Tuesday 31 July 2012

Sakit dah reda

Hari ni AA dah mula rasa lega sebab sakit2 yang AA alami masa tarik nafas tu dah beransur hilang. Ntahlah sakit apa agaknya tu. AA pun tak dapat kepastian memandangkan tarikh temujanji AA jumpa doktor pada 16hb ni kebetulan dekat2 nak raya tuuu.

Ikutkan hati AA nak ambil cuti utk buat pemeriksaan. dah pasang tekad utk bertolak ke hospital minggu ni. Hospital yg jaraknya hampir 600km tu bukannya dekat.AA tetap kuatkan semangat dan percaya bahawa AA masih mampu memandu di bulan2 puasa ni. itulah harga yang AA perlu bayar atas keputusan AA utk mendapatkan rawatan di tempat yang AA pilih sendiri. klu di hospital yang berdekatan, ramai plak yang kenal. silap2 mulut2 yg takda insuran ni menjaja cerita ke sana sini. dimatbah lagi dengan sikap prejudis yang masih menebal di kalangan sesapa je yg berkaitan membuatkan AA membuat pilihan yang penuh dengan risiko. Hanya Allah tempat AA memohon pertolongan....


 berbalik dengan sakit2 dada tu,tetiba je sakit tu dah mcm berkurang. Mungkin berkat bulan ramadhan kot. AA doakan moga tahap kesihataan AA sentiasa stabil. AA akan sentiasa ingat segala pesanan yang diberi oleh rakan2 positive worrior dan pembaca setia blog AA seperti AHP, Najmi, Kak Wardah dan lain2. Hanya Allah saja yang mampu membalas keikhlasan kalian terhadap AA. apa2pun AA akan tetap bgtau doktor apa yang telah alami sebelum temujanji.
 



Monday 30 July 2012

Aku pembawa HIV positif

HIV.... satu istilah yang boleh jadi kecut perut dibuatnya kalau didengari. Teringat pengalaman pertama kali AA diberitahu hasil laporan pemeriksaan kesihatan oleh doktor berbangsa Cina berusia dalam lingkungan 50-an. Tarikh 25 November 2009 tetap terpahat di ingatan. Semua kata yang diujarkan doktor tua itu ibarat petir yang membunuh semangat AA untuk meneruskan kehidupan.

Itu cerita setahun lepas. Sekarang ni AA sudah dapat berdiri dengan kukuh dan bergerak seiring dengan kwn2 senasib lain. Moga2 semangat AA berterusan dan tak kan pernah pudar hingga ke akhir hayat.

 Masuk tahun kedua, CD4 AA yang terkini 464. Pertengahan Mac tahun ni 479. Hujung tahun lepas 254. Turun naik macam yoyo. AA belum lagi mula HAART. Masih dalam sesi training mkn vitamin. Hasil pemeriksaan kesihatan yang AA buat kat klinik swasta 29 Nov 2009 menyatakan AA sihat cuma 1 je yang tak ok, ujian antibodi HIV, REACTIVE..... down seketika tapi skrng dah ok tu cuma cerita dolu dolu.

Tak AA nafikan tahap kesihatan AA tidak mcm dulu tapi itu tak bermakna AA terus menjadi lemah. Tidak sama sekali. Namun keprihatinan AA untuk mengambil tahu hal2 ttg kesihatan makin meningkat. Tu salah satu hikmah AA dipilih manjadi seorang PLHIv. Kalau dulu, langsung AA tak ambil tahu dan slalu ambil mudah ttg penjagaan kesihatan. 

Sunday 29 July 2012

Dilema di bulan ramadhan

Alhamdulillah, AA berpeluang sekali lagi menikmati suasana bulan Ramadhan al Mubarak. Dah masuk tahun kedua AA menyambut bulan mulia ini sebagai PLHIV. Alhamdulillah AA masih diberi peluang sebelum meninggalkan alam fana ini.

