Friday, 20 October 2023

BUAT YANG TERBAIK DEMI KESIHATAN

Hari demi hari berlalu meninggalkan pelbagai kenangan pahit manis dalam kehidupan. Perkara yang telah berlalu baik yang menggembirkan atau menyedihkan kekal terpahat dalam ingatan.

Andai kenangan itu memberikan senyuman maka ia wajar dikenang. Namun jika sebaliknya, wajarlah ia dilupakan terus dari ingatan. 

Melupakan itu satu usaha untuk meletakkan diri agar sentiasa berada di landasan yang terbaik. 

Hari-hari sebagai PLHIV tetap aku lalui seperti biasa. Mahu atau tidak virus ini tetap menjadi darah daging dalam tubuhku. Aku tidak mampu untuk melenyapkannya.

Bahkan dunia hari ini masih belum ada tanda-tanda bahawa virus ini boleh dihapuskan apabila ia sudah bersarang dalam badan. 

Melihat di sudut yang positif, virus ini telah menjadikan aku lebih kuat menempuh cabaran hidup dan lebih perhatian terhadap penjagaan kesihatan. Di sebalik sesuatu yang dianggap sebagai keburukan terselit pelbagai kebaikan.

Menceritakan pula tentang review hospital dan keputusan ujian darah yang telah aku ambil menunjukkan pasang surut. Berfokuskan pada kadar bacaan CD4 dan VL, itulah yang menjadi aras petunjuk tahap kesihatan seirang PLHIV selain melihat pada kadar bacaan gula, kolesterol, hati, buah pinggang dan lain-lain. 

Pernah sekali aku mengalami bacaan gula yang mencapai 6.7. Doktor yang melihat laporan hasil ujian darah itu telah meletakkan aku dalam keadaan berjaga-jaga kerana dianggap aku sudah hampir ke tahap untuk menghidap kencing manis. 

Aku mula mengingat kembali cara pemakananku sebelum sesi mengambil darah dilakukan. Ternyata aku perlu mengubah tabiat yang boleh menjadikan bacaan gula semakin naik. 

Itu antara momen pasang surut yang kualami sepanjang menghadapi sesi rawatan di hospital. Aku terus meletakkan azam yang tinggi menjadikan usaha penjagaan kesihatan sebagai matlamat hidupku. 

Saturday, 18 February 2023

STATUS DAN KERAHSIAAN

Status seseorang sebagai PLHIV secara rasmi jika diperoleh melalui ujian darah secara klinikal. Ia boleh dijalankan di klinik kesihatan dan hospital kerajaan atau swasta.

Sejurus mengetahui status tersebut pasti akan timbul isu kerahsiaan. Al maklum perkara ini amat sensitif kerana jika silap langkah akan mengundang implikasi negatif kesan stigma yang masih wujud terhadap golongan PLHIV. 

Ikutlah saluran yang tepat dengan merujuk pada yang pakar dalam bidangnya. 

Thursday, 22 December 2022

Selamat tahun baru 2023

Hello semua.

Tahun 2022 menyaksikan pelbagai suka duka dalam kehidupan. Semoga segala ujian yang menimpa menjadikan diri kita lebih kuat menongkah arus perjuangan hidup di masa-masa akan datang. 

Kepada mereka yang telah mendapat rawatan teruskan sesi rawatan tersebut. Bagi mereka yang baru sahaja diagnosed hiv positif jangan mudah patah semangat. Usahalah dapatkan rawatan dan jangan terpengaruh dengan iklan-iklan di media sosial yang memberi jaminan bahawa hiv dapat disembuhkan dengan rawatan alternatif.

Semua itu tak lain hanya untuk mengaut keuntungan. Ada bermacam-macam jenis iklan hingga ada yang sanggup menggunakan agama kononnya boleh menyembuhkan. Ketahuilah hiv ini masih belum ada penyembuhnya. 

Logiknya jika mereka terbukti dapat menyembuhkan hiv sudah pasti mereka akan tampil ke hadapan membantu mensifarkan seterusnya menghilangkan hiv aids di dunia ini. Sebaliknya dakwaan mereka itu hanya sekadar menangguk di air yang keruh sahaja.

Mereka hanya mahu mendapatkan keuntungan daripada hasil bayaran orang yang menjadi mangsa penipuan mereka. Zaman ini macam-macam taktik dibuat semata-mata untuk dapat wang. 

