Sunday, 19 September 2021

PERJALANAN SEMASA PANDEMIK COVID-19

Tahun 2021 ini adalah tahun yang sangat mencabar diriku dari segenap segi tidak seperti dulu. Pelbagai kekangan melanda akibat pelaksanaan dasar PKP yang menyaksikan puluhan ribu kes harian covid-19 menjadi topik utama setiap hari.

Di sebalik kegusaran rentetan impak yang bukan alang kepalang kejadiannya terutama terhadap periuk nasi golongan marhaen, aku dikejutkan dengan pemergian insan2 yang rapat denganku ke negeri abadi.

Alangkah dahsyatnya ujian ini. Namun aku yakin ini hanya cuma sedikit sahaja dibandingkan dengan ujian2 bakal melanda di negeri abadi. Tuhan tidak terlalu kejam meletakkan hambanya berada di gelanggang ujian yang tidak mampu dihadapinya.

Di penghujung tahun ini, rutin ambil darah dan review adalah persoalan yang perlu kuhadapi. Keadaan pandemik covid-19 ini telah menyebabkan aku berada dalan keadaan serba tidak kena dalam perancangan perjalanan ulang alik ke hospital nanti.


Entah mengapa sudah kedua kali tiket flight yang ditempah dibatalkan untuk sesi ambil darah awal bulan depan. Untuk review setakat ini masih belum ada ketetapan lagi bagaimana keadaannya. Yang penting aku dapat hadir utk review seterusnya bekalan ubat dapat renew. Moga urusanku lancar dan dipermudahkan.

Andai sudah tidak ada pilihan mungkin aku terpaksa menggunakan kudratku untuk memandu sejauh 500km asalkan aku tidak miss tarikh temujanji seperti yang dijadualkan.

Sekali lagi aku perlu berurusan di balai polis untuk apply permit rentas daerah. 

No comments:

Post a Comment

MY RECENTLY POST

CARA PLHIV MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI

Meningkatkan keyakinan diri sebagai seorang yang hidup dengan HIV (PLHIV) memerlukan penerimaan diri dan usaha berterusan untuk hidup dengan...

MY POPULAR POST