Tuesday, 30 January 2024

PERJALANAN YANG MASIH JAUH ATAU...

2003 adalah tahun bersejarah bagi diri ini apabila memulakan kerjaya di tempat baru. Pelbagai perasaan suka duka bercampur baur. Tahun demi tahun berlalu. 2004,2005,2006.......

Kini sudah masuk tahun 2024 iaitu 21 tahun lamanya bergelumang dalam kerjaya. Sungguh tidak terasa masa berlalu hinggakan diri ini rasa sudah terlalu tua untuk berdepan dengan rintangan.

Kekadang aku terfikir, selama manakah aku mampu bertahan? Dengan kondisi kesihatanku yang tidak konsisten. 

Aku pasrah andainya titik noktah kehidupanku semakin menghampiri ke garisan penamat. Aku bersedia untuk menghadapi segala-galanya. 



Monday, 29 January 2024

BUDI YANG TIDAK PERNAH DIKENANG

Menjadi sebahagian daripada lingkungan manusia dewasa menuntut diri agar lebih berwaspada dalam memghulur kebaikan. Memang benar istilah buat baik berpada-oada buat jahat jangan sekali sebagai panduan dalam kehidupan.

Namun akan tiba masa segala kebaikan yang ditabur tidak dihargai malah diremehkan tanpa sebelah mata dipandang. Tidak cukup dengan itu, dibalas dengan kata-kata nista dan celaan. 

Saat memerlukan kata-kata indah kabar dari rupa terkeluar dari lisan. Apabila sudah tidak ada apa-apa kepentingan, mereka berubah 360 darjah dengan karakter meleoaskan anjing tersepit. 

Seeloknya, aku menghindarkan diri dari circle itu. Aku tidak mahu diriku menjadi mangsa ditambah lagi keadaan kesihatan diriku yang perlu dijaga sebagai keutamaan. 

Saturday, 27 January 2024

GERBANG PERSARAAN MENGGEMBIRAKAN

Menjadi impian setiap mereka yang berkerja menghadapi persaraan dengan keadaan sihat dan bebas dari bebanan kewangan seperti hutang.

Keadaan itu pasti menjadikan moment persaraan menggembirakan. Perancangan seterusnya mengisi masa dengan perkara yang bermanfaat agar jiwa raga tidak dibelenggu kebosanan. 

Antaranya, travel.. Ya, itu pasti ditunggu tunggu kerana masa tidak terikat dengan kerja. 

Semoga aku dapat merasai suasana itu.. 

Tuesday, 23 January 2024

PERSIAPAN DIRI SEBELUM AMBIL DARAH

Rutin sebagai PLHIV yang wajib diikuti ialah rawatan. Rawatan termasuk ambil darah, review doktor dan seterusnya makan ubat Kepatuhan pada rawatan sangat perlu agar tahap kesihatan terjaga dengan baik.

Tidak ada jalan pintas. Jika mahu sihat, jawapannya ada pada diri. 

Antara kelebihan rawatan yang berterusan iaitu dapat memantau tahap kesihatan diri termasuk kadar kolesterol dan  gula dalam darah. Ini antara dua perkara yang selalu terlepas pandang bagi sesiapa sahaja.

Mungkin cara terbaik ialah cuba memantau sendiri di rumah. Ada banyak alat yang boleh dibeli secara online dan digunakan di rumah untuk test kendiri. 

( Contoh alat untuk mengesan kadar gula dalam darah) 

Saturday, 20 January 2024

APAKAH MISI HIDUPKU

Hari pertama bercuti di hujung minggu sebelum kembali bertugas isnin depan. Masih ada sehari lagi untuk merehatkan minda dan fizikal dari sebarang tuntutan tugas.

Sambil bersantai di petang hari menonton televisyen yang hanya menghidangkan program yang sama. Jari ligat menekan remote control mencari mana mana siaran yang menarik untuk ditonton. 

