Monday, 17 September 2012

HAART Azam hari keenam

Selamat menyambut hari malaysia yang ke-49 buat semua.



Bersesuaian dengan sambutan hari malaysia yang dibuat pada setiap tahun, menjadi kewajipan kita untuk menjaga dan mempertahankan perpaduan yang telah sedia wujud hasil daripada usaha titik peluh pemimpin2 terdahulu. 


jika 31 ogos 1957 negara hanya terdiri daripada tanah malaya, tetapi pada 16 september 1963, ia terdiri daripada gabungan tanah melayu, sabah, sarawak, singapura dan brunei. cuma atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan, akhirnya singapura dan brunei membawa haluan masing2 dan sehingga kini tinggallah semenanjung malaysia, sabah dan sarawak yang kekal dalam Malaysia.


Ayat permulaan entry kali ini agak patriotik. ia ada kaitan secara tidak langsung dengan keadaanku kini yang terdiri daripada aku dan kombinasi 2 ubat iaitu stocrin dan tenvir em. 3 unsur yang ada menjadikan aku sihat walafiat seperti sediakala dengan izin Allah dan ia akan berterusan sampai ke nafas yang terakhir.


Aku mungkin tidak dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat dan positif semenjak aku didiagnose sebagai PLHIV jika aku enggan memulakan rawatan HAART seperti yang disarankan oleh doktor. Oleh itu, persetujuanku secara sukarela tanpa paksaan daripada mana2 pihak untuk memulakan rawatan adalah sangat tepat dan bijak.


menjadi tanggungjawabku untuk menjaga dan memelihara agar diriku dan 2 jenis ubat yang aku makan sentiasa bersama walau di mana jua berada bagi memastikan kelangsungan kesihatan diriku yang terjamin. tidak boleh salah satunya hilang. yang pasti ketiga2nya saling memerlukan.


Aku juga perlu lebih berdisiplin dalam pengambilan ubat mengikut masa. Aku harus bersyukur kerana diberi pilihan yang terbaik memakan ubat hanya sekali sehari kerana ia memudahkan diriku menjalani ibadah puasa pada tahun2 seterusnya.


negara sudah 49 tahun bergelar malaysia, 56 tahun merdeka. itu dalam konteks kenegaraan tetapi dalam konteks aku pula, aku suda diisytiharkan sebagai PLHIV secara rasmi pada 25 NOVEMBER 2009, iaitu hampir 3 tahun lalu dan sebagai PLHIV aku memulakan pengambilan ubat HAART pada 11.September.2012, bermula pada tahun ini. dua tarikh bersejarah itu kekal dalam ingatanku sepanjang hayat.


Memasuki hari yang keenam, aku mula berasa semakin bertambah serasi dengan ubat2an yang aku makan. stocrin, dengar nama ubat ini mula2 aku jadi gerun sebab ramai yang cakap ubat ini memberikan side effect yang sangat kuat. memang ternyata benar kerana aku sendiri yang mengalaminya.


Sebagai seorang PLHIV, aku tidak boleh menjadi seorang yang tewas sebelum berjuang dan berpantang maut sebelum ajal. mengapa aku harus biarkan diriku dikuasai ketakutan yang melampau dengan ubat2an ini. tak kisahlah side effectnya mcm mana, aku masih tetap dapat bernafas, masih dapat melihat keindahan alam, masih dapat menghabiskan sisa2 kehidupanku bersama keluarga tercinta.


cuma kawalan diri sendiri itu amat penting. rakan2 positive worrior ada bersama2ku meneruskan perjuangan hidup walaupun keluargaku masih tidak tahu status diriku. itu sudah cukup buatku kerana kekuatan yang terpancar dari komuniti positive worrior banyak membantu diriku menghadapi onak dan duri sepanjang didiagnos sebagai PLHIV.


dunia hari ini menyaksikan kecanggihan sains dan teknologi dalam dunia perubatan. setiap masalah yang ada pasti ada jalan penyelesaian yang sesuai buat kita. jadi mengapa aku perlu takut sedangkan aku belum mencuba sepenuhnya.


pelbagai alternatif boleh dipilih dan itu adalah tugas doktor untuk memilih yang terbaik buat kita. aku belum tahu sejauh mana keserasian ubat stocrin an tenvir em yang telah kumakan kerana darahku perlu diambil dan dianalisis secara terperinci.itulah jawapan yang tepat kepada persoalan yang kuhadapi kini.


