Beberapa hari lepas aku menerima sms dari staff pejabat pos yang memberitahu bahawa aku dikehendaki datang ke sana mengambil barang kiriman. Aku tahu itu adalah kiriman ubat dari hospital. Selama ini aku menggunakan khidmat Kiriman Ubat Melalui Pos. Cara ini banyak membantuku mendapatkan bekalan ubat HAART pada masa yang sepatutnya dan mengelakkan aku kehabisan ubat tersebut.
Pihak hospital tempat aku review hanya membekalkan ubat HAART cukup untuk sebulan sahaja. Memandangkan jarak tempat tinggal yang agak jauh, aku menggunakan khidmat Pos tanpa perlu datang ke farmasi hospital untuk mengambil ubat.
Sebelum ni, ubatku dihantar ke hospital daerah. Tiap kali bekalan ubat sampai aku terpaksa pula datang ke sana. Aku rasa ia agak menyukarkan diriku sebab aku terpaksa beratur panjang. Service staf hospital yang bertugas menyerahkan ubat mereka tidak memuaskan hatiku. Seolah-olah aku review di hospital itu sedangkan tugas mereka hanya menyerahkan ubat tanpa perlu banyak bertanya tentang status dan ubat yang kuambil. Ubat pula tidak dibungkus dengan rapi. Boleh nampak dengan jelas botol ubat oleh sesiapa sahaja.
Lantaran itu, aku menukarkan alamat ke pejabat pos. Ubat yang dihantar dan diambil di pejabat pos keadaannya lebih selamat. Dibungkus dengan rapi tanpa seorang pun yang tahu isi kandungan bungkusan di dalamnya. Cuma staf pejabat pos tu memang tahu ia adalah ubat cuma dia tak tahu plak ubat apa.. lebih selamat dan terjamin privesi.
Aku cuma perlu membayar RM5 shj sebelum ni tapi berkuatkuasa 1 April ia bertambah jadi RM5.30. Apapun aku bersyukur sebab aku tak perlu datang ke kaunter farmasi hospital setiap bulan membawa slip bekalan ubat untuk mendapatkan bekalan ubat yang diperlukan.
Bermakna aku hanya datang ke hospital setiap kali ambil darah dan temujanji doktor sahaja.