Friday, 5 June 2020

Review semasa PKPB

Salam Sejahtera


Seperti yang aku janjikan, sesi temujanji pada 2hb Jun bakal dikongsikan di dalam blog ini. Seperti kebiasaannya, aku hadir ke hospital seawal pagi lagi untuk mengelakkan kesesakan aliran trafik dan kesukaran mendapatkan tempat parking. Dua perkara itu yang aku highlight kan setiap kali sesi review. Kalau tidak perasaan stress pasti bakal melanda. 


Setibanya di hospital aku terus menuju ke ID klinik. Aku adalah orang yang pertama sampai. Masih belum ada sesiapa di situ. Sebelum memasuki kawasan ID klinik, aku melalui kawasan sekuriti yang dijaga oleh pak rela. Sempat ditanya tujuan apa aku ke situ. Jawapanku simple sahaja, review. Dengan mudahnya aku dibenarkan masuk tanpa banyak soal.


Suasana hospital nampaknya tidak sesibuk seperti hari hari yang lain. Mungkin sebab pada ketika ini pandemik covid-19 yang masih lagi melanda. Inisistif pihak hospital pula menempatkan kes kes pesakit luaar di klinik-klinik kesihatan berhampiran. Mungkin untuk mengelak kesesakan agar boleh mengelak jangkitan covid-19.


Beberapa minit kemudian, salah seorang petugas ID klinik datang. Sempat aku menyapanya lalu dia meminta buku temujanji untuk daftar masuk di kaunter temujanji. Namun tak lama lepas tu, petugas itu datang semula memberikan buku temujanji dan borang-borang untuk ambil darah. Tarikh untuk ambil darah dan temujanji berikutnya sudah tertulis di borang-borang yang diserahkan.

Baru aku dapat tahu bahawa doktor2 ID tidak dapat mengendalikan sesi review pada kali ini kerana mereka terlibat dengan kes-kes pesakit covid-19. Jadi untuk review kali ini, aku tidak dapat mengetahui laporan terkini daripada analisa darahku yang diambil pada 13hb Mei yang lepas. 


Aku tak kisah sangat tentang hal tersebut. Moga pandemik covid-19 ini cepat berakhir dan semuanya kembali seperti biasa

8 comments:

  1. Hi, nak tanya saya plan nak balik kerja ke Kota Kinabalu dari KL. Selama ni saya menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh untuk beberapa tahun. Di manakah klinik pakar ID di HQE? Saya tak pasti di mana klinik ID di KK ni untuk rujuk kes saya

    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.. Rawatan kat kk ada kat id klinik d hospital Queen 1..lokasi Kat atas bukit sebelah TB ward.. Bole try tanya sekuriti guard kat mana tu TB ward klu x jumpa ya

      Delete
  2. assalamualaikum..
    mohon bertanya..
    rawatan utk pesakit hiv berapa kali perlu jumpa doktor dalam sebulan ye....
    jika hanya utk ambil ubat adakah boleh diwakilkan kepada pihak ketiga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depend dgn tahap kesihatan jgk. Ambil ubat boleh wakilkan pd org lain asalkan slip ubat d bawa bsama

      Delete
  3. Apa tanda yang tuan alami sblum disahkan hiv?

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum...bagaimana boleh saya hubungi saudara ye..email atau melalui apa2 cara..boleh kita bersilaturahim

    ReplyDelete

MY RECENTLY POST

CARA PLHIV MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI

Meningkatkan keyakinan diri sebagai seorang yang hidup dengan HIV (PLHIV) memerlukan penerimaan diri dan usaha berterusan untuk hidup dengan...

MY POPULAR POST