AA amat tertarik dengan salah satu entry dalam blog rakan positive warrior. Ketika ini AA sedang lepak di salah sebuah kedai mamak yang terkenal di daerah ini. Saja nak lepaskan tekanan setelah seharian penat bekerja. AA dah baca entry yang dimaksudkan beberapa hari lepas dan AA sedang mencari kaedah untuk mengatasi cabaran itu dengan bijak.
Ketika AA sedang berselera makan roti canai yang jd kegemaran AA, tetiba kedengaran la di corong speaker salah satu lagu yang jd kegemaran AA zaman 90-an dulu masa AA masih berada di zaman kanak2. Sambil AA menaip entry ini, fikiran AA menerawang kembali ke zaman semasa lagu itu popular. Masa itu AA ingat AA masih lagi di zaman kanak2 dan sedang dalam peralihan ke zaman remaja.
Pelbagai kenangan indah terlintas di fikiran AA. Ia datang secara otomatik sebaik sahaja AA mendengar lagu itu. AA dapat satu idea bagaimana cara nak atasi kebebalan yang menjadi salah satu masalah as a PLHIV.
Antaranya, selain melalui kaedah kerohanian, boleh juga guna kaedah hiburan sebagai salah satu instrumen untuk membantu memulihkan daya ingatan dan sebagai langkah untuk melatih agar ia menjadi tajam. Bagi yang tidak suka dengan hiburan, pelbagai cara lain boleh digunakan agar dapat membantu dari segi daya ingatan yang baik.
Jika ada masa lapang, AA suka mendengar lagu2 hiburan versi 80-an, penyanyi tempatan atau antarabangsa. klu tempatan, AA suka dengar lagu Jamal, Aishah, Francisca Peter, Nassier Wahab, kak pah dan ramai lagi. kalau international, off course mendiang michael jackson. hu hu hu..
AA membesar bersama dengan lagu2 itu. Bila AA dengar, AA seolah2 brada di zaman lalu. Tidak dinafikan kaedah kerohanian juga boleh membantu agar daya ingatan menjadi lebih baik. Yang penting, jaga pemakanan dan dapatkan rehat yang cukup.
Lagu apa yang AA dengo tu...biar saya agak ya... hmmmm ni mesti lagu Sekadar Dipinggiran nyanyian Francisca Peter kan.....betoi tak???
ReplyDeleteUntuk pengetahuan AA rumah mak bapak Jamal kat belakang rumah saya jer ni hehehe kadang2 solat dimasjid yang sama jugak...kalau ia balik kampung lah
Betul tu sebuah lagu boleh membuatkan minda dan fikiran kita terkenang pada sesuatu keadaan, masa atau tempat, sesuatu yang telah lama kita lupa tiba-tiba kita ingat kembali hanya selepas mendengar sesuatu lagu tu kan. Lagu juga boleh buat kita terkenangankan kisah cinta dulu-dulu kan....:)Bukan saja lagu malah wangian juga boleh membuatkan kita kembali mengingati sesuatu yang telah lama kita lupa.
Ya sekali sekala dengarlah lagu boleh menenangkan fikiran, tapi bagi saya lebih gemar instrumetal music aje...:)
AO suka dengar pelbagai jenis lagu, dari lagu tahun 60 an sampailah lagu terbaru mana sedap halwa teling tangkap AO layan ja tak kira dari genre yang mana satu asal baik liriknya sedap muziknya kita layankan aje.
ReplyDeleteTerapi untuk masalah bebal ni banyak sebenarnya..betul lah tu kata AA..secara rohani boleh, dengar lagu pon boleh, dan macam2 lagi..cuma jangan lah bila dengar lagu terus emo yang melampau sehingga kan tujuan utama untuk merawat emosi x tercapai...dengar sekadar pengisian untuk membuat kita lupa sekejap dengan pelbagai tekanan emosi dan lain2 lagi....kalau x suka dengar lagu..buat benda2 yang anda suka..kalau saya sekarang tengah addict dengar lagu timur tengah....."Nancy"heheh bila dengar ringan kepala sikit...kalau x nak dgr lagu p lah jalan2 ke...shopping ke..berenang ke...heheheh..jom AA karok lagu asli....."Nasi melukut dengan sayur keladi, timbul lah bonda oi timbulah tunjukan diri"..test sekejap..kuang2
ReplyDeletelagu bawang putih bawang merah tu...latifah omar punya versi...klu NOharasinosuke pulak, versi jepun gituewwwwww hahahaha
ReplyDeleteyang penting jgn stress. hepi2 je :)
ReplyDelete