pada hari khamis ini aku bakal memulakan perjalanan yang panjang ke kota kinabalu. kerisauan ada juga sedikit kerana tubuhku masih dalam fasa permulaan menyesuaikan diri dengan ubat. namun, aku perlu mencuba. 


aku tahu bukannya mudah memandu sejauh itu dalam keadaan bentuk fizikal muka bumi sabah yang bergunung ganang ditambah lagi aku yang kekadang berasa pening dan hendak rebah( mungkin kesan ubat). aku perlu berhati2. jika aku rasa tanda2 itu datang aku harus berhenti dan berehat. jika dah ok baru aku teruskan pemanduan. itulah percaturan yang aku buat demi masa depan diriku kelak


bukannya tidak ada cara lain yang boleh membantu. aku ada keluarga yang menetap di kota kinabalu dan mereka boleh pada bila2 masa saja datang menjemputku sama ada di lapangan terbang ataupun di stesen bas. namun aku kira itu boleh menyusahkan mereka. lagipun tentu mereka tertanya2 mengapa aku yang kelihatan sihat asyik berulang alik ke hospital.


selain itu, aku juga perlu memikirkan faktor kos. aku boleh menaiki kapal terbang dan menyewa kereta namun kosnya sudah melepasi RM500. gajiku bukanlah puluhan ribu, aku bukannya kaya raya pun. aku tau ukur baju di badan sendiri. jika aku memandu, kosnya tidaklah sampai rm200 ulang alik sebab kenderaanku jenis yang jimat minyak dan aku sentiasa pastikan penyelenggaraannya terjaga.


paling simple, tukar minyak enjin dalam sebulan pernah 2 kali aku ke bengkel untuk menukarnya. sepupuku yang kebetulan bekerja di bengkel berhampiran berasa hairan sebab aku kerap menukar minyak enjin. faham juga dia aku selalu jalan jauh.


aku perlu rehat yang cukup sebelum memandu agar tidak berasa terlalu letih. mujurlah pada kali ini cuti 3 hari la pulak termasuk hari isnin kerana hari malaysia jatuh pada hari ahad. ada hikmah semua ini buat diriku. aku tahu allah sangat sayangkan hamba2nya dan itulah yang dpt kurasakan. biar tidak dapat kasih sayang manusia asal dapat kasih sayang allah. apa guna kasih sayang manusia jika merea semua tidak ikhlas dan hanya untuk kepentingan mereka sahaja. 

(hakikatnya aku memerlukan kasih sayang semua tapi biarlah ikhlas hu hu hu)


kebetulan juga aku dikehendaki menghadiri kursus berkaitan bidang kerjaku yang diadakan pada hari jumaat dan sabtu. bila aku merujuk tarikhnya, aku berasa lega kerana ia diadakan pada 28 dan 29hb ini iaitu selepas minggu aku temujanji dengan doktor untuk memantau fasa permulaanku dalam menjalani rawatan HAART. Alhamdulillah...













Sunday, 16 September 2012

HAART Azam hari kelima

Salam buat semua.


Alhamdulillah hari ini masuk hari yang kelima aku mengambil ubatan HAART. Rasanya pada hari kelima ini aku semakin yakin. Mengapa aku berperasaan sedemikian?


Pertama, rasa pening2 dan mual teruk yang kualami seperti di hari permulaan sudah agak kurang. Rasa pening masih ada tetapi ia tidak teruk sangat. Aku masih mampu berjalan walaupun di kegelapan malam ( suasana ketiadaan bekalan letrik akibat hujan lebat dan petir ). 

aku terjaga seawal pukul 12:00 tgh malam. ketika itu aku berasa sedikit pening2 namun ia tidak membuatkan aku berjalan terhuyung hayang ketika aku mencari2 tandas untuk membuang air kecil. kan aku banyak minum air kosong bersama ubat yang aku makan.


