Saturday, 14 March 2026

ANTARA CABARANKU SEBAGAI PLHIV

 

Hidup sebagai seorang insan tidak sah jika tidak berhadapan dengan cabaran kehidupan. Jika ditanya satu persatu kepada semua orang pasti semuanya setuju dengan hakikat bahawa hidup ini ada sahaja perkara-perkara yang begitu memberi tekanan baik soal keluarga, kewangan, pekerjaan, hubungan sosial dan bermacam-macam lagi.

Kalau ditanya aku plak, yang sudah 17 tahun diagnose sebagai plhiv, memang banyak dugaanya. Dugaan itulah yang menjadikan aku seperti hari ini masih teguh berdiri seiring masa.

Intinya dalam banyak-banyak perkara yang berlaku sehingga adakalanya menyebabkan aku tersungkur dan terjatuh dalam proses meneruskan sisa-sisa hidupku, yang aku fokuskan ialah tentang rawatan agar aku boleh teruskan hidup seperti insan-insan lain yang sihat.

Hidup sebagai seorang yang diagnosed hiv bukanlah pengakhiran sebuah kehidupan. Jadikanlah ia sebagai titik tolak untuk bangkit dengan penuh semangat. Jangan pernah anggap ujian ini sebagai pengakhiran yang membawa kematian. 

Malah di luar sana penyebab kematian itu jelas bukan secara total disebabkan oleh penyakit malah ada sebab lain juga. Anda semua tentu tahu.

Berbalik pula topik mengenai cabaran. Antara perkara yang agak mencabar diriku ialah pengurusan masa dalam sesi rawatan yang aku jalani. Pernah sekali aku hampir ketinggalan flight kerana sesi temujanji di klinik memakan masa yang lama berikutan ramai orang yang turut menunggu giliran.

Positifnya, aku bangkit dengan merancang strategi mengurus masa supaya kemungkinan sesi temujanji yang agak lama ( jika kebetulan pada hari aku temujanji) aku tidak kelam kabut dan aku tidak ketinggalan flight.

Pernah juga semangatku hampir lagi drop disebabkan bacaan cd4 yang menurun menjadi 200 lebih sama seperti aku memulakan haart sedangkan aku sudah beberapa tahun makan ubat. 

Aku terpaksa berdepan dengan pelbagai pertanyaan daripada doktor dan pihak farmacist id klinik. Temujanjiku daripada 6 bulan sekali hampir dipendekkan menjadi 4 bulan sekali ( Keadaan yang agak sukar bagiku kerana tempoh sesingkat itu sudah tentu menyebabkan aku kerap mengambil cuti).

Pendek kata, cabaran sebagai seorang plhiv ini terlalu banyak. Bagi mereka yang baru sahaja diagnoised, usah berasa kecewa. Bangkitlah dan cubalah berusaha agar diri tidak dikuasai emosi yang akhirnya menyebabkan peluang untuk hidup bahagia itu terhapus.



No comments:

Post a Comment

MY RECENTLY POST

ANTARA CABARANKU SEBAGAI PLHIV

  Hidup sebagai seorang insan tidak sah jika tidak berhadapan dengan cabaran kehidupan. Jika ditanya satu persatu kepada semua orang pasti s...

MY POPULAR POST