Monday, 7 November 2016

Temujanji ke-2 tahun 2016

Tidak dapat kugambarkan rasa kegembiraanku pada hari ini hasil laporan ujian darah yang telah diambil pada 10 oktober lalu. Tahap CD4 menunjukkan peningkatan daripada 701 kepada 871. Mudah mudahan tahap kesihatanku sentiasa dalam keadaan baik seterusnya aku dapat mencapai impianku yang masih belum tercapai.


Sesi review kali ini aku sempat bertemu dengan rakan baru di id klinik. Aku berharap persahabatan kami kekal sebagai rakan senasib yang saling memerlukan antara satu sama lain. Tidak tahulah cabaran cabaran yang akan datang bagaimana. sebagai manusia biasa, sokongan dan dorongan amat diperlukan agar diri menjadi sentiasa positif.


Terima kasih aku ucapkan kepada staff id klinik QEH 1 yang memberikan kerjasama dan memberi layanan yang baik walaupun sepatutnya aku mengikuti temujanji pada 9 November. namun disebabkan kekangan tugas aku terpaksa menukar tarikh temujanji ke 31 oktober.

22 comments:

  1. assalamualaikum..hai..alhamdulillah da menghampiri paras normal cd4 tu...akunye cd4 baru jer naik 331 dari mula2 diagnose 231..skrg on haart almost 11 month...semoga kite semua diberikan kesihatan yg baik..=)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah anda sudah beransur sihat ...kita senasib cuma kadang2 aku rasa hidup aku seperti tiada masa depan...tiada langsung peluang pekerjaan untuk aku.. setiap kali isi borang kerja mesti ada soalan adakah anda mempunyai penyakit bla22.. bagaimana harus di jawab soalan tersebut aku buntu .ya aku pernah melakukan kesilapan tapi aku juga ingim meneruskan kehidupan...entahla mungkin memang tiada masa depan bagi aku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki ada di mana mana.jgn putus asa mencarinya.ada hikmah tiap segala perkara yang berlaku

      Delete
  3. Puas sudah saya mencuba ..puas sehingga patah semangat. ...bayangkan untuk kerja di pasaraya sahaja saya tidak layak sebab adanya virus ini...kenapa stigma dan diskriminasi ini terlalu pahit untuk ditelan...oh ya syasampah masyarakat ...bgaimana kehidupan sya hendak teruskan.bgaimana hendak membayar ptptn...sya lepasan dip cgpa 3.5++ tapi semuaya hancur sia2 hanya keena kesilapan lampau..kadang bunuh diri mungkin jalan yg pantas bagi saya..apa yg dilaung2kan tiada stigma dan diskrimasi hanya omong kosong semata2...sya penat hidup dalam kegelapan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya tak perlu isytiharkan dalam borang tu tentang status rvd jika tidak dikehendaki buat pemeriksaan. tidak akan menjejaskan peluang kerjaya kamu selagi kamu yakin kamu sihat dan mampu bekerja.

      kita bernasib baik diberi peluang kedua untuk hidup. ada orang lain yang tidak sama nasib dengan kita. jangan terlalu cepat putus asa.

      kita tidak minta untuk menjadi plhiv. sebaliknya kita dipilih oleh tuhan untuk menghadapi ujian ini. tuhan tidak zalim kpd kita. dia tahu kita mampu menghadapi cabaran.

      teruskan untuk mencari kebahagiaan hidup. pilihan di tangan kita. jangan sia siakan peluang kedua ini. anggaplah ia sebagai medan untuk menebus segala kesilapan yang kita lakukan dulu. sabar, redha dan teruskan hidup seperti biasa dengan lebih positif.

      Delete
  4. Positif ...bagaimana hendak positif saudara...sya sudah mencuba tapi tetap gagal..kehidupan tak semudah yang kita bayangkan...sya kecewa tidak mampu membalas jasa kedua ibu bapa saya..sya kecewa sya ada sakit ni sya kwcewa ...kerna sudah puas mencuba..kalau tahu ada virus nie tak perlu saya sambung pelajaran dulu..biarlah saudara sampah seperti saya akan mati satu hari nanti...sya dah tiada motivasi untuk hidup...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita adalah apa yang kita fikirkan.jgn mudah mengalah.selagi masih bernyawa,mau tak mau perjuangan perlu diteruskan.bukan siapa siapa yang boleh merubah melainkan diri sendiri.pilihan di tangan kita. Mahu atau tidak buat perubahan.

      Delete
    2. Awak,berusahalah membina diri selangkah demi selangkah bermula dari status awak sekarang ni pilihan di tangan awak.bangkit menebus kesalahan diri atau terus membiarkan diri dikuasai emosi. Kejayaan tidak mengira status ada hiv ka tidak.ia bergantung pada awak.peringkat awal memang agak sukar.tapi jgn pernah berhenti berusaha selagi masih bernyawa.

      Delete
  5. Saudara,siapa kata saudara gagal?tidak ada siapa yang berkata begitu melainkan saudara sendiri.orang lain yang mengenali saudara tidak sewenang wenangnya melabelkan saudara seorang yang gagal.buktinya saudara suda berjaya menamatkan pengajian di ipt. Itu sudah cukup menjadi bukti bahawa saudara boleh melangkah setapak lagi untuk mengecapi kejayaan.cuma mungkin buat masa ini rezeki belum berpihak pada saudara sebab usaha saudara masih belum setimpal dengan hasil yang dikehendaki.

    ReplyDelete
  6. Saya baru sahaja didiagnose Hiv+,

    Saya cuba memujuk hati dan menenangkan diri dgn membaca, satu perkara yang menyebabkan hati saya tersentuh apabila terbaca; tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan sabar.

