Saturday 7 January 2012

Kegembiraan Minggu Pertama Januari 2012


Memasuki minggu pertama Januari 2012 menjadikan AA seorang yang agak sibuk dengan tugas-tugas harian di tempat kerja. Pada masa ini AA hanya ada masa yang terhad untuk menjenguk blog dan berinteraksi dengan rakan2 komuniti akibat kekangan masa dengan tugas2 harian. Setiap awal tahun pasti ada pemantauan dari pihak2 berkenaan dan sebagai orang bawahan AA perlu menyiapkan diri dengan persiapan yang sepatutnya. Syukur Alhamdulillah minggu pertama ini dapat AA hadapi dengan baik.

Terdapat perbezaan suasana awal tahun baru tahun 2012 dengan suasana awal tahun baru setahun lepas pada masa AA belum menemui rakan2 komuniti yang amat positif.  Pada tahun lepas AA menyambutnya dengan suasana hambar kerana AA tidak mengetahui tahap kesihatan AA sedangkan AA adalah seorang PLHIV. 

Lazimnya orang2 macam AA perlu pemantauan kesihatan daripada doktor pakar secara kerap. Namun pada masa itu AA masih lagi belum mengorak langkah untuk mendapatkan pemeriksaan di hospital akibat phobia yang teramat sangat.  Jadi bermacam2 fikiran yang bukan2 datang bersilih ganti. Di luar AA Nampak seperti biasa tetapi di dalam kebimbangan sentiasa saja merajai hati. Bimbang sebab AA tak tahu sejauhmana virus2 itu berkembangbiak dalam tubuh AA. Tiada siapa yang tahu keadaan AA melainkan diri AA sahaja. 

Namun pada tahun ini, AA telah menemui rentak baru dalam hidup AA. AA semakin yakin dan positif dengan kehidupan walaupun diri AA adalah seorang PLHIV. Malah pada tahun ini AA berazam untuk meningkatkan tahap prestasi AA dalam segala bidang yang AA ceburi. Tahun 2010 membuktikan bahawa AA mampu untuk meraih kejayaan yang hampir sama dengan pencapaian tahun2 sebelum ini walaupun AA tahu diri AA adalah PLHIV secara tidak rasmi(belum buka kes kat hospital).

AA akui tahun 2010 AA berdepan dengan keadaan di mana AA masih lagi cuba untuk mengawal perasaan agar lebih stabil, terkawal  dan tidak ketara sangat menjadikan AA lemah menghadapi kenyataan bahawa diri AA adalah PLHIV. Namun di sebalik diri yang berperang dengan perasaan, AA juga mampu melakar beberapa pencapaian yang membanggakan demi untuk agama, bangsa, diri, keluarga dan masyarakat walaupun pada masa itu hanya Allah saja yang tahu diri AA ni macam mana. AA mengelak bila ada orang yang ingin datang jumpa AA untuk bertanyakan bermacam2 soalan. AA bagi alasan yang AA letih dan ingin berehat padahal AA belum bersedia untuk bertemu dengan mereka.

AA bersyukur pada yang maha esa kerana masih memberikan peluang untuk AA bernafas dan menikmati kehidupan dengan lebih positif seperti hari ini. AA sudah mampu tersenyum  dan ketawa seperti dulu malah lebih ceria lagi dengan kehadiran rakan2 komuniti yang AA anggap macam keluarga AA sendiri. Mereka adalah sumber kekuatan utama yang menjadikan AA lebih positif.  

 Boleh dikatakan di mana saja AA dicampak kat Malaysia ni, AA suda tidak perlu berasa risau nak tinggal kat mana sebab AA dah ada ramai keluarga yang menemani AA setiap masa. Sebelum ni jaringan perhubungan AA terhad tapi sekarang dah meluas malah hingga ke peringkat antarabangsa. 

Barulah AA terfikir bertuah juga ya jadi seorang PLHIV ni. Allah bagi ujian yang sangat berat untuk AA terima pada mulanya. AA tak nampak apa sebenarnya hikmah menjadi seorang PLHIV tapi sekarang ni barulah terasa betapa nikmatnya kehidupan sebagai PLHIV. 

