Saturday, 14 March 2026

ANTARA CABARANKU SEBAGAI PLHIV

 

Hidup sebagai seorang insan tidak sah jika tidak berhadapan dengan cabaran kehidupan. Jika ditanya satu persatu kepada semua orang pasti semuanya setuju dengan hakikat bahawa hidup ini ada sahaja perkara-perkara yang begitu memberi tekanan baik soal keluarga, kewangan, pekerjaan, hubungan sosial dan bermacam-macam lagi.

Kalau ditanya aku plak, yang sudah 17 tahun diagnose sebagai plhiv, memang banyak dugaanya. Dugaan itulah yang menjadikan aku seperti hari ini masih teguh berdiri seiring masa.

Intinya dalam banyak-banyak perkara yang berlaku sehingga adakalanya menyebabkan aku tersungkur dan terjatuh dalam proses meneruskan sisa-sisa hidupku, yang aku fokuskan ialah tentang rawatan agar aku boleh teruskan hidup seperti insan-insan lain yang sihat.

Hidup sebagai seorang yang diagnosed hiv bukanlah pengakhiran sebuah kehidupan. Jadikanlah ia sebagai titik tolak untuk bangkit dengan penuh semangat. Jangan pernah anggap ujian ini sebagai pengakhiran yang membawa kematian. 

Malah di luar sana penyebab kematian itu jelas bukan secara total disebabkan oleh penyakit malah ada sebab lain juga. Anda semua tentu tahu.

Berbalik pula topik mengenai cabaran. Antara perkara yang agak mencabar diriku ialah pengurusan masa dalam sesi rawatan yang aku jalani. Pernah sekali aku hampir ketinggalan flight kerana sesi temujanji di klinik memakan masa yang lama berikutan ramai orang yang turut menunggu giliran.

Positifnya, aku bangkit dengan merancang strategi mengurus masa supaya kemungkinan sesi temujanji yang agak lama ( jika kebetulan pada hari aku temujanji) aku tidak kelam kabut dan aku tidak ketinggalan flight.

Pernah juga semangatku hampir lagi drop disebabkan bacaan cd4 yang menurun menjadi 200 lebih sama seperti aku memulakan haart sedangkan aku sudah beberapa tahun makan ubat. 

Aku terpaksa berdepan dengan pelbagai pertanyaan daripada doktor dan pihak farmacist id klinik. Temujanjiku daripada 6 bulan sekali hampir dipendekkan menjadi 4 bulan sekali ( Keadaan yang agak sukar bagiku kerana tempoh sesingkat itu sudah tentu menyebabkan aku kerap mengambil cuti).

Pendek kata, cabaran sebagai seorang plhiv ini terlalu banyak. Bagi mereka yang baru sahaja diagnoised, usah berasa kecewa. Bangkitlah dan cubalah berusaha agar diri tidak dikuasai emosi yang akhirnya menyebabkan peluang untuk hidup bahagia itu terhapus.



Wednesday, 11 March 2026

TEMUJANJI DOKTOR PADA 16 MAC 2026

 

Tarikh temujanji doktor kali ini ialah pada 16 Mac. Kali ini tarikh tersebut pada bulan ramadhan dan hanya tinggal beberapa hari lagi menyambut lebaran. Sebelum ini aku pernah juga temujanji pada bulan ramadhan.

Tahun ini tahun yang kurang menggembirakan bagi aku. Ada banyak perkara yang berlaku di luar kawalan. Namun siapalah aku yang ingin menongkah arus. Kadang aku terfikir kenapa ujian sebegini ditimpakan kepadaku. 

Aku perlu lebih tabah dan menghadapi ujian ini seadanya. Kehidupan perlu diteruskan walau sesukar mana ujian yang datang. Semoga aku lebih kuat.



Tuesday, 10 March 2026

MENGAMBIL DARAH DI HOSPITAL PADA 9 MAC 2026


Apa khabar semua? Semoga anda yang membaca blog ini dari dulu hingga sekarang berada dalam keadaan sihat dan dipermudahkan urusan kehidupan harian. Hari ini sudah masuk hari yang ke-19 bagi yang muslim menunaikan tanggungjawab dalam bulan yang mulia ini. Sudah tentu usaha untuk mengejar pelbagai faedah yang ada dalam bulan ini makin rancak.

Sebagaimana rutin kebiasaanku kelmarin datang ke klinik untuk mengambil darah. Dalam keadaan berpuasa sekarang agak mencabar bagiku kerana ada perkara yang perlu kujaga betul2 terutama memantau kadar gula dalam darah.

Kebiasaan bagi seseorang yang mengambil darah perlu berpuasa. Istilah berpuasa maksudnya dikehendaki tidak makan selepas jam 10 malam. Sebelum ini aku pernah mengabaikan perkara tersebut hingga mengakibatkan keputusan darah yang diambil menunjukkan kadar gula meningkat.

Lantas doktor menyuruhku untuk mengambil sampel air kencing kerana didapati kadar gula dalam darahku sudah mencapai tahap diabetes. Pengalaman ini begitu menyeksakan bagiku sebabnya sampel air kencingku diambil sebanyak 3 kali. Sebelum sampel air kencing yang kedua diambil aku disuruh minum larutan air yang terlalu manis.

Ketika itu aku terpaksa menunggu beberapa minit sebab untuk memastikan kuantiti air kencing yang diambil mencukupi bagi aku cukup lama juga.

Itulah antara pengalaman yang tidak dapat kulupakan. 

Sekarang aku sudah ada alat untuk menguji tahap gula dalam darah. sehari sebelum ambil darah aku akan pantau sendiri kadar gula dalam darah supaya keesokan harinya aku yakin result darah yang diambil oleh pihak hospital dalam keadaan kadar gula yang normal.

Semoga keputusan ujian darah yang diambil kelmarin baik2 saja keputusannya.




MY RECENTLY POST

ANTARA CABARANKU SEBAGAI PLHIV

  Hidup sebagai seorang insan tidak sah jika tidak berhadapan dengan cabaran kehidupan. Jika ditanya satu persatu kepada semua orang pasti s...

MY POPULAR POST