Tahun ini sesuatu mengganggu fikiran AA mengenai keadaan kesihatan AA. Sebelum ni AA tak pernah alami keadaan ini. Susah untuk AA jelaskan secara detail namun ia cukup menjadikan AA risau.

Pertama skali, bila AA tarik nafas AA rasa sakit kat bahagian dada. Sakit tu tak la sakit sangat tp rasa tak selesa sebab sebelum ni bila AA tarik nafas ok je tapi sejak AA alami batuk dan sakit tekak awal bulan Mei baru2 ni, AA rasa ada perubahan plak. Ntahlah apa sebenarnya yang AA alami.

Kedua, di badan AA terutama di bahagian belakang semacam ada jerawat plak. Bila AA picit, ia mengeluarkan darah. Sebelum ni belakang AA smooth and clear je tapi ntahlah kenapa jadi mcm tu. 

Keadaan2 ini agak mengganggu diri AA juga. Kepada pembaca2 blog AA, jangan hairan kalau AA blog ini semacam tak pernah update. Doakan agar keadaan AA baik2 je. Lum terlewat utk AA ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak kpd semua yg menyambutnya..

Thursday 5 July 2012

Minyak Kelapa Dara

Entri kali ini AA memuatkan satu lagi rahsia yang terdapat di alam semulajadi. Benarlah apa yang pernah dikatakan bahawa segala ciptaan yang wujud di alam ini bukanlah sia-sia. Cuma sebagai manusia kita dituntut untuk berfikir dan banyak membuat kajian terhadap rahsia2 alam.

Perkara pertama yang AA lakukan dua tahun lepas stlh didiagnose sebagai pembawa hiv+ ialah AA banyak mencari ttg ubat atau apa sahaja bentuk makanan atau ubat yang dipercayai boleh memusnahkan virus tsbut. AA sentiasa memujuk diri AA agar tidak banyak berfikir yang bukan2. Caranya, AA selalu mencari maklumat berkaitan dengan penyembuh@ubat dan apa saja yang boleh dikatakan sebagai berita baik bagi AA sebagai PLHIV.

Berikut adalah antara bahan yang AA temui yang ingin AA kongsikan di dalam blog ini:


Definasi Minyak Kelapa Dara

Minyak kelapa dara bermaksud, minyak yang dikeluarkan dari buah kelapa cukup matang melalui proses khas dengan tidak merosakkan struktur asal atau khasiat semulajadi minyak kelapa yang terdapat di dalam buah kelapa tersebut



MINYAK KELAPA DARA ASLI (PURE) –VCOP


Diproses secara semulajadi tanpa haba dan kimia lain. Terdapat sekurang-kurangnya 9 jenis asid lemak (Medium Chain Fatty Acids) iaitu asid caproic, caprylic, capric, lauric, myristic, stearic, oleic dan linoleic. Kajian sains menunjukkan ianya amat berguna untuk kesihatan manusia sama ada bayi, kanak-kanak, dewasa warga tua lelaki atau wanita. Sesuai diminum, disapu pada kulit seluruh badan, boleh dijadikan minyak rambut atau boleh digunakan semasa bersama hubungan suami isteri dengan melumurkannya ke seluruh badan.



Kelebihan Minyak Kelapa Dara.

1-Menyerupai lemak susu ibu.

2-Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, yang mengambil minyak kelapa dara sebagai sebahagian dari pemakanannya akan mendapati paras lauric acid dan capric acid bertambah secara ketara. (lihat keterangan terperinci dalam tajuk Kesan Pengambilan Minyak Kelapa Dara Pada Ibu-ibu Yang Menysukan Anak)

3-Anti Oksida (Mencegah atau melambatkan cell mati)

4-Antivirus dan antibakteria.
Lauric acid dalam minyak kelapa dara adalah 'medium chain fatty asid' yang mempunyai tambahan fungsi yang amat berguna untuk membentuk monolaurin di dalam tubuh manusia atau haiwan. Monolaurin adalah bersifat antiviral, antibakteria dan antiprotozoal. Monoglyceride yang digunakan oleh tubuh manusia atau haiwan berperanan memusnahkan lapisan atau kelongsong lipid pada virus, seperti HIV, herpes, cytomegalovirus, influenza, berbagai bakteria pathogen termasuk listeria monocytogenes dan heliobacter pylori, serta protozoa seperti giardia lamblia. Setengah kajian juga menunjukkan bahawa ia berfungsi sebagai antimikrobial.