Kedua, keadaanku semasa mula2 makan ubat pada hari pertama, aku mengalami demam panas dan kini ia beransur pulih. juga sewaktu aku menerima laporan daripada doktor ketika temujanjiku baru2 ini berkenaan cd4ku yang terkini di hospital. 

aku langsung tidak sempat memberitahu doktor bahawa aku sedang demam panas kerana aku terkejut pabila doktor mula menyuruh aku makan ubat. aku seolah2 tergamam dan tidak percaya bila doktor sebut pasal ' makan ubat'. kerana aku tahu kesan HAART bukan kepalang.


Keseresaian ubat yang aku makan semakin aku rasai lantaran side effect yang pada mulanya teruk semakin berkurangan. Demam yang kualami hilang ( mungkin ada kaitan dengan kenaikan cd4 dan tidak mustahil VL aku menurun lantas serangan demam panas itu dapat dilawan dengan antibodi tubuhku yang terkini hasil tindak balas selepas memasuki hari yang kelima aku mengambil ubatan HAART ). CHEWAH....mcm la aku ni doktor plak....tp tak salah juga buat andaian yang positif mcm tu kan...yg pasti aku langsung tidak makan sebarang ubat seperti panadol atau ubat2 dari farmasi untuk demam yg menyerangku kali ini.








Saturday, 15 September 2012

HAART Azam Hari keempat

Segala puji bagi allah tuhan semesta alam...


Hari ini sama seperti hari2 sebelum ni aku meneruskan sesi pengambilan ubat HAART yang dibekalkan doktor kepadaku. Hari ini agak special sedikit. kenapa? sebab allah telah  membuka pintu hati salah seorang rakan positive worrior untuk mengajarkanku cara atasi beberapa kesan sampingan yang aku alami 3 hari yang lepas.


Malam tadi sebelum aku menelan ubat, aku telah amalkan apa yang diajarkan oleh Najmi. begitu juga dengan adab tidur yang diajar oleh beliau. jujur aku katakan bahawa aku sudah tahu apa yang disampaikan oleh najmi namun di saat aku menghadapi saat2 panik, cemas sebab pertama kali memulakan HAART aku akhirnya menjadi lupa kepada perkara2 asas tersebut.


aku ucapkan terima kasih kepadanya kerana melalui dia aku recall balik mende2 tu dan cuba amalkan. kesannya aku tidak mengalami mimpi yang ganjil2. begitu juga khayalan2 yang bukan2 yang sering kualami apabila aku di dalam keadaan tidur tidur ayam. semua itu hilang begitu sahaja.


di hari yang keempat ini, aku terjaga seawal pukul 2:00 pagi. Aku sudah tidak mengalami keadaan mual seperti sebelum ini. begitu juga rasa pening yang teramat sangat seperti hari permulaan. Biasalahkan kalau terjaga pukul2 mcm ni tak lain dan tak bukan mesti nak mencari tandas. aku tidak lagi berjalan dalam keadaan terhuyung hayang. sebaliknya aku rasakan diriku kembali cergas secergas  diriku sebelum aku makan ubat2 HAART ini.


Mungkin ubat yang aku makan telah serasi dengan fizikalku itulah sebabnya sejak kelmarin dan hari ini aku sudah tidak berapa mengalami masalah mual dan pening2 yang agak keterlaluan seperti kualami pada hari pertama dan kedua aku memulakan pengambilan ubat2 HAART. mudah2an kombinasi ubat yang diberikan oleh doktor ini adalah tepat dan sesuai. Inilah yang akan menjadi rutin harian dalam riwayat hidupku sebagai PLHIV.




memandangkan aku ingin meneruskan hari terakhir berpuasa sunat syawal, aku mula menghabiskan masa menaip dalam blog sambil menikmati buah2an dan minuman teh bercampur madu. menu2 itu cukup kujadikan sebagai sahur bagi puasa sunat syawalku yg hanya tinggal sehari untuk disempurnakan. Aku tidak mahu sambung tidur mcm hari2 sebelum ni bila saja aku bangun tengah malam mcm ni aku pasti kembali berbaring di tempat tidur. Namun pada hari ini pula sebaliknya. Aku ingin menghabiskan masa dengan makan buah2an dan minum banyak air sebelum mula berpuasa.


Aku teringat pesan sahabat baikku Christopher, peer support di hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu. Menurutnya, aku perlu minum air yang banyak agar ubat yang kumakan cepat sebati dalam darah dan juga kandungan toksik dari  ubat yang berlebihan dapat disingkirkan samaada melalui peluh dan air kencing.  Jadi tak kisahlah jika aku kerap ke tandas buang air kecil setiap jam kerana itu petanda yang agak baik di sudut kesihatan.


