Hari ini menyaksikan satu sejarah tercipta dalam diari kehidupanku. Satu perkara yang pernah menjadi hasratku.Impian dan cita citaku dulu. Namun takdir Tuhan lebih mengatasi. Ia mencatatkan keterbatasan kudratku untuk merealisasikannya. Namun benarlah seperti yang tersurat oleh kalam ilahi. Apabila dia mengatakan jadi maka jadilah ia sekalipun tampak mustahil pada kaca mata manusia.
Setelah melalui detik detik yang begitu sukar lantaran diri ini dangkal untuk menilai yang terbaik dari kalangan yang terbaik. Emosi terganggu dan fokus dalam setiap perkara yang dilakukan menjadi kurang. Akhirnya satu solusi yang sangat tepat telah dapat diputuskan berkenaan hala tuju insan yang kuanggap sebagai aset diri dan keluarga bagi mengecapi kebahagiaan dunia akhirat.
Jika ditelusuri kisah yang kulalui suatu ketika dulu khasnya dalam membuat pilihan setelah mendapat kejayaan cemerlang, aku mudah tersentuh. Sebak menguasai diri. Air mata jernih mudah mengalir di pipi. Terlalu banyak ranjau duri yang dilalui. Satu persatu jika diimbas membuat aku lebih kuat dan sedar betapa pentingnya sikap tekun dalam pelajaran.
Pernah satu ketika aku tidak segan silu bergenang air mata dan sukar meluah bicara di hadapan mereka yang ingin kukongsi cerita. Mereka yang mendengar tidak merasai apa yang aku rasai. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Begitu sukar menerima keadaan apabila kejayaan hasil usaha yang bukan kepalang bermati matian siang dan malam.
Ia tidak cukup setakat itu sahaja. Tidak memadai jika tidak disokong oleh keluarga. Mereka adalah tonggak dan tulang belakang yang mencorak masa depan. Jatuh bangunnya diri banyak bergantung pada mereka.
Tidak keterlaluan untuk aku berkata bahawa ada juga di kalangan mereka ibarat duri dalam daging. Bersikap talam dua muka. Makan hati berulam jantung. Banyak lagi perumpamaan yang membahasakan diri mereka sebenar. Pendek kata, mereka tidak senang melihat kejayaan waima ia dikecapi oleh saudara darah daging mereka sendiri.
Lantas mereka datang dengan wajah dan kata kata manis dengan janji janji yang indah sedangkan di sebaliknya hanya menanam tebu di bibir mulut. Tiada kepentingan bagi mereka untuk membantu insan sepertiku. Siapalah aku pada pandangan mereka hanya sekadar anak seorang buruh kasar yang pernah mereka jadikan hamba.
Berkat keikhlasan seorang lelaki tua yang dipanggil abah, menjadikan mereka satu persatu mengecapi kejayaan walaupun mereka dijaga oleh seorang ibu tunggal yang serba kekurangan.
Sesungguhnya aku tidak mahu keperitan yang kurasai turut dirasai oleh mereka mereka yang penting dalam hidupku. Aku ingin mereka mengecapi kebahagiaan. Cukuplah hanya aku sahaja yang telah mengalaminya.
#sedikit luahan hati
#bersama insan insan yang penting
#bersama insan kusayang