Tuesday, 7 October 2025

ANTARA CABARAN SEORANG PLHIV SEPERTI SAYA

Sebagai seorang yang sudah hidup bersama hiv selama lebih 10 tahun, aku sudah melalui fasa kehidupan yang sangat down. Bila masanya? Ketika mula-mula didiagnose dengan hiv.

Lebih memilukan, pengamal perubatan yang memberikan result blood test pada ketika itu begitu ketara melihat aku dengan pandangan yang penuh judgemental, stigma, prejudis.

 Malah staf2 yang bertugas di kaunter lebih memilih untuk menjadi penonton dari luar ketika aku berdepan dengam doktor di bilik konsultasi berbanding menjalankan tugas masing2 d kaunter.

Mereka sengaja membiarkan pintu bilik konsultasi terbuka luas agar mereka dapat melihat apa yang berlaku di dalam. Seolah-olah mereka tengah sedia utk menonton wayang sensasi. Aku plak yang terpaksa bergegas menutup pintu dari dalam. Aku sempat melihat staf2 d kaunter mencuri2 lihat & dengar perbualan antara aku dengan doktor dari luar.

Rasa hairan dengan prosedur yang dorang amalkan di klinik itu. Memang tidak berpegang pada etika yang sepatutnya sebagai golongan pengamal perubatan. Mujur pada masa itu dorang tak record & viralkan dimedsos. Terdetik dalam hati apa sebenarnya yang mereka inginkan.. Kepuasan?

Itu belum lagi saat aku berdepan dengan seorang doktor baya atok2 yang lebih banyak mengeluarkan kata-kata ugutan dari mula sampai akhir. Adakah kerana hiv ini terlalu berbahaya sehingga dia lupa apa yang sedang kulalui ketika itu perlukan sesuatu yang boleh membawa tindakan yang sepatutnya. Mereka bukannya jahil dalam selok belok yang dinamakan hiv ini malah mereka adalah golongan profesional yang pastinya bijak mengendalikan kes orang baru dikesan mempunyai virus hiv dalam darah. 

Sebaliknya aku dilayan seperti pesalah yang buat jenayah besar. Tidak diberi ruang sedikitpun untuk bertenang. Fuhh.. Dunia dunia.. Kalau semua pengamal perubatan attitudenya begitu nescaya lebih ramai mereka yang enggan untuk tampil menjalani rawatan. 

Detik-detik itu tetap terpahat dalam memoriku walaupun sudah lama berlalu. Pengalaman yang mendewasakan. 

Itulah peristiwa yang pernah menimpa diriku. Bagi mereka yang baru didiagnose dengan hiv, jangan mudah lemah semangat dengan dugaan ini ya. Masih belum terlambat untuk menjalani hidup yang sihat. Anggaplah ujian ini sebagai peluang kedua yang tuhan bagi untuk terus koreksi diri sendiri. Jangan dengar cakap2 orang. Cari sumber yang betul dan dipercayai agar menjurus pada tindakan yang tepat. 

Apa yang aku pernah alami masa mula2 didiagnose rasanya sudah jarang berlaku sekarang. Segala ilmu pengetahuan sangat mudah diakses di hujung jari. Hadapi dengan ilmu agar rasa down tidak menguasai diri. 

Teguhkan keyakinan bahawa segala ujian datang dari Yang Maha Esa. Bukannya saja2 ujian itu diturunkan pasti di sebaliknya ada rahsia yang tersembunyi. 






Thursday, 2 October 2025

RESPON DOKTOR PADA REVIEW 17 SEPTEMBER 2025

17hb September yang lalu adalah temujanjiku di id klinik sebagaimana rutin. Tarikh temujanji sepatutnya ialah pada 15hb September namun pada tahun ini telah diisytiharkan 15hb itu sebagai cuti umum sempena Hari Malaysia keesokan harinya.

Mujur pihak id klinik agak fleksibel dalam perubahan tarikh. Aku sempat menghubungi klinik melalui WhatsApp memaklumkan pertukaran tarikh review ke hari Rabu 17 September. 

Sudah 14 tahun lamanya aku berulang alik menjalani review di sini. Pelbagai kisah tersemat dalam memori. Ada juga di antaranya sempat aku kongsikan di dalam blog ini.

Sejujurnya, bukanlah menjadi impianku untuk menjadi salah seorang yang review di id klinik. Malah tak pernah terfikir langsung. Namun siapa tahu akhirnya aku menjalani rutin sebegini.

Kalau nak cerita, ada pro dan kontra juga...

Aku dapat memantau tahap kesihatan secara rutin dan dapat bertindak menjaga kesihatan dan mengawal gaya hidup dari segi pemakanan. Tanda tanda awal ke arah penyakit NCD umpamanya dapat aku ketahui dan pencegahan awal dapat dibuat agar tidak terlambat untuk berbuat sesuatu.

Tidak dapat dielak hakikat bahawa aku terpaksa memohon cuti dan mengeluarkan bajet yang bukan sedikit untuk berulang alik ke hospital. 

Targetku sekarang mahu jaga kesihatan ke tahap yang optimum sehinggalah ke akhir hayat. Kalau boleh elak penyakit-penyakit seperti high blood pressure, jantung dll dgn cara kawal tahap gula & kolesterol dalam darah. 

Result review baru2 ni menunjukkan peningkatan ldl.. Hdl maintain pula.. Sempat juga doktor tunjukkan bacaan kolesterol sejak 2008...3x pernah naik bacaan kolesterol..tahun 2008,2024 dan tahun ini.. Tahun2 selainnya normal. Doktor sarankan untuk jaga pemakanan&amalkan senaman. 

Selain itu, sempat juga aku ditanya jika aku ada mengambil apa2 supplement. Jawapannya yes ada.. Vit C, kapsul omega, & ada 1 jenis produk kesihatan yang kubeli online. Doktor nasihatkan aku agar hanya mengambil supplemen yang diiktiraf oleh kkm dan dijual di farmasi yang diketahui umum lebih selamat. 

Tarikh ambil darah seterusnya pada tahun depan. Doktor bagi review 6 bulan sekali seperti biasa. 


MY RECENTLY POST

ANTARA CABARAN SEORANG PLHIV SEPERTI SAYA

Sebagai seorang yang sudah hidup bersama hiv selama lebih 10 tahun, aku sudah melalui fasa kehidupan yang sangat down. Bila masanya? Ketika ...

MY POPULAR POST