Saturday, 20 September 2025

REVIEW 17 SEPTEMBER 2025

Apa khabar semua para pembaca blog ini? Semoga kalian berada dalam keadaan sihat walafiat dan dipermudahkan segala urusan. Diam tak diam sudah lebih 10 tahun kewujudan blog ini yang menjadi simbol perjuanganku sebagai ODHA.

Jika kalian bertanya bagaimana keadaanku setakat ini sudah tentu aku akan jawab baik2 saja. Semua ini adalah ihsan dari yang maha esa kepadaku agar menjalani hidup dengan lebih baik walaupun adakalanya kesabaranku tercabar dengan ujian kehidupan yang sentiasa ada pasang surutnya. 

Tidaklah namanya manusia kalau tidak diuji kan.. Perkara lumrah. 

Well... lets go to another topic.. Review.. Yaa.. Baru2 ni aku baru je lepas sesi review d hospital..Ngam2 plak dengan minggu Malaysia day.. Setakat ini semua yang berkaitan dengan isu ODHA menunjukkan keberkesanan rawatan haart yang telah kujalani bermula tahun 2012. VL d bwh 20/copies which is undetectable.. 

Cuma tahap kolesterol LDL tak berapa bagus.. Sblm ni 3.0 ++ sekarang dah jadi 4.0... Hdl plak cuma 1.2. Doktor bagi saranan supaya jaga pemakanan dan amalkan senaman. 

Aku berasa terhutang budi dengan mereka mereka yang pernah support dan bagi kata2 semangat kepadaku terutama sekali arwah AHP.. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Kalian tentu tahu dan kenal arwah tu mcm mana orangnya.. Dia adalah sumber inspirasi untuk aku bangkit sehingga kini. 

Meskipun dia sudah tiada namun jiwa dan semangatnya kurasakan masih menemaniku. Di saat aku menghadapi liku liku sebagai ODHA yang menuntut kekuatan dalaman yang berterusan segala kata2 nasihat arwah menjadi penguat semangat. Masih kuingat lagi semasa mula2 aku start rawatan haart, arwah sanggup menelefonku.. Dalam setengah jam juga kami borak. Arwah mahu aku bersedia memulakan haart & elakkan rasa down. Tu je. 

Diriku tertanya2 juga ke mana agaknya  kawan2 senasib yang pernah bersama2 berjuang di bawah satu bumbung bersama dengan arwah AHP.. Pelbagai persoalan bermain dalam fikiranku. Namun aku hanya menganggap perkara ini sebagai asam garam kehidupan. Masing2 ada live sendiri ada masalah sendiri yang memerlukan komitmen mereka sebagai keutamaan berbanding perkara lain. 

Mungkin mereka perlukan ruang untuk menghadapi masalah hidup mereka dan tak mahu diganggu. Semoga mereka dipermudahkan urusan.. Jauh di sudut hati, aku rindu momen2 kebersamaan yang pernah terjalin di kalangan group AHP yang pernah kurasa suatu ketika dahulu. Mungkinkah momen itu akan kembali atau akan menjadi sekadar memori dalam lipatan sejarah. 




Tuesday, 2 September 2025

REZEKI ORANG GILA DAN ORANG WARAS

Kadang² kita tengok orang gila tak jaga kebersihan. Makan tak basuh tangan. Makan sisa² orang. Tapi peliknya dia tak sakit. Sebaliknya kita yang jaga kesihatan, kita jaga makan, tapi tau² ada kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung. 

Semuanya bermula di fikiran. Hari² stress. Hari² bimbang dan risau. Takut tak cukup makan. Takut hidup susah. Kalau hari² fikiran tertekan, maka ia akan efek fizikal badan. 

Sebenarnya jangan risau bab rezeki. Allah SWT telah menjamin rezeki untuk setiap makhluk-Nya. Ini adalah jaminan yang kukuh dan seharusnya dapat mengurangkan kebimbangan manusia tentang masa depan.

​Surah Hud, Ayat 6: "Dan tidak ada satu pun makhluk bergerak (bernyawa) di muka bumi melainkan dijamin Allah rezekinya." 

Ayat ini dengan jelas menyatakan bahawa Allah telah mengambil tanggungjawab untuk memberi rezeki kepada semua makhluk. Ini adalah janji yang pasti.

Nabi s.a.w bersabda, "Kalau seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya Allah akan memberikan rezeki kepadamu sebagaimana Dia memberikan rezeki kepada burung yang keluar pada waktu pagi dalam keadaan lapar dan kembali pada waktu petang dalam keadaan kenyang." 

Hadis ini mengajar kita tentang kepentingan tawakal atau pergantungan sepenuhnya kepada Allah. Seperti burung yang keluar mencari makan tanpa mengetahui di mana rezeki itu akan datang, namun mereka kembali dengan perut kenyang, begitulah juga rezeki manusia. Yang penting adalah usaha dan tawakal.

Jangan ambil kerja Tuhan. Rezeki adalah kerja Tuhan. Masa depan adalah ketentuan Tuhan. Serahkan pada Tuhan. Serahkan kepada Allah.

MY RECENTLY POST

RESPON DOKTOR PADA REVIEW 17 SEPTEMBER 2025

17hb September yang lalu adalah temujanjiku di id klinik sebagaimana rutin. Tarikh temujanji sepatutnya ialah pada 15hb September namun pada...

MY POPULAR POST