Detik permulaan dalam diari 2012, tahun ini menjanjikan buat AA pelbagai cabaran dan dugaan untuk dihadapi. Semoga AA menjadi lebih tenang dan dapat menghadapi dengan sabar dan tabah. Hidup sebagai seorang PLHIV memang memerlukan kekuatan yang luarbiasa sama seperti sangkaan orang2 kt luar sana virus HIV adalah luar biasa. Hari pertama di tahun 2012 dihadapi dengan bersendirian. Lazimnya sambutan tahun baru semenjak mejadi PLHIV hanya bertumpu di rumah dengan aktiviti sendiri. Sebelum ni pernah juga menghabiskan masa keluar ke bandar untuk melihat suasana sambutan tahun baru. Namun bagi AA ia tidak membawa apa2 faedah melainkan penat dan letih. Lepas tu solat entah terbuat atau tidak. Apalah gunanya hati jadi seronok seketika tetapi di sebaliknya hubungan dengan Ilahi diabaikan.
Tahun 2011 banyak membawa kenangan suka duka pahit manis buat diri AA. Yang paling AA tak lupai tahun 2011 membawa sinar kebangkitan buat diri AA setelah menjadi seorang yg sangat pesimistik dalam tempoh 2 tahun. Syukurlah sekarang ini AA berjaya melupakannya sehingga AA kadang2 tak sedar diri AA ni sedang sakit. Banyak faktor yang membantu AA menjadi lebih kuat seperti hari ini antaranya berkat adanya blog http://akuhivpositif.blogspot.com. Dari blog itulah AA mendapat sumber kekuatan hingga akhirnya AA bangkit sebagai seorang yang berfikiran positif. Diri AA ni amat mudah dibentuk dan diubah mengikut acuan yang terbaik kerana diri AA adalah seorang yang suka belajar dan memperbaiki diri seperti alamat laman bog ini http://akuinginbelajarsesuatu.blogspot.com
Tahun 2011 banyak membawa kenangan suka duka pahit manis buat diri AA. Yang paling AA tak lupai tahun 2011 membawa sinar kebangkitan buat diri AA setelah menjadi seorang yg sangat pesimistik dalam tempoh 2 tahun. Syukurlah sekarang ini AA berjaya melupakannya sehingga AA kadang2 tak sedar diri AA ni sedang sakit. Banyak faktor yang membantu AA menjadi lebih kuat seperti hari ini antaranya berkat adanya blog http://akuhivpositif.blogspot.com. Dari blog itulah AA mendapat sumber kekuatan hingga akhirnya AA bangkit sebagai seorang yang berfikiran positif. Diri AA ni amat mudah dibentuk dan diubah mengikut acuan yang terbaik kerana diri AA adalah seorang yang suka belajar dan memperbaiki diri seperti alamat laman bog ini http://akuinginbelajarsesuatu.blogspot.com
Kewujudan blog ini hanya sekadar untuk A jadikan sebagai tempat meluahkan perasaan. Ia hanya sekadar semata2 blog yang AA wujudkan mengikut citarasa dan kehendak diri AA yang sukakan pada sesuatu yang luar biasa huhuhu....Ia juga AA jadikan sebagai dairi kehidupan AA untuk menulis peristiwa yang berlaku dalam hidup AA. Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai dan meletakkan diri AA ke tempat yang bagaimana. Yang pasti AA tak minta penyakit ini tapi atas kehendak Ilahi, maka AA perlu redha menerimanya. Di sebalik penyakit ini tersembunyi pelbagai hikmah yang akan nampak nyata secara tak disedari.
Sebelum AA mendapat penyakit ini, diri AA adalah seorang yang agak pendiam. Kawan2 pun tak ramai. Boleh dikatakan diri AA seorang anak yang manja dalam keluarga. Masa AA masih belajar dulu kat IPT, AA memang tinggal di asrama. Teringat lagi masa dihantar ke lapangan terbang, masa itu AA menangis tak henti2 hinggalah pesawat itu mendarat di destinasi yang ditujui. Lepas tu bila dah stay kat asrama, langsung tak biasa sebab sebelum ni AA memang tak pernah menjadi penghuni mana2 asrama semasa AA di zaman persekolahan. AA cuma biasa tinggal di rumah bersama2 dgn keluarga. Bila dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPT, AA terpaksa pula memilih kehidupan sebagai seorang warga asrama. "homesick" melanda diri AA ketika itu.
Namun kini AA bersyukur sgt2 sebab AA sudah mempunyai kerjaya sendiri dan mampu membantu ahli keluarga yang memerlukan. Cuma di sebalik wajah AA yang nampak tenang AA menyembunyikan sesuatu rahsia.Kalau boleh biarlah rahsia ini tidak diketahui oleh keluarga AA. Pernah sampai AA terfikir nak berpindah ke tempat lain. Bila dah sampai ajal, AA mau buat wasiat agar jenazah AA disempurnakan di hospital dan hanya akan dihantar ke kampung untuk dikebumikan. Jadi tidaklah menyusahkan orang2 kampung nanti. Tak ke nanti dorang merasa pelik kalau jenazah AA nanti kena iring oleh staf inspektor kesihatan mcm artis Siti nurhaliza mau buat konsert tu. Lepas itu dorang kena arah la pulak campur larutan klorok dalam air mandian jenazah. hahahahaha....
