Tika dan saat ini adalah detik2 aku dihimpit oleh pelbagai tugas yang datang mencurah2. Di penghujung tahun begini sudah jadi lumrah buat diriku disesakkan dengan pelbagai kerja yang dirancang dan tidak dirancang. namun sebagai seorang kuli aku sudah cukup faham bahawa itu adalah asam garam kehidupan sebagai orang bawahan. Jangankan pegawai biasa, menteri dan orang2 bisnes sekalipun selalu saja berdepan dengan bermacam2 kesibukan.
Benarlah kata bijak pandai bahawa dunia mutakhir ini adalah dunia yang dipenuhi dengan kesibukan. Jika aku cuba bandingkan dengan kehidupanku sekarang dengan kehidupanku 10 tahun yang lepas, ia agak jauh berbeza dari segi pengurusan masa. kalau 10 tahun lepas aku hanya bergelar seorang mahasiswa yang hanya sibuk dengan buku2 dan tugasan2 yang diarahkan namun kini apabila aku telah berada di alam pekerjaan kesibukannya jelas amat meletihkan dan adakalanya aku tidak larat untuk meneruskan saki baki kerja yang perlu disiapkan.
Kelmarin aku dipanggil oleh bos no 2 di tempat kerjaku. Sejujurnya dia ni kalau ada hal penting mesti mcm tu mesti panggil stafnya masuk dalam bilik bincang. aku respek dengan caranya yang begitu. yang paling aku pantang, kalau dia bos, tetapi menegur depan2 orang lain seolah2 aku ni budak2. Tunggu lah bos jenis macam itu tahulah aku nak kerjakan macam mana. Aku ni sejahat2 manusia juga tau tak kira dia siapa apa aku nak takut!! aku tak perlu rasa takut sebab dia pun manusia seperti aku. Dia juga orang bawahan makan gaji dari upah duit rakyat yang ditadbir urus kerajaan jadi jangan nak tunjuk lagak la depan aku. Walaupun dia tu bos tp ada lg yang lebih tinggi pangkatnya dari dia. Setinggi2 pangkat pun orang itu tak kan ada ertinya kalau tidak ada orang2 yang lebih bawah dari dia. Jadi elok jangan bersikap menongkat langit sebab aku memang tidak suka dengan orang macam itu.
Bila aku melangkah masuk ke dalam biliknya, dia menunjukkan kepadaku senarai beberapa orang staf dari jabatan lain yang hadir tanpa sebab ke tempat kerja dan mereka dikehendaki mengemukakan surat tunjuk sebab.
Bila aku melangkah masuk ke dalam biliknya, dia menunjukkan kepadaku senarai beberapa orang staf dari jabatan lain yang hadir tanpa sebab ke tempat kerja dan mereka dikehendaki mengemukakan surat tunjuk sebab.
Di sebalik nama2 staf yang tersenarai itu rupanya2 ada plak namaku. Bila aku periksa rupanya2 kehadiranku pada bulan Januari baru2 ini menimbulkan keraguan kerana yang diicatatkan disitu bahawa ketidakhadiranku adalah atas alasan temujanji doktor. Tanpa berlengah, aku terus mengambil buku kedatangan staf yang ditandatangani setiap hari. Bila aku rujuk tarikh yang dikatakan aku tidak hadir, ternyata pada tarikh tersebut aku ada di tempat kerja.
Aku mula mempersoalkan kenapa namaku termasuk dalam senarai staf yang bermasalah kehadiran sedangkan dalam buku kehadiran tu aku hadir pada hari yang dimaksudkan. Aku mula menunjukkan reaksi yang agak sedikit berang. Entah di mana silapnya tiba2 aku dikatakan tiddak hadir padda hari tersebut.
Lantas mungkin bos no 2 tu perasan suhu kemarahanku mula naik, dia pun mulalah bercakap topik2 lain. Kulihat dia seolah2 tidak ada modal untuk bercakap dan mula melalut lalut tak tentu arah. Aku cuba mengawal panas baranku di depan bos itu sebab aku ni jenis yang laser dan kuat melenting juga kalau ada yang tak kena.
Mengetahui aku selalu saja ada temujanji doktor, bos itu mula mengalih perhatianku. Katanya, bagus kalau ada buku temujanji yang dibawa oleh mereka yang mendapatkan rawatan doktor disertakan salinannya dalam laporan kehadiran bulanan. Dalam hatiku, kenapa sebelum ini tidak pernah pun dia minta salinan buku temujanji doktor tu? Bukankah sudah memadai jika ada sijil cuti sakit dari doktor hospital kerajaan sebagai bukti bahawa aku ada temujanji atau sakit? Apa hal pula dia nak minta salinan buku temujanji tu? Adakah dia hanya mahu menutup kelemahan sendiri sebab dah terang2 dia yang silap key in maklumat? Hari ini aku akan tanya lagi hal ini. Aku nak serbu biliknya biar sampai dia jadi "speechless". Moral of the story, jangan pandai2 "key in" orang tidak hadir sedangkan orang tu hadir.... ndak pasal2, ada yang mengamuk..
No comments:
Post a Comment