Wednesday, 3 October 2012

Orang2 HIV, ke manakah dan di manakah mereka tika ajal menjemput

Alhamdulillah, aku bersyukur kepada allah kerana diberikan nikmat iman dan islam sehingga kini aku berada di bawah dua naungan entiti yang tidak dapat dipisahkan. umpama stocrin dan tenvir em yang aku makan sekarang la kan hu hu hu.... erm, apapun, dua ubat ini hanya asbab sahaja tetapi yang menjadi penentu kepada keberkesanannya semua bergantung pada ALLAH.


Rasa hati ini terpanggil untuk membuat satu entry khusus bagi golongan PLHIV yang menghadapi konflik penerimaan masyarakat yang masih lagi dikelabui stigma dan diskrimnasi. Aku menganggap isu ini sangat serius kerana ia melibatkan isu agama dan kepercayaan juga terheret sama.


Jika kita tanya, siapa golongan plhiv ini, rata2 mereka ini adalah golongan melayu dan beragama islam. Maknanya, mereka itu adalah saudara-saudara kita sebangsa dan seiman di dunia manakala di akhirat kita adalah sekelompok besar keluarga yang dikira susurgalurnya bermula daripada nabi adam sehingga ke generasi yang terakhir. 


Mengapa aku mengambil kira ia sebagai perhitungan yang penting? Kerana Allah akan menyoalsiasat golongan kelompok besar inilah an pada masa itu sudah tidak ada lagi istilah kau ada hiv aku takda.


Menyingkap peristiwa yang pernah terjadi di salah sebuah negeri di semenajnung malaysia, ini lantaran usaha seorang hamba allah yang begitu prihatin mengenai kewajipan dan hak sesama saudara seagama lantaran sebuah keluarga yang mempunyai seorang adik yang dijangkiti HIV dan dalam keadaan yang kritikal. 


Kisahnya begini, adik ni menghilangkan diri dari pangkuan keluarga tanpa diketahui apa puncanya. Lalu, beberapa minggu kemudian, pihak hospital menghubungi ahli keluarganya mengatakan bahawa adik tersebut telah terlantar tenat di hospital dan pihak hospital sendiri menyuruh ahli keluarga adik terbabit mengambilnya dari sana.



Kakak kepada adik tersebut mengambilnya pulang ke rumah. Dengan fikiran yang buntu, dia tidak tahu bagaimana cara untuk mengurus dan menjaga adiknya dengan baik sehinggalah ada pihak yang mencadangkan agar dia menghantar adiknya ke sebuah gereja.


Menurut kakak, mereka takda pilihan lain selain menghantar adik mereka ke sana kerana di Selangor tidak ada tempat yang dibuat oleh orang Islam. Ketika di gereja itu , mereka menjaga adik dengan baik. Mereka suapkan dia makan, jaga ubatnya, mandikan dia, sapu ubat pada badannya, Alhamdulillah banyak peningkatan dia. Dari diusung, sekarang dia sudah boleh berjalan seperti biasa.


Itu adalah antara kisah yang berlaku di balik tabir kehidupan golongan plhiv yang memerlukan pembelaan namun mereka menjadi mangsa akibat kurangnya ilmu dan kesedaran di kalangan ahli keluarga dan masyarakat mengenai peluang2 rawatan dan penjagaan yang sewajarnya kepada mereka yang menjadi mangsa.


Menyusuri kisah tersebut, hamba allah tersebut bersama beberapa orang rakan2nya telah mengambil inisiatif datang melaawat ke gereja terbabit. setelah mengadakan perbincangan bersama rakan2nya mereka akhirnya bertolak ke lokasi yang dituju.


Setibanya di sana, mereka disambut oleh Razak, antara penghuni Melayu yang telah lama tinggal di situ masuk saja ke dalam gereja tersebut, bau kuat ubat terus menusuk hidung, ia seolah-olah sebuah ‘mini hospital’

P7120288

Di belakangnya telah menunggu tidak kurang daripada 20 orang anak-anak Melayu,kesemuanya pembawa virus  HIV melihat saja kelibat mereka, hamba allah dan rakan2nya hampir menitiskan airmata, kesemuanya yang berkain pelikat menyambut mereka dengan wajah yang sedih dan sayu ada yang bertongkat, ada yang berkerusi roda, ada yang sedang demam dan ada yang baru keluar dari wad.