Di saat2 ini aku masih lagi dalam tempoh percubaan sehingga selesai tempoh yang diberikan untuk aku memulakan pengambilan ubat HAART selama 2 minggu. Selepas itu barulah aku dapat tahu adakah ubat yang telah dibekalkan kepadaku benar2 sesuai dengan fizikalku atau tidak. Aku hanya bertawakkal kepada  Allah.

Friday, 14 September 2012

HAART Azam hari ketiga

Dengan Nama Allah Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.



Kombinasi 2 ubat HAART seperti biasa aku telan diikuti dengan meminum air yang banyak sebelum aku terus lena dibuai mimpi.  aku sudah takut untuk berjaga semata2 mahu melihat kesan yang aku alami seperti yang kulakukan pada hari pertama. tidak membawa apa2 manfaat buat diriku sebaliknya ia menambahkan rasa ketakutan kepada diriku akibat perubahan yang luar biasa pada diri. jadi seeloknya aku terus masuk bilik dan tidur agar apabila kesan ubat itu sudah berjalan aku tidak menyedarinya.

Sebelum tidur, aku sempat menyapu di bahagian betisku dengan krim balsem berwarna kuning utk mengurangkan kesan kebas2. ada juga kusapu sedikit di bahagian dada sebab aku masih lagi mengalami sakit dada sedikit. entah apa punca sakit dada yang aku alami. X-ray yang diambil tidak menunjukkan apa2 simptom penyakit. Doktor sendiri yang mengesahkan paru2 aku sihat. tapi entahlah kenapa dada aku masih kekadang terasa sakit bila aku menarik nafas dalam2.

aku terjaga seawal pukul 1:30 pagi. tiada suda kesan loya seperti yang kualami 2 hari lepas cuma adala sedikit rasa pening dan ia tidak seteruk pening yang kurasai sebelum ini. aku menuju ke bilik air untuk kencing. aku berasa lega kerana aku tidak lagi berasa terhuyung hayang yang teramat sangat kali ini. 



selepas itu, aku baring kembali di tempat tidur dan cuba mengamati keadaan yang kualami. aku sudah tidak mencari2 kesan sampingan yang ada pada tubuhku atas nasihat rakan2 ia sebenarnya tidak baik untuk diriku. just let it go. hadapi dengan tenang. cuma yang aku ingat di saat aku terjaga kali ini aku telah mengalami mimpi yang susah untuk ditafsirkan.

mimpi tersebut bercampur2 pula. yang aku ingat, aku berada di dalam sebuah pesawat penerbangan ke satu destinasi dan pesawat itu sedang dirampas oleh penjenayah. Mimpi yang satu lagi, aku sedang berada di sebuah alam misteri di mana aku sedang dalam usaha untuk menyelamatkan sebuah kerajaan yang sedang mengalami masalah. masa depan kerajaan itu terletak di tanganku.....dot dot dot

cukuplah hanya sekadar mimpikan.. tapi seronok jugak mimpi pelik mcm itu daripada memikirkan perkara yang bukan2. 

alhamdulillah, pada hari ini aku mula rasa bertenaga seperti dulu. Rasa pening pun cuma ada sedikit saja berbanding dua hari sebelum ini dan lazimnya berlanjutan bila aku terbangun dari tidur dan ia terus menerus aku alami sehingga ke tempat kerja. rasa mual pun sudah hampir tiada.

Apapun aku tidak boleh terlalu berasa selesa sehingga selesai tempoh 2 minggu yang diberikan. Darahku akan diambil dan diuji sama ada ubat HAART yang aku makan sesuai atau tidak dengan tubuh badanku. aku juga tidak tahu apa akan berlaku selepas ini. apapun aku sentiasa berdoa semoga aku sentiasa kuat dengan ujian yang aku tempuh.