Setiap detik kehidupan AA tidak pernah rasa kosong sebab ada sahaja celoteh yang disampaikan dalam bentuk sms, panggilan, email dan coretan2 blog yang menjadikan hati AA sangat terhibur. Rasa rindu terhadap keluarga baru AA ni kerap menemani AA setiap hari. Bukan senang AA dapat menemui mereka lebih2 lagi Laut China Selatan memisahkan antara AA dengan mereka semua.

Dalam ahli keluarga baru ini,AA yang paling jauh dan sukar untuk dihubungi secara face to face. Syukur Alhamdulillah mereka tetap mengingati AA yang jauh ini. Jika sesama mereka di sana, agak mudah untuk adakan pertemuan di hujung minggu atau pada cuti2 am. AA pula kena tunggu cuti hujung tahun baru dapat bersama2 dengan mereka.

Minggu ini ada beberapa tugas yang perlu AA siapkan. Mudah2an ia berjalan lancar. Minggu depan pula AA ada temujanji untuk ambil darah di hospital kena ambil MC lagi dan perlu memandu selama 8-10 jam untuk sampai ke tempat yang dituju. Itulah hakikat yang AA perlu hadapi. 

Mudah2an Allah mempermudahkan perjalanan AA ke destinasi dengan selamat. Kereta akan menjadi rumah kedua AA sebab 1/3 daripada masa AA dalam sehari dihabiskan dengan pemanduan jarak jauh.  AA sudah bersedia hadapinya apa saja dengan doa dan tawakkal.

6 comments:

  1. Good luck for second test.

    Wah azam sangat best baca luahan hati azamkali ni.. penuh dengan keazaman baru.

    azam teruskan menulis.

    p/s azam nnti buat perenggan pendek2 senang AO nak baca hehe...

    ReplyDelete
  2. Mak datuk 8-10 jam ke KK kan? aduhhh jauhnya hanya untuk ambil darah? Mcm saya dulu ulang alik dr utara ke Johor setiap kali nak ambil darah dan jumpa doktor. Apa pun awak kena rest cukup-cukup sebelum memandu, malam sebelum bertolak kena dapatkan rest cukup k.....Pi sorang ke? atau berteman....?

    ReplyDelete
  3. ao ; dilayah bah kalau kau huhuhuhu

    Naj mi: ini semua sebab kehendak azam sendiri, tak nak refer kat hospital terdekat. ramai sgt fmly dan kwn yg jd staf kat sana. tak mau la nanti Azam jd down lg dek mulut2 jahat manusia ni bukan semua pun dapat terima hakikat kita ni sebagai PLHIV kan. jd utk itu biarlah azam berkorban untuk diri azam sendiri. apapun risikonya azam tanggung semua termasuk keletihan dan mcm2 risiko dalam perjalanan.

    jalanraya kat sabah ni bukan mcm kat semenanjung. lbh2 lg kat area pergunungan. pernah sekali azam terlibat dalam kemalangan, keta azam masuk longkang besar. mujur azam takda apa2 n keta cuma alami sikit kerosakan. masih bole jalan jgk lepas tu huhuhu...

    azam drive sorang2 saja.

    ReplyDelete
  4. insyaallah segala pengorbanan anda akan d balas....keep do it think positive....

    ReplyDelete
  5. Wah hebatlah AA sekarang..bagus2....keep up a good life...mana x happy kan??heheheheehbgus kita kena kuat AA....xde masa untuk bermonolog dalaman lagi..ayuh teruskan rentak

    ReplyDelete
  6. Insan@tabah ; ya,mari kita positifkan diri setiap masa....

    ReplyDelete

MY RECENTLY POST

ISU PLHIV MEMBELI UBAT HAART SECARA DALAM TALIAN

Tular isu mengenai PLHIV dari sebuah laman medsos yang menyatakan tentang segelintir PLHIV yang membeli ubat secara online dengan kadar harg...

MY POPULAR POST