P7120267


Hampir sejam mereka mendengar keluhan hati mereka, mendengar kisah bagaimana mereka dihina, disisih, didiskriminasi dan berbagai lagi

P7120246

Pun begitu, mereka bersyukur kerana sekurang-kurangnya gereja tersebut sudi ‘mengutip’ mereka daripada terus menjadi sampah dalam masyarakat. Selepas itu, berkesempatan bertemu dengan salah seorang paderi di situ, beliau ternyata cukup profesional dan melayan dengan tanpa rasa curiga

Sebagai orang Islam sebenarnya perasaan yang sangat tepat yang ada dalam diri pada ketika itu ialah sangat malu ketika berada di gereja berkenaan bayangkan, walaupun saudara-saudara kita itu bukan dari agama mereka, tetapi saudara-saudara kita itu dilayan bak menatang minyak yang penuh

petugas gereja sedang meniapkan ubat untuk para penghuni gereja



P7120296


Petugas gereja sedang menyiapkan ubat untuk para penghuni gereja. saudara2 kita itu dimandikan, diberi ubat, diberi makan sehingga ke peringkat dipakaikan lampin oleh petugas gereja tersebut.


Tertanya pada diri sendiri, kenapakah kita tidak boleh jadi seperti mereka sedangkan agama kita juga adalah yang terbaik, kita ada al-Quran sebagai panduan, semuanya cukup lengkap tetapi sayang ia tidak diterjemahkan dengan baik oleh para pengikutnya


Selepas kira-kira sejam di gereja tersebut, hamba allah bersama rakan2 berjaya membawa keluar seorang lagi anak Melayu daripada gereja berkenaan, Alhamdulillah, paderi tersebut melepaskannya dengan rela hati

P7120270


Hamba allah dan rakan2 keluar dari gereja itu dengan perasaan yang berbelah bagi…kalau nak dikeluarkan semua anak Melayu di gereja itu, ke mana hendak di bawa mereka ini? Kalau nak biarkan pulak, takut akidah mereka akan terpesong


Ustaz Amin (no 2 dari kiri)


(Kredit kpd Ustaz Amin dan rakan-rakan..moga entry ini memberi kesedaran kepada kita semua bahawa janganlah kerana hiv, maka tanggungjawab kita sesama islam terhakis.kita lihat saja mereka yang bukan beragama islam, dapat menerima dan menjaga golongan plhiv ini ddengan baik walaupun jika difikir dengan logik akal memang tidak patut mereka dibebankan dengan tanggungjawab yang sepatutnya kita boleh lakukan...)

Sunday, 30 September 2012

HIV; Efek stigma dan prejudis,ke manakah aku mengadu?

Hari ini adalah hari yang teramat menceriakan dalam hidupku kerana baru2 ini pembentangan bajet yang dibuat oleh Perdana Menteri telah membawakan khabar gembira khususnya bagi diriku. Sebelum ini sudah banyak kos aku belanjakan dalam menampung perjalananku berulang alik ke kota kinabalu. Mujurlah pakai zzzzzzzzzzuuuppp aja kan huhuhuhuhu hujung bulan bayar je kat mesin.


Tambahan pula aku dan beberapa orang rakan sejawat bakal menikmati durian runtuh ekoran kenaikan pangkat secara timebased. Alhamdulillah. kukira itu sebagai satu petanda bahawa rahmat dan kasih sayang allah amat melimpah ruah. Allah maha kaya. aku bersyukur padaNYA.


namun di sebalik keriangan yang kutunjukkan masih terdapat satu lagi kebimbangan yang melanda diriku sejak mula2 aku didiagnose sebagai PLHIV dulu iaitu bagaimana penerimaan keluarga, rakan2 sejawat dan masyarakat bila mereka tahu aku adalah pembawa HIV.


Suka utk aku beritahu di sini, aku telah mendapat rawatan doktor secara teratur dan sistematik. Bukanlah bermaksud tahap kesihatanku aku sudah pernah sampai ke tahap teruk kesan HIV tetapi aku sentiasa dipantau oleh pihak hospital dan secara terancang diberi temujanji untuk mendapatkan feedback mengenai keadaanku yang telah memulakan rawatan.


Aku kira itu adalah sebagai satu bonus bagi diriku kerana jika dibandingkan dengan mereka di luar sana yang mendakwa diri mereka sihat tetapi tidak pernah sekalipun membuat pemeriksaan kesihatan. Adalah tidak mustahil jika si anu bin si anu yang kita dengar aktif bersukan tiba2 rebah di gelanggang badminton dan terus dikejarkan ke hospital serta merta. Lantas ajal telah menemuinya tanpa sempat mendapat sentuhan tangan2 jururawat dan doktor yang bertugas di hospital.


