Showing posts with label Rakan2 positive worrior. Show all posts
Showing posts with label Rakan2 positive worrior. Show all posts

Sunday, 30 September 2012

HIV; Efek stigma dan prejudis,ke manakah aku mengadu?

Hari ini adalah hari yang teramat menceriakan dalam hidupku kerana baru2 ini pembentangan bajet yang dibuat oleh Perdana Menteri telah membawakan khabar gembira khususnya bagi diriku. Sebelum ini sudah banyak kos aku belanjakan dalam menampung perjalananku berulang alik ke kota kinabalu. Mujurlah pakai zzzzzzzzzzuuuppp aja kan huhuhuhuhu hujung bulan bayar je kat mesin.


Tambahan pula aku dan beberapa orang rakan sejawat bakal menikmati durian runtuh ekoran kenaikan pangkat secara timebased. Alhamdulillah. kukira itu sebagai satu petanda bahawa rahmat dan kasih sayang allah amat melimpah ruah. Allah maha kaya. aku bersyukur padaNYA.


namun di sebalik keriangan yang kutunjukkan masih terdapat satu lagi kebimbangan yang melanda diriku sejak mula2 aku didiagnose sebagai PLHIV dulu iaitu bagaimana penerimaan keluarga, rakan2 sejawat dan masyarakat bila mereka tahu aku adalah pembawa HIV.


Suka utk aku beritahu di sini, aku telah mendapat rawatan doktor secara teratur dan sistematik. Bukanlah bermaksud tahap kesihatanku aku sudah pernah sampai ke tahap teruk kesan HIV tetapi aku sentiasa dipantau oleh pihak hospital dan secara terancang diberi temujanji untuk mendapatkan feedback mengenai keadaanku yang telah memulakan rawatan.


Aku kira itu adalah sebagai satu bonus bagi diriku kerana jika dibandingkan dengan mereka di luar sana yang mendakwa diri mereka sihat tetapi tidak pernah sekalipun membuat pemeriksaan kesihatan. Adalah tidak mustahil jika si anu bin si anu yang kita dengar aktif bersukan tiba2 rebah di gelanggang badminton dan terus dikejarkan ke hospital serta merta. Lantas ajal telah menemuinya tanpa sempat mendapat sentuhan tangan2 jururawat dan doktor yang bertugas di hospital.


Aspek kesihatan aku sudah tidak perlu risau sebab ubat HAART yang aku makan ini aku rasa sesuai dengan diriku. Malah aku rasa lebih bertenaga dan berkeyakinan diri jika dibandingkan sebelum aku makan ubat HAART ini. aku lihat ada perubahan luar biasa yang positif yang menjadikan diriku begitu berbeza jika dibandingkan dengan sebelum makan ubat HAART.


Jauh di sudut hati, aku masih lagi cuma mengumpulkan kekuatan untuk cuba menghadapi apa jua kemungkinan yang akan berlaku seandainya secara di luar kawalanku status diriku ini diketahui pihak2 tertentu. Tanpa sokongan sesiapa, inilah yang akan jadi tempat aku mengadu iaitu :


1)Rakan2 positive worrior

Aku tersenarai antara mereka yang terawal menjadi perintis kepada kewujudan komuniti positive worrior yang ada sekarang. sungguhpun aku jauh di sabah, namun aku sentiasa berasa dekat dengan rakan2 yang lain. 


Banyak sudah aku kemukakan persoalan, berulang kali suda aku mengadu di saat aku mula2 mengalami semangat yang sgt2 "down" dulu. kini aku akan terus mendokong perjuangan positive worriors dengan sedaya upaya yang ada padaku dengan cara yang sewajarnya.


Aku sedar kewujudan komuniti ini adalah hasil usaha dan idea abg Pie yang mempunyai blog sendiri. aku akui blognya antara blog yang terbaik dan sering kujadikan panduan.


2) Rakan senasib sesama blog

Setakat ini, aku aktif berblog dan salah seorang rakan blog rapatku ialah Najmi. Dia antara insan yang menjadi tulang belakang kepada keteguhan diriku sehingga kini bermula dari saat Stocrin dan tenvir em masuk ke dalam tubuhku sehingga sekarang. Dia banyak memberikan panduan kepadaku cara menghadapi efek2 awal akibat ubat HAART.

