Ramadhan semakin melabuhkan tirai. Syawal semakin datang menghampiri. Persiapan ala kadar sahaja.
Review baru saja berlalu. Tahap kesihatan dalam keadaan optimal. Pengambilan Cd4 dan viral load hanya dibuat setahun sekali sahaja tidak seperti sebelum ini. Atas sebab tahap Cd4 yang agak baik, aku diberikan opsyen sedemikian oleh pihak id klinik.
Proses mengambil ubat di farmasi berjalan dengan lancar. Seterusnya urusan untuk UMP juga dapat dilakukan dengan mudah. Kali ini bekalan ubat HAART cukup untuk sebulan.
Pengalaman temujanji pada kali ini agak biasa saja. Bezanya ia bertepatan dengan bulan Ramadhan. Pada kesempatan yang ada masa terluang diisi dengan membeli keperluan untuk raya.
11hb November adalah tarikh aku ambil darah. 11hb Disember review. Atas sebab tahap kesihatan yang baik dan alasan alasan tertentu temujanjiku cuma 2 kali setahun.
No comments:
Post a Comment