Tuesday, 7 October 2025

ANTARA CABARAN SEORANG PLHIV SEPERTI SAYA

Sebagai seorang yang sudah hidup bersama hiv selama lebih 10 tahun, aku sudah melalui fasa kehidupan yang sangat down. Bila masanya? Ketika mula-mula didiagnose dengan hiv.

Lebih memilukan, pengamal perubatan yang memberikan result blood test pada ketika itu begitu ketara melihat aku dengan pandangan yang penuh judgemental, stigma, prejudis.

 Malah staf2 yang bertugas di kaunter lebih memilih untuk menjadi penonton dari luar ketika aku berdepan dengam doktor di bilik konsultasi berbanding menjalankan tugas masing2 d kaunter.

Mereka sengaja membiarkan pintu bilik konsultasi terbuka luas agar mereka dapat melihat apa yang berlaku di dalam. Seolah-olah mereka tengah sedia utk menonton wayang sensasi. Aku plak yang terpaksa bergegas menutup pintu dari dalam. Aku sempat melihat staf2 d kaunter mencuri2 lihat & dengar perbualan antara aku dengan doktor dari luar.

Rasa hairan dengan prosedur yang dorang amalkan di klinik itu. Memang tidak berpegang pada etika yang sepatutnya sebagai golongan pengamal perubatan. Mujur pada masa itu dorang tak record & viralkan dimedsos. Terdetik dalam hati apa sebenarnya yang mereka inginkan.. Kepuasan?

Itu belum lagi saat aku berdepan dengan seorang doktor baya atok2 yang lebih banyak mengeluarkan kata-kata ugutan dari mula sampai akhir. Adakah kerana hiv ini terlalu berbahaya sehingga dia lupa apa yang sedang kulalui ketika itu perlukan sesuatu yang boleh membawa tindakan yang sepatutnya. Mereka bukannya jahil dalam selok belok yang dinamakan hiv ini malah mereka adalah golongan profesional yang pastinya bijak mengendalikan kes orang baru dikesan mempunyai virus hiv dalam darah. 

Sebaliknya aku dilayan seperti pesalah yang buat jenayah besar. Tidak diberi ruang sedikitpun untuk bertenang. Fuhh.. Dunia dunia.. Kalau semua pengamal perubatan attitudenya begitu nescaya lebih ramai mereka yang enggan untuk tampil menjalani rawatan. 

Detik-detik itu tetap terpahat dalam memoriku walaupun sudah lama berlalu. Pengalaman yang mendewasakan. 

Itulah peristiwa yang pernah menimpa diriku. Bagi mereka yang baru didiagnose dengan hiv, jangan mudah lemah semangat dengan dugaan ini ya. Masih belum terlambat untuk menjalani hidup yang sihat. Anggaplah ujian ini sebagai peluang kedua yang tuhan bagi untuk terus koreksi diri sendiri. Jangan dengar cakap2 orang. Cari sumber yang betul dan dipercayai agar menjurus pada tindakan yang tepat. 

Apa yang aku pernah alami masa mula2 didiagnose rasanya sudah jarang berlaku sekarang. Segala ilmu pengetahuan sangat mudah diakses di hujung jari. Hadapi dengan ilmu agar rasa down tidak menguasai diri. 

Teguhkan keyakinan bahawa segala ujian datang dari Yang Maha Esa. Bukannya saja2 ujian itu diturunkan pasti di sebaliknya ada rahsia yang tersembunyi. 






Thursday, 2 October 2025

RESPON DOKTOR PADA REVIEW 17 SEPTEMBER 2025

17hb September yang lalu adalah temujanjiku di id klinik sebagaimana rutin. Tarikh temujanji sepatutnya ialah pada 15hb September namun pada tahun ini telah diisytiharkan 15hb itu sebagai cuti umum sempena Hari Malaysia keesokan harinya.

Mujur pihak id klinik agak fleksibel dalam perubahan tarikh. Aku sempat menghubungi klinik melalui WhatsApp memaklumkan pertukaran tarikh review ke hari Rabu 17 September. 

Sudah 14 tahun lamanya aku berulang alik menjalani review di sini. Pelbagai kisah tersemat dalam memori. Ada juga di antaranya sempat aku kongsikan di dalam blog ini.

