Rakan AzamAli.com.my

Monday, 1 June 2015

Takziah buat AHP

Antara perkara yang paling menyedihkan dalam hidup ialah perpisahan. Perpisahan yang melibatkan insan yang amat diperlukan. Seorang yang tak jemu memberi apa jua pengorbanan mengikut batas dirinya demi malihat insan lain bahagia.


Baru2 ni aku dikejutkan dengan pemergian AHP. Seorang yang telah banyak mengubah diriku dalam isu hiv dan AIDS ini. Ada hikmah mengapa segalanya terjadi. Walaupun rasa berat hati namun takdir mesti diterima dengan redha. Insan yang aku sayangi ini telah pergi menghadap ilahi dalam keadaan ramai lagi insan di luar sana yang mesih memerlukan dirinya mengharungi kehidupan suka duka sebagai PLHIV.


Aku sentiasa berdoa semoga AHP dicucuri rahmat. Terima kasih yang tak terhingga kuucapkan buat dirinya yang selama ini membimbing aku menempuh kehidupan yang mencabar ini. Tidak terkata jasa dan budinya. Biarlah aku saja yang tahu betapa kekuatan yang aku miliki kini antaranya hasil sikap supportif arwah terhadapku.


Al Fatihah buat AHP. Semoga kita bertemu di Jannah. Ukhuwah yang terjalin antara kita sukar dibeli dengan wang ringgit. Ukhuwah itulah yang membawa ke syurga. Diri ini akan sentiasa mengingati jasamu.


4 comments:

  1. INshaallah, moga perjuangan beliau melahirkan ramai lagi insan seperti beliau.

    ReplyDelete
  2. Sedih sgt dengan pemergian arwah..sy adalah salah seorang silent reader Blog Arwah dan pernah juga arwah beri kata semangat pd sy dlm fb coz org yg sy sgt sayangi was diagnosed with hiv positive..sedih sgt..sampai sekarang rasa sgt kehilangan arwah dan sy x pernah henti berdoa dan sedekahkan Al fatihah Serta Yaasin Buat arwah..semoga Kita yg masih hidup dibumi Allah ini Kuat dan tabah hadapi ujian-Nya..sesungguhnya Ujian Allah swt itu adalah tanda Dia syg pada hamba-Nya. Insya-Allah ����

    ReplyDelete
  3. Al fatihah.. Sy smpat mlawat dia di hospital awl bln lepas. Tak sangka itu ptemuan trakhir dgn abg pie sbb keadaan dia xtenat pun, rs khilangan sgt. Moga smgat yg dia beri mampu bg harapan pd plhiv mcm sy& yg lain truskan hidup& pbaiki diri... Inn sha Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang yg baik mcm Pie tu cepat2 Allah jemput untuk bertemu denganNya. Bertuah sungguh.

      Delete