Tindakan antiviral yang dikaitkan dengan monolaurin ialah ia mampu mencairkan lapisan lipid dan phospholipid pada kelongsong atau envelope virus yang menyebabkan kerosakan pada envelope virus berkenaan. Secara mudah, fatty asid dan monoglycerides menghasilkan kesan pemusnahan iaitu dengan menghancurkan dua lapisan plasma membran pada organism berkenaan.


Dari beberapa kajian dan penyelidikan mutakhir ini, telah membuktikan bahawa kesan antimikrobial monolaurin adalah berhubung kait dengan gangguan terhadap sebarang isyarat ke atas mekanisma cell organisma berkenaan untuk replikasi (replication).


5-Meningkatkan Metabolisma tubuh manusia

6- Dikelaskan sebagai functional food.

Sebagai functional food, (functional food telah didefinisikan dalam An ILSI NORTH AMERICA SPECIAL CONFERENCE) bererti ia adalah makanan yang membekalkan komponen untuk kesihatan mengatasi komponen untuk tenaga. Adalah dianggarkan sekitar 50 peratus kandungan fatty asid di dalam minyak kelapa dara adalah terdiri dari lauric acid, dan 6 hingga 7 peratus kandungannya lagi adalah terdiri dari capric acid.

Lauric acid adalah 'medium chain fatty acid' yang mempunyai tambahan fungsi yang amat berguna untuk membentuk monolaurin di dalam tubuh manusia atau haiwan. Monolaurin adalah bersifat antiviral, antibakteria dan antiprotozoal monoglyceride yang digunakan oleh tubuh manusia atau haiwan untuk memusnahkan lapisan atau kelongsong lipid pada virus, seperti HIV, herpes, cytomegalovirus, influenza, berbagai bakteria pathogen termasuk listeria monocytogenes dan heliobacter pylori, serta protozoa seperti giardia lamblia. Setengah kajian juga menunjukkan bahawa ia berfungsi sebagai antimikrobial.

Sementara capric acid adalah juga jenis 'medium chain fatty asid' yang mempunyai kelebihan fungsi yang sama bila ia membentuk sebagai monocaprin di dalam tubuh manusia atau haiwan. Monocaprin juga telah menunjukkan kesan keupayaan sebagai antiviral terhadap HIV dan ia masih lagi dalam proses uji kaji terhadap kesannya ke atas herpes simplex dan keberkesanan antibakterianya terhadap chlamydia. (Reuters, London June 29,1999).

Dr. Halldor Thormar, ahli sains Icelandic, telah membuktikan bahawa monolaurin yang berasal dari minyak kelapa dara, dapat membunuh virus jenis 'lipid coated DNA dan RNA, termasuk HIV dan virus herpes dan juga mikroorganism lain termasuk bakteria jenis gram positive. Ketika ini Dr. Halldor Thormar dan pasukannya merancang untuk meneruskan ujian fungsi serta kesan monocaprin terhadap chlamydia dan virus herpes simplex.



PENYEMBUHAN ALAMI LUAR BIASA.


Salah satu penggunaan minyak kelapa dara yang paling baik adalah untuk memperlembut dan menyembuhkan kulit kering dan mengendur. Ketika mula disapukan pada kulit ia kelihatan berminyak. Namun oleh kerana sifatnya yang sangat mudah diserap ia tidak meninggalkan lapisan tipis berlemak seperti kebanyakan losyen dan minyak komersial. 

