Sebagai perkongsian untuk semua pembawa HIV positif, ahli keluarga mereka dan renungan bersama. Against stigma, judgmental, negative thinking, discrimination and malpractice!
Monday, 15 February 2021
Rentas Daerah sempena PKP 2.0
Saturday, 6 February 2021
Penghantaran ubat dalam norma baharu
Dalam entry kelmarin aku ada menulis tentang kaedah penghantaran ubat hospital yang boleh jadi pilihan korang. So, dalam entry kali ini aku cuba beri sedikit info berkaitan perkara tersebut.
Tidak dinafikan pelbagai kekangan yang dihadapi oleh mana2 individu yang memerlukan bekalan ubat yang diperlukan untuk datang ke hospital bagi mendapatkan ubat susulan. Pihak hospital pula kebiasaannya menetapkan hanya memberi stok ubat selama sebulan.
Jangan risau la ye. Korang yang berdepan dengan masalah jarak kediman yang agak jauh dari hospital atau kekangan susah nak dapat cuti dari majikan, korang boleh guna SPUB atau UMP.
Sebenarnya opsyen ini sudah agak lama diperkenalkan oleh pihak KKM. Sebagai individu masing2 boleh memilih mana2 perkhidmatan yang sesuai. Yang penting bekalan ubat tidak putus terutama dalam suasana PKP yang tidak tahu bila akan berakhir ini.
Sepanjang aku menjalani review di QEH, aku lebih suka memilih perkhidmatan UMP. So kat entry ni, aku nak share tentang UMP dan SPUB untuk rujukan.
Perkhidmatan Ubat Melalui Pos 1Malaysia (UMP1M)
PENGENALAN
"Perkhidmatan Ubat Melalui Pos 1Malaysia (UMP 1Malaysia) adalah perkhidmatan pembekalan ubat susulan terus ke lokasi pilihan pesakit menggunakan syarikat kurier dengan caj kiriman yang telah ditetapkan. UMP 1Malaysia merupakan salah satu daripada Perkhidmatan Tambah Nilai Farmasi (Value Added Service) yang disediakan untuk kemudahan pesakit bagi mendapatkan bekalan ubat susulan mereka."
Objektif perkhidmatan ini bertujuan untuk:
- Mengurangkan masa menunggu pesakit di kaunter farmasi
- Menjamin kesinambungan bekalan ubat susulan pesakit
- Meningkatkan tahap komplians pesakit terhadap ubat-ubatan.
KRITERIA YANG PERLU DIPATUHI BAGI PERKHIDMATAN UMP1M
Pesakit
- Patuh dan faham mengenai terapi pengubatan
- Faham cara penggunaan dan pengambilan ubat
- Stabil
Preskripsi
- Susulan
- Penyakit kronik
- Bekalan ubat kali pertama di kaunter farmasi
- Tempoh melebihi 1 bulan
Ubat
- Bentuk dos tablet / kapsul sahaja
- Tidak memerlukan penyimpanan khusus
- Bukan jenis psikotropik
- Tidak dibekalkan secara berasingan
KELEBIHAN UMP1M
- Menjimatkan kos, pengangkutan dan masa
- Menjamin bekalan ubat berterusan
MAKLUMAT LANJUT
Sila berhubung dengan anggota farmasi di hospital atau klinik kesihatan KKM yang berdekatan jika anda berminat untuk menggunakan perkhidmatan ini. Sila rujuk Pamplet Perkhidmatan Ubat Melalui Pos 1Malaysia yang dilampirkan.
Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB)
Sistem pembekalan ubat-ubatan melalui SPUB merupakan perkhidmatan di mana pesakit boleh mendapatkan baki bekalan ubat seterusnya dari mana-mana fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tersenarai dalam Direktori SPUB KKM melalui sistem rujukan yang seragam di seluruh negara.
OBJEKTIF
- Untuk memberi kemudahan kepada pesakit mendapatkan bekalan ubat-ubatan dari fasiliti kesihatan KKM yang berdekatan dengan kediaman masing-masing.
- Membekalkan ubat kepada pesakit melalui sistem rujukan yang seragam di mana-mana fasiliti kesihatan KKM.
- Memastikan kesinambungan bekalan ubat-ubatan kepada pesakit bagi meningkatkan komplians terhadap pengambilan ubat-ubatan.
SKOP PERKHIDMATAN
Sistem ini ditawarkan kepada semua pesakit yang mendapatkan rawatan dan menerima preskripsi jangka panjang (jangka masa melebihi satu bulan) dari hospital/klinik kesihatan/institusi KKM.
APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN ?
- Dapatkan rawatan dan preskripsi ubat daripada doktor anda.
- Dapatkan bekalan ubat pertama dari farmasi di mana anda mendapatkan rawatan.
- Bincang dengan anggota farmasi bagi mendapatkan bekalan ubat seterusnya di hospital/klinik kesihatan yang berdekatan.
- Pastikan preskripsi anda telah dicop dengan cop rujukan SPUB sebelum meninggalkan kaunter farmasi.
SPUB MEMUDAHKAN ANDA
- Berdekatan dengan kediaman anda
- Menjimatkan kos, pengangkutan dan masa
- Menjamin bekalan ubat berterusan
MAKLUMAT LANJUT
Sila rujuk anggota farmasi di hospital/klinik kesihatan KKM berdekatan anda sekiranya anda ingin mengetahui tentang perkhidmatan ini atau berminat menggunakannya.
Friday, 5 February 2021
Review doktor dalam norma baharu
Di kala pandemik covid-19 masih belum menunjukkan tanda-tanda di pengakhirannya dan di kala pertambahan kes yang berlaku setiap hari sehingga PKP yang berakhir 4hb Februari dilanjutkan lagi sehingga 18 Februari, sekali lagi perkongsian entry ini kembali.
Belum sempat dikongsi review Disember yang lalu. Tidak beza dengan review sebelum ini. Sekadar hadir ke id klinik dan mendapatkan beberapa helaian borang ambil darah, preskripsi ubat serta tetapan janjitemu yang akan datang tanpa bersemuka dengan doktor. Itulah rutin review norma baharu.
Usah ditanya mengapa keadaan sedemikian terjadi. Itulah kesan pandemik covid-19 yang menghambat para frontliner untuk berhempas pulas mengendalikan situasi pendemik covid-19 di QEH. Perkara penting adalah aku tidak putus bekalan ubat.
Memandangkan aku berada di Kota Kinabalu sepanjang akhir tahun 2020 maka aku buat keputusan bahawa khidmat UMP akan disambung pada 29hb nanti. Ia lebih memudahkan aku terus mendapatkan bekalan ubat sejurus kembali ke Tawau nanti.
Mengapa aku lebih suka memilih perkhidmatan UMP dari SPUB? Aku akan kongsikan dalam entry yang akan datang. Jika korang nak tahu beza antara keduanya, korang bolehlah taip di google search untuk dapatkan info. Maklumat dihujung jari kan. Gunalah kelebihan smartphone korang yang harga mahal2 tu untuk akses maklumat.
MY RECENTLY POST
TIPS semasa dalam Rawatan HAART
Berikut adalah 10 tips untuk PLHIV (People Living with HIV) yang sedang dalam rawatan HAART (Highly Active Antiretroviral Therapy) untuk mem...
MY POPULAR POST
-
24 September 2012, Temujanjiku yang pertama selepas makan ubat HAART. Kali ini aku datang agak lewat sikit dari kebiasaanya iaitu pukul 9:...
-
HIV.... satu istilah yang boleh jadi kecut perut dibuatnya kalau didengari. Teringat pengalaman pertama kali AA diberitahu hasil laporan p...