Monday, 7 December 2020

Ubat Susulan untuk PLHIV

 Temujanji bertarikh 1 Disember 2020 yang lalu preskripsi ubat yang diberi adalah untuk sebulan. Ini bermakna aku akan kembali ke QEH sekali lagi untuk mendapatkan ubat susulan pada 29 Disember 2020. Kebetulan pada penghujung tahun ini aku mempunyai banyak masa terluang dan ada sedikit ruang untuk kembali ke QEH.


 Kali ini aku tidak menggunakan khidmat UMP. Ini kerana aku masih lagi risau keadaan PKPB yang masih berkuatkuasa kerana khidmat penghantaran ubat melalui pos laju ini turut akan terkesan. Seperti yang berlaku beberapa minggu sebelum apabila diumumkan penutupan sementara pejabat pos. Keadaan ini pasti akan menyebabkan aku tidak dapat menerima bekalan ubat pada tarikh yang sepatutnya.

Aku mengharapkan pandemik covid-19 ini akan berakhir agar khidmat UMP tidak terjejas.


Wednesday, 2 December 2020

Perjalanan pulang selepas review 1 Disember 2020

Perjalanan dimulai seawal 7 pagi. Cuaca agak cerah dan keadaan lalulintas tidak berapa sesak. Sepanjang perjalanan beberapa sekatan jalan raya dapat dilalui dengan mudah tanpa kesukaran. Pihak berkuasa yang terlibat faham dengan bidang tugas mereka berdasarkan kemaskini maklumat yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara pada 17 November yang lalu. Syukur pada tuhan. 


Keadaan Restoran Rosalinda di kawasan Telupid tempat menyinggah melepaskan lelah sambil menjamu menu tengah hari. Kawasan restoran agak lengang dan tidak seperti kebiasaan. SOP tetap dipatuhi dengan mengimbas suhu dan mengisi maklumat dalam apps Mysejahtera.


Menu yang sempat dimakan sebelum meneruskan perjalanan. Dapat juga memberikan sedikit tenaga sebelum meneruskan tempoh perjalanan yang masih lagi jauh.




Keadaan pemandangan yang indah berlatarbelakangkan gunung kinabalu sempat diambil. Sememangnya negeriku kaya dengan keindahan alam semulajadi. Semoga pandemik Covid-19 ini cepat berakhir kerana aku sudah tidak sabar lagi untuk menjelajah dan meneroka keindahan alam yang terbentang luas ini sebelum pengakhiranku tiba nanti.

Tuesday, 1 December 2020

Review 1 Disember 2020

Hari ini bersempena dengan sambutan Hari AIDS sedunia, serentak juga dengan review aku di klinik ID HQE. Semuanya berjalan dengan baik dan lancar.

Seperti review bulan Jun lepas, suasana masih dalam keadaan PKPB. Atas sebab-sebab tertentu, pihak ID klinik hanya mengatur janjitemu untuk membolehkan priskripsi ubat dan borang ambil darah diberikan.

Tak sampai beberapa minit semuanya dapat dilakukan dengan lancar hinggalah proses mengambil ubat di farmasi. 

Semoga urusan akan datang dipermudahkan. 

Suasana perkarangan hospital yang sibuk. Moga aku diberikan kesihatan berpanjangan dan kekuatan menghadapi ujian mendatang.


Saturday, 28 November 2020

Perjalanan untuk review 2 Disember 2020

 Review 2 Disember 2020 semakin hampir. Perasaan tak sabar datang dalam diri kerana ini adalah review terakhir untuk tahun ini. Sepanjang tahun ini agak mencabar kerana situasi PKP yang masih belum berakhir seperti juga pandemik covid-19 yang tidak diketahui titik penghujungnya.


Perjalanan kali ini agak lancar walaupun PKPB di negeriku. Setiap sekatan jalan raya dapat dilalui tanpa sekatan kerana SOP PKPB yang dikemaskini sejak 16 November lepas memberi laluan yang mudah bagi perjalanan rentas daerah bagi tujuan rawatan/janjitemu hospital.


Perjalanan dimulai seawal 7 pagi dan tiba ke destinasi pada pukul 6 petang. Sempat lagi singgah ke sebuah pusat beli belah untuk membeli keperluan makanan. Semoga urusan seterusnya dipermudahkan.

Friday, 5 June 2020

Review semasa PKPB

Salam Sejahtera


Seperti yang aku janjikan, sesi temujanji pada 2hb Jun bakal dikongsikan di dalam blog ini. Seperti kebiasaannya, aku hadir ke hospital seawal pagi lagi untuk mengelakkan kesesakan aliran trafik dan kesukaran mendapatkan tempat parking. Dua perkara itu yang aku highlight kan setiap kali sesi review. Kalau tidak perasaan stress pasti bakal melanda. 


