Mungkin situasi ini ada kaitan dengan faktor usia yang sudah meningkat. Seorang KJ yang mempunyai daya interaksi berkesan pernah berkongsi kepadaku bahawa dirinya menghadapi keadaan yang dinamakan insomnia.
Katanya jika dikira kuantiti jam tidurnya cuma 2-3 jam sahaja dalam sehari. Situasi di waktu malam hanya mampu tidur selama itu sahaja dan selebihnya dia mengatakan tidak dapat tidur. Lantas masa terjaga itu dihabiskan dengan melihat2 medsos.
Begitulah apa yang dikongsikan oleh seorang KJ kepadaku. Jika aku dalam situasi tersebut pasti kerisauan akan melanda kerana aku beranggapan masalah kurang tidur ini akan mempengaruhi fizikal dan mental untuk beraktiviti.
Lain orang tentulah lain cara menghadapi tekanan. Bagi aku cukuplah hanya aku sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk menghadapi asam garam hidup yang tidak pernah berhenti sehingga nafas yg terakhir.
No comments:
Post a Comment