AIDS : TANDA
KLINIKAL
Tanda-tanda
klinikal AIDS bergantung kepada kriteria yang digunakan untuk
mendiagnos AIDS.
Mengikut
kriteria yang digunakan oleh Malaysia sekarang, tanda-tanda AIDS
ialah :
i. Susut berat
badan melebihi 1/3 dalam masa 1 bulan.
ii. Demam
berpanjangan melebihi 1 bulan
iii. Cirit birit
berpanjangan melebihi 1 bulan
iv. Batuk
berpanjangan melebihi 1 bulan
v. Mendapat
jangkitan kandidiasis oral
vii. Mendapat
jangkitan kayap yang kerap atau tidak sembuh
AIDS :
RAWATAN
Tiada rawatan
khusus untuk AIDS. Pengetahuan yang ada menunjukkan semua
pesakit HIV akan berakhir dengan kematian.
(Tiada laporan secara klinikal juga pembuktian secara saintifik berapa tahun jangka hayat seseorang yang hidup dengan HIV berakhir dengan kematian terutama bagi mereka yang telah memulakan rawatan. Berdasarkan pengalaman, terdapat PLHIV yang mampu hidup sehingga 10-15 tahun malah masih menunjukkan keadaan yang sihat tanpa ssebarang gejala dan tanda2 AIDS setelah mengambil rawatan. Bahkan bagi mereka yang tidak ada HIV, didapati ramai yang meninggal dunia disebabkan penyakit2 kronik lain seperti kencing manis, penyakit darah tinggi, penyakit jantung dsb walaupun mendapat kemudahan rawatan)
Terdapat
beberapa ubat yang dapat mengelakkan jangkitan oppurtunistik AIDS.
Ubat-ubat ini secara teorinya dapat memanjangkan jangka hayat
pesakit AIDS.
AZT adalah ubat
yang mula-mula sekali dicuba terhadap pesakit AIDS. Secara
teorinya AZT, sebagai penghalang enzim transcriptase, dapat
menghalang virus HIV (sejenis virus DNA) menukarkan bahan genetik
kepada DNA. Oleh itu ianya dapat menghalang pembiakan virus DNA.
(AZT adalah ubat yang mula2 dicipta untuk mengawal tahap tindak balas virus HIV agar tidak sampai ke tahap peringkat AIDS. Didapati AZT memberikan kesan sampingan yang ketara. Namun kini dengan ubat2an terbaru yang dihasilkan didapati berupaya mengurangkan kesan2 sampingan yang dialami dan meningkatkan keberkesanan terhadap perencatan pembiakan virus HIV dalam tubuh seseorang)
Maklumat yang ada sekarang menunjukkan AZT hanya dapat diberikan
kepada orang tertentu sahaja. Mereka ialah yang mempunyai
bilangan CD4+ kurang dari 400, ibu-ibu positif yang mengandung.
Walaupun begitu AZT hanya didapati mempunyai kesan jangka pendek
sahaja. Kesannya berkurangan semakin lama pesakit mengidap AIDS.
Satu ujian klinikal mendapati pengambilan AZT di kalangan ibu
mengandung dapat mengurangkan jangkitan HIV dari 30% ke 7%.
AIDS : VAKSIN
Maklumat yang
ada menunjukkan vaksin AIDS berada diperingkat 'clinical trial'
( maklumat terakhir pada akhir 1995).
Beberapa
masalah besar berkenaan vaksin AIDS ialah:
i. Isu etikal.
Adalah tidak etikal secara perubatan memberikan satu vaksin yang
masih belum diketahui kesannya kepada seseorang dan seterusnya
mendedahkan orang berkenaan kepada penyakit merbahaya yang masih
belum ada ubatnya (iaitu AIDS).
ii. Virus HIV.
Adalah diketahui dengan jelas sekarang bahawa terdapat beberapa
jenis virus HIV. Disamping terdapat 2 kumpulan besar iatu HIV-1
dan HIV-2, terdapat perbezaan susunan struktur genetik dikalangan
HIV-1 sendiri (setiap ahli didalam kumpulan berbeza dinamakan clad
). Oleh itu virus HIV yang menyebabkan AIDS di Amerika tidak
serupa dengan di Asia yang juga tidak sama dengan di Afrika. Oleh
itu vaksin HIV hendaklah dibentuk untuk setiap clad yang
berbeza ini.
iii. Calun.
Sebagai sifat biologinya, vaksin digunakan untuk mencegah
jangkitan. Oleh itu calun vaksin HIV adalah mereka-mereka di dalam
golongan berisiko tinggi seperti penagih dadah secara suntikan,
pelacur (dan pelanggannya) dan pengamal homoseks. Soalannya
bilakah vaksin patut diberikan kepada golongan ini. Memandangkan
golongan ini dianggap sebagai antisosial di sesetengah negara
(juga di Malaysia), apakah pemberian vaksin kepada golongan ini
tidak disalah anggap sebagai menggalakkan kejadian antisosial.
Sumber : dr. Ahamad Bin Jusoh, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.
Sumber : dr. Ahamad Bin Jusoh, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.
