Monday 7 December 2020

Ubat Susulan untuk PLHIV

 Temujanji bertarikh 1 Disember 2020 yang lalu preskripsi ubat yang diberi adalah untuk sebulan. Ini bermakna aku akan kembali ke QEH sekali lagi untuk mendapatkan ubat susulan pada 29 Disember 2020. Kebetulan pada penghujung tahun ini aku mempunyai banyak masa terluang dan ada sedikit ruang untuk kembali ke QEH.


 Kali ini aku tidak menggunakan khidmat UMP. Ini kerana aku masih lagi risau keadaan PKPB yang masih berkuatkuasa kerana khidmat penghantaran ubat melalui pos laju ini turut akan terkesan. Seperti yang berlaku beberapa minggu sebelum apabila diumumkan penutupan sementara pejabat pos. Keadaan ini pasti akan menyebabkan aku tidak dapat menerima bekalan ubat pada tarikh yang sepatutnya.

Aku mengharapkan pandemik covid-19 ini akan berakhir agar khidmat UMP tidak terjejas.


Wednesday 2 December 2020

Perjalanan pulang selepas review 1 Disember 2020

Perjalanan dimulai seawal 7 pagi. Cuaca agak cerah dan keadaan lalulintas tidak berapa sesak. Sepanjang perjalanan beberapa sekatan jalan raya dapat dilalui dengan mudah tanpa kesukaran. Pihak berkuasa yang terlibat faham dengan bidang tugas mereka berdasarkan kemaskini maklumat yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara pada 17 November yang lalu. Syukur pada tuhan. 


Keadaan Restoran Rosalinda di kawasan Telupid tempat menyinggah melepaskan lelah sambil menjamu menu tengah hari. Kawasan restoran agak lengang dan tidak seperti kebiasaan. SOP tetap dipatuhi dengan mengimbas suhu dan mengisi maklumat dalam apps Mysejahtera.


Menu yang sempat dimakan sebelum meneruskan perjalanan. Dapat juga memberikan sedikit tenaga sebelum meneruskan tempoh perjalanan yang masih lagi jauh.




Keadaan pemandangan yang indah berlatarbelakangkan gunung kinabalu sempat diambil. Sememangnya negeriku kaya dengan keindahan alam semulajadi. Semoga pandemik Covid-19 ini cepat berakhir kerana aku sudah tidak sabar lagi untuk menjelajah dan meneroka keindahan alam yang terbentang luas ini sebelum pengakhiranku tiba nanti.

Tuesday 1 December 2020

Review 1 Disember 2020

Hari ini bersempena dengan sambutan Hari AIDS sedunia, serentak juga dengan review aku di klinik ID HQE. Semuanya berjalan dengan baik dan lancar.

Seperti review bulan Jun lepas, suasana masih dalam keadaan PKPB. Atas sebab-sebab tertentu, pihak ID klinik hanya mengatur janjitemu untuk membolehkan priskripsi ubat dan borang ambil darah diberikan.

Tak sampai beberapa minit semuanya dapat dilakukan dengan lancar hinggalah proses mengambil ubat di farmasi. 

Semoga urusan akan datang dipermudahkan. 

Suasana perkarangan hospital yang sibuk. Moga aku diberikan kesihatan berpanjangan dan kekuatan menghadapi ujian mendatang.


MY RECENTLY POST

SALAM DIHULUR MAAF DIPINTA

Selamat hari raya aidil fitri... Kepada yang telah memulakan haart treatment, jangan lupa makan ubat tepat masa. Sentiasa bawa ubat kalau be...

MY POPULAR POST