Aspek kesihatan aku sudah tidak perlu risau sebab ubat HAART yang aku makan ini aku rasa sesuai dengan diriku. Malah aku rasa lebih bertenaga dan berkeyakinan diri jika dibandingkan sebelum aku makan ubat HAART ini. aku lihat ada perubahan luar biasa yang positif yang menjadikan diriku begitu berbeza jika dibandingkan dengan sebelum makan ubat HAART.


Jauh di sudut hati, aku masih lagi cuma mengumpulkan kekuatan untuk cuba menghadapi apa jua kemungkinan yang akan berlaku seandainya secara di luar kawalanku status diriku ini diketahui pihak2 tertentu. Tanpa sokongan sesiapa, inilah yang akan jadi tempat aku mengadu iaitu :


1)Rakan2 positive worrior

Aku tersenarai antara mereka yang terawal menjadi perintis kepada kewujudan komuniti positive worrior yang ada sekarang. sungguhpun aku jauh di sabah, namun aku sentiasa berasa dekat dengan rakan2 yang lain. 


Banyak sudah aku kemukakan persoalan, berulang kali suda aku mengadu di saat aku mula2 mengalami semangat yang sgt2 "down" dulu. kini aku akan terus mendokong perjuangan positive worriors dengan sedaya upaya yang ada padaku dengan cara yang sewajarnya.


Aku sedar kewujudan komuniti ini adalah hasil usaha dan idea abg Pie yang mempunyai blog sendiri. aku akui blognya antara blog yang terbaik dan sering kujadikan panduan.


2) Rakan senasib sesama blog

Setakat ini, aku aktif berblog dan salah seorang rakan blog rapatku ialah Najmi. Dia antara insan yang menjadi tulang belakang kepada keteguhan diriku sehingga kini bermula dari saat Stocrin dan tenvir em masuk ke dalam tubuhku sehingga sekarang. Dia banyak memberikan panduan kepadaku cara menghadapi efek2 awal akibat ubat HAART.

Aku berharap Persahabatan aku dengan lelaki misteri bernama Najmi hu hu hu hu tidak akan terputus kerana aku sangat memerlukan insan2 yang kuat,  tabah  dan berpengalaman seperti dia. aku ni baru setahun jagung, bak kata orang, masih lagi belum kenal erti dunia sebenar. masih belajar lagi erti realiti dalam kehidupan.


Juga tidak dpat kulupakan Abg pie yang menghubungiku ketika mula2 aku menelan ubatan HAART. Aku sangat hargai keikhlasan dan kemurnian hatinya hinggakan dia tergerak untuk menelefon dan memberitahuku apa yang patut kulakukan berkenaan HAART.


3) Rakan yang menyayangiku

Setiap insan ada naluri untuk disayangi dan menyayangi. bagi aku, ramai yang menyayangiku terutama rakan2 positive worrior seperti abg pie, luka, fareez fauzi, survivor ahp, camelia . mereka ni bagiku adalah  tunggak utama yang menjadikan aku tidak keseorangan apabila aku online kerana mereka jenis yang rajin membalas setiap msg yang kuajukan dalam group AHP. Malah adakalanya mereka yang bertanyakan padaku tentang keadaan diriku.. Alhamdulillah, masih ada insan2 yang memahami dan terus memahami.


4) Rakan Peer support yang amat supportive di QEH


Setakat ini, aku mempunyai seorang sahabat baik yang juga senasib dan sama2 mendapatkan rawatan di hospital yang sama. dia juga bergiat dalam program2 berkaitan HIV dan AIDS di Sabah. org yg kumaksudkan ialah christopher. 


walaupun berbeza agama dan etnik denganku namun dia tidak pernah meletakkan sempadan antara aku dengan dia. ini dapat kulihat dari kesungguhannya dalam membantuku dari segi idea dan sokongan moral.



5) Allah S.W.T


Itulah raja segala raja, kuasa segala kuasa. Aku sentiasa berdoa agar Aku mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Solat menjadi rutin harianku diertai dengan bacaan ayat2 suci sedikit mengikut yang kumampu. 

Tuesday, 25 September 2012

Perlukah berterus terang dalam pengakuan borang pemeriksaan kesihatan?

24 September 2012, Temujanjiku yang pertama selepas makan ubat HAART. Kali ini aku datang agak lewat sikit dari kebiasaanya iaitu pukul 9:30pg. kulihat sudah ramai orang yang datang menunggu giliran di ID clinic hospital ini. Giliranku yang kelima belas rupanya jadi aku hanya perlu tunggu sehingga namaku dipanggil. Sempat juga staf jururawat mengarahkan untuk aku menimbang berat badan. Berat badanku pada masa ini adalah 71kg.


