Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat di luar sana. Sudah lama blog ini sepi dan lesu tanpa ada sebarang input yang dikongsikan. Begitulah senario yang terpaksa dihadapi oleh insan pemilik blog http://akuinginbelajarsesuatu.blogspot.com bernama Azam. Setiap hari ada saja komitmen yang dijadikan keutamaan sehingga blog ini sudah tidak pernah "update" sejak beberapa bulan lepas. Walaupun antara azam baru 2013 ialah menjadikan blog ini lebih aktif dan bermanfaat buat insan2 di luar sana yang memerlukan.
Realitinya kita hanya membuat perancangan tetapi yang lebih berkuasa adalah tuhan yang maha esa. Jauh di sudut hati wujud juga perasaan kesal sebab keterbatasan yang melanda diri menjadikan suasana blog ini kelihatan suram berbanding di peringkat awal kewujudannya iaitu ketika aku masih di peringkat "down". Dalam pada itu, aku juga tidak dapat "join" aktiviti yang dianjurkan oleh PSWG sejak sekian lamanya.
Sebelum ini aku rajin jenguk blog ni dan blog kawan2 senasib sambil berkongsi perasaan, pengalaman dan apa jua yang dihadapi sepanjang memegang status PLHIV. Bukanlah aku bermaksud melupakan dari mana dan bagaimana hingga aku menjadi seorang yang begitu kuat pada hari ini. Senang cakap ibarat kacang lupakaan kulit. Aku juga punya tekad untuk menjadi seorang yang giat memberi sumbangan dalam kehidupan PLHIV. Semua itu aku lakukan mengikut tahap kemampuanku.
Masa yang sama aku tidak akan sekali kali menjadikan diriku dan tanggungjawab2 lain terabai. Aku tidak mahu menjadi antara yang tergolong dalam perumpamaan kera di hutan disusukan anak di pangkuan mati kelaparan. Sebagai PLHIV, aku perlu jadikan tahap kesihatan diriku sebagai prioriti utama dalam hidup. Kalau aku sakit, siapa yang akan menguruskan diriku? bagaimana aku dapat menunaikan tanggungjawabku sebagai insan dan hambaNYA.
Sebagai PLHIV, aku perlu ambil berat soal kesihatan diri. Pengambilan ubat HAART mesti dipatuhi setiap hari mengikut arahan doktor. Tarikh temujanji dan mengambil sampel darah mesti aku ingat dan pastikan tidak terlepas peluang. Itulah rutin yang WAJIB bagiku sebagai PLHIV. Setakat ini tahap kesihatanku sudah semakin bagus. Doktor berpuas hati dengan perkembanganku sejak mengambil ubat HAART 6 bulan lepas. Bagiku tidak ada lagi yang perlu aku risaukan setakat ini.
Sebagai manusia biasa aku juga pernah terabai waktu pengambilan ubat HAART. Kali pertama aku tertidur awal. Jam 4:30 pagi baru aku terjaga. Masa itu aku betul2 panik. Pernah juga aku terlewat sejam mengambil HAART. Atas perkongsian nasihat dan pengalaman kawan2, aku jadikan sebagai panduan supaya kelalaian ini tidak berulang. Peluang mendapat ubat HAART "first line" yang masih lagi percuma mesti aku manfaatkan sebaik2nya. Jangan sampai kecuaianku membawa kesukaran hingga aku terpaksa ditukarkan ubat ke "second line" HAART yang lebih mahal dan berbayar.
Kepada mereka yang masih lagi berasa sangsi mengenai rawatan HAART dan bercadang untuk mengelak walaupun sudah sampai masa doktor bagi arahan untuk makan ubat, fikir2kanlah. Kita tidak ada pilihan lain untuk menjamin kesihatan yang lebih baik. Jangan terlalu percaya dengan bermacam2 suplemen juga rawatan2 alternatif kononnya boleh menyembuhkan PLHIV. Kita masih lagi berharap pada keajaiban dari yang maha esa namun jangan sampai kita tidak berpijak di bumi yang nyata.
like!!!
ReplyDeletelike too...seketika yang mampu dikongsi buat masa ini.
DeleteAlhamdulillah walau agak lama berstatus odha,Doktor masih bagi pelepasan.sampai masanya nanti Haart pasti akan menjadi queen control saya.dengan keajaiban Allah kita masih bertahan.ada yang hidup 20tahun masih sihat.bila ditanya ia tetap menghormati Haart.mungkin esok atau lusa Doktor bagi arahan Haart jadi pilihan.ia berpijak dibumi yang nyata.Moga hari mendatang ada ubat dipatenkan menjadi penawar sebenar virus ini.Insha Allah.....
ReplyDeleteItulah keajaiban yang dinantikan
DeleteHi bang Azam, good luck yaw! Don't worry, everything will be alright :) Yang pasti semua yang berlaku atas muka bumi ni mesti ada sebab dier...
ReplyDeleteSaya sangat harap satu hari nanti para saintis akan menemui kaedah untuk membunuh kuman HIV dalam badan manusia dan kembali puluh seperti demam :)
The legends prince : itu semua atas rahmat dan kasih sayang allah kat hamba2NYA. dia yg menciptakan penyakit dia juga yang menciptakan penawarnya.
DeleteJangan risau bang...everything all right....abang mesti kuat yaw...kita semua ada untuk abang dan sentiasa ada di sisi abang :)
Deleteterima kasih ya.... sy akan trus kuatkan semangat...semua ni ujian dariNYA.. redha dan lapang dada dan tak kan sesekali putuss asa
Deletekan best ka nk kalau sy ada di kl ya.....bole dtg ke pt utk meluahkn apa yg terpendam.....bole duduk bebual sesame kita
ReplyDelete