Sejujurnya, bukanlah menjadi impianku untuk menjadi salah seorang yang review di id klinik. Malah tak pernah terfikir langsung. Namun siapa tahu akhirnya aku menjalani rutin sebegini.

Kalau nak cerita, ada pro dan kontra juga...

Aku dapat memantau tahap kesihatan secara rutin dan dapat bertindak menjaga kesihatan dan mengawal gaya hidup dari segi pemakanan. Tanda tanda awal ke arah penyakit NCD umpamanya dapat aku ketahui dan pencegahan awal dapat dibuat agar tidak terlambat untuk berbuat sesuatu.

Tidak dapat dielak hakikat bahawa aku terpaksa memohon cuti dan mengeluarkan bajet yang bukan sedikit untuk berulang alik ke hospital. 

Targetku sekarang mahu jaga kesihatan ke tahap yang optimum sehinggalah ke akhir hayat. Kalau boleh elak penyakit-penyakit seperti high blood pressure, jantung dll dgn cara kawal tahap gula & kolesterol dalam darah. 

Result review baru2 ni menunjukkan peningkatan ldl.. Hdl maintain pula.. Sempat juga doktor tunjukkan bacaan kolesterol sejak 2008...3x pernah naik bacaan kolesterol..tahun 2008,2024 dan tahun ini.. Tahun2 selainnya normal. Doktor sarankan untuk jaga pemakanan&amalkan senaman. 

Selain itu, sempat juga aku ditanya jika aku ada mengambil apa2 supplement. Jawapannya yes ada.. Vit C, kapsul omega, & ada 1 jenis produk kesihatan yang kubeli online. Doktor nasihatkan aku agar hanya mengambil supplemen yang diiktiraf oleh kkm dan dijual di farmasi yang diketahui umum lebih selamat. 

Tarikh ambil darah seterusnya pada tahun depan. Doktor bagi review 6 bulan sekali seperti biasa. 


Saturday, 20 September 2025

REVIEW 17 SEPTEMBER 2025

Apa khabar semua para pembaca blog ini? Semoga kalian berada dalam keadaan sihat walafiat dan dipermudahkan segala urusan. Diam tak diam sudah lebih 10 tahun kewujudan blog ini yang menjadi simbol perjuanganku sebagai ODHA.

Jika kalian bertanya bagaimana keadaanku setakat ini sudah tentu aku akan jawab baik2 saja. Semua ini adalah ihsan dari yang maha esa kepadaku agar menjalani hidup dengan lebih baik walaupun adakalanya kesabaranku tercabar dengan ujian kehidupan yang sentiasa ada pasang surutnya. 

Tidaklah namanya manusia kalau tidak diuji kan.. Perkara lumrah. 

Well... lets go to another topic.. Review.. Yaa.. Baru2 ni aku baru je lepas sesi review d hospital..Ngam2 plak dengan minggu Malaysia day.. Setakat ini semua yang berkaitan dengan isu ODHA menunjukkan keberkesanan rawatan haart yang telah kujalani bermula tahun 2012. VL d bwh 20/copies which is undetectable.. 

Cuma tahap kolesterol LDL tak berapa bagus.. Sblm ni 3.0 ++ sekarang dah jadi 4.0... Hdl plak cuma 1.2. Doktor bagi saranan supaya jaga pemakanan dan amalkan senaman. 

Aku berasa terhutang budi dengan mereka mereka yang pernah support dan bagi kata2 semangat kepadaku terutama sekali arwah AHP.. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Kalian tentu tahu dan kenal arwah tu mcm mana orangnya.. Dia adalah sumber inspirasi untuk aku bangkit sehingga kini. 

Meskipun dia sudah tiada namun jiwa dan semangatnya kurasakan masih menemaniku. Di saat aku menghadapi liku liku sebagai ODHA yang menuntut kekuatan dalaman yang berterusan segala kata2 nasihat arwah menjadi penguat semangat. Masih kuingat lagi semasa mula2 aku start rawatan haart, arwah sanggup menelefonku.. Dalam setengah jam juga kami borak. Arwah mahu aku bersedia memulakan haart & elakkan rasa down. Tu je. 