Sepanjang menunggu giliran, aku hanya tertumpu pada kaca tv yang menayangkan cerita tv 3. Ada beberapa orang pesakit yang tiba lebih awal dariku turut sama menonton tv bersamaku. ketika itu aku telah bersiap sedia dengan persoalan2 yang aku catat dalam buku catatan kecil. 


Di samping itu, aku juga ingin kemukakan beberapa dokumen berkaitan pemeriksaan kesihatan bagi kakitangan kerajaan dalam skim SBPA dan surat rasmi berkenaan maklumat yang dicatat dalam surat kematian berhubung kes-kes kematian pesakit HIV/AIDS ( Jauh bebenor fikiran melayang kali ini).


Aku cuba menghubungi christoper, rakan baikku tetapi dia ada komitmen lain dan akan tiba ke hospital pukul 10:30. Dia juga yang menyuruhku membawa dokumen2 itu untuk dipanjangkan kepada pihak doktor. siapa tahu ia menampakkan sesuatu yang menggembirakan buat diriku dan orang lain kan. cuma sekarang aku masih dibelenggu persoalan berkenaan kewajaran seseorang menyatakan status penyakit HIV yang dihidapi dalam borang pemeriksaan kesihatan SBPA.


Aku terfikir sudah tentu ia membawa implikasi negatif di kalangan penjawat awam kerana status sebenar yang diketahui boleh jadi menyebarluaskan perasaan stigma dan prejudis yang begitu hebat sehingga menjejaskan diri penjawat awam terbabit. Bukan aku saja yang mengalami masalah ini ramai lagi di luar sana cuma kali ini aku perlu berani bercakap secara berdepan dengan doktor kerana aku ingin tahu adakah mereka boleh bertolak ansur jika aku tidak memberitahu status sebenarku dalam borang pemeriksaan kesihatan.


Belum sempat giliranku dipanggil oleh jururawat utk berjumpa doktor, christoper rakan baikku memanggilku. Rupanya dia baru saja tiba. Aku terus menunjukkan kepadanya borang pemeriksaan kesihatan yang pernah kuberitahu padanya. Lalu dia menyuruhku menunggu seketika sementara dia bertanya kepada Doktor Lee, salah seorang pakar  yang sudah lama berkhidmat kat id klinik ni. 


Tidak lama kemudian, dengan tidak semena2, Doktor Lee memanggilku masuk ke dalam bilik salah seorang doktor yang kebetulan sedang menanti kedatangan pesakit yang akan dikonsultasinya. Melihat respon doktor Lee yang agak baik membuatkan aku ringan mulut utk berbicara mengenai isi kandungan borang pemeriksaan kesihatan yang kutunjukkan kepadanya sambil menyatakan kerisauanku kerana di dalam borang tersebut ada ruangan yang aku sendiri perlu kemukakan pengakuan mengenai penyakit yang pernah dan sedang kuhidapi.


Aku hanya ingin kepastian, adakah boleh jika aku meletakkan tidak sahaja dalam ruangan HIV itu? Respon doktor tersebut tidak seperti yang kujangka. Menurutnya, sebagai kakitangan kerajaan, kita tidak boleh berselindung dalam memberi apa2 kenyataan dalam mana2 borang jika dikehendaki berbuat demikian. Dia sempat memberikan contoh bagaimana borang pengisytiharan harta perlu diisi secara telus. Katanya, aku tidak boleh pura2 menafikan kerana jika pihak kerajaan tahu statusku suatu hari nanti, ia akan menimbulkan masalah besar kepadaku. Jadi menurutnya, lebih baik aku mengatakan ia sahaja.

( Gitewwwww... nak katakan poyo nanti susah pula. Elok diam-diam saja. Diam bukan bermakna setuju. Terlalu ikut buku sangat. Bagi aku lah. )


Persoalan demi persoalan aku ajukan berkenaan jaminan yang aku peroleh jika aku berterus terang mengenai statusku dalam borang pemeriksaan kesihatan tersebut. Doktor tersebut dengan selambanya berkata, kamu tidak akan dipecat begitu sahaja kerana kamu sudah agak lama berkhidmat dalam kerajaan cuma dalam kes2 tertentu kamu akan kehilangan peluang utk menikmati kenaikan pangkat dan senioriti kamu akan dipengaruhi oleh status HIV kamu.

( Pulak dah... kalau tau macam ni bagus tak payah tanya kan.. Tapi bagus juga sebab sekurang-kurangnya tahu implikasi. Then, bertindak ikut kewajaran demi sebuah masa depan)


Itulah jawapan yang hampir menjadikan semangatku jatuh sekali lagi. Namun, ketika itu aku tidak berseorangan kerana aku sering meminta pendapat daripada rakan2 lain yang mengalami nasib yang sama seperti. Malah ada di antara tindakan mereka yang merahsiakan status ( menyatakan tidak ada hiv) disokong oleh doktor yang merawat mereka. 