Satu hakikat tentang kehebatan minyak kelapa dara berbanding dengan losyen adalah ia bukan sahaja dapat melembutkan kulit seperti losyen, tetapi ia berupaya menghilangkan lapisan sel kulit yang mati disamping dapat mendorong pertumbuhan jaringan baru yang lebih sihat.

Banyak orang memperakui bahawa ketika dipakaikan dikulit minyak kelapa dara membantu mencegah sengatan sinar matahari yang panas, sehingga dapat membantu dari gangguan seperti perkembangan kanser kulit dan jeragat kerana kelebihan cahaya ultraviolet. Pengerutan dan kulit kering boleh juga disebabkan kerana terlalu banyak sinar matahari. 

Minyak kelapa dara dapat juga membantu melindungi kulit dari cahaya matahari yang merosak sehingga dengan mudah tubuh secara perlahan-lahan dapat beradaptasi dalam keadaan demikian sehingga akhirnya boleh tahan terhadap cahaya yang semakin besar. 

Tidak seperti sunscreen, minyak kelapa dara tidak berfungsi menghambat cahaya ultraviolet, namun memudahkan tubuh untuk menyesuaikan diri secara alami terhadap sengatan cahaya matahari, sehingga dapat meningkatkan tingkat toleransi seiring dengan berlalunya waktu. Namun oleh kerana jenis kulit yang berbeza, tingkat toleransi setiap orang juga berbeza.

Mengapa minyak kelapa dara mampu merangsang penyembuhan dan pemulihan? Hal ini disebabkan kerana pengaruh metabolik yang dimiliki MCFA pada sel. Aktiviti selular, termasuk penyembuhan luka , diatur oleh metabolisma. Ketika angka metabolik tinggi, aktiviti selular dipercepat dan proses seperti penyembuhan jaringan terluka, penghapusan racun, penyerangan sel rosak atau sel mati dengan sel baru yang dilakukan pada aktiviti yang tinggi. Maka dari itu, proses penyembuhannya dapat dipercepat kerana MCFA memberikan sumber yenaga yang cepat pada sel untuk meningkatkan metabolik dan kemampuan penyembuhan.

Keistimewaan khusus minyak kelapa dara yang sangat berkesan adalah kemampuannya mengurangi peradangan, iaitu dapat meredakan radang kulit kronik dalam waktu hanya beberapa hari. Dalam satu kajian yang dilapurkan oleh Dr. S. Sadeghi dan lain-lain, menyatakan bahawa minyak kelapa dara dapat menurunkan bahan-bahan kimia pro-peradangan pada tubuh. 

Mereka menyarankan bahawa minyak kelapa dara sangat berguna pada pengubatan beberapa penyakit peradangan yang parah. Jika minyak kelapa dara diambil dalam pemakanan, ciri-ciri penyembuhannya sebagaimana yang berlaku pada kulit juga berlaku di dalam tubuh. 

Gangguan yang berkaitan dengan radang terutama sekali di dalam saluran gastrointestinal seperti colitis, bisul, hepatitis dan hemorrhoids, telah dapat disembuhkan dengan minyak kelapa dara ini. Minyak ini juga mungkin membantu meredakan radang di bahagian tubuh lain seperti terlihat pada multiple sclerosis, arthritis, dan peradangan pada pembuluh nadi (phlebitis) yang bisa menyebabkan pengerasan pembuluh nadi dan sakit jantung.

Dari huraian di atas menjelaskan bahawa minyak kelapa dara yang digunakan di dalam atau diluar tubuh, telah memberikan banyak manfaat kesihatan yang sangat menakjubkan.

Wednesday 4 July 2012

Spirulina

Untuk entri kali ini, AA ingin memuatkan beberapa info yang amat berguna ttg spirulina. AA jadikan sebagai salah satu suplemen tambahan harian. Alhamdulillah setakat ini AA serasi dengan suplemen ini dan tidak ada apa2 kesan yang tak elok selepas AA mengambilnya secara konsisten.