Di petang hari ini, fikiran sempat menerawang seketika apa yang akan berlaku 10 tahun akan datang. Hidup ini rasanya terlalu pantas berlalu. Hari ini akan menjadi kelmarin dan kelmarin akan menjadi lusa. Begitulah seterusnya... 

Rencanaku di masa akan datang, mungkin aku akan berhijrah ke satu tempat yang lebih membuatkan aku rasa tenang. Dapat melihat keindahan negara orang sambil mencari pengalaman sementara masih sihat. Sekarang aku terikat dengan kerjaya jadi pergerakan agak terbatas. Moga impianku menjadi kenyataan..

( Menu makan tengah hari yang tidak pernah mengecewakan) 

Friday, 19 January 2024

PEREDIAAN AMBIL DARAH 26 FEBRUARI 2024

Tahun ini adalah tahun yang ke-12 aku menjalani rawatan HAART. Setakat ini kondisi kesihatanku amat baik dan stabil. Ubat yang diberikan dapat aku ambil dengan teratur.

Sesi memulakan HAART tahun 2012, aku mengambil ubat pada jam 10 malam. Namun setelah beberapa tahun aku menukarkan masa dari 10 malam ke 9 malam setelah berbincang dengam doktor. 

Tarikh ambil darah : 26 Februari 2024
Tarikh jumpa doktor : Mac 2024

Semoga urusan dipermudahkan. 


Tuesday, 16 January 2024

MENGHARUNGI TAHUN BARU 2024

Tahun 2023 baru sahaja melabuhkan tirai dan dimulai dengan tahun 2024. Tahun baru yang sudah pastinya mempunyai banyak ujian dan dugaan bagi diri ini sebagai PLHIV.

Peralihan ke tahun 2024 juga memunjukkan usia yang semakin meningkat dan semakin menghampiri titik noktah kehidupan alam fana. Diri ini merasakan kehidupan di sekeliling biasa biasa saja. Tidak ada perkara yang menggembirakan. Mungkin tandanya diri ini sudah semakin dimamah usia. 

Hari demi hari episod drama kehidupan tidak pernah berhenti. Ada saja episod baharu yang datang mencabar kudrat diri untuk menghadapinya. 

Pernah terdetik juga dalam hati ini alangkah baiknya jika ajal sudah tiba. Namun, diri ini percaya setiap perkara yang terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya 

Di sebalik semua perkara yang berlaku, diri ini tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada mereka yang selama ini sentiasa bersama-sama menghadapi pahit manit ujian hidup yang dihadapi. 

Semoga tuhan membalas kebaikan itu dengan rahmat yang berpanjangan. 

Tentu ramai yang perasan kewujudan blog ini yang semakin dingin. Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini. 

Bermula sejak pemergian AHP, insan yang telah banyak memberi semangat kepada diri ini menempuh ranjau hidup debagai PLHIV. Dia sangat supportif. Blog AHP menjadi inspirasi untuk diriku mula berblog hinggalah terwujudnya blog ini. 

Selepas ketiadaan AHP, satu persatu insan yang pernah kukenali hilang tanpa dapat dijejak. Hanya ada satu dua orang sahaja itupun jauh di negeri lain. 
-------------------------------

 Hari ini aku meneruskan rutin membawa bapa ke hospital utk review doktor. Sudah masuk tahun yang kelima rutin ini diteruskan. Keadaan kesihatan bapa ada pasang surutnya. 

Bulan 2 nanti giliranku pula ambil darah disusuli review doktor pada Mac. Semoga urusan dipermudahkan. 

( Sempat bersarapan pagi di kantin hospital. Menu cuma mee goreng telur mata sapi dan lemon teh panas kosong) 


MY RECENTLY POST

CARA PLHIV MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI

Meningkatkan keyakinan diri sebagai seorang yang hidup dengan HIV (PLHIV) memerlukan penerimaan diri dan usaha berterusan untuk hidup dengan...

MY POPULAR POST