagipun segala yang AA miliki hanyalah pinjaman semata2. Sudah menjadi lumrah bagi orang yang meminjam mengalami keadaan barang yang dipinjamnya akan dipulangkan kepada pemiliknya.

Esok adalah hari yang bersejarah dalam hidup AA kerana AA akan mengalami antara detik2 manis dalam hidup. AA adalah antara penerima khidmat Cemerlang dalam jabatan yang telah 10 tahun AA menabur khidmat bakti. Moga ia jadi perangsang semangat utk AA terus gigih bekerja. Moga2 kegembiraan AA menjadikan AA bertambah sihat..mana tau cd4 naik sampai 1000 ke huhuhuhu... Alhamdulillah...

Tuesday 7 August 2012

Luahan hati seorang pembawa HIV+ untuk ayah dan ibu

Hari ini masuk ramadhan yang ke 18 umat Islam mengerjakan ibadah puasa. Tidak terkecuali AA juga turut sama menunaikan tanggungjawab tersebut. Tidak ada yang mampu AA lafazkan melainkan puji dan syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi meminjamkan keupayaan kepada AA untuk menunaikan ibadah yang mencabar ini.

Seperti tahun2 sebelum ini, AA masih lagi berkesempatan merasai air tangan parents yang bersusah payah menyediakan juadah tiap kali berbuka dan sahur. Dapat juga menikmatinya bersama2 dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Namun mereka tidak tahu apa sebenarnya yang telah terjadi kepada anak mereka yang mereka besarkan sejak kecil hinggalah sekarang.

AA tidak bermaksud untuk menyembunyikan kebenaran sedangkan mereka juga ada hak untuk tahu perihal diri AA yang telah didiagnose sebagai PLHIV 2 tahun lepas. AA rasa belum sampai masanya mereka tahu dan kalau boleh biarlah mereka tidak tahu sampai bila2. 

Tiap kali AA melihat raut wajah mereka terdetik perasaan sayu dan bermacam2 lagi perasaan yang sukar digambarkan. AA adalah tunggak keluarga ini sebagai anak sulung AA perlu menunaikan banyak lagi tanggungjawab terhadap mereka sehingga ke akhir hayat mereka. Namun AA tidak tahu sampai bila AA diberikan peluang untuk terus hidup.

Pernah juga hati kecil AA yang lemah ni berkata, ' biarlah aku yang pergi dulu, agar mereka mampu berubah dan menjadi insan2 yang lebih hampir kepada Allah dan sentiasa mendoakan aku'. Tapi ia tak semudah yang difikirkan kerana hanya Allah yang Maha kuasa atas tiap perkara.

Monday 6 August 2012

Ambil darah di ID clinic

Keadaan kesihatan AA beberapa minggu kebelakangan ini tidak berapa bagus. Inilah antara ujian yang AA hadapi sepanjang bulan ramadhan ini. Namun keadaan ini tidak pernah melunturkan semangat AA untuk meneruskan ibadat puasa seperti tahun2 sebelum ini. 

Tarikh utk AA ambil darah semakin hampir. Seperti kebiasaannya AA akan ke hospital berjumpa dengan staf yang ditugaskan mengambil darah. Sejujurnya AA amat tidak selesa mendapatkan khidmat staf di bahagian makmal untuk mengambil darah AA. Sebelum ni ada banyak cerita yang kurang menyenangkan terutamanya ada di kalangan staf yang mengambil darah ni begitu celupar mulut mereka bila tahu orang yang diambil darah tu adalah PLHIV. Ntah apa faedahnya mereka ni terlalu lancang berkata2 seolah2 mereka tu terlalu baik seperti nabi dan orang lain tu paling jahat.

Untuk mengelakkan AA berada dalam situasi itu, AA meminta jasa baik staf di klinik ID yang sememangnya mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang penyakit berjangkit khususnya berkaitan HIV dan AIDS. Setakat ini AA belum pernah nampak dorang pakai sarung tangan masa mrka mengambil darah AA. AA plak yang risau kalau2 jarum tu tiba2 tercucuk ke mana2 bahagian tubuh dorang.

Apapun AA berdoa semoga sesi ambil darah kali ini berjalan dengan lancar berkat bulan ramadhan yang mulia ini.

Friday 3 August 2012

Pertengahan Ramadhan 1433H

Hari ini adalah hari pertengahan seluruh umat islam mengerjakan puasa Ramadhan. Seperti kebiasaannya AA juga tidak terlepas daripada mengerjakan ibadat yang menjadi rukun islam ini. Syukur alhamdulillah AA masih lagi mampu berpuasa ramadhan dan mudah mudahan AA diberikan kemampuan untuk menghabiskan puasa tahun ni dengan sempurna.

Semalam tiba2 saja AA alami demam. Sempat AA telan sebiji panadol soluble dan minum segelas air. Selain dari itu, AA juga minum 3 gelas air kosong sebab seharian air tidak masuk ke dalam badan AA. sudah pasti ia memerlukan sejumlah air yang mencukupi untuk berfungsi dengan lebih efektif.

Alhamdulillah pada pagi ini AA rasa demam dah semakin kurang. sebelum sahur tadi AA sempat mandi dan minum sebiji panadol. 3 kali AA mandi semalam. Mungkin akibat suhu panas maka tubuh AA turut mengamali kesannya.

Wednesday 1 August 2012

Keutamaan AA ialah AA

Perkara yang paling susah nak dibuat dalam dunia ni bagi AA ialah mengubah orang lain sedangkan mereka sendiri tak mahu berubah. Macam2 pendekatan dibuat tapi tidak ada yang berkesan. itulah ragam dan perangai manusia di dunia ini.

Tidak terlintas di fikiran AA sejak menjadi PLHIV ini untuk menghampakan permintaan yang terlalu menggunung tinggi daripada orang yang selalu memberi harapan. AA cuba ukur kemampuan diri AA sendiri memandangkan AA adalah seorang PLHIV yang ada masanya terpaksa memenuhi temujanji pihak hospital. bukannya AA tak sudi atau AA sudah lupa diri dengan apa yang AA miliki tapi ada perkara yang perlu AA utamakan iaitu diri AA sendiri.

AA cuma berdoa agar mereka memahami dan tidak memandang serong terhadap AA. AA hanya mampu menumpukan pada tugas AA yang ada sekarang itupun kadang kala ia tak pandai habis2. moga niat mereka akan dipenuhi oleh orang lain dan bukannya AA.

MY RECENTLY POST

ISU PLHIV MEMBELI UBAT HAART SECARA DALAM TALIAN

Tular isu mengenai PLHIV dari sebuah laman medsos yang menyatakan tentang segelintir PLHIV yang membeli ubat secara online dengan kadar harg...

MY POPULAR POST