Diriku tertanya2 juga ke mana agaknya  kawan2 senasib yang pernah bersama2 berjuang di bawah satu bumbung bersama dengan arwah AHP.. Pelbagai persoalan bermain dalam fikiranku. Namun aku hanya menganggap perkara ini sebagai asam garam kehidupan. Masing2 ada live sendiri ada masalah sendiri yang memerlukan komitmen mereka sebagai keutamaan berbanding perkara lain. 

Mungkin mereka perlukan ruang untuk menghadapi masalah hidup mereka dan tak mahu diganggu. Semoga mereka dipermudahkan urusan.. Jauh di sudut hati, aku rindu momen2 kebersamaan yang pernah terjalin di kalangan group AHP yang pernah kurasa suatu ketika dahulu. Mungkinkah momen itu akan kembali atau akan menjadi sekadar memori dalam lipatan sejarah. 




Tuesday, 2 September 2025

REZEKI ORANG GILA DAN ORANG WARAS

Kadang² kita tengok orang gila tak jaga kebersihan. Makan tak basuh tangan. Makan sisa² orang. Tapi peliknya dia tak sakit. Sebaliknya kita yang jaga kesihatan, kita jaga makan, tapi tau² ada kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung. 

Semuanya bermula di fikiran. Hari² stress. Hari² bimbang dan risau. Takut tak cukup makan. Takut hidup susah. Kalau hari² fikiran tertekan, maka ia akan efek fizikal badan. 

Sebenarnya jangan risau bab rezeki. Allah SWT telah menjamin rezeki untuk setiap makhluk-Nya. Ini adalah jaminan yang kukuh dan seharusnya dapat mengurangkan kebimbangan manusia tentang masa depan.

​Surah Hud, Ayat 6: "Dan tidak ada satu pun makhluk bergerak (bernyawa) di muka bumi melainkan dijamin Allah rezekinya." 

Ayat ini dengan jelas menyatakan bahawa Allah telah mengambil tanggungjawab untuk memberi rezeki kepada semua makhluk. Ini adalah janji yang pasti.

Nabi s.a.w bersabda, "Kalau seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya Allah akan memberikan rezeki kepadamu sebagaimana Dia memberikan rezeki kepada burung yang keluar pada waktu pagi dalam keadaan lapar dan kembali pada waktu petang dalam keadaan kenyang." 

Hadis ini mengajar kita tentang kepentingan tawakal atau pergantungan sepenuhnya kepada Allah. Seperti burung yang keluar mencari makan tanpa mengetahui di mana rezeki itu akan datang, namun mereka kembali dengan perut kenyang, begitulah juga rezeki manusia. Yang penting adalah usaha dan tawakal.

Jangan ambil kerja Tuhan. Rezeki adalah kerja Tuhan. Masa depan adalah ketentuan Tuhan. Serahkan pada Tuhan. Serahkan kepada Allah.

Sunday, 6 July 2025

" KECILKAN CIRCLE PERGAULAN, POSITIFKAN MINDA "

 

Hidup sebagai seorang PLHIV (People Living with HIV) bukanlah sesuatu yang mudah. Selain cabaran kesihatan fizikal, individu yang hidup dengan HIV juga perlu menghadapi tekanan mental, stigma masyarakat, diskriminasi, dan kadangkala penolakan daripada keluarga atau rakan. 

Dalam konteks inilah, frasa "Kecilkan circle pergaulan, positifkan minda" menjadi sangat relevan dan penting. Konsep ini bukan sahaja menyentuh aspek sosial, malah menyumbang secara signifikan kepada kesejahteraan emosi dan psikologi seseorang PLHIV. 

Artikel ini akan mengulas secara terperinci kepentingan mengecilkan lingkungan sosial serta memupuk pemikiran positif dalam kehidupan harian PLHIV.


1. Memahami Realiti Kehidupan PLHIV

Sejak penemuan virus HIV, banyak salah faham dan mitos yang telah tersebar luas. Walaupun rawatan moden seperti ART (Antiretroviral Therapy) telah membolehkan PLHIV hidup lebih lama dan sihat, stigma masih kuat dalam masyarakat. Seorang PLHIV mungkin menghadapi:

  • Penolakan daripada rakan-rakan.

