Friday 15 June 2018

Menyambut Lebaran 2018

Hari ini adalah hari kemenangan seluruh umat yang mengharungi dugaan Ramadan. Seperti kebiasaannya raya kali ini disambut bersama keluarga. Suasana sederhana yang meriah. Cukup dengan kehadiran bersama family di sini.

Juadah terlalu banyak terhidang tinggal menunggu untuk menjamu selera. Yang tergambar di fikiran ialah ingin berwaspada dalam pengambilan menu raya agar kesihatan diri terjaga.

Al maklum selepas sebulan sistem pencernaan sudah terbiasa dengan puasa. Sudah tentu ingin menghindar diri daripada kemudaratan akibat pemakanan yang tidak dikawal.

Tahun ke-8 menyambut raya sebagai PLHIV banyak mengajar diri lebih prihatin soal kesihatan. Target utama ialah menaikkan Cd4 dan kiraan viral load undetectable.

Tahun ini menyaksikan pemergian insan yang kukenali mempunyai sejarah perjuangan hidup yang hebat. Atuk @ Roslan Hamzah. Walau cuma kumengenali arwah melalui fb terserlah sikap arwah yang prihatin sesama warga komuniti.

Yang pergi tetap meninggalkan kita yang masih ada wajarlah disantuni dengan sebaiknya. Semoga ruh arwah dicucuri rahmat di sisiNYA. Ini adalah kali kedua aku kehilangan insan hebat yang menjadi dahan berpaut dalam menelusuri kehidupan PLHIV. Arwah abg pie dan Atuk.

Kedua-dua figura tersebut bagi aku adalah contoh yang ideal kerana mereka telah menempuh pelbagai cabaran berkaitan isu-isu PLHIV dan mereka pernah memberikan aku kata-kata semangat agar menempuh ujian ini dengan kuat. 

Mereka berdua tiada galang gantinya bagi diriku. Kisah hebat mereka yang berjuang tanpa kenal erti penat lelah kujadikan sumber inspirasi. Versi berbeza tapi matlamat sama. Aku bergerak atas kapasiti diri dalam perjuangan hidup PLHIV yang penuh cabaran.

Thursday 14 June 2018

Salam Aidilfitri 2018

Ramadhan semakin melabuhkan tirai. Syawal semakin datang menghampiri. Persiapan ala kadar sahaja.

Review baru saja berlalu. Tahap kesihatan dalam keadaan optimal. Pengambilan Cd4 dan viral load hanya dibuat setahun sekali sahaja tidak seperti sebelum ini. Atas sebab tahap  Cd4 yang agak baik, aku diberikan opsyen sedemikian oleh pihak id klinik.

Proses mengambil ubat di farmasi berjalan dengan lancar. Seterusnya urusan untuk UMP juga dapat dilakukan dengan mudah. Kali ini bekalan ubat HAART cukup untuk sebulan.

Pengalaman temujanji pada kali ini agak biasa saja. Bezanya ia bertepatan dengan bulan Ramadhan. Pada kesempatan yang ada masa terluang diisi dengan membeli keperluan untuk raya.

11hb November adalah tarikh aku ambil darah. 11hb Disember review. Atas sebab tahap kesihatan yang baik dan alasan alasan tertentu temujanjiku cuma 2 kali setahun.

MY RECENTLY POST

SALAM DIHULUR MAAF DIPINTA

Selamat hari raya aidil fitri... Kepada yang telah memulakan haart treatment, jangan lupa makan ubat tepat masa. Sentiasa bawa ubat kalau be...

MY POPULAR POST