Lain doktor memang lain la caranya. Kena dengan doktor yang terlalu "follow the rules" dan "Always refer to the book" @ "skema tak bertempat", bagi aku amat membosankan. Ini cuma pandangan peribadi aku saja, bukan niat untuk menjatuhkan reputasi mana-mana individu ya. So please take note! 

Peraturan tetap peraturan namun alangkah cantik jika perikemanusiaan lebih membatasi segala-galanya. Even kat negara Palestin pun semua orang tau tentang erti pencabulan hak asasi manusia namun seolah-olah tak pernah diambil peduli tentang hak dan kedaulatan yang kononnya diperjuangkan oleh seantero dunia. Di mana perginya "rules"? Di mana perginya "regulations" dan yang sewaktu dengannya?. Jawapannya simple je, manusia dah semakin kurang menghayati erti perikemanusiaan.


Bagiku, walaupun aku ada hiv, tetapi aku mendapatkan rawatan di hospital dan aku diakui sihat oleh doktor yang memantau perkembanganku walaupun baru beberapa hari memulai ubat HAART. Aku tidak ada penyakit jantung, darah tinggi, hepatitis, TB dsb...cuma ada virus HIV yg menumpang di dalam tubuh badanku yang kini dilemahkan oleh ubat-ubatan HAART yang kumakan ssecara berdisiplin di bawah pemantauan doktor.


Jadi, mengapa insan seperti aku perlu berdepan dengan risiko terjejasnya senioriti dsb kesan HIV yang kini suda terkawal kesan rawatan yang kuterima? Aku bukannya seorang yang memerlukan bantuan dan pertolongan orang lain utk membuat kerja kerja harian lantaran HIV ini. 

Jika dibandingkan dengan orang2 yang ada penyakit kritikal lain atau penyakit yang lebih mudah berjangkit, aku lebih berdikari malah mampu membantu semua orang dalam perkhidmatanku. Malah ada di kalangan kenalanku yang ada penyakit kritikal namun masih selesa di posisinya tanpa terjejas peluang perkhidmatannya.

Inilah isu-isu yang dihadapi oleh PLHIV. Nak kata ada unsur double standard rasanya keterlaluan pula. Yang nyata, diskriminasi, judgemental masih lagi ada di mana-mana even di kalangan para pengamal perubatan yang sudah punya pengalaman luas. Keadaan ini menjadi salah satu punca mengapa segelintir mereka yang PLHIV tidak mahu tampil untuk menerima rawatan.  


Rasanya semua doktor sudah tahu apa itu stigma, apa itu prejudis tetapi ada juga sebahagian daripada mereka yang sengaja meletakkan golongan yang memerlukan bantuan mereka berada dalam risiko stigma dan prejudis. Doktor yang diharap dapat memberi sokongan namun apa yang kukongsi dalam entri kali ini sesuatu yang agak sukar  untuk diperkatakan lagi.


Aku seolah2 putus harapan. Pendapat doktor Lee dalam isu ini ibarat "makan dalam" bagiku. Apalah dosanya penghidap2 HIV hinggakan mereka beerada dalam situasi yang boleh mengorbankan khidmat bakti yang mereka taburkan sekian lama tanpa berbelah bahagi.


Aku mula faham bagaimana karakter doktor Lee yang pada mulanya kusangka boleh bertoleransi dalam hal pengakuan tentang status HIV dalam borang pemeriksaan kesihatan.  Aku mula terfikir kalau semua doktor di Malaysia sama macam pendapat doktor Lee, aku percaya tentu ramai orang yang enggan malah terus mengelak untuk berurusan dengannya kecuali dah tiada pilihan lain. 


Malas memikirkan hal tersebut, aku kembali menumpukan pada konsultasiku bersama doktor Shalini. Ternyata dia seorang doktor yang peramah dan baik hati. Aku berasa senang sepanjang berjumpa dengannya malah semua persoalan yang telah kutulis awal2 di kertas catatanku kesemua dijawab dengan memuaskan hati. Katanya, aku perlu elakkan makan spirulina kerana ia boleh mengakibatkan masalah hati. Ramai pesakit yang datang kepadanya dalam keadaan organ hati mengalami kerosakan akibat mengamalkan memakan spirulina. 


