Thursday, 27 October 2022

UBAT-UBATAN TAMBAHAN

HELLO SEMUA..

SERINGKALI KITA MENDENGAR MELALUI MEDIA SOSIAL TENTANG PERUBAHAN CUACA YANG TIDAK MENENTU KEBELAKANGAN INI. KEADAAN INI MEMBERI KESAN KEPADA KITA KERANA DALAM AKTIVITI SEHARIAN KITA PASTI AKAN BERHADAPAN DENGAN KEADAAN CUACA YANG SUKAR DIJANGKA.

KESAN PERUBAHAN CUACA YANG MENDADAK INI ADAKALANYA MENYEBABKAN KESIHATAN TERGANGGU. MASALAH SEPERTI DEMAM, BATUK SELSEMA ADALAH PERKARA BIASA TERJADI.

UNTUK MENGELAKKAN KEADAAN KESIHATAN MENJADI BERTAMBAH TERUK CARA YANG BOLEH DILAKUKAN ADALAH MENDAPATKAN UBAT-UBATAN YANG SESUAI SEPERTI PARACETAMOL BAGI UBAT DEMAM DAN ALLERSIN BAGI SELSEMA.

NAMUN SILA PASTIKAN UBAT-UBATAN ITU SESUAI DAN PERNAH DIKONSUMSI SEBELUM INI. BAGI YANG PERTAMA KALI PASTIKAN JUGA IA DIAMBIL MENGIKUT DOS YANG TELAH DITENTUKAN. 

Wednesday, 26 October 2022

KESAN UBATAN HAART

HELLO SEMUA.

POST KALI INI ADALAH RESPON DARIPADA PERTANYAAN PEMBACA MENGENAI KESAN UBATAN HAART. SEJUJURNYA APA SAHAJA JENUS UBATAN YANG DIAMBIL PASTI AKAN ADA KESAN KEPADA TUBUH. IA BERGANTUNG PADA KEPATUHAN KITA KEPADA DOS YANG TELAH DITENTUKAN UNTUK PENGBILAN UBAT TERSEBUT.

BERCERITA TENTANG KESAN UBAT HAART, SAYA AKUI MEMANG ADA KESAN PADA DIRI SAYA.  HARI PERTAMA SAYA MAKAN UBAT HAART KESAN SUDAH DAPAT DIRASAI.

ANTARANYA, PERASAAN LOYA DAN PENING HINGGAKAN SAYA RASA TIDAK LARAT UNTUK BANGUN. NAMUN IA CUMA TERJADI SELAMA 3 HARI. SELEPAS ITU KESAN TERSEBUT HILAMG DENGAN SENDIRINYA.

NASIHAT SAYA KEPADA SEMUA SILA DAPATKAN PANDUAN DAN KONSULTASI DARIPADA DOKTOR BERKENAAN UBAT UBATAN YANG DIMAKAN.  SETIAP ORANG BERBEZA KONDISI TUBUH DAN TIDAK SAMA. 

Monday, 17 October 2022

BARU PULIH DARI DEMAM

Hello semua..

Hari ini aku baru je sembuh dari demam. Pada hari aku ambil darah tu sebenarnya keadaan demam tu dah mula terasa. Namun aku tetap pergi juga ambil darah seperti biasa. 

Mudah-mudahan keadaan tersebut tidak mempengaruhi result nanti. Sekembalinya dari hospital, demam semakin teruk pulak. Sempat juga beberapa kali mandi dgn harapan suhu badan turun.

Setibanya di rumah keadaan makin teruk. Malamnya aku hampir tak dapat tidur. 

Ujian.. Moga aku tabah hadapi ujian ini

Monday, 10 October 2022

KEKUATAN MENTAL DAN FIZIKAL

DALAM MENGHADAPI UJIAN INI, PELBAGAI DUGAAN DATANG SATU PERSATU KEPADA DIRI. DI SAAT UMUR SUDAH SEMAKIN MENINGKAT DITAMBAH LAGI DENGAN KEADAAN KESIHATAN YANG MEMERLUKAN PENJAGAAN BAIK. AKU TIDAK SEHARUSNYA MUDAH LEKA DENGAN PERKARA-PERKARA YANG MENUADI PRIORITI.

KESIBUKAN MENJALANKAN TUGAS JUGA SALAH SATU FAKTOR YANG MEMBAWA KEADAAN STRESS. AKU PERLU BIJAK MENGENDALIKAN DIRI. DALAM APA JUA KEADAAN PASTI AKAN DATANG TEKANAN.

TIDAK SEMUA YANG TAHU MASALAH YANG AKU ALAMI. AKU JUGA TIDAK ADA NIAT UNTUK BERKONGSI DENGAN SESIAPA SAHAJA KERANA KERAHSIAAN BAGIKU AMAT MUSTAHAK.

BUKAN TIDAK MEMPERCAYAI TETAPI SEBAGAI LANGKAH BERHATI-HATI KERANA PENGALAMAN LALU BANYAK MENGAJAR AKU SEGALANYA. 

Friday, 7 October 2022

AMBIL DARAH 10 OKTOBER 2022

Sebagaimana kebiasaannya rutin ambil darah kali kedua pada tahun ini akan bermula. Tarikh pada 11 Oktober pada mulanya nak tukar pada hari isnin 19 oktober. Namun mwmandanglan cuti umum pada hari tersebut maka terpaksa di buat pada hari selasa.

Semoga perjalanan kali ini baik dan lancar. Begitu juga proses ambil darah nanti. 

MY RECENTLY POST

CARA PLHIV MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI

Meningkatkan keyakinan diri sebagai seorang yang hidup dengan HIV (PLHIV) memerlukan penerimaan diri dan usaha berterusan untuk hidup dengan...

MY POPULAR POST