Aku menyifatkan mereka ini umpama scammer yang berlindung di sebalik niat baik. 




Tuesday, 8 November 2022

JAGA KESIHATAN

MENJADI KEUTAMAAN KEPADA SEMUA ORANG UNTUK MENJAGA KESIHATAN. FIKIRAN PERLU SENTIASA TENANG. ELAKKAN STRESS. DAPATKAN REHAT YANG CUKUP. PASTIKAN UBAT TIDAK SKIP DAN ELAKKAN PENGAMBILAN UBAT2 TRADISIONAL SEBAB IA BOLEH MEMBERI KESAN PADA UBATAN YANG DIAMBIL. 

WANG RINGGIT TIDAK ADA GUNANYA JIKA TUBUH BADAN DALAM KEADAAN SAKIT. MENCEGAH LEBIH BARIK DARI MENGUBATI. 


Wednesday, 2 November 2022

ORANG BUSYBODY

HELLO KORANG..

PERNAH TAK KORANG BERDEPAN DENGAN SITUASI YANG MENJENGKELKAN DALAM SATU HARI?

MAKSUD SAYA, ADA LA ORANG TU ASYIK AMBIL TAU HAL PERIBADI ORANG LAIN?

BAGI SAYA LA KAN, ORANG TU MUNGKIN TAK ADA KERJA LAIN YANG LEBIH UTAMA DALAM SATU HARI IAITU MENYIBUK HAL PERIBADI ORANG. TIDAKKAH DIA TERFIKIR BAHAWA PERBUATANNYA MENIMBULKAN RASA TAK SELESA DARI KALANGAN RAKAN2NYA SENDIRI? 

Tuesday, 1 November 2022

PERSEDIAAN JUMPA DOKTOR

HELLO SEMUA..

MINGGU DEPAN ADALAH MINGGU YANG DITUNGGU-TUNGGU BAGI AKU SEBAGAI INSAN PLHIV. KEPUTUSAN TERKINI STATUS KESIHATANKU DAPAT DIKETAHUI SEKALI LAGI SETELAH AMBIL DARAH BEBERAPA MINGGU LEPAS.

HARAPANKU KALI INI RESULT SEMAKIN BAIK. ANTARA PERSEDIAAN YANG PERLU ADALAH MEMIKIRKAN BEBERAPA SOALAN PENTING KHUSUSNYA CARA UNTUK PENJAGAAN KESIHATAN YANG TERBAIK.

SOALAN-SOALAN TERSEBUT DICATAT DI SMARTPHONE SAHAJA AGAR TIDAK TERLUPA. SEMOGA URUSAN KALI INI BERJALAN DENGAN LANCAR. 

Thursday, 27 October 2022

UBAT-UBATAN TAMBAHAN

HELLO SEMUA..

SERINGKALI KITA MENDENGAR MELALUI MEDIA SOSIAL TENTANG PERUBAHAN CUACA YANG TIDAK MENENTU KEBELAKANGAN INI. KEADAAN INI MEMBERI KESAN KEPADA KITA KERANA DALAM AKTIVITI SEHARIAN KITA PASTI AKAN BERHADAPAN DENGAN KEADAAN CUACA YANG SUKAR DIJANGKA.

KESAN PERUBAHAN CUACA YANG MENDADAK INI ADAKALANYA MENYEBABKAN KESIHATAN TERGANGGU. MASALAH SEPERTI DEMAM, BATUK SELSEMA ADALAH PERKARA BIASA TERJADI.

UNTUK MENGELAKKAN KEADAAN KESIHATAN MENJADI BERTAMBAH TERUK CARA YANG BOLEH DILAKUKAN ADALAH MENDAPATKAN UBAT-UBATAN YANG SESUAI SEPERTI PARACETAMOL BAGI UBAT DEMAM DAN ALLERSIN BAGI SELSEMA.

NAMUN SILA PASTIKAN UBAT-UBATAN ITU SESUAI DAN PERNAH DIKONSUMSI SEBELUM INI. BAGI YANG PERTAMA KALI PASTIKAN JUGA IA DIAMBIL MENGIKUT DOS YANG TELAH DITENTUKAN. 

MY RECENTLY POST

ANTARA CABARANKU SEBAGAI PLHIV

  Hidup sebagai seorang insan tidak sah jika tidak berhadapan dengan cabaran kehidupan. Jika ditanya satu persatu kepada semua orang pasti s...

MY POPULAR POST