Cukuplah bercerita pasal klorok2 ni, tak guna mau fikir pun. Bukannya AA terus sihat dan bebas dari HIV pun. Menambahkan beban dalam fikiran iya. Bagus AA tenangkan diri, ingat Allah banyak2 daripada membelenggu fikiran dengan persoalan yang tidak boleh dijawab. Saat AA dah jadi begini, serahkan saja pada Allah untuk menentukan perjalanan hidup dan masa yang sama AA perlu meletakkan diri AA supaya lebih positi setiap masa. Hina atau tidaknya seseorang itu bukan dilihat dari cara jenazahnya dimandikan. Belum tau lagi orang yang mati dalam keadaan hina tu taubatnya tidak diterima Allah. Siapa tahu mungkin saat itulah dosa2nya dihapuskan dengan keadaan kematian seperti itu lalu martabatnya diangkat oleh allah sama seperti orang2 yang mati dalam keadaan bertaubat dan beriman kepadaNYA. Rahmat dan kasih sayang Allah sangat luas buat AA.
Hari ini AA akan berangkat balik ke sebuah destinasi yang sangat jauh perjalanannya. Tahun baru 2012 menyaksikan AA cuma berada di rumah saja. Sempat juga nampak bunga api dengan jelas di ruang angkasa tu. Mcm2 bunyi suara orang dapat didengar bersorak2 kegembiraan. Moga2 tahun ini AA akan menjadi lebih positif dan lebih baik dari tahun2 sebelumnya. AA mahu bangkit menjadi seorang yang lebih berkeyakinan. AA mahu buktikan kepada rakan2 komuniti bahawa AA mampu buat lebih baik berbanding sebelum AA disahkan sebagai HIV+.Cabaran2 akan dihadapi dengan terbaik. Kepada rakan2 komuniti, kehadiran mereka sangat2 diperlukan. AA mendapat suntikan semangat daripada mereka yang mempunyai pelbagai latar belakang yang sangat menakjubkan AA dibandingkn dengan diri AA yang terlalu kerdil ini.
Menghimbau peristiwa semalam, diri AA dihantui oleh peristiwa yang tak mungkin dilupakan seumur hidup. Nak kongsi kat sini segan jugak sebabnya cerita ni mcm cerita budak2 sekolah rendah la pulak. Kisahnya mcm ni, tunang bekas kekasih AA marah2 sebab AA kononnya ada hati untuk berjumpa dengan tunangnya yg juga bekas GF AA sebelum ni. Siap sms tanya apa pasal AA sms tunangnya dan mengajak berjumpa padahal takda niat lain pun sekadar hubungan antara kawan dengan kawan saja. Dia yang silap dengar,tunangnya pun sama jgk mcm dia. Agaknya dorang ni ada masalah kot huhuhuhuhu... Yang dia nak bising2 tu kenapa ya..huhuhuhu...manusia manusia..AA agak dia ni seorang yang sakit mental kot sebab sepanjang dia bercakap dgn AA suaranya meninggi saja takde low note pun. AA cuma hadapi dengan tenang dan profesional. Tak sangka lelaki seperti dia bersikap terlalu anti dengan AA sampaikan AA nak bertanya perkara mustahak dgn kwn pun dia naik angin. Apa ka bendanya mcm tu. Mujur dia tak menunjukkan apa2 reaksi bersifat kekerasan dan ugutan, kalau tak, tahulah AA nak ambil tindakan yang sepatutnya.
tuttttttttttttt...stop je sampai sini cerita ni...
Kalaulah dia tau AA ni PLHIV, mesti dia gembira kot sebab bukan ancaman bagi dia...hahahahahaha....itulah ragam hidup manusia kan.AA cuma tersenyum bila melihat ragam dan perangai mereka yg bermacam2. Tak perlu nak fikir benda2 yg tak penting ni. Baik fikir mcm mana nak tingkatkan tahap kesihatan dan hidup dengan lebih sihat dan gembira. erm...sedar tak sedar AA sempat juga sediakan sarapan pagi sambil mengemas barang2 yang nak dibawa sambil menukilkan sesuatu di blog AA ini buat kali pertama bagi tahun 2012. Buat fmly tersayang, nantikan kehadiran anakanda kembali ke pangkuan. Insya allah hari ini memulakan perjalanan rasanya nak singgah bermalam di kundasang untuk menikmati kesegaran alam semulajadi. Esok baru sambung perjalanan ke detinasi yang dituju. Kepada semua, SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012.....
syukur alhamdulillah, kebangkitan fasa baru telah bermula.
ReplyDeletebetul zam, masalah ada di mana-mana tak kira sama ada kita PLHIV atau tidak.
tunang xgelfren azam tu jeles sebab azam lagi hensem tu, hehehe....meroyan & takde keyakinan diri.
haha biarlah si luncai terjun bersama-sama labunya.. wah ni azam ke? Ao terkejut bebenar tengok perubahan positif azam. Ingat lagi dulu2 dok baca komen azam alahai tapi sekrang dah bangun syabas!
ReplyDeletego go moga 2012 akan muncul sinarnya.
huhuhu gelak bila tbca perkataan "meroyan"
ReplyDeleteSelamat tahun baru Azam, ya kita semua kena kuat jangan lemah sepak terajang saja pada mereka yang pandang hina pada kita ya hehehe
ReplyDeleteTentang mati memang kita selalu fikir kena simbah klorok tapi alangkah baik kiranya kita berdoa mati dalam keadaan aman damai seperti di Mekah biar orang tak tahu kita hiv disana dan di kebumi pula di sana kan bagus hehehe
Semangat teruskan hidup dengan lebih, lebih lebih bersemangat lagi bro....
Nampak AA dah lebih positif. Teruskan usaha. Sama2 lah kita.
ReplyDelete