 

Thursday, 13 September 2012

HAART Azam hari kedua

Bismillahirahmanirahim...



entah kenapa bila aku mula menaip entry kali ini aku dihujani rasa sebak dan hampir menitiskan air mata. aku cuba kawal diri agar tidak terlalu dikuasai emosi. kebiasaannya aku tenang saja bila menulis sesuatu dalam blog ini tapi tidak pula pada kali ini.

hari kedua aku makan ubat HAART, kesan yang kurasai tidak jauh beza dengan yang aku ceritakan kelmarin. aku ingin saja berbaring rasanya sebab rasa mual nak muntah tu selalu saja datang. rasa pening2 tu sudah semakin kurang sebab selepas mkn ubat smlm aku terus terlena mungkin sebab kepenatan.

aku terjaga seawal pukul 12:30 pagi. kurasakan ketika itu rasa pening2 teramat2 sangat. aku rasa seperti menaiki bot yang dipukul ombak badai besar. aku cuba berjalan hidupkan suis lampu untuk melihat jika ada kesan2 lain terutama pada kulit. terus terang itulah yang amat aku bimbangi sebab andai berlaku kesan sampingan pada mana2 anggota tubuhku, sudah pasti orang lain tertanya2 kenapa ia jadi begitu.

Aku akan sentiasa memerhati andai ada sebarang tanda2 ruam pada tubuh badanku. ingin saja aku meluahkan rasa hati tapi pada siapa..banyak yang mahu aku ceritakan. kerap saja aku merasakan ajal aku sudah semakin dekat. namun aku belum bersedia lagi..lalu bagaimana untuk aku mengatur segala2nya andai ajal itu datang. aku tak punya siapa untuk membantu diriku terutama hal2 tentang pekerjaan dsb..

lalu hanya pada Allah sahaja tpt aku mengadu. ibubapaku masih tidak tahu lagi aku sedang memulakan HAART. mereka cuma tahu aku tak berapa sihat. namun bagaimana pula nanti andai tanda2 itu keluar? aku malas lagi nak fikir..nanti dah la aku ni pening2, bertambah pening lagi dek tak dapat mengawal minda sendiri. 


aku tidak tahu apa jawapan yang sesuai utk menepis persoalan2. yang ada difikiran aku cuma ingin jumpa doktor.. fuhhhhh... 500km lg beb... mana tahan oooo.... namun dalam hati aku berdoa yang baik2 saja buat diriku kerana aku yakin allah telah takdirkan ujian ini bersesuaian dengan tahap keimanan dan kemampuanku. itulah kata2 yang jadi pegangan aku agar aku tidak terlalu memikirkan kesan2 sampingan teruk HAART ( moga aku tak tergolong ke dalam kumpulan2 itu).

hari ini aku akan bekerja seperti biasa cuma aku akan berbaring saja nanti. akan kucari mana2 port tersembunyi yang strategik utk aku berbaring selepas aku menulis nama di buku kedatangan. lagipun sepanjang 3 hari ini tidak ada sesi yang melibatkan tugasku. ada hikmahnya pada tahun ini aku tidak tersenarai sebagai pengawas peperiksaan. jadi baki2 hari yang ada aku habiskan dengan rehat yang cukup.

sementara kawan2 sekerja yang lain aku dengar mereka sibuk mengatur jamuan sempena aidilfitri. tapi aku, aku meneruskan puasa sunat 6 hari di bulan syawal ini. hari ni masuk hari kelima aku melaksanakannya. kelmarin aku hampir lagi berpuasa tapi aku masih lagi bimbang tentang kesan sampingan HAART dan rasa keletihan yang masih belum reda setelah menempuh perjalanan 9 jam dari hospital.




Wednesday, 12 September 2012

HAART Azam hari Pertama



Dlm keadaan pening2 aku masih gagahkan diri lagi untuk menaip dlm blog. Inilah kesan pengambilan HAART yg aku sebutkan semalam. Nasib baiklah ubat HAART yang aku makan ni cuma ambil sekali je dalam sehari kalau dua kali, tak taulah mcm mana... apapun aku tabik kat kawan2 yang mampu ambil 2x HAART dalam sehari.

Mula2 lepas telan ubat kesan tu belum terasa sempat lagi yeyeyeye... tp dalam hati tertanya2 adakah aku ni kebal.