Terdapat beberapa supplemen yang dia cadangkan bagus untuk aku yang sedang mengambil ubat HAART. Antaranya ialah minyak ikan. Katanya ia bagus untuk mengurangkan kadar kolesterol dalam darah. Kebetulan kadar kolesterolku naik sedikit bacaannya dan difahamkan ia adalah kesan ubat HAART yang kumakan seminggu lepas. Aku disarankan mengamalkan senaman agar lebih sihat. Kurangkan makan makanan yang berminyak dan berlemak agar kadar kolesterolku tidak naik.


Masa makan ubat kuubah. Pada mulanya dicadangkan aku memakannya pukul 9 malam namun disebabkan pada sebelah malam aku perlu menyiapkan beberapa kerja berkaitan bidang tugasku maka aku menukar masa ke pukul 10 malam. Pernah juga aku makan lewat 3o minit. Doktor shalini menasihatkan agar aku jaga waktu makan ubat dan jangan sampai terlupa. Kesannya ia menyebabkan ubat tidak berkesan terhadap virus dalam tubuhku kerana daya rintangannya semakin meningkat.


Seterusnya, dia menuliskan preskripsi ubatan yang akan kuambil dibilik farmasi id klinik. aku mengakhiri perjumpaan dengan doktor dengan ucapan terima kasih sebelum beredar ke bilik farmasi yang berdekatan dengan bilik doktor. sampai saja di sana, kelihatan Mr wong menyambutku. Aku menyerahkan kertas preskripsi kepadanya lantas dia mengambil 2 kotak ubat iaitu stocrin dan tenvir em dan terus menyerahkan kepadaku diikuti dengan sedikit penerangan berkaitan dengan cara pengambilan ubat tersebut

 


Monday, 24 September 2012

Temujanji doktor kali pertama lepas HAART

Hari ini adalah antara hari2 bersejarah dalam hidupku kerana inilah yang akan menentukan samaada ubat2an HAART yang diberikan kepadaku seminggu lepas adalah sesuai dengan fizikalku atau tidak. Aku akan berjumpa doktor pada hari ini untuk mengetahui keadaan fizikalku setelah darahku diambil pada 21 September iaitu hari Jumaat lalu.


cuaca hari ini agak mendung dan hujan. aku perlu berhari2 agar tidak menghadapi tanda2 demam dan selsema. alhamdulillah sepanjang aku berada di kota kinabalu, aku tidak mengalami keadaan seperti di permulaan Haart kuambil walaupun ada sedikit kesan2 itu kurasai namun ia dapat aku gagahi seperti biasa. tak boleh layan sangat juga kena lawan.


menceritakan detik2 pemanduanku pada hari khamis lalu, semenangnya ia adalah saat2 genting kerana semua sedia maklum keadaanku yang masih lagi baru mengambil ubat HAARt. wujud juga kebimbangan dalam diriku mengenai keselesaanku dan keselematankan dalam pemanduan namun aku hanya bertawakkal kepada allah kerana hanya dia tempat aku bergantung harap.

sekadar ilustrasi : kejadian kemalangan jalanraya yang berlaku di sabah melibatkan bas ekspress.


alhmdulillah aku dapat memandu dengan baik walaupun ada beberapa kali aku terpancit kerana terlalu letih dan mengantuk. namun aku hmpir lagi menemui ajal kerana di satu selekoh menaiki bukit di kawasan antara ranau dan kundasang ada sebuah lori treler yang bergerak perlahan. oleh kerana hari dah gelap pukul 9 malam, dan tiada kelihatan samar2 cahaya kereta yang bergerak dari arah bertentangan, aku terus memotong trailer itu. 


namun entah kenapa terlalu pantas masa berlalu tiba2 sebuah kenderaan pacuan empat roda kelihatan bergerak dengan lajunya mengikut arah yang bertentangan. aku menjadi panik. adalam keadaan itu, hanya satu je boleh jadi berlaku iaitu perlanggaran antara aku dengan kenderaan pacuan emat roda itu disebabkan kesilapan aku sendiri yang memotong lori trailer yang sedang bergerak lambat mendaki bukit.

di saat2 genting itu, aku cuba menekan brek namun aku tertekan pedal minyak lalu keretaku tergerak laju sikit.lantas aku terus lepaskan mana2 pedal dan keretaku terhenti. mujur kenderaan pacuan mepat roda itu berhenti dan memberikan isyarat agar aku kembali ikut laluanku yang asal. syukurlah tidak berlaku apa2 perlanggaran dan kemalangan.


 aku sempat tidur dalam kereta tu sebanyak 3 kali. last di kawasan yang sudah beerhampiran dengan tamparuli aku tertidur kerana terlalu letih. kulihat jam pukul 9:30mlm, hmpir2 suda masa utk aku makan ubat HAART. masa perjalanan pula memerlukan dalam lingkungan 40 minit saja lagi. 


aku cuma takut terlajak sampai ke pukul 12 malam dan sudah tentu aku terpaksa makan ubat haart sambil memandu dan keadaan itu terlalu berbahaya. namun, kuasa allah siapa yang tahu. aku sampai di kediamanku di kota kinabalu pukul 10:30 malam dan selepas makan ubat HAART, aku terus tidur merehatkan diri. solat maghrib dan isyak terpaksa kutunaikan pukul 4 pagi selepas aku terjaga dari tidur.