Setibanya di hospital aku terus menuju ke ID klinik. Aku adalah orang yang pertama sampai. Masih belum ada sesiapa di situ. Sebelum memasuki kawasan ID klinik, aku melalui kawasan sekuriti yang dijaga oleh pak rela. Sempat ditanya tujuan apa aku ke situ. Jawapanku simple sahaja, review. Dengan mudahnya aku dibenarkan masuk tanpa banyak soal.


Suasana hospital nampaknya tidak sesibuk seperti hari hari yang lain. Mungkin sebab pada ketika ini pandemik covid-19 yang masih lagi melanda. Inisistif pihak hospital pula menempatkan kes kes pesakit luaar di klinik-klinik kesihatan berhampiran. Mungkin untuk mengelak kesesakan agar boleh mengelak jangkitan covid-19.


Beberapa minit kemudian, salah seorang petugas ID klinik datang. Sempat aku menyapanya lalu dia meminta buku temujanji untuk daftar masuk di kaunter temujanji. Namun tak lama lepas tu, petugas itu datang semula memberikan buku temujanji dan borang-borang untuk ambil darah. Tarikh untuk ambil darah dan temujanji berikutnya sudah tertulis di borang-borang yang diserahkan.

Baru aku dapat tahu bahawa doktor2 ID tidak dapat mengendalikan sesi review pada kali ini kerana mereka terlibat dengan kes-kes pesakit covid-19. Jadi untuk review kali ini, aku tidak dapat mengetahui laporan terkini daripada analisa darahku yang diambil pada 13hb Mei yang lepas. 


Aku tak kisah sangat tentang hal tersebut. Moga pandemik covid-19 ini cepat berakhir dan semuanya kembali seperti biasa

Sunday, 24 May 2020

SALAM LEBARAN 2020

Kepada seluruh sahabat handai, selamat hari raya aidil fitri.

Tahun ini adalah tahun yang menampilkan pelbagai cabaran kepada seluruh dunia kerana menularnya wabak yang sehingga kini masih belum ditemui penawar dan vaksin pencegahan. Ramai yang terkesan dengan pandemik Covid-19. Di mana sahaja kelihatan ramai yang mengamalkan langkah pencegahan seperti yang dinasihatkan oleh pihak KKM. Sedikit sebanyak pengamalan yang konsisten di kalangan kita menjadikan angka terkini pandemik ini dapat dikawal. 

Meskipun bilangan kes sifar dianggap suatu yang mustahil namun buat masa ini tiga angka sudah berkurang menjadi dua angka. Satu kejayaan yang boleh dibanggakan. Dalam pada itu langkah-langkah pencegahan perlu terus diamalkan kerana kita masih belum berjaya mengatasi pandemik ini sepenuhnya.

wow, panjang lebar juga ye intro yang termuat dalam blog ini. hehehe.. setelah sekian lama menyepi tanpa khabar. Akhirnya tuan empunya diri tampil mengisi luahan hati dalam blog ini. sekira- kiranya buat sahabat- sahabat di luar sana kalian masih menyedari bahawa diri ini masih lagi wujud di alam fana ini.

Pasti ramai yang tertanya-tanya bukan, bagaimana keadaan diri ini yang hidup sebagai ODHA. Setakat ini, diri ini masih lagi diberi peluang untuk meneruskan kehidupan. Tahap kesihatan agak baik. Moga diri ini diberikan kekuatan menghadapi ujian mendatang. 

Hari ini sempat membuat editing blog yang sudah lama tidak terusik. Ada beberapa kontent yang kurang penting ditiadakan. Mudah dan cepat sikit untuk buka blog ini terutama bila liputan interet tidak stabil.

Rutin ambil darah pada 13 Mei lepas berjalan dengan lancar. Sepatutnya 12 Mei aku perlu datang ke Pusat Pengambilan Darah hospital untuk ambil darah. Namun disebabkan tiket penerbanganku yang dijadualkan pada 11 Mei dibatalkan maka aku terpaksa drive sejauh beratus-ratus kilometer. Kugagahi juga walapun di Bulan Ramadhan. 

SOP di hospital seperti biasa pengambilan bacaan suhu badan diambil. Semua SOP tersebut berjaya kulepasi seterusnya proses ambil darah juga dapat dibuat dengan baik dan lancar. Aku kagum dengan nurse yang mahir mengambil darah hinggakan aku tidak rasa sakit sedikitpun. Sekali saja cucuk jarum sudah jumpa urat darah.

Prosedur seterusnya ialah review pada 2 Jun nanti. 


#StayHome
#StaySafe
#check email terbaru ye jika ada kemusykilan

MY RECENTLY POST

CARA PLHIV MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI

Meningkatkan keyakinan diri sebagai seorang yang hidup dengan HIV (PLHIV) memerlukan penerimaan diri dan usaha berterusan untuk hidup dengan...

MY POPULAR POST