Spirulina adalah nama bagi satu bentuk makanan tambahan yang mirip kepada Chlorella dan Aphanizomenon flos-aquae (Alga Biru Hijau). Spirulina wujud dalam dua jenis spesis cyanobacteria: Arthrospira platensis, dan Arthrospira maxima. Keduanya serta juga spesis Arthrospira yang lain pernah diklasifikasikan dalam genus Spirulina

Kini, terdapat persetujuan bahawa mereka adalah dari jenis genus berbeza, dan spesis makanan yang tergolong dalam kumpulan Arthrospira; walau bagaimanapun, istilah Spirulina yang lama masih lagi sering digunapakai. Spirulina dituai dari serata dunia, dan sering digunakan sebagai makanan tambahan serta sebagai makanan lengkap dan boleh didapati dalam bentuk tablet, kepingan, serbuk dan juga cecair. Ia juga digunakan sebagai makanan binatang tambahan untuk industri akuakultur, akuarium dan ternakan ayam

Kandungan dan kelebihan Spirulina :

Protein & Acid Amino

Asid Lemak dan lain-lain Lipid yang mustahak ;
Vitamin & Zat Galian

Asid Gamma Linolenic (GLA)

Karbohidrat, Pigmen & Enzim

Protein & Acid Amino

 
  1. Spirulina mengandungi kandungan protein tertinggi berbanding dengan mana-mana pemakanan asli (65%) melebihi daripada daging dan ikan (15%-25%), kacang soya (35%) dan telur (12%).
     
  2. Spirulina adalah sumber protein yang lengkap memandangkan ia mengandungi segala asid amino yang penting.
     
  3. Ia mudah dihadamkan dan menyerap (85%-95%) kerana dinding sel mukopolisakaridanya yang lembut dan tidak mengandungi selulosa (fiber atau serat).
     
  4. Penghadaman dan penyerapan adalah mustahak bagi manusia yang kekurangan nutrien, orang dewasa dan usus yang malserapan
Asid Lemak dan lain-lain Lipid yang mustahak
  1. Spirulina secara praktiknya tidak mengandungi lemak/100g dan tidak mengandungi kolesterol.
     
  2. Ia bagaimanapun sumber pekatan GLA(gamma linoleic acid). Ia membantu dalam menyeimbangkan pengujudan kolesterol, keadaan kulit dan sebagainya.
     
Vitamin & Zat Galian
  1. Spirulina mengandungi makanan terkaya dalam Beta-Carotene (pro-vitamin A) 10 kali lebih dari lobak.
     
  2. Badan manusia boleh menukar Beta-Carotene kepada vitamin A apabila diperlukan.
     
  3. Vitamin A adalah mustahak dalam mengekalkan lendir selaput (Mucus Membrance) dan pigmen sesuai untuk penglihatan.
     
  4. Beta-Carotene boleh mengurangkan kolesterol dan mencegah kanser.
     
  5. Spirulina adalah sumber utama Vitamin B12. Vitamin ini mustahak bagi menghasilkan sel darah merah, sumsum tulang dan membina sistem saraf.
     
  6. Kebanyakkan tumbuhan serta sayuran tidak mengandungi B12. Vegetarian atau pemakan sayuran perlu mengambil Spirulina untuk menggantikan kekurangan vitamin B12.
     
  7. Vitamin B12 juga membantu mengurangkan risiko serangan lemah jantung dan strok.
     
  8. Spirulina juga merupakan sumber terkaya zat besi (50 kali lebih daripada bayam)
     
  9. Penyerapan zat besi dalam Spirulina adalah 60% lebih baik daripada mana-mana iron supplement seperti `iron sulphate dan sebagainya.
     
  10. Zat besi adalah mustahak bagi menguatkan sel darah merah dan sistem imun yang sihat.
     
  11. Spirulina merupakan salah satu makanan kalsium yang utama, membekalkan lebih kalsium daripada susu. Kalsium adalah mustahak bagi tulang yang sihat dan menghalang penyakit `Osteoporosis.
     