Thursday, 20 September 2012

HAART Azam hari kesembilan

perhatian; gambar sekadar ilustrasi sahaja.


Alhamdulillah, nampaknya aku rasakan tahap kesihantku semakin bertambah baik selepas seminggu aku mengambil ubat HAART. aku rasa semakin bertenaga berbanding sebelum ni. aku juga tidak mudah dijangkiti selsema dan demam walaupun aku terkena tempias hujan sepanjang hari kelmarin cuaca yang hujan saja sepanjang hari.


aku juga dapat rasakan kulit2ku semakin tegang hahahahahahaha... rasa yakin diri semakin aku rasai berbanding sebelum ini di mana aku masih percaya bahawa supplement2 tambahan mampu menjadikan aku lebih sihat. tetapi kali ini, aku mengatakan ubat HAART yg doktor bagi tu memang menakjubkan. aku raa diriku makin 'ganteng' hahahahahahahaha.... perasan padahal sedar2 la diri tu siapa oiiii... kau tu cuma hamba, yg kat atas sana tu sentiasa memerhati jadi jgn nak ckp2 besau ye....


aku hentikan sementara pengambilan supplemen yang aku biasa ambil sebelum ini. bukannya apa, aku cuma risau bahan2 supplemen itu boleh menjejaskan fungsi ubat HAART yg aku makan. aku akan bertanya pada doktor pada sesi perjumpaan isnin depan berkenaan supplemen2 yg boleh dan tidak boleh aku ambil bersama2 dengan ubat HAART yg aku makan nanti.


itu cuma apa yang aku rasa dan bukannya hasil dari laporan doktor yang akan melihat hasil pemeriksaan darahku yang akan diambil pada hari jumaat 21hb september ni. aku tak boleh terlalu rasa diriku sudah berada dalam zon yang selesa. 


namun, itulah caranya agar aku berfikiran positif agar aku tidak berasa susah hati mcm sebelum ni. untuk lebih melicinkan sesi temujanji dengan doktor nanti, aku akan cuba mengimbas semua yang berkaitan dengan kesan2 yg aku alami sepanjang mengambil ubat. aku juga akan ajukan persoalan2 yang boleh aku jadikan panduan. untuk itu, aku akan buat catatan ringkas dalam buku kecil ttg soalan2 yang akan aku kemukakan nanti. biasanya, sebelum jumpa doktor, banyak tu soalan nak ditanya tapi bila dah kena panggil dan berdepan dengan doktor, ada la tu yg dilupa.. 



Wednesday, 19 September 2012

HAART Azam hari kelapan


syukur yang tidak terhingga ke hadrat ilahi kerana masih memberiku peluang untuk meneruskan perjuanganku dalam hidup. 

Hari ini masuk hari kelapan aku mengambil dua jenis ubat HAART iaitu Efavirenz ( Stocrin) dan Tenofovir Em. Kombinasi dua ubat yang dipilih oleh doktor yang memantau perkembangan cd4ku seminggu yang lepas. semalam seperti biasa aku menelan ubat2an tersebut pukul 10 mlm sebelum tidur.


pada mulanya, masa yang dicadangkan pukul 9 malam tetapi aku mengubahnya memandangkan ia terlalu awal bagiku. jika aku memilih 9 malam banyaklah kerja yang aku tidak dapat sempurnakan untuk pekerjaanku keesokan harinya.


justeru aku telah memilih untuk makan ubat pukul 10 malam. setakat ini, aku rasa semakin sihat dan tidak mudah mendapat selsema dan demam. jika sebelum ini, aku kerap bersin dan selsema. tetapi semenjak aku ambil ubat HAART, aku dapati keadaan2 tersebut suda tidak aku alami. aku rasakan diriku sihat sesihat2nya. syukur pada ilahi yang memberikanku nikmat sihat. sebelum ini aku selalu saja alami masalah selsema dan demam.


selera makanku juga makin bertambah namun aku juga amalkan senaman ringkas setiap hari agar berat badan dapat kukawal. aku juga selalu menggunakan alat tekanan darah untuk aku ketahui sendiri tekanan darahku. jika sebelum ini, kadar bacaannya rendah tetapi kali ini naik sedikit tapi ia tidaklah sampai ke paras bahaya. masih di paras normal lagi.


