Beberapa hari lepas aku menerima sms dari staff pejabat pos yang memberitahu bahawa aku dikehendaki datang ke sana mengambil barang kiriman. Aku tahu itu adalah kiriman ubat dari hospital. Selama ini aku menggunakan khidmat Kiriman Ubat Melalui Pos. Cara ini banyak membantuku mendapatkan bekalan ubat HAART pada masa yang sepatutnya dan mengelakkan aku kehabisan ubat tersebut.
Pihak hospital tempat aku review hanya membekalkan ubat HAART cukup untuk sebulan sahaja. Memandangkan jarak tempat tinggal yang agak jauh, aku menggunakan khidmat Pos tanpa perlu datang ke farmasi hospital untuk mengambil ubat.
Sebelum ni, ubatku dihantar ke hospital daerah. Tiap kali bekalan ubat sampai aku terpaksa pula datang ke sana. Aku rasa ia agak menyukarkan diriku sebab aku terpaksa beratur panjang. Service staf hospital yang bertugas menyerahkan ubat mereka tidak memuaskan hatiku. Seolah-olah aku review di hospital itu sedangkan tugas mereka hanya menyerahkan ubat tanpa perlu banyak bertanya tentang status dan ubat yang kuambil. Ubat pula tidak dibungkus dengan rapi. Boleh nampak dengan jelas botol ubat oleh sesiapa sahaja.
Lantaran itu, aku menukarkan alamat ke pejabat pos. Ubat yang dihantar dan diambil di pejabat pos keadaannya lebih selamat. Dibungkus dengan rapi tanpa seorang pun yang tahu isi kandungan bungkusan di dalamnya. Cuma staf pejabat pos tu memang tahu ia adalah ubat cuma dia tak tahu plak ubat apa.. lebih selamat dan terjamin privesi.
Aku cuma perlu membayar RM5 shj sebelum ni tapi berkuatkuasa 1 April ia bertambah jadi RM5.30. Apapun aku bersyukur sebab aku tak perlu datang ke kaunter farmasi hospital setiap bulan membawa slip bekalan ubat untuk mendapatkan bekalan ubat yang diperlukan.
Bermakna aku hanya datang ke hospital setiap kali ambil darah dan temujanji doktor sahaja.
this is good info kan. i wonder if my place ada macam ni. ( walaupun jarak hospital dan rumah seploh minit jer, tapi tetap kena tunggu lama, so slalu malas sikit. hehe)
ReplyDeleterasanya boleh kot.. cuma tanya dengan staf farmasi yang in charge utk service penghantaran ubat melalui pos. rasanya lbh menyenangkan.
ReplyDeletekat tempat saya, pej pos dah sebelah hosp hehe. Tapi bagus juga, memudahkan tak perlu beratur panjang. Nanyi nak tanya juga, mana tahu boleh ke pej pos kecil yg dkt dgn rumah.
ReplyDeleterasanya boleh kot... tp dekat sgt la. lainla mcm sy jauh
DeleteSalam azam..selamat berpuasa..sy silent reader awk..hehehe..sy pun plhiv..boleh kita jadi kawan x?
ReplyDeleteSy baru je confirm hiv positif may lalu..buntu and binggung skrg nie..entah la tak tahu nak cakap ape skrg nie..rasa mcm dunia gelap seketika..harap awk.sudi berkawan dgn sy ye..
Hi azam..awk ada dgr cerita x lagi pasal najmi dgn crafoc?
ReplyDeleteBaca gak blog dieorg tapi smpi 2014..mane ye dieorg skrg? Rindu nk baca blog dieorg...
Kita tetap kawan samapai bila bila
DeleteSalam.. Mohon kongsikan balik post 'Bahaya demam dan penyakit misteri ( sumber perkongsian )' sbb link x dpt buka.. Post ni mcm menarik dan mungkin berkaitan.. Thanks! Saya pengikut blog awak, juga seorg PLHIV (disahkan positif Mac lalu). Thanks sbb sudi berkongsi pengalaman..
ReplyDelete