Dlm keadaan pening2 aku masih gagahkan diri lagi untuk menaip dlm blog. Inilah kesan pengambilan HAART yg aku sebutkan semalam. Nasib baiklah ubat HAART yang aku makan ni cuma ambil sekali je dalam sehari kalau dua kali, tak taulah mcm mana... apapun aku tabik kat kawan2 yang mampu ambil 2x HAART dalam sehari.
Mula2 lepas telan ubat kesan tu belum terasa sempat lagi yeyeyeye... tp dalam hati tertanya2 adakah aku ni kebal.
Sejam berlalu, akhirnya aku mula rasa seperti berada dalam buaian. badanku terasa panas plak. mungkin kesan demam panas yg aku alami ditambah lagi dengan ubat HAART yg baru je aku mkn. Aku asyik melihat2 adakah sebarang perubahan kat mana2 anggota badanku sebab aku pernah terbaca tentang kesan pengambilan stocrin yang menyebabkan timbul ruam2 pada kulit. setakat ni belum ada lagi, yang ada cuma rasa pening2 saja.
sepanjang malam aku seperti tidur2 ayam je. rasa mual yang membuatkan aku tak dapat tidur nyenyak. Air hampir 4 gelas besar habis kuminum mujur aku tak terkencing di tempat tidur sebab terlebih minum.
Kalau diikutkan sepatutnya aku boleh dapat cuti sebab sebelum ni ada kawan2 yang mulakan HAART dibagi cuti oleh doktor hampir seminggu. Tapi kes aku ni tak tau mana silapnya. Mungkin doktor pun terlepas pandang agaknya. Aku pula mungkin sebab terlalu gementar tatkala dapat melihat ubat2 stocrin tu dimasukkan ke dalam pelastik dan diserahkan kepadaku, akhirnya aku menjadi lupa untuk memberitahu doktor perihal cuti.
Pagi tadi bagun je dari tidur, kesan ubat tu masih ada cuma tidaklah seteruk mcm semalam. rasa pening ada tapi aku masih boleh kawal. tapi memang agak terkejut juga dengan keadaan yang pertama kali aku alami. pergerakanku di tempat kerja agak terbatas memandangkan aku masih lagi rasa pening. Rasa mual nak muntah pun ada aku rasa. aku tak tahu apa pula kesan yang akan aku alami seterusnya..
Terima kasih kwn2 yang sudi berkongsi luahan rasa dan pengalaman terutamanya kepada abg Pie, Survivor AHP, Camelia Sulaiman, Ash Ruff, Fareez Fauzi, Najmi, tak terkecuali kesemua rakan positive worrior.. bak kata org2 tua, saya budak baru belajar... maaf andai gaya bahasa kali ini tunggang terbalik..mungkin kesan pengambilan stocrin.. hu hu hu.. sekejap lagi azam nak telan 2 jenis ubat tu dan terus tidur...... Azam minta maaf ye kalau ada salah dan silap.. hu hu hu mcm dah nak p da ni..... doakan Azam selalu...sayang kamu semua...