esok adalah hari aku menempuh kembali perjalanan yang panjang ke kota kinabalu. aku akan memulakan pemanduan selepas sesi bekerja. kebetulan pada hari esok aku telah dilantik sebagai fasilitator program yang diadakan di luar jadi aku rasa aku boleh quit awal sebab ada 4 orang termasuk aku yang bersama2 menggalas tanggungjawab yang diamanahkan. aku sudah maklumkan pihak urusetia bahawa aku terpaksa keluar seawalnya untuk memulakan perjalanan yang jauh.


blog ini mungkin akan senyap seketika selama aku berada di kota kinabalu dan ia akan kembali dengan entry terbaru sekembalinya aku dari sana. doakan agar aku selamat pergi dan balik. doakan agar tahap kesihatanku terbaik dan kombinasi ubat yang diberi tidak menjejaskan tubuh badanku serta dapat bertindak dengan berkesan mengawal virus yang ada dalam tubuhku.

Tuesday, 18 September 2012

HAART Azam hari ketujuh


Selamat Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke 79 tahun yang disambut pada 16 September 2012.

Semoga semua warga ATM dalam tiga cabang perkhidmatan  Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut DiRaja Malaysia dan Tentera Udara DiRaja Malaysia sentiasa berada dalam keadaan sejahtera sentosa untuk berbakti dan mempertahankan negara. Jasa dan pengorbanan anda tiada galang gantinya.




Jasa dan pengorbanan tentera sangat mulia kerana dengan adanya mereka kedaulatan negara dapat dipertahankan daripada sebarang ancaman yang boleh membahayakan keselamatan. Dalam konteks diriku, tentera yang ada dalam tubuh badanku adalah CD4 yang menjadi perkiraan dan penentuan sama ada aku perlu memulakan pengambilan ubat2an HAART atau sebaliknya. jumlah CD4 ku yg terkini pada 11 September adalah 317, sudah berkurangan rupanya. oleh itu, aku perlu patuh pada arahan doktor untuk memulakan pengambilan ubat HAART.

 
Hari demi hari berlalu. sudah masuk seminggu lamanya aku hidup sebagai PLHIV yang bergelumang dengan ubat-ubatan HAART. aku tidak menyangka bahawa dalam hidupku akhirnya aku terpaksa hidup bergantung dengan ubat-ubatan. tanpanya, sudah pasti aku mengalami masalah kesihatan akibat kuman2 HIV yang menumpang di dalam darahku.


Setelah bercuti kelmarin hari ini aku kembali bertugas seperti biasa. aku bersyukur kerana setakat ini aku belum pernah minta cuti hanya kerana kesan sampingan ubat HAART yang aku mula ambil pada 11 September lepas. Aku masih mampu datang ke tempat kerja sekalipun mengalami sedikit rasa pening dan mual pada dua hari pertama aku makan ubat.


Aku juga bersyukur kerana kelmarin iaitu hari isnin dikira sebagai cuti umum kerana sambutan hari malaysia jatuh pada hari ahad. bertambahlah sehari jumlah cutiku. 3 hari aku habiskan masa merehatkan diri di rumah sepuas2nya di samping aku meneruskan jadual pengambilan ubat HAART setiap pukul 10 malam dengan penuh disiplin.


Aku dapat rasakan dua jenihs ubat yang doktor sarankan padaku iaitu Stocrin dan tenovofir ini serasi dengan keadaan tubuh badanku. selanjutnya aku diminta datang ke hospital untuk diambil darah pada hari khamis ini 20 september. melihat pada tarikh tersebut, aku terkejut kerana ia jatuh pada hari khamis sedangkan hari jumaat adalah hari bekerja.


aku cuma merayu pada pihak hospital agar tarikhnya diubah ke hari jumaat 21 september agar aku dapat mc sehari pada hari itu. jika tidak, aku terpaksa kembali bekerja pada hari jumaat. belum sempat nak berehat kena balik bertugas pula. mujur pihak hospital bersetuju.

isnin, 24 hb september pula sesi temujanji dengan doktor. aku tidak tahu apa yang patut aku kemukakan kepada pihak doktor untuk temujanji kali ini. apapun aku akan terus bertanya kepada rakan2 positive worrior berkenaan perkara2 yang boleh dirujuk kepada doktor nanti.


MY RECENTLY POST

ANTARA CABARANKU SEBAGAI PLHIV

  Hidup sebagai seorang insan tidak sah jika tidak berhadapan dengan cabaran kehidupan. Jika ditanya satu persatu kepada semua orang pasti s...

MY POPULAR POST