Hari ini adalah hari kemenangan seluruh umat yang mengharungi dugaan Ramadan. Seperti kebiasaannya raya kali ini disambut bersama keluarga. Suasana sederhana yang meriah. Cukup dengan kehadiran bersama family di sini.
Juadah terlalu banyak terhidang tinggal menunggu untuk menjamu selera. Yang tergambar di fikiran ialah ingin berwaspada dalam pengambilan menu raya agar kesihatan diri terjaga.
Al maklum selepas sebulan sistem pencernaan sudah terbiasa dengan puasa. Sudah tentu ingin menghindar diri daripada kemudaratan akibat pemakanan yang tidak dikawal.
Tahun ke-8 menyambut raya sebagai PLHIV banyak mengajar diri lebih prihatin soal kesihatan. Target utama ialah menaikkan Cd4 dan kiraan viral load undetectable.
Tahun ini menyaksikan pemergian insan yang kukenali mempunyai sejarah perjuangan hidup yang hebat. Atuk @ Roslan Hamzah. Walau cuma kumengenali arwah melalui fb terserlah sikap arwah yang prihatin sesama warga komuniti.
Yang pergi tetap meninggalkan kita yang masih ada wajarlah disantuni dengan sebaiknya. Semoga ruh arwah dicucuri rahmat di sisiNYA. Ini adalah kali kedua aku kehilangan insan hebat yang menjadi dahan berpaut dalam menelusuri kehidupan PLHIV. Arwah abg pie dan Atuk.
Kedua-dua figura tersebut bagi aku adalah contoh yang ideal kerana mereka telah menempuh pelbagai cabaran berkaitan isu-isu PLHIV dan mereka pernah memberikan aku kata-kata semangat agar menempuh ujian ini dengan kuat.
Mereka berdua tiada galang gantinya bagi diriku. Kisah hebat mereka yang berjuang tanpa kenal erti penat lelah kujadikan sumber inspirasi. Versi berbeza tapi matlamat sama. Aku bergerak atas kapasiti diri dalam perjuangan hidup PLHIV yang penuh cabaran.
Salam Syawal saudara AA, saya baru kupakan rawatan HAART. Saya harap dapat berhubung dengan AA untuk berkongsi dan bertanya pendapat.
ReplyDeletesyabas kerana memulakan langkah untuk rawatan haart. ingat, kehidupan ini tidak berakhir hanya kerana status sebagai plhiv. gunakan segala peluang yang ada untuk meraih sesuatu yang berharga dalam hidup. sejauh tentang rawatan haart, jgn bimbang kerana tahap kesihatan akan sentiasa dipantau oleh doktor. ia cuma perlukan pada penerimaan yang positif pada diri dan saya yakin segala cabaran dapat dihadapi.
DeleteMoga konsisten dengan rawatan
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri AA, Maaf Zahir Batin
ReplyDeletenajmi, selamat hari raya maaf zahir batin.. lama menyepi najmi apa khabar? moga sukses massa travel nanti ya. keep in touch
DeleteSemoga sihat selalu..
ReplyDeleteSalam saudara AA.. sy adalah adik kepada salah seorang hamba plhiv.. sy sangat2 lah perlu bantuan dan panduan daripda saudara AA.. bagaimana mau hubungi saudara?? Sy telampau risau dengan keadaan abg sy��
DeleteMinta abang awak jumpa doktor yg rawat penyakit berjangkit. Patuh kpd rawatan iaitu makan ubat tepat pada waktu. Abg awak akn hidup sihat seperti orang lain. Ubat yg ada sekarang sangat2 berkesan utk rawat hiv. Jgn risau.
DeleteAssalamualaikum. Boleh abang email saya? Sy ada beberapa soalan untuk ditanyakan pd abang berkaitan ni. Mohon abang mudahkan sy. haiqal94angkashah@gmail.com
ReplyDeleteBoleh abg email saye? Saye ade soalan nak tanye dengan abg ... amiruitm93@gmail.com
ReplyDelete