Aku berharap Persahabatan aku dengan lelaki misteri bernama Najmi hu hu hu hu tidak akan terputus kerana aku sangat memerlukan insan2 yang kuat,  tabah  dan berpengalaman seperti dia. aku ni baru setahun jagung, bak kata orang, masih lagi belum kenal erti dunia sebenar. masih belajar lagi erti realiti dalam kehidupan.


Juga tidak dpat kulupakan Abg pie yang menghubungiku ketika mula2 aku menelan ubatan HAART. Aku sangat hargai keikhlasan dan kemurnian hatinya hinggakan dia tergerak untuk menelefon dan memberitahuku apa yang patut kulakukan berkenaan HAART.


3) Rakan yang menyayangiku

Setiap insan ada naluri untuk disayangi dan menyayangi. bagi aku, ramai yang menyayangiku terutama rakan2 positive worrior seperti abg pie, luka, fareez fauzi, survivor ahp, camelia . mereka ni bagiku adalah  tunggak utama yang menjadikan aku tidak keseorangan apabila aku online kerana mereka jenis yang rajin membalas setiap msg yang kuajukan dalam group AHP. Malah adakalanya mereka yang bertanyakan padaku tentang keadaan diriku.. Alhamdulillah, masih ada insan2 yang memahami dan terus memahami.


4) Rakan Peer support yang amat supportive di QEH


Setakat ini, aku mempunyai seorang sahabat baik yang juga senasib dan sama2 mendapatkan rawatan di hospital yang sama. dia juga bergiat dalam program2 berkaitan HIV dan AIDS di Sabah. org yg kumaksudkan ialah christopher. 


walaupun berbeza agama dan etnik denganku namun dia tidak pernah meletakkan sempadan antara aku dengan dia. ini dapat kulihat dari kesungguhannya dalam membantuku dari segi idea dan sokongan moral.



5) Allah S.W.T


Itulah raja segala raja, kuasa segala kuasa. Aku sentiasa berdoa agar Aku mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Solat menjadi rutin harianku diertai dengan bacaan ayat2 suci sedikit mengikut yang kumampu. 

Wednesday, 15 August 2012

Serba sedikit tentang sesi ambil darah 13.08.2012

Hari ini antara hari2 10 terakhir bulan ramadhan. keadaan cuaca masih lagi agak panas dan sesekali hujan turun walaupun tidak lebat. Hari ni juga hari terakhir AA bekerja dan selepas ni akan bercuti seminggu lebih. Kesempatan ini AA nak gunakan utk merehatkan diri setelah penat bekerja.

AA rasa agak teruja bi;a membaca blog rakan2 positive worrior yang lebih banyak memeparkan maklumat2 dan fakta yang berguna mengenai isu HIV/AIDS. Blog AA plak hanya sekadar berbentuk luahan hati dan hanya ada beberapa entry sahaja yang memuatkan info berbentuk fakta. 

Setiap orang sudah pasti mempunyai pendekatan yang berbeza. Bagi AA, AA lebih pada mengikut gerak hati AA sendiri untuk mengolah sebarang idea yang AA nak paparkan dalam blog ini. Yang pasti, AA lebih suka pada sesuatu yang santai dan tidak rumit seakan2 AA ingin melarikan diri seketika dari beban tugas di tempat kerja.

Sesi ambil darah Isnin baru2 ni berjalan dengan baik dan lancar. AA datang awal ke hospital agar dapat balik awal ke destinasi yang AA tujui sejauh 600km. MA yang ambil darah rupanya2 tidak tahu AA dapat ke hospital tu memandu kenderaan sendiri dan bukannya menaiki bas seperti yang disangkakan.

Pertama kali AA ambil X-ray semenjak didiagnose sebagai PLHIV.  Rasa gementar ada juga mujur staf kat bahagian x-ray tu faham. Seterusnya temujanji AA ialah pada 11.09.2012 utk dapatkan cd4 yang terkini. Tamat saja sesi ambil darah, AA memulakan perjalanan pukul 9:30 pagi dan sampai ke destinasi pukul 6:23ptg, tepat dengan masa berbuka puasa bersama keluarga..alhamdulillah

MY RECENTLY POST

ANTARA CABARANKU SEBAGAI PLHIV

  Hidup sebagai seorang insan tidak sah jika tidak berhadapan dengan cabaran kehidupan. Jika ditanya satu persatu kepada semua orang pasti s...

MY POPULAR POST