Monday 15 February 2021

Rentas Daerah sempena PKP 2.0

Dalam situasi PKP yang masih dilaksanakan, terdapat beberapa perkara yang perlu dipatuhi oleh sesiapa sahaja agar segala urusan yang melibatkan rentas daerah berjalan dengan lancar tanpa sebarang halangan. Antaranya perlu membuat permohonan ke balai polis berdekatan.


Bagi membolehkan permohonan mendapat kelulusan adalah lebih baik jika dilampirkan bukti dalam bentuk kad rawatan temujanji hospital di samping mengemukakan alasan yang munasabah. 


Elakkan mengemukakan alasan yang boleh dipertikaikan seperti alasan yang kurang munasabah kerana urusan yang hendak dibuat boleh dilaksanakan di dalam daerah tanpa perlu keluar daerah. 


Aku lebih suka memilih waktu malam untuk berurusan di balai polis kerana pada waktu ini tidak ramai orang yang datang ke sana untuk tujuan ini. Setakat ini urusan yang telah aku lakukan berjalan dengan lancar kerana mendapat kebenaran pihak polis.

Saturday 6 February 2021

Penghantaran ubat dalam norma baharu

Dalam entry kelmarin aku ada menulis tentang kaedah penghantaran ubat hospital yang boleh jadi pilihan korang. So, dalam entry kali ini aku cuba beri sedikit info berkaitan perkara tersebut.


Tidak dinafikan pelbagai kekangan yang dihadapi oleh mana2 individu yang memerlukan bekalan ubat yang diperlukan untuk datang ke hospital bagi mendapatkan ubat susulan. Pihak hospital pula kebiasaannya menetapkan hanya memberi stok ubat selama sebulan. 


Jangan risau la ye. Korang yang berdepan dengan masalah jarak kediman yang agak jauh dari hospital atau kekangan susah nak dapat cuti dari majikan, korang boleh guna SPUB atau UMP.


Sebenarnya opsyen ini sudah agak lama diperkenalkan oleh pihak KKM. Sebagai individu masing2 boleh memilih mana2 perkhidmatan yang sesuai. Yang penting bekalan ubat tidak putus terutama dalam suasana PKP yang tidak tahu bila akan berakhir ini.


Sepanjang aku menjalani review di QEH, aku lebih suka memilih perkhidmatan UMP. So kat entry ni, aku nak share tentang UMP dan SPUB untuk rujukan.

Perkhidmatan Ubat Melalui Pos 1Malaysia (UMP1M)

PENGENALAN

"Perkhidmatan Ubat Melalui Pos 1Malaysia (UMP 1Malaysia) adalah perkhidmatan pembekalan ubat susulan terus ke lokasi pilihan pesakit menggunakan syarikat kurier dengan caj kiriman yang telah ditetapkan. UMP 1Malaysia merupakan salah satu daripada Perkhidmatan Tambah Nilai Farmasi (Value Added Service) yang disediakan  untuk kemudahan pesakit bagi mendapatkan bekalan ubat susulan mereka."

Objektif perkhidmatan ini bertujuan untuk:

  1. Mengurangkan masa menunggu pesakit di kaunter farmasi
  2. Menjamin kesinambungan bekalan ubat susulan pesakit
  3. Meningkatkan tahap komplians pesakit terhadap ubat-ubatan.

Perkhidmatan ini ditawarkan bagi kiriman ubat pesakit  di dalam lingkungan liputan PosLaju di Malaysia sahaja.

KRITERIA YANG PERLU DIPATUHI BAGI PERKHIDMATAN UMP1M

Pesakit

  • Patuh dan faham mengenai terapi pengubatan
  • Faham cara penggunaan dan pengambilan ubat
  • Stabil

Preskripsi

  • Susulan
  • Penyakit kronik
  • Bekalan ubat kali pertama di kaunter farmasi
  • Tempoh melebihi 1 bulan

Ubat

  • Bentuk dos tablet / kapsul sahaja
  • Tidak memerlukan penyimpanan khusus
  • Bukan jenis psikotropik
  • Tidak dibekalkan secara berasingan

 

KELEBIHAN UMP1M

  1. Menjimatkan kos, pengangkutan dan masa
  2. Menjamin bekalan ubat berterusan

 

MAKLUMAT LANJUT

Sila berhubung dengan anggota farmasi di hospital atau klinik kesihatan KKM yang berdekatan jika anda berminat untuk menggunakan perkhidmatan ini. Sila rujuk Pamplet Perkhidmatan Ubat Melalui Pos 1Malaysia yang dilampirkan.