  • Diskriminasi di tempat kerja.

  • Kesukaran menjalin hubungan cinta.

  • Tekanan emosi dan rasa malu.


Dalam keadaan seperti ini, penting untuk seseorang PLHIV mengenal pasti siapa yang benar-benar menyokong mereka dan siapa yang membawa pengaruh negatif.


2. Kecilkan Circle Pergaulan: Kenapa dan Bagaimana?

a) Meningkatkan Kualiti, Bukan Kuantiti

Berkawan dengan ramai orang bukanlah jaminan kepada kebahagiaan. Bagi PLHIV, memiliki circle pergaulan yang kecil tetapi berkualiti lebih penting berbanding mempunyai ramai rakan yang bersifat toksik atau suka menghakimi.

Contohnya:

  • Seorang rakan yang memahami keadaan anda, menyokong rawatan anda, dan bersedia mendengar luahan perasaan lebih berharga daripada sepuluh rakan yang menjauhkan diri apabila mengetahui status HIV anda.

b) Mengelakkan Tekanan Sosial

Circle yang terlalu besar boleh menjadi sumber tekanan, terutamanya jika seseorang merasa perlu "berlakon" untuk diterima. PLHIV yang cuba menyembunyikan status mereka dalam kalangan ramai rakan berisiko mengalami tekanan mental yang tinggi. Dengan mengecilkan circle, seseorang lebih bebas untuk menjadi diri sendiri tanpa rasa takut.

c) Mengekalkan Privasi

Status HIV adalah hal yang sangat peribadi. Circle yang kecil dan dipercayai dapat membantu menjaga privasi ini, mengelakkan penyebaran maklumat tanpa kebenaran.

d) Langkah Praktikal Mengecilkan Circle

  • Kenal pasti siapa yang memberi sokongan tanpa syarat.

  • Jauhkan diri daripada individu yang suka menilai atau menyebarkan gosip.

  • Fokus pada hubungan yang membina dan memberi motivasi.


3. Positifkan Minda: Kekuatan Mental Seorang PLHIV

Pemikiran positif bukan bermaksud menafikan realiti, tetapi melihat harapan dan potensi dalam setiap cabaran.

a) Kesan Pemikiran Positif Terhadap Kesihatan

Kajian menunjukkan bahawa individu yang berfikiran positif cenderung untuk patuh kepada rawatan, lebih berdikari dan mempunyai kualiti hidup yang lebih baik. Dalam kes PLHIV, ini amat penting kerana rawatan ART memerlukan disiplin tinggi dan kesedaran diri yang mendalam.

b) Mengatasi Stigma dan Diskriminasi

Pemikiran positif membantu seseorang untuk tidak mengambil hati terhadap kata-kata negatif masyarakat. Ia juga membantu PLHIV untuk berani bersuara dan menyertai advokasi, sekaligus memerangi stigma secara kolektif.

c) Cara-cara Memupuk Minda Positif

  • Sokongan Sosial: Sertai kumpulan sokongan PLHIV – tempat di mana seseorang boleh berkongsi tanpa rasa malu atau dihakimi.

  • Pengurusan Emosi: Belajar teknik seperti meditasi, penulisan jurnal atau terapi psikologi.

  • Pendidikan Diri: Semakin seseorang faham tentang HIV dan rawatannya, semakin tinggi keyakinan diri mereka untuk hidup normal.

  • Kepercayaan dan Spiritualiti: Ramai PLHIV mendapat kekuatan melalui agama atau spiritualiti – memberi makna lebih mendalam dalam kehidupan.


4. Gabungan Dua Strategi: Jalan Menuju Kehidupan Bermakna

Mengecilkan circle pergaulan dan mempositifkan minda bukanlah dua perkara terpisah. Sebaliknya, ia saling berkait dan memperkukuh antara satu sama lain. Dengan hanya dikelilingi oleh individu yang positif dan menyokong, seseorang lebih mudah memupuk minda yang sihat dan membina. Begitu juga, dengan minda yang kuat, seseorang lebih bijak memilih siapa yang patut berada dalam hidup mereka.

