Sunday, 29 January 2012

Kembali bertugas..Happy sgt nak jumpa budak2 bucuk

Hari ini adalah hari terakhir untuk aku bersantai sempena cuti tahun baru cina. Petang ini aku hanya berehat di rumah sambil melayari internet. Sesekali aku menonton televisyen jua. Itulah yang dapat aku buat pada hujung2 minggu begini. Bosan tu ada juga. Alangkah bagusnya kalau ada ahli2 komuniti yang terdekat boleh juga plan sama2 beraktiviti sepanjang cuti.

Realitinya, AA hanya sebatang kara. Hanya rakan2 nun jauh di sana tempat AA berkomunikasi. Diri AA sudah diterima oleh mereka. Diri AA tidak keseorangan lagi. Namun jumpa bukan selalu. Hanya sms, blog, facebook jadi tempat berhubung. 

Baru2 ini masa AA ziarah jenazah arwah nenek, AA jumpa sepupu yang kerja sebagai inspektor kesihatan di hospital daerah tpt AA tinggal. AA tanya dia di unit mana. Katanya unit kawalan penyakit berjangkit. OMG.... Aa terkedu seketika. Dalam hati, mujurlah AA tak beritahu alamat yg sebenar kat hospital tpt AA dptkan rawatan. Kalau tidak, IK yang akan mencari AA ialah sepupu AA sendiri..Oh tak dapat Aa bayangkan..

Kadang2 AA juga perlukan insan "who being a shoulder whenever i m cryin', yang menjadi telinga mendengar keluhan, yang menjadi teman setia di kala AA menghadapi susah dan senang. Namun itu bukanlah mudah lantaran kehidupan sebagai PLHIV adalah diri AA sampai ke mati.Tidak semua orang boleh terima hakikat ini. Jadi AA perlu berhati2 agar perkara ini tidak sampai ke pengetahuan orang lain.

Sesetengah yang mengenali akan ada yang bercakap, ala kawin je la. Mau tunggu bila lagi...

AA hargai keprihatinan mereka terhadap AA. AA manusia biasa yang inginkan sebuah kehidupan yang bahagia. Setakat ini, AA bahagia dan gembira dengan apa yang AA miliki. AA syukur sangat2 walaupun pada pandangan sesetengah orang diri AA masih belum sempurna tanpa kehidupan berumahtangga.

Hanya orang yang tidak waras sahaja yang menolak untuk menerima jodoh. Bagi AA, soal jodoh adalah urusan tuhan. Andai ada, alhamdulillah dan andai tiada AA syukur alhamdulillah juga. Yang penting AA bahagia
erm, mau cakap benda lain plak, malam ni kebetulan ada rancangan yang AA nanti2kan iaitu AJL. AA memang tak mau lepaskan peluang untuk menontonnya secara langsung. huhuhu... AA rasa lagu yang menang ialah lagu tiga suara tu.

Esok bermulalah rutin harian AA yang padat dari pagi hingga ke petang. Moga AA sihat walafiat dan mampu bekerja dengan baik.  Temujanji AA dengan doktor Timothy semakin hampir. Moga semuanya berjalan dengan lancar

5 comments:

  1. insya-Allah kita doakan yg terbaik utk sahabat2 termasuk azam.
    'org semenanjung' yg ada dekat azam tu masih segan2. kalo tak, bolehlah share rasa hati.
    memang sunyi bila begini, sunyi dlm keriuhan...

    ReplyDelete
  2. heee takut kalau saudara sendiri yang kerja di hospital tahu tentang diri kita ya... selalu benda-benda yang nak kita elak kan ni selalu pulak nak terjadi...kalau ia tahu nak merahsiakan ok jugak tapi kalau yang mulut tempayan macammana habis semua di beritahu nanti...minbtank jangan terjadi pada kita semua ya...

    hmmm pembawaan Jac lagu sedetik lebih macam oke jer ia boleh menang persembahan terbaik kut hehe apa-apa pun keputusannya beberapa minit lagi tu......

    ReplyDelete
  3. akhirnya hafiz merangkul kejuaraan...

    Naj Mi ; kalau jadi mcm tu, Azam nak letak muka kat mana pun ta tau la..

    ReplyDelete
  4. hehe wah azam jumpa budak2 busuk ya

    ReplyDelete

MY RECENTLY POST

CARA PLHIV MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI

Meningkatkan keyakinan diri sebagai seorang yang hidup dengan HIV (PLHIV) memerlukan penerimaan diri dan usaha berterusan untuk hidup dengan...

MY POPULAR POST