 

Kredit to : https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/entri/perkhidmatan-ubat-melalui-pos-1malaysia-ump1m.html


Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB)

Sistem pembekalan ubat-ubatan melalui SPUB merupakan perkhidmatan di mana pesakit boleh mendapatkan baki bekalan ubat seterusnya dari mana-mana fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tersenarai dalam Direktori SPUB KKM melalui sistem rujukan yang seragam di seluruh negara.

OBJEKTIF

  1. Untuk memberi kemudahan kepada pesakit mendapatkan bekalan ubat-ubatan dari fasiliti kesihatan KKM yang berdekatan dengan kediaman masing-masing.
  2. Membekalkan ubat kepada pesakit melalui sistem rujukan yang seragam di mana-mana fasiliti kesihatan KKM.
  3. Memastikan kesinambungan bekalan ubat-ubatan kepada pesakit bagi meningkatkan komplians terhadap pengambilan ubat-ubatan.

 

SKOP PERKHIDMATAN

Sistem ini ditawarkan kepada semua pesakit yang mendapatkan rawatan dan menerima preskripsi jangka panjang (jangka masa melebihi satu bulan) dari hospital/klinik kesihatan/institusi KKM.

 

APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN ?

  1. Dapatkan rawatan dan preskripsi ubat daripada doktor anda.
  2. Dapatkan bekalan ubat pertama dari farmasi di mana anda mendapatkan rawatan.
  3. Bincang dengan anggota farmasi bagi mendapatkan bekalan ubat seterusnya di hospital/klinik kesihatan yang berdekatan.
  4. Pastikan preskripsi anda telah dicop dengan cop rujukan SPUB sebelum meninggalkan kaunter farmasi.

 

SPUB MEMUDAHKAN ANDA

  1. Berdekatan dengan kediaman anda
  2. Menjimatkan kos, pengangkutan dan masa
  3. Menjamin bekalan ubat berterusan

 

MAKLUMAT LANJUT

Sila rujuk anggota farmasi di hospital/klinik kesihatan KKM berdekatan anda sekiranya anda ingin mengetahui tentang perkhidmatan ini atau berminat menggunakannya.

 

Kredit to : https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/entri/sistem-pendispensan-ubat-bersepadu-spub.html


Friday 5 February 2021

Review doktor dalam norma baharu

Di kala pandemik covid-19 masih belum menunjukkan tanda-tanda di pengakhirannya dan di kala pertambahan kes yang berlaku setiap hari sehingga PKP yang berakhir 4hb Februari dilanjutkan lagi sehingga 18 Februari, sekali lagi perkongsian entry ini kembali.


Belum sempat dikongsi review Disember yang lalu. Tidak beza dengan review sebelum ini. Sekadar hadir ke id klinik dan mendapatkan beberapa helaian borang ambil darah, preskripsi ubat serta tetapan janjitemu yang akan datang tanpa bersemuka dengan doktor. Itulah rutin review norma baharu.


Usah ditanya mengapa keadaan sedemikian terjadi. Itulah kesan pandemik covid-19 yang menghambat para frontliner untuk berhempas pulas mengendalikan situasi pendemik covid-19 di QEH. Perkara penting adalah aku tidak putus bekalan ubat.


Memandangkan aku berada di Kota Kinabalu sepanjang akhir tahun 2020 maka aku buat keputusan bahawa khidmat UMP akan disambung pada 29hb nanti. Ia lebih memudahkan aku terus mendapatkan bekalan ubat sejurus kembali ke Tawau nanti. 


Mengapa aku lebih suka memilih perkhidmatan UMP dari SPUB? Aku akan kongsikan dalam entry yang akan datang. Jika korang nak tahu beza antara keduanya, korang bolehlah taip di google search untuk dapatkan info. Maklumat dihujung jari kan. Gunalah kelebihan smartphone korang yang harga mahal2 tu untuk akses maklumat. 

MY RECENTLY POST

SALAM DIHULUR MAAF DIPINTA

Selamat hari raya aidil fitri... Kepada yang telah memulakan haart treatment, jangan lupa makan ubat tepat masa. Sentiasa bawa ubat kalau be...

MY POPULAR POST