Suasana hari raya masih lagi terasa walaupun sudah 2 minggu berlalu. Bagi diriku raya kali ini tidak ada beza seperti tahun tahun sebelum ni. Syukur juga sebab ibadah puasa dapat disempurnakan tanpa ada sebarang masalah kesihatan.
Tahun ini sedar tak sedar aku sudah memegang tittle PLHIV selama hampir 8 tahun. Aku bersyukur kerana dalam tempoh itu aku belajar banyak perkara yang selama ini tidak pernah kulalui. Antaranya aku semakin alert tentang aspek kesihatan termasuk tahap cd4, cd8, VL, liver, kidney , kolesterol, glukose.
Setiap kali review itulah antara perkara penting yang diberitahu oleh doktor. Setakat ini kesihatanku setelah beberapa tahun dengan HAART masih dalam keadaan baik.
Aku juga semakin alert dengan aspek pengurusan masa yang bijak dan terancang sesuai dengan kerjaya yang tugasannya tidak pandai selesai. Ada juga rakan rakan yang hairan dengan keputusanku memilih hospital yang agak jauh untuk mendapatkan rawatan.
Walau apapun alasan itu mungkin sesuai dengan faktor keselesaan dan ada banyak lagi perkara yang harus dipertimbangkan. Setiap orang mempunyai pandangan berbeza dan masing masing berhak dengan pendapat mereka.
Ada satu perkara yang ingin kukongsikan kepada para pembaca blog ini sejak kali pertama aku berkongsi pengalamanku sebagai PLHIV. Keadaan sahabat baikku yang suatu ketika dulu yang menampakkan sikap prejudis dan judgemental terhadap diriku yang PLHIV.
Baru baru ini aku berpeluang berjumpa semula dengannya setelah 5 tab in Ajanta terputus hubungan. Keadaan kesihatan dirinya agak sedikit terjejas. Dia alami masalah darah tinggi, kadar gula dlm darah jg naik dan setiap hari dia terpaksa menggunakan tiub khas untuk membuang air kencing.
Aku tidak pernah menyimpan dendam. Yang lepas biarlah berlalu. Aku nak buka lembaran baru dengan membaiki semula hubungan baik dengan sahabatku itu. Aku bukanlah seorang yang luas pergaulan. Sahabat yang dipercayai@bff saja boleh dikira dengan jari.
Ternyata gaya hidup mempengaruhi keadaan kesihatan kita kelak. Itulah pengajaran yang dapat kukutip dari pengalaman hidupnya. Semoga dirinya kuat dan tabah.
Hai saya baru2 ini di temuduga sebuah syarikat,dan ahli panel itu ada bertanya yang adakah saya cukup sihat untuk bekerja,ada sakit atau tidak...sekiranya sya ckp ada konform2 tak di ambil,kalau ckp ada lepas itu buat medical ada masalah kesihatan,kompom2 di buang,persoalan nya sekarang harus bgaimana kami memajukan diri kami sekiranya kisah lampau terus manjadi asbab kita tidak do pilih insan terluka
ReplyDeleteKalau keadaan perlu utk tidak declare, x perlu susahkan diri.. Just cover your status. Unless u have to do certain detail medical checkup which cannot avoid u from declare your actual health status
DeleteSemoga kesehatan bertambah baik..amin..
ReplyDelete