Wednesday 29 February 2012

Mutiara yang bergemerlapan

Hari ini adalah hari terakhir sebelum anak didik AA beraksi pada keesokan harinya. 2 tahun lamanya AA mencuba sedaya upaya untuk mendidiknya. 2 tahun lamanya AA bergelumang dengan pelbagai perit getir ujian untuk menjadikannya seorang yang berkebolehan. Daripada tak tahu langsung menjadi tahu. Sekarang alhamdulillah dia menguasainya dengan baik jika dibandingkan dengan rakan2 sebayanya sekalipun dia baru berumur 8 tahun.

Sepanjang 2 tahun, dia berdepan dengan sikapku yang agak tegas dalam mengajarnya menjadi seorang yang pandai. Belum lagi ambil kira segala pekikan dan tempikan terhadapnya setiap kali dia menunjukkan kemalasan atau ketidaksungguhan dalam sesi latihan. Niat AA agar dia tidak menjadi seorang yang manja dan mudah mengalah dengan kekurangan yang ada sedangkan ia boleh diperbaiki lantaran potensi yang ada padanya amat tinggi untuk menjadi antara yang terbaik.

Cuma dengan usia keanak2kan dia perlu disedarkan dari dibuai mimpi alam kanak2. AA tidak mahu dia hanyut dengan perasaan dan fantasi. 

Hari ini, segalanya2 terbukti. Hasil usaha AA tidak sia-sia. AA berasa sejuk hati mendengar persembahannya walaupun belum mantap seperti mereka yang telah pro tetapi dengan usia semudanya ada banyak masa lagi untuk mencungkil kebolehannya. Mudah2an AA dipanjangkan umur untuk mendidiknya. AA ingin menjadikannya sebagai seorang yang berbakat dan berkebolehan.

Esok bermulalah hari yang agak mendebarkan bagi AA kerana dia akan beraksi di khalayak ramai. Pelbagai cara telah AA lakukan untuk menyampaikan segala yang perlu buat dirinya sebagai persediaan untuk dia beraksi. Bagi AA bukanlah kemenangan yang diidam2kan sungguhpun itu adalah sebuah harapan. Segalanya AA serahkan pada Yang Maha Esa. Rezeki di tanganNYA.

Yang penting, dia berani tampil mempamerkan kebolehan tanpa rasa kekok di hadapan audien. Esok adalah penyertaan pertamanya dalam program ini. AA harapkan dia menjadi sebutir mutiara yang berharga. AA juga harapkan sebaik sahaja dia melangkah ke alam dewasa dia berjaya membawa ilmu yang diajar sebagai satu amalan hidupnya. Dapat juga AA merasai sahamnya apabila AA sudah tiada lagi di alam ini.


6 comments:

  1. Tahniah AA semoga semua usaha AA akan diberkati.....chayok!!!

    ReplyDelete
  2. woww... menjadi tenaga pengajar, bagus sangat moga anak didik AA berjaya. Ya lah siapa yang tak nak melihat seseorang yang kita asuh berjaya kan walaupun hanya kanak-kanak berusia muda, kejayaan ia kejayaan kita juga.

    selamat moga berjaya ....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. yang penting dia amalkan ilmu yang kita curahkan pada dia

      Delete
  3. Semoga berjaya. tahniah kepada yang membimbingnya dgn penuh dedikasi

    ReplyDelete
  4. Semoga berjaya saya ucapkan.

    ReplyDelete

MY RECENTLY POST

ISU PLHIV MEMBELI UBAT HAART SECARA DALAM TALIAN

Tular isu mengenai PLHIV dari sebuah laman medsos yang menyatakan tentang segelintir PLHIV yang membeli ubat secara online dengan kadar harg...

MY POPULAR POST