Saturday, 10 April 2021

GELOMBANG KE-4 PANDEMIK COVID-19

 Hello semua.

Setelah melalui fasa-fasa yang agak kurang selesa semasa tempoh lockdown tahun lalu, kini negera dikejutkan lagi dengan situasi gelombang ke-4 pandemik covid-19 ini yang seakan-akan semakin menghampiri. 


Daerah Tawau dan Keningau kini telah diisytiharkan sebagai kawasan PKP kerana peningkatan kes yang mendadak. Semoga dalam tempoh PKP akan berlaku penurunan kes seterusnya status PKP itu akan tamat. 


Kerisauan melanda kerana bahang PKP ini menyebabkan keadaan sekatan jalan raya diperketatkan. Sektor ekonomi juga dihadkan operasinya. Operasi bazar ramadhan pada tahun ini hanya tinggal nama sahaja kerana pihak kerajaan negeri memutuskan tidak ada bazar ramadhan pada tahun ini.


Mungkin ada hikmahnya juga kerana ia menjadi asbab kepada perbelajaan berhemat. Namun apa yang merisaukan ialah dalam sektor pengangkutan awam. Lapangan terbang yang menjadi pintu masuk ke daerah Tawau ditutup.


Kesannya, penghantaran ubat secara UMP pasti akan terjejas juga. 


MY RECENTLY POST

ANTARA CABARAN SEORANG PLHIV SEPERTI SAYA

Sebagai seorang yang sudah hidup bersama hiv selama lebih 10 tahun, aku sudah melalui fasa kehidupan yang sangat down. Bila masanya? Ketika ...

MY POPULAR POST