  12. Spirulina juga mengandungi magnesium, kromium, selenium, kuprum dan zat besi.
     
  13. Kromium merupakan faktor utama menghalang serta merawat penyakit diabetes.
     
Asid Gamma Linolenic (GLA)

GLA, pelupur kepada prostaglandin badan yang terdapat di Spirulina, telah menunjukkan secara kimia dengan kesan bermanfaat ke atas keseluruhan sistem hormon, tekanan prahaid, penurunan kolesterol, sakit jantung, sakit kulit, masalah kesuburan payudara, kanak-kanak yang `hyperactive, arthritis dan sebagainya.


Karbohidrat, Pigmen& Enzim

i.) Spirulina mengandungi 15% - 25% Karbohidrat dan gula yang mudah diserapkan oleh badan dengan penglibatan minima insulin. Ia memberikan tenaga segera.
 
ii.) Pigmen seperti Phycocyanin dan Klorofil membantu membina lebih enzim sesuai untuk mengawal metabolisma badan.
 
iii.) Spirulina mengandungi bilangan enzim. Salah satu daripadanya adalah `Superoxide dismutase (SOD) . Ia adalah
mustahak untuk mengeluarkan radikal bebas dan melewatkan proses penuaan.

Tuesday 3 July 2012

Harapan untuk pesakit Thalasemia

Hari ni AA berasa agak tenang tidak seperti hari2 sebelum ini. Entah kenapa pula jadi macam tu. Hati AA berkata, mungkin ini adalah rahmat dan kasih sayang yang Allah curahkan terhadap hamba2NYA. Syukur alhamdulillah.

Seperti biasa AA menjalani rutin harian AA. Cuma hari ni AA relaks sikit sebab AA tak perlu turun petang seperti hari2 sebelum ni. utk hari ni je esok kena teruskan lg rutin harian pagi dan petang.

Selepas AA menikmati mkn tengah hari AA ambil masa yang terluang untuk update blog dengan apa2 yang patut. Usia blog AA kini belum mencecah setahun. Sambil itu AA mdgr berita mlalui tv. Dalam banyak2 berita,AA tertarik dengan satu laporan ttg nasib dua beradik yang mengalami penyakit thalasemia ( maaf kalau ejaan tak betul ).

Dalam laporan berita yg AA tengok, kedua2 ibu bapanya tidak mampu menanggung kos pembedahan sebanyak RM460, 000.00 yang dibuat d Taiwan. Laporan mengenai pembedahan yang akan dibuat sempat diperlihatkn oleh ayah dua beradik itu.

Bila AA lihat kedua dua beradik tu nampak cergas dan lincah bermain masa sesi penggambaran oleh wartawan. namun di sebalik kelincahan mereka terselit sebuah kisah duka yang hanya mampu dirasai oleh mereka.

Kisah yang dipaparkan amat menyentuh hati AA. Sebagai seorang PLHIV, AA fikir diri AA masih bernasib baik lagi kerana keadaan yang AA alami tidaklah seperti mereka. cara rawatan bagi kedua beradik tu terlalu berat bg AA. klu AA rasanya AA tidak mampu hadapi. AA kagum dengan sikap kedua ibu bapa yang begitu tabah sehingga dua beradik itu tidak perasan kesedihan yang cuba disembunyikan oleh mereka.

Andai AA berada di tempat mereka, rasanya AA tidak dapat hadapi ujian itu setabah mereka. bayangkan, sudahlah menyara keluarga dan perlu pastikan anak2 dalam keadaan kesihatan yang baik dan mampu belajar dengan selesa. AA bersyukur dengan ujian yang AA hadapi sekarang. 

Benarlah aseperti janji Allah bahawa ujian yang dihadapi oleh setiap hambaNYA adalah berpadanan dengan tingkat keimanan mereka. Semoga kedua beradik itu dapat menerima sumbangan yang mencukupi dan pembedahan yang dijalankan berjaya. mereka juga berhak untuk menikmati kehidupan ini. 



