Tahun 2022 menyaksikan pelbagai suka duka dalam kehidupan. Semoga segala ujian yang menimpa menjadikan diri kita lebih kuat menongkah arus perjuangan hidup di masa-masa akan datang.
Kepada mereka yang telah mendapat rawatan teruskan sesi rawatan tersebut. Bagi mereka yang baru sahaja diagnosed hiv positif jangan mudah patah semangat. Usahalah dapatkan rawatan dan jangan terpengaruh dengan iklan-iklan di media sosial yang memberi jaminan bahawa hiv dapat disembuhkan dengan rawatan alternatif.
Semua itu tak lain hanya untuk mengaut keuntungan. Ada bermacam-macam jenis iklan hingga ada yang sanggup menggunakan agama kononnya boleh menyembuhkan. Ketahuilah hiv ini masih belum ada penyembuhnya.
Logiknya jika mereka terbukti dapat menyembuhkan hiv sudah pasti mereka akan tampil ke hadapan membantu mensifarkan seterusnya menghilangkan hiv aids di dunia ini. Sebaliknya dakwaan mereka itu hanya sekadar menangguk di air yang keruh sahaja.
Mereka hanya mahu mendapatkan keuntungan daripada hasil bayaran orang yang menjadi mangsa penipuan mereka. Zaman ini macam-macam taktik dibuat semata-mata untuk dapat wang.
Aku menyifatkan mereka ini umpama scammer yang berlindung di sebalik niat baik.
Baru self test tadi.first test, result -ve..tp xpuas hati..try lagi sekali, result +ve ... Terus x sng duduk, xtenteram..try call klinik kesihatan xdpt ..harap² dpt buat confirmation test scpt mgkin.. 😢
ReplyDeletelebih baik tau daripada xtahu...sebab boleh bersiap sedia , drpd xtau dan terus menderita.
Deletebila dapat tahu keputusannya pada sertember 2022, terus rasa langit tu macam nak runtuh. betapa sedih dan luluh hati saya yang amat sangat. cuma sekarang ini tengah mencari support group untuk PLHIV. rasa takut tu memang yang teramat sangat. semoga tuan dan semua yang diberi ujian ini, tabah dan dapat menyumbang kesedaran kepada masyarakat... :-(
ReplyDeleteTak perlu risaulah. Ubat yang ada berkesan untuk rawat mereka yg dijangkiti HIV.
DeleteSalam..jika ada pembaca yg boleh kongsikan bagaimana jika kita rahsiakan status dalam borang medical checkup kemasukan kerja kerajaan/JPA..Bagaimana dgn keputusan darah/air kencing plhiv undetectable dalam borang berkenaan. Terima kasih
ReplyDeletekalau sektor kerajaan mmg xleh nak bohong sebab etika
Delete