Jika kalian bertanya bagaimana keadaanku setakat ini sudah tentu aku akan jawab baik2 saja. Semua ini adalah ihsan dari yang maha esa kepadaku agar menjalani hidup dengan lebih baik walaupun adakalanya kesabaranku tercabar dengan ujian kehidupan yang sentiasa ada pasang surutnya.
Tidaklah namanya manusia kalau tidak diuji kan.. Perkara lumrah.
Well... lets go to another topic.. Review.. Yaa.. Baru2 ni aku baru je lepas sesi review d hospital..Ngam2 plak dengan minggu Malaysia day.. Setakat ini semua yang berkaitan dengan isu ODHA menunjukkan keberkesanan rawatan haart yang telah kujalani bermula tahun 2012. VL d bwh 20/copies which is undetectable..
Cuma tahap kolesterol LDL tak berapa bagus.. Sblm ni 3.0 ++ sekarang dah jadi 4.0... Hdl plak cuma 1.2. Doktor bagi saranan supaya jaga pemakanan dan amalkan senaman.
Aku berasa terhutang budi dengan mereka mereka yang pernah support dan bagi kata2 semangat kepadaku terutama sekali arwah AHP.. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Kalian tentu tahu dan kenal arwah tu mcm mana orangnya.. Dia adalah sumber inspirasi untuk aku bangkit sehingga kini.
Meskipun dia sudah tiada namun jiwa dan semangatnya kurasakan masih menemaniku. Di saat aku menghadapi liku liku sebagai ODHA yang menuntut kekuatan dalaman yang berterusan segala kata2 nasihat arwah menjadi penguat semangat. Masih kuingat lagi semasa mula2 aku start rawatan haart, arwah sanggup menelefonku.. Dalam setengah jam juga kami borak. Arwah mahu aku bersedia memulakan haart & elakkan rasa down. Tu je.
Diriku tertanya2 juga ke mana agaknya kawan2 senasib yang pernah bersama2 berjuang dalam satu bumbung bersama dengan arwah AHP.. Pelbagai persoalan bermain dalam fikiranku. Namun aku hanya menganggap perkara ini sebagai asam garam kehidupan. Masing2 ada live sendiri ada masalah sendiri.
Mungkin mereka perlukan ruang untuk menghadapi masalah hidup mereka dan tak mahu diganggu. Jauh di sudut hati, aku rindu momen2 kebersamaan yang pernah terjalin di kalangan group AHP yang pernah kurasa suatu ketika dahulu.
No comments:
Post a Comment