Monday 2 July 2012

Hasrat menderma darah

'kiah, kiah, ada kempen derma darah la. jom kita menderma...

ala...tak nak la, sakit tau...lagipun aku ni kurus, dan lagi aku ni bole pengsan tau kalau tengok darah banyak tu..eee tak nak la aku.."

Antara perkara yang AA fikir sebagai mustahil untuk AA lakukan semenjak menjadi PLHIV ini ialah menderma darah. Awal2 lagi AA akan mengelak walaupun hasrat di hati memang teringin sangat untuk menjadi penyelamat nyawa orang lain.

Bayangkan, setiap hari berapa ramaikah di kalangan ibu2 yang bersalin mengalami keadaan tumpah darah? Tidak kurang juga mereka yang mengalami cedera parah akibat kemalangan dan mengalami kekurangan darah untuk terus hidup?

Tabung darah hospital pula sentiasa memerlukan bekalan darah yang mencukupi bagi menampung masalah kekurangan darah. Mengetahui keadaan ini kempen2 sentiasa dibuat bagi mengalakkan orang ramai menderma darah.

AA amat menyokong sesiapa yang berhasrat untuk menderma darah tetapi tidak pada AA. hu hu hu korang tentu tahu apa sebabnya. Tak perlu nak bagi tau lagi. huhuhu manalah tahu ada antara mereka2 yg sibuk bertanya kan apa sebabnya kan. Lepas tu soalan2 tu mcm soalan2 peguam plak.Bak kata mak semah yang dok penang tu hu hu hu tak koser....( mak semah ni gelaran mesra salah sorang rakan AHP positive worrior yg sangat sporting)...

elok 'sekeh' ja kepalanya baru dia tau hahahaha...jahat la AA ni. ala sesekali nak bermanja2 dengan gaya yg agak keras barulah berkesan. klu tak dpt dengan psikologi, pukulogi la gamaknya..

Menderma darah bagi AA adalah satu perkara yang mustahil walaupun pernah juga ada hasrat di hati untuk melakukannya. Sejurus mengetahui keadaan kesihatan AA, hasrat itu terkubur selama2nya. Entah bila ia akan dikatakan menjadi satu realiti. Cukuplah AA sedar bahawa tindakan itu menjadikan diri AA terdedah kepada satu bentuk ancaman.

Mengapa AA katakan ia adalah satu ancaman? Sebabnya, ia berkaitan dengan status PLHIV yang menjadi kerahsiaan bagi AA. Dah tahu darah tu tak bersih janganlah cari2 pasal plak AA. Banyak lagi amal bakti lain yang kau boleh buat tak semestinya derma darah saja.

Tidak cukup dengan itu, ia juga melibatkan orang lain. Ada ramai lagi yang layak di luar sana yang boleh menyahut seruan ini. moga2 pintu hati mereka terbuka untuk menderma darah. AA pula hanya jadi pemerhati dari jauh.

Jangan letakkan diri ke satu tahap hingga menyebabkan awak stress. Jaga diri, jaga emosi. Allah berikan pilihan yang terlalu banyak untuk awak berbuat kebaikan. Jangan kerana tidak mampu membuka satu pintu maka awak menyesali nasib dan hanya terpaku di pintu itu saja. Ada banyak lagi pintu2 lain. Cuba dan terus mencuba untuk membuka pintu2 tersebut. 

Ada banyak kebaikan yang boleh AA lakukan. Tidak semestinya berstatus PLHIV maka berakhirlah segala peluang untuk berbuat amalan yang mulia. 








MY RECENTLY POST

SALAM DIHULUR MAAF DIPINTA

Selamat hari raya aidil fitri... Kepada yang telah memulakan haart treatment, jangan lupa makan ubat tepat masa. Sentiasa bawa ubat kalau be...

MY POPULAR POST