Seperti yang aku janjikan, sesi temujanji pada 2hb Jun bakal dikongsikan di dalam blog ini. Seperti kebiasaannya, aku hadir ke hospital seawal pagi lagi untuk mengelakkan kesesakan aliran trafik dan kesukaran mendapatkan tempat parking. Dua perkara itu yang aku highlight kan setiap kali sesi review. Kalau tidak perasaan stress pasti bakal melanda.
Setibanya di hospital aku terus menuju ke ID klinik. Aku adalah orang yang pertama sampai. Masih belum ada sesiapa di situ. Sebelum memasuki kawasan ID klinik, aku melalui kawasan sekuriti yang dijaga oleh pak rela. Sempat ditanya tujuan apa aku ke situ. Jawapanku simple sahaja, review. Dengan mudahnya aku dibenarkan masuk tanpa banyak soal.
Suasana hospital nampaknya tidak sesibuk seperti hari hari yang lain. Mungkin sebab pada ketika ini pandemik covid-19 yang masih lagi melanda. Inisistif pihak hospital pula menempatkan kes kes pesakit luaar di klinik-klinik kesihatan berhampiran. Mungkin untuk mengelak kesesakan agar boleh mengelak jangkitan covid-19.
Beberapa minit kemudian, salah seorang petugas ID klinik datang. Sempat aku menyapanya lalu dia meminta buku temujanji untuk daftar masuk di kaunter temujanji. Namun tak lama lepas tu, petugas itu datang semula memberikan buku temujanji dan borang-borang untuk ambil darah. Tarikh untuk ambil darah dan temujanji berikutnya sudah tertulis di borang-borang yang diserahkan.
Baru aku dapat tahu bahawa doktor2 ID tidak dapat mengendalikan sesi review pada kali ini kerana mereka terlibat dengan kes-kes pesakit covid-19. Jadi untuk review kali ini, aku tidak dapat mengetahui laporan terkini daripada analisa darahku yang diambil pada 13hb Mei yang lepas.
Aku tak kisah sangat tentang hal tersebut. Moga pandemik covid-19 ini cepat berakhir dan semuanya kembali seperti biasa