Contoh Realiti:

Ali (bukan nama sebenar), seorang PLHIV berusia 35 tahun, pernah dikecam oleh rakan-rakan selepas status HIV-nya diketahui. Akibat tekanan itu, beliau mengalami kemurungan dan hampir menghentikan rawatan. Selepas beberapa sesi kaunseling, beliau mula mengecilkan circle pergaulannya – hanya mengekalkan hubungan dengan ahli keluarga terdekat dan dua rakan yang setia. Pada masa yang sama, beliau menyertai komuniti sokongan dalam talian dan mula membaca tentang teknik pemikiran positif. Kini, Ali kembali stabil secara emosi, lebih patuh kepada rawatan, dan malah menjadi sukarelawan membantu PLHIV lain.


5. Cabaran dan Realiti: Tidak Semudah Teori

Perlu diakui bahawa mengecilkan circle dan mempositifkan minda tidak semudah yang disangka. Antara cabarannya ialah:

  • Rasa sunyi selepas menjauhkan diri dari ramai orang.

  • Kesukaran mencari rakan baharu yang boleh dipercayai.

  • Minda negatif akibat trauma lalu atau layanan buruk.

Namun, dengan kesabaran dan sokongan, setiap cabaran ini boleh diatasi.


6. Kesimpulan: Ke Arah Hidup yang Lebih Bermakna

Dalam menghadapi realiti hidup sebagai seorang PLHIV, strategi “Kecilkan circle pergaulan, positifkan minda” adalah satu pendekatan yang berkesan. Ia memberi ruang kepada PLHIV untuk membina persekitaran sosial yang lebih sihat, sekaligus memperkukuh kekuatan mental yang sangat penting dalam perjalanan hidup mereka. 

PLHIV berhak untuk hidup bahagia, dihormati, dan diberi peluang untuk menyumbang kepada masyarakat. Dan semua ini bermula dengan memilih siapa yang berada dalam hidup mereka – dan bagaimana mereka melihat diri mereka sendiri.

Dengan mengecilkan circle pergaulan dan mempositifkan minda, PLHIV tidak lagi hidup dalam ketakutan atau penyesalan, tetapi dalam kekuatan, harapan dan tujuan.

Thursday, 19 June 2025

MENERIMA TAKDIR DIRI

Dalam perjalanan hidup, sering kali kita terfikir: “Kenapa aku yang diuji?” atau “Kenapa rancangan yang kita bina tidak menjadi kenyataan?” Rasa kecewa dan sedih itu adalah lumrah, namun jika kita terlalu larut dalam kekecewaan, kita akan terjerumus dalam jurang yang menyesakkan jiwa.

Menerima takdir diri bukanlah tanda kelemahan, malah ia merupakan kekuatan tersendiri. Di dalam ajaran Islam, ia dikenali sebagai reda atau keikhlasan menerima ketentuan Allah SWT, walaupun pahit untuk ditelan . Dengan menerima apa yang berlaku, hati menjadi tenang dan kita tidak lagi dibebani penyesalan atau ketakutan terhadap masa depan .

Namun, reda bukan pasrah tanpa usaha. Ia adalah perpaduan antara ikhtiar dan tawakalberusaha sehabis baik dan menyerahkan hasilnya kepada-Nya. Ini menunjukkan bahawa kita tetap bertindak, tetapi tidak mengikat jiwa pada hasil.

Setiap dugaan yang menimpa bukan semata-mata ujian, tetapi juga pembentuk jiwa. Apabila kita mampu sabar dan bergantung kepada qada’ dan qadar, kita dibimbing menuju kepada ketabahan, kesyukuran, dan kedamaian. Kesedaran ini membantu kita melihat hikmah di sebalik setiap insiden manis atau pahit.

Akhirnya, dengan menghampiri takdir diri dengan hati terbuka, kita bukan sahaja melangkah ke hadapan dengan penuh keyakinan, tetapi juga menemui ketenangan dalam perjalanan ini. Biarlah setiap detik, walau sukar, menjadi titik mula kepada kehidupan yang lebih bermakna dan damai.

