Kadang² kita tengok orang gila tak jaga kebersihan. Makan tak basuh tangan. Makan sisa² orang. Tapi peliknya dia tak sakit. Sebaliknya kita yang jaga kesihatan, kita jaga makan, tapi tau² ada kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.
Semuanya bermula di fikiran. Hari² stress. Hari² bimbang dan risau. Takut tak cukup makan. Takut hidup susah. Kalau hari² fikiran tertekan, maka ia akan efek fizikal badan.
Sebenarnya jangan risau bab rezeki. Allah SWT telah menjamin rezeki untuk setiap makhluk-Nya. Ini adalah jaminan yang kukuh dan seharusnya dapat mengurangkan kebimbangan manusia tentang masa depan.
Surah Hud, Ayat 6: "Dan tidak ada satu pun makhluk bergerak (bernyawa) di muka bumi melainkan dijamin Allah rezekinya."
Ayat ini dengan jelas menyatakan bahawa Allah telah mengambil tanggungjawab untuk memberi rezeki kepada semua makhluk. Ini adalah janji yang pasti.
Nabi s.a.w bersabda, "Kalau seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya Allah akan memberikan rezeki kepadamu sebagaimana Dia memberikan rezeki kepada burung yang keluar pada waktu pagi dalam keadaan lapar dan kembali pada waktu petang dalam keadaan kenyang."
Hadis ini mengajar kita tentang kepentingan tawakal atau pergantungan sepenuhnya kepada Allah. Seperti burung yang keluar mencari makan tanpa mengetahui di mana rezeki itu akan datang, namun mereka kembali dengan perut kenyang, begitulah juga rezeki manusia. Yang penting adalah usaha dan tawakal.
Jangan ambil kerja Tuhan. Rezeki adalah kerja Tuhan. Masa depan adalah ketentuan Tuhan. Serahkan pada Tuhan. Serahkan kepada Allah.
No comments:
Post a Comment