    Seterusnya menitis airmata saya apabila baca : Rasulullah SAW bersabda "Barangsiapa sakit semalam, dia sabar dan rela kepada Allah, maka bersih daripada dosa bagaikan ketika dua lahir dari perut ibunya. Jika engkau sakit, janganlah segera minta sembuh.

    Mungkin hikmah semua ujian ini sebenarnya adalah tiket untuk kita ke syurga. Tapi bagaimanakah kita dapat jika kita mudah berputus asa sekarang.

    semoga bermanfaat
    BR

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar..siApa kita untuk melabel diri kita sendiri sebagai begitu dan begini.akan terleraikah segala perkara yang melanda kita. sedangkan kita cuma hamba yg memang sejak azali diciptakan Nya untuk berkesan dengan pelbagai bentuk ujian tidak kira masa dan tempat.Bermohonlah kepada Nya agar diberikan jalan dan petunjuk.

      Delete
  7. Thanks for sharing.positif aura yang membantu

    ReplyDelete
  8. Thanks for sharing.positif aura yang membantu

    ReplyDelete
  9. Terima kasih semua ..saya cuma takut tidak sempat membalas jasa kedua ibu bapa saya apalagi tiada seorang pun ahli keluarga saya yg tahu status sya bayangkan kalau sya meninggal dan terpaksa dibmandikan dengan air clorox pasti keluarga sya kecewa hidup sya terumbang ambing sekarang...sya cuba redha dengan ketentuan ilahi cuma sya belum cukup kuat...bulan 2 tahun depan genapla sya setahun membawa status ini...kenapa harus sya menangis sya melihat kedua ibu bapa sya beeharap yg sya mendpat pekerjaan yg lebih baik...tapi mana mungkin ...mungkin pada kalian sya seorang yg sudah patah semangat ..tapi sya tidak mampu ...ingin sja sya berterus terang pada keluarga sya tentang status sya tapi sya takut mengecewakan mereka dan di buang keluarga kemana harus saya pergi kalau dibuang keluarga beemacam bermain di fikiran sya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi masih bernyawa jgn pernah mengalah.teruskan berjuang.saya pun sama seperti sekarang masa 3 tahun pertama (2009 diagnosis).apa yang awk rasa itulah yg saya alami.

      Saya tiada arah tuju dan matlamat sejak mengetahui status kesihatan saya. Mcm mcm perkara negatif yang saya fikir termasuklah soal klorox, soal kahwin, soal kerja dan penerimaan keluarga. Sampai sekarang tiada seorang pun dari keluarga saya yang tahu saya ada hiv.

      Tetapi fasa fasa kegelapan itu sudah berakhir. Alhamdulillah dengan sokongan kawan kawan senasib saya terus berubah agar tidak terus hanyut dalam keadaan terumbang ambing.

      Berterus terang pada keluarga bukan satu keperluan.itu pilihan mahu atau tidak.jika rasanya awk sudah sedia tidak salah berterus terang.hiv bukannya sama seperti zika@penyakit tibi yang perlukan proses kuarantin dan rawatan sehingga betul betul sembuh.

      Delete
    2. Betul tu. Jgn mudah putus asa. Saya juga diuji dgn penyakit yg tidak ada penawar iaitu autoimmune disease. Saya patuh dgn rawatan yg saya terima sekarang. Terpaksa makan lebih 20 pills setiap hari. Kita mesti kuat untuk lawan penyakit yg kita hidapi. Jgn mudah mengaku kalah k.

      Delete
  10. Mungkin saya bukan orang yang terbaik untuk jadi sumber dorongan awak.ok...saya boleh kenalkan awak pada barisan rakan rakan yang boleh membantu.

    Saya cadangkan jika awk ada facebook, awk cuba add fb Luka Rafieqa. Ada juga support group AHP positive worrior support group yang terdiri dari komuniti yang sgt membantu.

    Harap dpt bg info yg berguna pada awak ya.

    ReplyDelete
  11. betul kata saudara azam ali..sebenarnya kita tak perlu nk dedahkan status kita dkt sape2 pun..dgn keluarga kita sendiri pun jgn...huhu..aku da setahun positive..mula2 dpt tau jer rasa down sgt...rasa hidup nih da gelap..huhu..tapi semua nih bkn pengakhiran bagi kita..kuatkan semangat.dekatkan diri dgn ALLAH..bykan beramal...selalu bersama family...luangkan masa bersama diorang...dan jgn lupa makan ubat dan amalkan hidup yg sihat...stay strong stay positive ok..=)

    ReplyDelete
  12. Ubat memang tak pernah tinggal makan sokmo.... mudahan2 sya terus kuat harap result cd4 sya bulan nie ada peningkatan doa doakan yer

    ReplyDelete
  13. Ya betul.msti ikut btul btul msa pgambilan ubat tu jgn skip..

    ReplyDelete
  14. saya rasa saya hiv+ walau bekum buat ujian.ini disebabkan mass lampau.saya sedar dan menyesal.kalau saya buat ujian dan positif bermakna saya akan dibuang kerja.kadang2 saya buntu.bagaimana nasib anak anak saya akan datang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hye Azam ali.saya maky ...ada facebook tak..saya nak minta tunjuk ajar dan minta semangat dari saudara azam..saya juga berasal.dari k.kinabalu..harap azam sudi..

      Delete

MY RECENTLY POST

CARA PLHIV MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI

Meningkatkan keyakinan diri sebagai seorang yang hidup dengan HIV (PLHIV) memerlukan penerimaan diri dan usaha berterusan untuk hidup dengan...

MY POPULAR POST