Sunday, 16 February 2025

BAGAIMANA PLHIV MENCINTAI DIRI SENDIRI

Mencintai diri sendiri adalah aspek penting dalam kehidupan, terutamanya bagi individu yang hidup dengan HIV (PLHIV). Cabaran yang dihadapi mungkin berat, tetapi dengan sikap positif dan usaha yang berterusan, PLHIV boleh menikmati kehidupan yang bahagia dan bermakna. Berikut adalah beberapa cara untuk mencintai diri sendiri dengan lebih baik:

1. Menerima Keadaan Diri
Langkah pertama dalam mencintai diri sendiri ialah menerima kenyataan bahawa seseorang itu hidup dengan HIV. Penerimaan bukan bermaksud menyerah, tetapi sebaliknya melihat ke hadapan dengan fikiran terbuka. Menyedari bahawa HIV hanyalah satu aspek dalam kehidupan dan tidak mendefinisikan seseorang adalah sangat penting.

2. Menjaga Kesihatan Fizikal
Kesihatan fizikal adalah kunci utama untuk kesejahteraan. Mengamalkan gaya hidup sihat seperti mengambil ubat secara konsisten, makan makanan seimbang, bersenam secara berkala, dan mendapatkan rehat yang mencukupi dapat meningkatkan imuniti serta kualiti hidup.

3. Menjaga Kesihatan Mental dan Emosi
PLHIV mungkin menghadapi tekanan emosi seperti kemurungan dan kebimbangan. Oleh itu, penting untuk mengutamakan kesihatan mental dengan mencari sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan, atau kaunselor. Menyertai kumpulan sokongan PLHIV juga boleh membantu dalam memberi motivasi serta membina rangkaian sosial yang positif.

4. Menolak Stigma dan Diskriminasi
Masyarakat masih mempunyai stigma terhadap HIV, yang boleh menyebabkan PLHIV berasa rendah diri. Walau bagaimanapun, mereka harus menyedari bahawa nilai diri tidak ditentukan oleh persepsi orang lain. Mempertahankan hak dan membina keyakinan diri adalah langkah penting dalam mencintai diri sendiri.

5. Mencari Makna dalam Kehidupan
PLHIV boleh mencari makna dalam kehidupan dengan melibatkan diri dalam aktiviti yang memberi kepuasan seperti kerja amal, hobi, atau perniagaan. Dengan memberi manfaat kepada orang lain, seseorang dapat meningkatkan rasa harga diri dan kebahagiaan.

6. Mengelilingi Diri dengan Orang Positif
Sokongan sosial adalah faktor utama dalam membentuk sikap yang lebih optimis. Dikelilingi oleh individu yang memahami, menyokong, dan memberi dorongan boleh meningkatkan keyakinan dan semangat untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik.

7. Belajar dan Berkembang
Menambah ilmu mengenai HIV dan penjagaan kesihatan boleh memberi manfaat besar. Dengan memahami penyakit ini dengan lebih mendalam, PLHIV boleh membuat keputusan yang lebih baik mengenai rawatan dan gaya hidup mereka. Pendidikan juga membantu mengurangkan ketakutan dan meningkatkan rasa yakin terhadap masa depan.

8. Meluangkan Masa untuk Diri Sendiri
Meluangkan masa untuk melakukan perkara yang disukai seperti membaca, menulis, melancong, atau bermeditasi boleh membantu dalam meningkatkan kesejahteraan diri. Aktiviti ini memberi peluang untuk berehat dan menghargai kehidupan.


Oleh yang demikian, mencintai diri sendiri bagi PLHIV bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi dengan usaha dan kesedaran, mereka boleh menjalani kehidupan yang lebih positif dan bermakna. Dengan menerima diri, menjaga kesihatan fizikal dan mental, menolak stigma, serta mencari makna dalam kehidupan, PLHIV dapat menikmati kehidupan yang lebih sejahtera dan penuh kasih sayang.

MY RECENTLY POST

ANTARA CABARAN SEORANG PLHIV SEPERTI SAYA

Sebagai seorang yang sudah hidup bersama hiv selama lebih 10 tahun, aku sudah melalui fasa kehidupan yang sangat down. Bila masanya? Ketika ...

MY POPULAR POST