Sejam berlalu, akhirnya aku mula rasa seperti berada dalam buaian. badanku terasa panas plak. mungkin kesan demam panas yg aku alami ditambah lagi dengan ubat HAART yg baru je aku mkn. Aku asyik melihat2 adakah sebarang perubahan kat mana2 anggota badanku sebab aku pernah terbaca tentang kesan pengambilan stocrin yang menyebabkan timbul ruam2 pada kulit. setakat ni belum ada lagi, yang ada cuma rasa pening2 saja.

sepanjang malam aku seperti tidur2 ayam je. rasa mual yang membuatkan aku tak dapat tidur nyenyak. Air hampir 4 gelas besar habis kuminum mujur aku tak terkencing di tempat tidur sebab terlebih minum.

Kalau diikutkan sepatutnya aku boleh dapat cuti sebab sebelum ni ada kawan2 yang  mulakan HAART dibagi cuti oleh doktor hampir seminggu. Tapi kes aku ni tak tau mana silapnya. Mungkin doktor pun terlepas pandang agaknya. Aku pula mungkin sebab terlalu gementar tatkala dapat melihat ubat2 stocrin tu dimasukkan ke dalam pelastik dan diserahkan kepadaku, akhirnya aku menjadi lupa untuk memberitahu doktor perihal cuti.

Pagi tadi bagun je dari tidur, kesan ubat tu masih ada cuma tidaklah seteruk mcm semalam. rasa pening ada tapi aku masih boleh kawal. tapi memang agak terkejut juga dengan keadaan yang pertama kali aku alami. pergerakanku di tempat kerja agak terbatas memandangkan aku masih lagi rasa pening. Rasa mual nak muntah pun ada aku rasa. aku tak tahu apa pula kesan yang akan aku alami seterusnya..

Terima kasih kwn2 yang sudi berkongsi luahan rasa dan pengalaman terutamanya kepada abg Pie, Survivor AHP, Camelia Sulaiman, Ash Ruff, Fareez Fauzi, Najmi, tak terkecuali kesemua rakan positive worrior.. bak kata org2 tua, saya budak baru belajar... maaf andai gaya bahasa kali ini tunggang terbalik..mungkin kesan pengambilan stocrin.. hu hu hu.. sekejap lagi azam nak telan 2 jenis ubat tu dan terus tidur...... Azam minta maaf ye kalau ada salah dan silap.. hu hu hu mcm dah nak p da ni..... doakan Azam selalu...sayang kamu semua...





AA memulakan rawatan HAART

Kelmarin, aku telah mendapat laporan mengenai CD4 terkini daripada doktor. Ternyata apa yang aku jangka jadi kenyataan. CD4 aku jatuh ke paras 317 daripada 464. Doktor bertanya padaku 

" Sudah sedia untuk makan ubat?"

Tanpa berfikir panjang aku hanya mengiyakan sahaja sebab aku tahu itu adalah jalan yang terbaik daripada membiarkan diriku berada dalam keadaan yang lebih teruk lagi. Akhirnya, doktor memberitahuku dua jenis ubat yang akan diberikan kepadaku iaitu Stocrin dan Tenvir EM:




Kuantiti kedua2 ubat ini hanya cukup sekadar dua minggu sahaja memandangkan dua minggu akan datang aku perlu datang ke hospital untuk memastikan kedua2 ubat ini sesuai atau tidak dengan tubuh badanku.

Ada juga di kalangan rakan2 yang mengambil kedua2 jenis ubat ini mengalami keadaan kesan sampingan yang teruk. Ada juga yang tidak mengalami apa2 kesan. Setiap orang tidak sama. Aku berharap kombinasi kedua2 ubat ini sesuai buat diriku.

Buat permulaan aku hanya rasa pening2 dan pandanganku mula rasa seperti terhuyung-hayang. kesan tu mula aku rasai selepas sejam lebih aku menelan ubat2 tersebut. Masa yang sama aku juga alami perasaan loya. 

Moga2 kesan sampingan ubat ini hanya setakat itu sahaja dan ia tidaklah seteruk manapun. ketika menaip entry ini, aku masih dapat rasakan kesan yang aku sebutkan tadi tapi dah kurang berbanding semalam tu.  Rasanya aku masih lagi mampu mengawal stereng kereta apabila nak pergi ke tempat kerja sekejap lagi. 





MY RECENTLY POST

ANTARA CABARANKU SEBAGAI PLHIV

  Hidup sebagai seorang insan tidak sah jika tidak berhadapan dengan cabaran kehidupan. Jika ditanya satu persatu kepada semua orang pasti s...

MY POPULAR POST