Wednesday, 12 June 2024

KE MANA MENGHILANG SAHABAT2

Detik-detik sebelum memulakan rutin berehat di malam hari, entah kenapa jari jemari ini secara otomatik tanpa sengaja menekan butang inbox email blog ini. Ada banyak coretan email yang datang daripada pembaca blog yang telah aku hasilkan sejak beberapa tahun lalu.

Kepada para pembaca blog yang selama  ini pernah menghantar email mengemukakan persoalan namun tidak dapat dibalas aku harap kalian tidak terasa. Aku berterima kasih kerana kalian sempat membaca blog yang menjadi tempat aku meluahkan apa yang terbuku di hati sebagai PLHIV.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang banyak memberi kata-kata semangat dan menunjukkan sikap yang supportive kepadaku. Yang tidak kulupa abg pie(al marhum) dan ada beberapa orang lagi yang tidak sempat kusebut satu persatu. Hanya allah saja yang mampu membalas kebaikan yang kalian berikan.

Jauh di sudut hati ini aku terfikir ke mana sudah kawan-kawan yang sebelum ini pernah bersamaku walaupun sekadar blog ini menjadi tali penghubung tanpa sekalipun bersua muka. 

Dari kejauhan ini aku mendoakan agar kalian sentiasa dalam lindunganNYA. Aku mengharapkan agar ukhuwah yang terjalin tidak terputus tanpa khabar berita.

*MENANTI DAN TERUS MENANTI KALIAN WAHAI SAHABAT YANG SUPPORTIVE"

"MOGA KALIAN BAIK-BAIK SAJA DI SANA" 

Wednesday, 5 June 2024

CARA MENANGANI STRESS VERSI DIRIKU

Dalam menjalani kehidupan pasti akan berdepan dengan situasi yang menyebabkan stress datang dalam diri. Stress pwrlu dikawal agar ia tidak keterlaluan hingga menjadi punca diri mengalami masalah kesihatan mental.

Salah satu cara menanganinya menurut versi diriku ialah mengutamakan kebajikan diri berbanding oramg lain. Pernah dalam satu filem yang aku tengok sartu masa dulu, satu situasi di mana seorang lelaki cuba untuk melindungi seorang budak perempuan yang tersesat di negaranya & budak perempuan itu adalah dari negara lain.


 Lantas, bakal ayah mertua lelaki itu dengan selambanya menyindir bakal menantunya yang begitu prihatin terhadap budak peremuan tersebut. Katanya, ketika kamu menaiki pesawat, tiba-tiba corong gas tekanan rendah turun, kamu disuruh untuk memakainya terlebih dahulu sebelum orang lain.

Selain itu, elakkan terlau menjadi busybody dengan hal ehwal orang lain. Lebih baik fokus pada masalah diri sendiri daripada fikiran menerawang memikirkan masalah orang lain di persekitaran.


Friday, 12 April 2024

SALAM DIHULUR MAAF DIPINTA

Selamat hari raya aidil fitri... Kepada yang telah memulakan haart treatment, jangan lupa makan ubat tepat masa. Sentiasa bawa ubat kalau beraya. Semoga kita semua di berikan kesempatan untuk terus berjihad melawan penyakit ini dengan cara yang betul. Sentiasa jaga pemakanan, jaga rehat, jangan stress stress dan hadapilah kehidupan dengan penuh santai. 

Thursday, 1 February 2024

ISU PLHIV MEMBELI UBAT HAART SECARA DALAM TALIAN

Tular isu mengenai PLHIV dari sebuah laman medsos yang menyatakan tentang segelintir PLHIV yang membeli ubat secara online dengan kadar harga yang lebih murah.

Sebagai individu yang telah melalui fasa HAART selama 12 tahun, aku berpendapat bahawa perkara ini tidak sepatutnya berlaku di kalangan PLHIV kerana isu mengenai ubat ubatan yang dijual secara online itu mungkin tiruan. 

Tidak mustahil jika terdapat pihak tertentu yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan. Sebaik-baiknya rujuklah dengan pihak yang berauthoriti agar tidak ditipu. 

Tuesday, 30 January 2024

PERJALANAN YANG MASIH JAUH ATAU...

2003 adalah tahun bersejarah bagi diri ini apabila memulakan kerjaya di tempat baru. Pelbagai perasaan suka duka bercampur baur. Tahun demi tahun berlalu. 2004,2005,2006.......

Kini sudah masuk tahun 2024 iaitu 21 tahun lamanya bergelumang dalam kerjaya. Sungguh tidak terasa masa berlalu hinggakan diri ini rasa sudah terlalu tua untuk berdepan dengan rintangan.

Kekadang aku terfikir, selama manakah aku mampu bertahan? Dengan kondisi kesihatanku yang tidak konsisten. 

Aku pasrah andainya titik noktah kehidupanku semakin menghampiri ke garisan penamat. Aku bersedia untuk menghadapi segala-galanya. 



Monday, 29 January 2024

BUDI YANG TIDAK PERNAH DIKENANG

Menjadi sebahagian daripada lingkungan manusia dewasa menuntut diri agar lebih berwaspada dalam memghulur kebaikan. Memang benar istilah buat baik berpada-oada buat jahat jangan sekali sebagai panduan dalam kehidupan.

Namun akan tiba masa segala kebaikan yang ditabur tidak dihargai malah diremehkan tanpa sebelah mata dipandang. Tidak cukup dengan itu, dibalas dengan kata-kata nista dan celaan. 

Saat memerlukan kata-kata indah kabar dari rupa terkeluar dari lisan. Apabila sudah tidak ada apa-apa kepentingan, mereka berubah 360 darjah dengan karakter meleoaskan anjing tersepit. 

Seeloknya, aku menghindarkan diri dari circle itu. Aku tidak mahu diriku menjadi mangsa ditambah lagi keadaan kesihatan diriku yang perlu dijaga sebagai keutamaan. 

Saturday, 27 January 2024

GERBANG PERSARAAN MENGGEMBIRAKAN

Menjadi impian setiap mereka yang berkerja menghadapi persaraan dengan keadaan sihat dan bebas dari bebanan kewangan seperti hutang.

Keadaan itu pasti menjadikan moment persaraan menggembirakan. Perancangan seterusnya mengisi masa dengan perkara yang bermanfaat agar jiwa raga tidak dibelenggu kebosanan. 

Antaranya, travel.. Ya, itu pasti ditunggu tunggu kerana masa tidak terikat dengan kerja. 

Semoga aku dapat merasai suasana itu.. 

MY RECENTLY POST

ANTARA CABARANKU SEBAGAI PLHIV

  Hidup sebagai seorang insan tidak sah jika tidak berhadapan dengan cabaran kehidupan. Jika ditanya satu persatu kepada semua orang pasti s...

MY POPULAR POST